31 December 2009

JOURNEY TILL THE END: PENGALAMAN PERTAMA SAYA BERMAIN GIG HARDCORE

Gua mengambil keputusan drastik join band hatko ptyaani. Berdebar debar jugak posisi apa yg diorang nak bagi kat gua, rupanya sebagai pemain gitar bes, what the hell?? Gitar bes?? Orang tak kenal brader posisi ni, band van halen orang tak kenal siapa pemain bes diorang, inikan pula band bon jovi lagi la orang tak peduli siapa pemain bes nya.
Gua ingatkan posisi lead gitar, sia sia je gua berhabis duit beli gitar import benua amerika selatan. Namun begitu gua taknak hampakan diorang, gua terima posisi tersebut dengan hati terbuka.

Enol cakap diorang dpt main gig banyak tempat ni, hatko tengah naik sana sini. Banyak jugak stuff yang dia bagi kat gua untuk dengar al maklum la gua mana biasa lagu hatko hatko ni, kalau lagu bpr ke febians ke celah gigi je gua main. Stuff yang diberi memang banyak tapi semua diapunya sound bunyik pijat, nasib baik la gua ni pakar IT, gua kasi ejas diapunya sound pijat guna software, boleh tahan jugak diapunya result, dah mcm bunyik ayam.

Gua prektis bersungguh sungguh depan PC, maklum la gua kat JB bandmate lain semua kat BP kira macam percintaan jarak jauh, susah jugak selalu nak jumpa prektis, kitaorang mengamalkan konsep prektis sendiri sendiri yang kebanyakkannya bertahan selama 10minit yang selebihnya dihabiskan dengan aktiviti aktiviti peribadi spt berbalas sms dgn awek, memancing ikan haruan, modify motorsikal dan tidur.

Hari yang dinanti nantikan pun tiba, berbekalkan alat muzik pinjam kita orang naik kereta mewah obey menuju seremban. Setibanya ditapak lokasi gig gua jadi hairan, apahal pulak rumah kedai dua tingkat bersebelahan dengan hostel bangla jadi tempat gig ni? Gua ingatkan dewan umno ke stage funfair ke yang jadi lokasi gig tersebut.
Setelah diterangkan serba sedikit drp bandmate baru lah gua faham konsep gig underground ni. Kalau dah di buat secara upperground dah tak cool la semua orang tau nanti tak pasal pasal pak imam pun join sekali nanti. Jadik gua pun malas nak amek port pasal underground ke upperground ke janji gua boleh perform sudah.

Sementara menunggu giliran band kitaorang nak perform gua pun riki riki la band band lain yang main. Pehh boleh tahan dasat diorang diorang ni, yang datang dari singapore ada, kedah pun ada, macam macam style, ada yang jerit jerit lepas tu sedih pun ada, main sekolah lama pun ada dan band yang paling outstanding pada gua band vokalis brader misai mcm A Galak roda roda kotaraya, pehh diapunya pukulan dram macam puaka diapunya laju, lagu tak sampai 30 saat, gua ingat napalm death je bole main mcm tu.

Sedang kitaorang setting setting gitar budak hatko ptmoen baru sampai dari pahang, entah mana punya universiti dia belajar boleh buat dalam hutan, amek kursus pengurusan orang utan agak nya.

Turn kitaorang perform, gila babi ramai jugak yang tengok kitaorang main, boleh dikira lah dengan jari. Seperti biasa gua memang cuak habis, nasib baik gua tak lupa baca bismillah, bunyik bes gitar gua aritu lebih kepada bunyik kompang, seken gitar diapunya bunyik macam lupa nak on kan Amp, bunyik macam main sorang sorang dalam bilik pun ada, vokalis jangan cerita la ada ke patut gunakan petua minum air halia untuk sedapkan suara, memang lah sedap, macam suara itik serati. Nasib baiklah kitaorang punya lead gitar dan dramer main bagus macam Awang Bpr dgn Black Wings tak lah malu sangat.

Setelah habis set performen kitaorang pun keluar drp lokasi gig yang panas macam pusat sauna. Ntah mana orginizer ni belajar letak kipas duduk 2bijik nak kasik sejukkan 200 orang.

Habis je gig kitaorang ke acara yang paling digemari, acara makan makan. Lepak kedai tomyam ramai ramai. Gua kasi order makanan kegemaran gua udang masak kambing.
Tiba tiba tumpuan gua tertumpu pada bandmate bandmate brader band vokalis misai A galak, bagus jugak diorang ni cuma makan sayur je, marah betul diorang ni dengan tukang masak terletak janggut sotong dalam lauk sayur, tapi kalau hari hari layan kangkong nak jadik apa brader?Kura kura??

Setelah habis makan dan selesai bersalam salaman kitaorang pun gerak balik Bp. Budak hatko ptmoen tumpang sekali kereta mewah obey. Punya lah selesanya duduk berhimpit himpit seat belakang 4orang sampai gua boleh tercetusnya idea nak campak budak hatko ptmoen keluar drp tingkap tengah hiway yang gelap gelita. SEKIAN.



ENCORE


NOTA: sila baca dengan gaya rapping joeflizzow


Hari dah larut malam, burung hantu mula berterbangan, disko dah tutup tapi boleh masuk drp pintu belakang, gua masuk rumah campak barang barang terus baring sedas dekat kerusi set panjang, gua bukak dompet, kira punya kira duit belen tinggal 7hengget, sambil meletakkan tangan didahi gua merenung jauh mengenangkan nasib pemuzik dunia ke tiga ini.....

30 December 2009

Tom Tom Araya

Slayer adalah band trash metal yang berasal dari California dan ditubuhkan sekitar tahun 1981. Wa masih dalam buai lagi masa tu dengar mak wa dodoi 'du du du adik sayang, du du du adik sayang....' sebelum wa tidur.

Masa mula-mula bukak sleeve kaset Slayer 'Devine Intervention', wa dah stat risau. Mana wa nak sorok CD ni sebelum mak wa nampak. Dua benda yang mak wa tak suka tengok ialah warna hitam dan gambar setan. Benda ni memang forbid dalam rumah. Memang kena 'lesir' kalau 'lepa' atau sepah-sepah. Cara paling safe nak simpan benda ni, wa kena letak rumah atuk wa. Apa-apa benda rare dan ganas je mesti wa kena usung pergi sana.

Nizam: Kaset apa pulak ni??
Gua: Slayer
Nizam: Perggghhhh.... dia toreh tangan siakkk...
Gua: Baru real.... (dulu orang tak sebut 'true')
Nizam: Wa nak bikin laaa...
Gua: Wa pun....



atau






Hujung tahun 2009



Jatuh motor, melecet, sapu minyak gamat
Mandi, luka jangan kasi kena air
So true...

HHhhhhmmmmm Nice.....



Tengah tengah melayan jalan jam mcm gampang dekat pandan tiba tiba tertukar chanel radio suria singapore, keluar lagu ni, gua memang malas nak dgr radio spore sbb asek bukak lagu indon je, baik gua bukak keset rhoma irama, dasar bongok ada artis sendirik dipinggirkan, boleh tahan jugak mamat ni nyanyi apa!

FAHAM ATAU TIDAK MAHU FAHAM?

"Orang yang sesat, biarkan dia terus sesat, setelah kita cuba untuk mengubah dia", pesan seseorang pada aku. Kerap aku ajukan soalan bila aku sendiri kurang paham.

Satu ketika, hampir 10 tahun yang lepas, selepas post-straight edge dan pre-anarcho punk era, ramai yang berubah menjadi ke arah 'tidak positif'. Kalau dulu, menjadi straight edge adalah kebanggaan dek kerana positifnya cara hidup (kalau boleh dirujuk sebagai begitu), no sex, no smoking, no drinking, no drugs, tiba-tiba, hanya kerana ingin menjadi crusty anarcho-punk, semua orang 'menghalalkan' apa yang sebelum ini merupakan so-called ethic untuk straight edger. Dan bermulalah era 'don't-include-religion-in
-any-conversation-coz-it-will-ends-there-attitude'. Bermulalah era 'aku-semayang-5-kali-sehari-dengan-5-tahun-sekali-takde-bezanya-pun', era 'questioning God existence' dan era 'i-live-and-breath-because-i-control-my-own-destiny-and-faith'. Sesiapa yang menjadi begitu, dianggap cool (sungguh, tak tipu) dan boleh dikatakan 'menguasai dunia kebebasan' pada masa tu.

Ketika inilah segala bentuk religion restriction akan dipersoalkan sehingga ke akar umbi. Bagi yang mempunyai sedikit kekuatan agama, beralah adalah lebih baik daripada terus-terusan menentang dek kerana orang yang ditentang hanya mahu teori yang dibaca (baru dibaca, belum dipraktikkan) itu lah yang sebenar-benarnya. Mulalah segala bentuk perkara dibangkitkan dari kewujudan tuhan yang di claim sebagai 'tak nampak' sehingga lah ke ketupat hari raya aidilfitri.

Apa yang menyedihkan, dari pendapat aku sendiri yang juga lemah dalam mempraktikkan ketulinan sebagai seorang islam, kebanyakkan pendapat yang dikeluarkan adalah berdasarkan pendapat orang-orang atheist, yang sememangnya tidak percaya kepada agama. Sedangkan kita-kita yang mengaku islam ini, begitu teruja dan 'seronok' mengenengahkan 'ajaran' ataupun pendapat para atheist tersebut, yang mungkin tidak semuanya buruk.

Namun, sebagai seorang islam, kenapa perlu kita mengagungkan pendapat atheist sedangkan islam sudah cukup sempurna? Apa yang tak betulnya dengan islam sehingga kan sebagai seorang islam, kita sanggup mempersoalkan kebenaran islam demi untuk menunjukkan karya atheist lebih bagus daripada falsafah islam sendiri?

Sebagai mengambil contoh. Para anarcho-punk menge'fuck' patriotism. Di zaman Nabi Muhammad SAW, baginda lebih mementingkan perpaduan ummah daripada pembentukan sebuah negara. Ummah yang dibentuk dengan kuat, secara tidak langsung lebih membuatkan perpaduan antara kaum dan manusia lebih kuat. Jadi, kenapa perlu mengikut idea atheist?

Pendapat mereka lebih menjurus kepada keadaan logik akal. Sedangkan kemampuan fikiran kita tidak sangat terbatas. Masakan manusia boleh hidup dan terjadi dengan sendirinya tanpa ciptaan dari Yang Maha Esa? Sebagai contoh basikal yang belum dipasang. Adakah basikal boleh memasang dirinya dengan sendirinya. Dia masih memerlukan manusia untuk memasang dan melengkapkan dia sebagai sebuah basikal. Dan terjadinya basikal adalah atas tangan manusia yang membentuk basikal dan spare partnya menjadi sebagai sebuah basikal yang sempurna. So, dimana logik akal? Yes, anda boleh mempersoalkan yang basikal tidak bernyawa, bagaimana pula dengan nasi goreng kampung? Adakah tanpa dikopek bilis atau bawang maka nasi goreng kampung boleh terjadi dengan sendirinya? Ataupun Pokok rambutan yang belum tumbuh buah, adakah dia boleh keluarkan buah dengan sendirinya tanpa izin-NYA?

Jikalau pemikiran manusia sangat hebat dan berdasarkan logik akal, kenapa keadaan di Marikh sampai sekarang belum dapat dipastikan samada ada benda hidup atau tidak? Secara logiknya, manusia sudah ke bulan dan tak mustahil boleh ke Marikh ataupun Pluto sekalipun, tapi kenapa sampai sekarang, manusia belum dapat apa yang mereka cuba capai di Marikh, atau Pluto?

Pemikiran manusia hanyalah umpama setitik air di lautan luas. Ada benda yang boleh dicapai dengan akal fikiran dan ada benda yang 'left alone can't be touched'. Ada hikmah mengapa manusia tidak mampu untuk berfikir secara lebih dari kemapuan kerana sememangnya itu bukan taraf manusia untuk memikirkannya. Kenapa perlu mempersoalkan kewujudan Allah kalau kita sendiri tidak mempraktikkan apa yang disuruh dan tidak mahu mengakui akan kewujudannya?



Masalah utamanya ialah, kalau kita mengaku kita islam, kenapa perlu kita uphold pendapat segala bentuk 'ism' yang datangnya daripada orang yang sememangnya tidak islam? Dan kalau mengaku islam, kenapa tidak 'percaya' dengan islam ?

29 December 2009

KELABU ASAP

“kringgg kringgg posto! Posto!” Suara brader posmen depan anjung rumah gua.

Mata gua tak berkelip layan tv cerita masak masak Bj kadir, arini resepi dia udang masak kambing, terliur jugak gua tengok part last bila time dia rasa masakkan yang dia masak, gua suka trademark dia cakap “penontonnnnn, hhhmmmmmmm sedapppppppp” siap dengan muncung muncung lagi.

“tasss!!” selipar tat sing terbang sipi hampir mengenai muka gua. Amaran pertama daripada mak gua suruh tengok siapa dekat anjung rumah.

“ni rumah Tora bin sudiro ke?” tanya brader posmen walaupun dah ada papan tanda d.i.y bersaiz kertas A4 tertulis Rumah No18 Sudiro Bin Reznor

“ada poskad untuk anda” kata brader posmen sambil memecut dengan basikal kaler merah.

Ni malaon mana pulak merepek antar poskad gambo penyu ni?? Gua ingatkan sultan brunei hantar hadiah ke apa.

Tanpa membuang masa gua baca sedas kandungan poskad tersebut yang menggunakan gaya penulisan cakar ayam.


Dear fren,

Gua dekat kedah ni mak gua antar masok sekolah hafal quran, kalau gua dah terer nanti gua nak jadikkan lu anak murid pertama gua. Jangan lupa hafal doa qunut.

Yang benar,
Bakal Ustaz Fendi Salim.



Gua libas kucing tompok yang sedap tidur atas tangga tanda protest, mencecet kucing tompok lari panjat pokok nangka.





Seminggu sebelumnya………….



Sekolah…… gua benci sekolah, kena bangun pagi pagi, liat nak bangun jangan cerita la sampai mak gua selalu kejut bangun tido dengan teknik libasan tali pinggang, sedap betul rasa tali pinggang dipagi hari, air kolah sejuk gila pulak tu nak mandi dah macam duduk antartika, membuatkan gua menggunakan konsep basuh muka aje.

Sungguh tak cool kayuh basikal pegi sekolah, belum sampai sekolah badan dah berpeluh peluh, rambut yang tadinya berkilat dengan minyak bon habis rentung cair kena panas matahari.
Sekolah pulak tu dekat smdoj, sekolah budak jahat. Semua perangai nak macam gampang, hari hari kerja nak begaduh, apasal la kerajaan tak perkenalkan konsep 1malaysia tu dari dulu lagi, dasar lembap!
Kantin sekolah dia punya makanan rasa macam beladar basikal, budak pompuan semua badan bau hangit, dia punya cekgu sekolah jangan cerita lah garang macam warden penjara simpang renggam, macam mana la budak belajar nak pandai.

Suka tak suka 3tahun dah berlalu gua sekolah dkt situ. Merasa jugak gua amek periksa SRP. Gua jawab soalan apa yang gua boleh jawab, yang mana soalan yang gua tak boleh jawab gua buat buat pandai jawab.

Hari yang dinanti nantikan telah tiba, result SRP keluar esok pagi. Fendi salim amat teruja dengan berita tersebut. Awal awal dia datang rumah gua bagitau suruh amek result SRP tu sama sama. Dia punya cerita memang cukup bergegar, dia target 5A, sia sia la dia minum bergelen gelen air penerang hati resepi dari dukun petai. Mak dia pulak nak antar dia pergi sekolah asrama penuh. Gua cuma mampu mengiyakan saja cerita fendi salim tu, nanti dia cakap gua sombong pulak.

Berkat daripada usaha gua yang gigih mengulangkaji pelajaran dengan TV gua dapat keputusan 5D dan seterusnya melayakkan gua ke tingkatan 4. Ada harapan malam ni bapak gua belanja kentaki.

Fendi salim dapat 1B 1C dan beberapa huruf D dan E.

“Aduhh kecoh sial! Macam mana aku nak cakap dengan mak aku ni!” kata fendi salim yang agak kusut masai mencari jalan penyelesaian

“apa yang teruk sangat result kau tu? Aku tengok ok je” kata gua yang sudah terang lagi bersuluh

“pehh 1A pun takde nak jadik apa?tarzan? mak gua dah standby small party meraikan kejayaan gua dapat 5A, kek 2tingkat dengan jambangan bunga dah beli tau” fendi salim sambil mengesat air mata

“mampos ar aku kena halau dari rumah ni!” lagi bertambah kusut fendi salim mencari penyelesaian yang tiada jalan

“ala apa nak risau, mesti mak kau kawen kan kau lepas ni, lepas nikah kau duduk rumah pak mertua” kata gua ala fadilah kamsah

“betul jugak!” girang fendi salim sambil bersiul siul intro lagu wind of change



Sebulan selepas itu…………………..



Tet…tett….teeetttt…….

Gua macam biasa dengar bunyik hon motor yang gua bajet motor berjenama vespa px asap banyak.

Gua terus turun ke anjung rumah lihat siapa yang datang.

“I’m back!!!” sambil angkat tangan tunjuk simbol peace fendi salim duduk atas motor dengan rokok daun terselit dibibir.

“aikk?? Dah balik ustaz?” kata gua penuh hairan.

“back for good brader! Jom lepak pak ‘O’! “ kata fendi salim sambil menunjukkan duit berkepuk ditangan.

Vespa px asap memecut laju meninggalkan halaman rumah, yang tinggal hanya asap yang berwarna kelabu. SEKIAN.

28 December 2009

ALBUM HAWT??

The Dillinger Escape Plan - Farewell, Mona Lisa (Single) [2009]


Memang tak syak lagi!! Gua tak sabar tunggu full album rilis!!

>>KLIK<<

ALAM RIA CUTI SEKOLAH SAYA



Dalam gua sebok menghadiri majlis kawen, majlis berkhatan, majlis pertunangan, melawat orang balik drp mekah dan majlis barbekiu sempat jugak gua setting pedalbord baru. Lepas gua pandu uji dengan lagu adam lambert nampaknya tidak ada litar pintas berlaku, semua berfungsi dengan lancar.

P/s brader dozo, lu dah balik mandi swimming pool ke belum? khidmat lu diperlukan, sila setting time anda, gua memerlukan orang yang berwibawa seperti anda.

Pssst brader neo, itu nasik baryani rumah enol banyak sedap la, ntah apa jenama beras la yang dia pakai ekk. Nanti kita setting balik projek "power of idea" kita ehh.

25 December 2009

Berita Bergambar

Budak-budak sekarang ni memang pandai bergambar. Pantang nampak lensa kamera dihala ke arah mereka. Tak macam wa dulu-dulu. Depan kamera, mula la. Nak berak la, sakit perut la, berpeluh tak semena-mena la, dan beberapa symptom yang pelik. Orang putih kata tak fotogenik. Budak sekarang kalau depan kamera, macam-macam aksi keluar. Sempena result PMR keluar ni, ada la reporter datang sekolah nak interview budak yang dapat result yang bagus-bagus. Bila tengok budak-budak PMR ni, mengimbau zaman lampau wa.

Masa wa form 3 dulu, wa dapat keputusan bagus gak. 2A, 3B.... yang lain tu malas nak bagitau (paham-paham sendiri dah la).

Tapi takde la nak tangkap gambar macam ni....


Gaya Bunkface


Eksen....

24 December 2009

YANG INI KE? ATAU YANG ITU?



klik gambar untuk permandangan yang lebih jelas


Owhh mannnnnnnnn!!!! Mana satu gua nak pegi ni?? Nak kena oo-pek-som dulu ni!!

Pujaan 10 Nescafe

Umur aku 6 tahun, kehidupan banyak berpaksikan radio, dengan Pujaan 10 Nescafe sentiasa jadi bahan rujukan untuk lagu-lagu hits dan hip.

Kebiasaannya Pujaan 10 Nescafe akan berlangsung setiap hari Ahad pagi sampai tengahari. Time tu lagu-lagu indie belum menguasai carta-carta radio, dan Era serta Hot FM belum jumpa lagi sperma dengan ovum.

Pagi tu, seperti biasa, Pujaan 10 Nescafe menjadi rutin setiap Ahad. Macam-macam lagu (lupa aku lagu-lagunya) yang diputarkan. Dan seperti biasa, aku excited nak dengar lagu faveret aku nyanyian Anita Sarawak, "Bawalah Daku Pergi".

Berkumandang jek lagu tu kat corong radio, aku terpana dan terpesona dengan keindahan lagu serta bait-bait lirik romantis yang melingkari lagu tu. Secara tiba-tiba, mungkin kerana terlalu menghayati lagu tu, aku tetiba rasa nak nangis. Bukan terasa di hati, tapi memang nak paksa nangis, dek kerana nak tunjukkan aku terlalu menghayati lagu tu.

Maka, dengan berbagai cara, aku cuba untuk nangis. Baring, duduk, berdiri, cangkung, semua aku dah try tapi air mata tetap tak keluar. Aku cuba menghayati terus dengan membuat suara tersedu sedan, dengan niat akan keluar lah air mata aku nanti.

Sedu sedan aku didengari oleh mak aku, yang ketika tu tengah dalam persiapan bahan-bahan untuk masak makanan tengahari.

"Ko kenapa Neo? Hujan tak ada, ribut tak ada, alih-alih nangis nih kenapa?", agak tinggi suara mak aku. Bengang agaknya sebab tanpa usul periksa aku nangis tetiba.

"Ni ha...sedih dengar lagu ni", balas aku.

"NGENGADA LAH KO. BERANGAN LEBIH", balas mak aku, makin tinggi nadanya.

23 December 2009

KEDU



Apahal youtube ni stream slow mcm pijat, stremyx gua dah bayo lump sum setahun, apalagi yang dia nak ni!! Gua nak layan adam lambert pun sual la asek terkedu kedu terkedu kedu!!

Segmen Merehatkan Minda

Kawan wa hari ni pergi bercuti dengan famili. Katanya nak pergi Cameron Highland. Wa jangan kata Cameron Highland, Bukit Sorga Batu Pahat tu pun wa belum pernah naik sampai atas. Tempat nama highland-highland ni mesti la sejuk kan. Wa membayangkan Cameron Highland tu macam ni.....






Tapi wa silap.... Wa silap....
Rupanya ....





Rupanya tak seindah khabar. Khabir Bhatia pun kecewa kalau dia pun imagine macam wa.

Mahyudin Sabtu melaporkan.

22 December 2009

SANDARKAN PADA DINDING





Pertengkaran kecil berlaku di dalam tren sebelum sampai ke stesen mrt tampines,

Si lelaki: cing cong cing cong cing cong cing cong

Si wanita: cing cong cing cong wapucetaw wapucetaw cing cong cing cong

Si lelaki: cing cong cing cong cing cong cing cong

Si wanita: cing cong cing cong wapucetaw wapucetaw cing cong cing cong

Si lelaki: cing cong cing cong cing cong cing cong

Si wanita: cing cong cing cong wapucetaw wapucetaw cing cong cing cong



30 minit sebelumnya……….


Lokasi: stesen mrt city hall, teket sehala menuju stesen mrt tampines


Entah apa merepek gua boleh beli teket tren menuju stesen tampines, nak kata gua ada rumah sedara mara kat sana tak jugak, konsert lamb of god main dekat pasir ris, apa yang gua buat ni semua mengikut kata hati.

Mengikut skrin penunjuk, tren akan sampai lagi 3minit, belum 60saat kepala tren dah masuk stesen, boleh tahan cepat, kalah servis bas lien hoe yang ikut sedap hati diapunya servis.
Tak ramai penumpang dalam tren, tempat duduk pun banyak kosong, aircon pun dia bukak full blast sedap sedap bahasa. Tanpa membuang masa gua terus duduk dikerusi sebelah pintu yang sepatutnya dikhaskan untuk perempuan mengandung, orang cacat dan warga emas, itu pun gua baru tersedar selepas melepasi 3stesen seorang nonya memandang gua atas bawah dengan nada sinis sekali.

Punyalah jauh nak ke stesen tampines dekat 10stesen jugak kena lalu berhenti henti, nasib baik lah diapunya aircon sejuk dan sedap, gua batalkan niat nak tulis surat komplen kepada pihak pengurusan.

Selepas 5stesen naik sepasang couple yang gua bajet sedang hangit bercinta, dua dua pun macam pinang dibelah tiga. Si lelaki boleh tahan tampan mcm adam lambert manakala si wanita apa yang boleh gua rumuskan ialah “nice”.
Dah nama duduk di kota besar pakaian kena lah sharp dan berjenama mahal. Si lelaki memakai kemeja putih jalur jalur hitam tuck in dengan seluar slack kaler hitam, si wanita pulak memakai ala ala gaun malam yang kalau ditengok jam baru pukul 2petang dan dipadankan dengan solekkan yang boleh tahan tebal dan terang di pipi dan di kelopak mata “nice”.

Perjalanan masih jauh, aircon pun sejuk dan sedap, mata mula mengantuk, couple “nice” yang duduk depan gua pun layan tido, si wanita melabuhkan kepalanya di bahu si lelaki, sungguh mesra dan manja.
Rupa rupanya gelagat couple tersebut juga menarik perhatian beberapa penumpang lain seperti aci yang duduk sebelah gua, nonya jelingan sinis yang sedang berdiri siap step kuda kuda kungfu dan bangla yang membawa beg ala AF.

2 stesen telah berlalu, aircon masih fullblast, couple “nice” pun terjaga dari tido, tiba tiba si lelaki menunjukkan reaksi yang agak kelam kabut, dia menepuk nepuk dan menggosok gosok baju bahagian bahu beliau. Gua pun jadik saspen, gua yang tadinya ayam ayam tido terus riki dengan sebelah mata.
Sah!! Jangkaan gua memang tepat, baju si lelaki sudah kotor terkena mekap tebal si wanita ketika sesi menyandarkan kepala di bahu tadi. Teknik yang digunakan si lelaki tidak dapat menghilangkan kesan mekap tersebut melainkan menggunakan teknik mesin basuh. Pertengkaran kecil pun berlaku, suasana dalam tren agak hangat.

Gua kasik alih bahasa pertengkaran tersebut ala siri jepun oshin:

*nota: sila baca watak lelaki menggunakan suara seperti suara suniyo manakala watak perempuan menggunakan suara seperti suara mak sinchan


Si lelaki: mengapa boleh terjadi bergini? Owh kotoran degil ini sungguh susah untuk dihilangkan, habis lah baju jenama mahal G2000 saya ini.

Si wanita: saya minta maaf, saya tak sengaja perkara buruk sebegini akan berlaku, saya tak tahu kesan kotoran tersebut amat degil untuk dibersihkan.

Si lelaki: ini semua kecuaian awak, dari awal tadi saya sudah nasihatkan awak jangan terpedaya dengan pujukan jurujal mekap di Cktangs itu tadi. Mereka semua ibarat ahli politik yang ingin mengambil kesempatan keatas orang lain.

Si wanita: saya tidak tahu yang alat solek ini akan luntur dalam sekelip mata sahaja. Mengikut kata jurujual tersebut alat solek ini tahan lasak dan boleh dibuat sembahyang.

Si lelaki: ini yang awak katakan lasak? Lasak kepala hangguk awak! Cuba awak cermin kan muka awak sekarang, cantik?? dah macam wayang pekji!!

Si wanita: owh tidak! Wajah saya!!

Bila gua tengok muka si wanita tersebut gua jadik kaget, apataknya, sebelah muka ada mekap sebelah lagi dah takde mekap, nak jadik apa? ultimate warrior??

Aci sebelah gua pandang gua sambil angkat kening dua kali. SEKIAN.

Bila Abang Dul berbicara


.

Wa biasa dengar nama Abang Dul ni dari CC wa. Kata Kak Cah, dia otai unit kewangan PPD Pasir Gudang. Bini dia bukan calang-calang beb. Mari dari Belgium. Wa bila dengar Belgium je memang kepala ingat the mighty Belgian hardcore metal ass "Congress" je. Satu yang wa suka Belgian hardcore ni, sebutan english dia memang haram nak faham. So kalau cover lagu diorang tak malu la kalau salah sebut pun. Main taram je nyanyi. Ni kira macam Jepun cakap English la lebih kurang. Tapi wa bukan nak cerita pasal Belgium ni ish ish.

Wa dah lama tak dengar nama Abang Dul ni sejak dia naik pangkat. Bila naik pangkat, biasala gomen, kena campak la tempat lain kan. Hari ni tah macamana wa boleh jumpa pulak dia dekat kedai makan. Dia tengah show makan nasi ayam penyet. Wa apalagi kan, join la satu table, tanya khabar apa yang patut. Dia memang antara manusia paling peramah yang wa kenal dalam dunia ni. Satu fakta yang semua orang kenal dia kena akur, dia ni manusia mulut manis. Kak Cah pernah cakap perempuan mudah cair dengan ayat dia. Kalau tak, tak kan la dapat kawin perempuan Belgium. Stewardess pulak tu.

Di pendekkan cerita, sepanjang perbualan selama lebih kurang 30 minit itu diisi dengan pengisian ilmu tentang perempuan, dalam kelambu dan mandi junub. Sepanjang 30 minit tu jugak wa terpaksa memusingkan kepala kiri kanan tanpa henti memastikan tiada minah-minah Bank Rakyat yang berdekatan meja dengar apa yang Abang Dol ni dok cerita. Dia kata, ini ilmu, semua orang kena tahu.

Sekian.



PS: Sepanjang perjalanan pulang ke opis, wa terpikir, ada ke budak zaman ni yang naif pasal kawin? Apa-apa pun, benda-benda ni semua kena tanya Enol dengan Tini la kan. Pasal diorang je yang dah tau betapa syoknya kawin.

Sekian lagi sekali.

19 December 2009

ALL MRT DREBAR ARE BASTERD



Gua naik mrt dah mcm naik kereta drift KE30, time corner drebar tarik clutch, buang gear satu, brek buat buat malas nak pijak, macam nak terbalik gua dalam tren, nasib baik dulu gua ada belajar silat pulut, kuda kuda gua still mantap, kalau tak mau gua duduk bersila atas lantai.

Setelah penat menangkap barang yang gua idam idamkan, gua lepak makan makan.

Sup tulang merah! menangkap brader menangkap!! Berani jugak la gua order yang harga 8dollar, sebelum masuk tengok konsert lamb of god bulan 4 nanti gua nak return lagi sekali.


Neofishy, gitar yang lu nak ni gua dah booking dengan apek kedai davis, kalau power of idea yang gua sarankan dekat lu aritu menjadi mau bulan 6 lu dah boleh pakai gitar ni *kenyit mata* aiseh men ramli aiseh men! nampaknya kau sorang je yang kena ekor ni ramli, jangan lupa member tau!


Brader dozo, kita kena start menabung utk benda ni, jangan fikir diapunya harga, yang penting kita kena yakin boleh macam team bola malaysia. Lu jangan banyak sangat lepak makan makan dengan biras lu tu, duit tu lu kena save utk benda ni, lu kena ingat biras lu tu bukan ozzy osbourne.


Qarmadarma, apacerita brader takde saiz!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.SEKIAN.

WA TAK MAU CAKAP BANYAK....CONGRATS RAJAGOPAL!

Sejak diaorang menunjukkan peningkatan masa pre-sukan SEA tournament (4 nations tournament) dengan perlawanan kat luar negara (negara-negara Balkan), sejak tu sinar bolasepak dah ada dah.

Memang satu keajaiban kalau lagi 3 tahun Malaysia boleh kalahkan Brazil, atau setidak-tidaknya kalahkan Jepun atau Korea Selatan, tapi hasil yang ditunjukkan pada sepanjang perlawanan di Sukan SEA nampak ada harapan creah untuk skuad Malaysia.

Malaysia memang deserve untuk menang. Tak kira lah gol sendiri ke apa ke, sebab sepanjang perlawanan, Malaysia lah yang menguasai perlawanan walaupun pada separuh masa pertama, diaorang kena asak. Syabas untuk Zafuan, Muslim, Nasriq dengan Sabri sebab cool sepanjang perlawanan.

Dan buat pemain lain, anda semua memang cool sebab sentiasa bersemangat untuk mencari emas. Sesuatu yang sangat jarang dilihat kerana semua mereka sentiasa bergerak dan mempunyai fitness yang bagus.

Tak dapat tipu, masa baca doa akhir tahun dan awal tahun, aku ada selit sikit dalam hati mintak moga Allah makbulkan kejayaan Malaysia.

Apa yang buat aku puas, Malaysia dapat menutup mulut coach Vietnam yang mengatakan "lebih baik jumpa Malaysia dari jumpa Tahiland di akhir".

Tahniah Malaysia, moga terus maju ke depan.

17 December 2009

KILAUAN EMAS DAN M DAUD KILAU

Tahniah buat team bola malaysia menang emas sukan sea, sebenarnya gua tak tengok live pun, gua tau pun masa terbukak berita tv3 masa tengah tunggu iklan habis masa layan cerita geng bas sekolah. Ntah apa wartawan tu cakap tiba tiba masuk pasal kemarau yang takde kena mengena dalam permainan bola sepak, kemarau dengan bola sepak mana sama brader!!
Apa apa pun M daud kilau jugak tetap di hati gua. SEKIAN.

15 December 2009

1 LAGI JEK HALANGAN : VIETNAM

Satu keadaan yang sangat suprise walaupun sebenarnya Malaysia memang boleh layak ke akhir Sukan SEA judging from the result the brought after winning against Thailand.

Aku tengok diaorang main selepas 25 minit sebab balik keja lambat, masa tuh Malaysia dah leading 1-0 jaringan Badrol Bakhtiar minit ke 13 kalau tak silap. Budak ni memang bagus. Ala, kamon lah. Korang nak expect dia nih jadik macam Cristiano Ronaldo? At least dia dah tunjuk something. Dia berhak untuk dapat pujian apa, walaupun sikit. Dan sebetulnya, jaringan pertama dia memang 1st class, kalaupun tak dapat menandingi jaringan pemain terbaik dunia yang korang-korang dok dewa-dewa kan tu, yang belum tentu korang-korang sendiri bleh buat. So, tepukan untuk Badrol Bakhtiar.

Sikit ralat sebab penjaga gol Malaysia, Mohd Sharbini main macam dah star sangat. Tapi biasa lah, orang muda, mesti nak tunjuk ek kan. Cuma perasan star tuh kena kontrol sikit, baru bleh jadi legend. Yang penting main cara dan power, baru orang respek sampai bila-bila. Gol Laos tuh memang tak sepatutnya score sebab ko memang boleh tangkap bola tuh. Tapi ko nak tunjuk star agaknya, so ko macam menggelitik sikit-sikit last bola tu gol. So buang perasan star dan macho ko tuh. Ko bleh berjaya Sharbini.

Cakap pasal penjaga gol Malaysia nih, last sekali yang aku tengok ada wibawa sikit ialah Samsuri Mustafa. Tapi rambut panjang sangat, so buat pemain bola, rambut tuh kalu nak panjang kasi ikat betul-betul la dey. Nak lagi cun pendek kan sikit buat rambut mohawk kalu dah nak rasa berfesyen sangat.

Gol kedua tuh memang hadir tepat pada masanya. S.Kunanlan yang rajin dan bagus tuh tembak terus tapi kena palang, so Badrol ada kat situ, walau dah terjatuh, tapi tetap dapat score walaupun diasak 2 orang pemain Laos. Gol ketiga Malaysia pun cun. Gerakan cantik dari pemain nombor 9, Norshahrul Idlan terus kepada Safiq Rahim yang secara cool menguis bola ke bahagian atas pintu gol Laos. Memang macam tak gol, tapi gol.

Rumusan aku, penyakit terlepas pandang dengan hilang fokus still lagi ada dalam pemain Malaysia. Tapi, pemain muda Malaysia nih @ Harimau Muda sememangnya telah menunjukkan kesungguhan dari segi semangat juang. So aku simpulkan, walaupun diaorang memang susah nak menang jumpa Vietnam kat akhir nanti, tapi aku tetap akn letak kan harapan yang diaorang boleh disebabkan kesungguhan diaorang dan juga semangat juang. Respek sebab selalunya, kalau pasukan Malaysia bila dah kena asak, diaorang akan cepat dan terus-terusan hilang tumpuan. Tapi kali ni, diaorang pulak yang pandai carik peluang nak jaringkan gol.

Sebenarnya, diaorang bleh menang 4 atau 5 gol, tapi tu lah...takde rezeki. Apa-apa pun, syabas Malaysia. Korang-korang yang dok sokong Liverpool lah, Arsenal lah, Chelsea lah, Real Madrid lah, Man U lah, try-try lah sokong pasukan Malaysia lak, bukan rugi pun. Korang pun makan sambal belacan gak macam player Malaysia. Wayne Rooney tak makan woi sambal belacan.

14 December 2009

KAMON LA MALAYSIA

Wa bukan fanatik bola. Wa biasa jek. Takde ah nak tunggu tiap-tiap game nak tengok, pastu team kalah gaduh-gaduh baling kerusi meja macam tanah dah tergadai. Walaupun dulu wa pemain bolasepak, tapi wa tak terasa pun nak maki hamun team orang lain hanya kerana team tuh kalahkan team wa.

Bleh dikatakan team wa dari kecik sampai sekarang tetap Inter Milan dengan national team Italy. Tapi tu tak bermakna wa tak minat team lain. Standard ah, team main cantik memang kena minat apa, tapi takde lah sampai nak minat gila babi. Inter Milan lawan pun wa tak tengok.

Tapi team yang akan terus bersarang dalam hati wa tetap Johor dengan team Malaysia. Dan sampai bila-bila pun, whether team Johor dengan team Malaysia naik atau tak, wa tetap akan jadi penyokong dua-dua team nih.

So malam ni, walaupun wa tak letak harapan tinggi untuk Malaysia menang dan seterusnya grab gold Sukan Sea, tapi wa tetap menyokong Malaysia, walaupun wa tau yang team ni tak bleh menang.

Apa-apa pun, kalau menang, Malaysia adalah satu keajaiban yang boleh dicapai, tapi kalau tak menang, memang dah diakui prestasi Malaysia setakat tuh jek. So Malaysia, do the best and strive for success!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



*p/s: tak tengok bola dan dengar Abg Jem kat SInar FM sangat gay dan tua!

13 December 2009

TELOR REBUS ROCKET SAINS



Macam puaka jugak nak dapat tune telur rebus versi soft-medium. Dah 10bijik telur gua err telur ayam gua dah barai ni!!!

12 December 2009

HUJAN DAN PANAS, RIBUT DAN TAUFAN

Sekarang ni musim cuti sekolah, musim majlis kawen, sana sini kad jemputan diterima, macam macam bentuk dan saiz kad, ada yang besar surat kabar metro, bau bunga ros, import drp indon pun ada, ada yang pakai photostat 3sen, siap letak gambo.
Hujung minggu madang bedal nasik minyak nasik baryani, naik kembang anak tekak, teringin jugak ada majlis kawen yang menyediakan nasi putih lauk lemak labu, sambal belacan, asam pedas ikan mayong, ikan masin goreng dan serunding, tapi kalau dekat negeri johor ni macam susah nah jumpa menu sebegitu, asek asek nasi baryani je.

Masa gua budak budak dulu majlis kawen adalah yang paling ditunggu tunggu. Boleh layan kompang, kuda kepang, barongan, joget lambak dan kuih koci. Tapi yang paling penting ialah jadi tukang bawak bunga manggar. Memang cool la kalau dapat bawak bunga manggar mengiringi pengantin dengan paluan kompang sebagai soundtrack. Pernah sekali tu majlis bersanding pukul 2petang, gua awal awal pukul 10pagi dah sampai rumah pengantin chup nak bawak bunga manggar. Bila pengantin dah diarak duduk dipelamin dan paluan kompang sudah berhenti itu lah masa yang dinanti nanti, masa merebut bunga manggar, habis tak bersisa bunga manggar direbut, yang tinggal cuma batang buluh dengan batang pisang yang menjadi tempat cucuk lidi bunga manggar.

Di negeri johor ni kalau pengantin lelaki bertandang kerumah pengantin perempuan sewaktu berarak hendak naik pelamin akan kena ‘tol’, selagi tidak dibayar ‘tol’ tersebut kepada ‘jurutol’ jangan harap pengantin lelaki nak naik ke pelamin. Dia punya perangai jurutol ni punya lah macam puaka dari jembatan, halaman rumah, pintu pagar, tangga rumah, pintu utama, ruang tamu hinggalah di kerusi pelamin diorang tunggu mintak ‘tol’. Pernah sekali jiran sekampung gua dapat menantu lelaki dari negeri perak datang bertandang, lepas tu duit tol tak standby banyak peh pengantin lelaki siap berpeluh peluh muka dah nak nangis la takut tak dapat bersanding.

Bagi pasangan pengantin itu semua tak penting, hujan panas tak dihirau, ribut taufan letak tepi, yang penting hajat tercapai mendirikan rumah tangga.
Kepada yang bakal bernikah selamat berbahagia, berumahtangga bukan sekadar akad nikah tapi tanggung jawab selepas akad nikah tersebut.
Yang menggatal nak bernikah lagi satu gua sebagai presiden kelab takobin ingin berpesan “kalau lu berani lu jalan terus, kalau lu kurang berani rilek rilek one corner layan biskut sudah”.
SEKIAN

Apa barang kayuh basikal..... main skateboard laa baru punk




Wa nak kirim kasut ni je. Tu pun kalau lu tak sesat la cari kedai dia.
Saiz emas 8US,7UK. Harga RM360 shj. Ni budak D-Beat mesti suka pasal warna hitam.
Ni alamat kedai dia

11 December 2009

JALAN SEDAP, JALAN TAK SEDAP SEDAP part 3

Jumaat depan gua nak masuk singapore, gua nak angkat seekor jaguar, seekor rat, sebijik muffin dan seulas orange. Sesiapa yang nak kirim barang sms gua bersertakan duit, sms nak kirim baju band tidak akan dilayan. SEKIAN.

BINGIT HANGIT

Apasal gua boleh taktau ada audition rancangan 8tv ni? Takpe next year gua return, gua nak bawak lagu ni masa audition tu! Sustain brader!! Sustain!!!!!!!!!

09 December 2009

KAMBING BARYANI





Gua dah start menabung sebulan 30hengget, gua harap boleh lepas teket sebelah toilet.

05 December 2009

pssstttt 1.0 miligram



Amacam jeng... Nak tengok Search ke Wings??? Kalau dah decide, msg wa ASAP.


PS: Psssttt...Wa dengar Awie dah minum air asam jawa satu gelen, push-up 15 kali sehari

02 December 2009

Lambaian Ilahi DIR-300




Ketika kita masih dalam suasana ieduladha. Ketika kita masih menunggu sanak saudara pulang dari tanah suci. Ada perkhabaran hiba buat kita-kita. Pergi dihantar, pulang dinanti. Namun perginya tak kembali. Kerna dia sedang dalam gembira menemui ilahi. Derai tawa, gurau senda, suara, mainan mata, sayup-sayup kedengaran. Semakin hilang. Semakin hilang. Semakin hilang.

Telang hilang penyeri Warung Pagi, Gerai No.1, Jalan Jenang, 83000 Batu Pahat. Meninggalkan balu dan anak-anak. Meninggalkan kami sekalian rakan dan teman, jiran dan pelanggan. Tiada lagi teh tarik, teh o limau, milo ais, yang kita rasa kadang tiada bergula, tiada pemanis. Namun, itulah yang bakal kita-kita rindukan nanti. Tiada lagi kelibat dibangku panjang menghela nafas tua. Tiada lagi yang mengumpul tin susu untuk dijual. Tiada lagi yang pulang membawa akhbar dengan basikal tua. Tiada, Tiada, Tiada dia.

Dia pejuang dalam hidupnya sendiri. Dengan 'kederat' kerja yang tiada meminta-minta. Dia pergi dengan duitnya sendiri. Dan semuanya telah diterima dengan rela. Dia keluar dari rumah , menuju alam akhirat yang kekal abadi. Meninggalkan segala yang dicintai. Dengan sumpah janji. Tiada Tuhan yang Disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Dari Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali...........

01 December 2009

BANNED IN BATU PAHAT

MENYEWA VIDEO TAPE BERSAMA FENDI SALIM

I selalu lepak rumah fendi salim bukan kerana dia ada adik perempuan yang cun macam ziela jalil tapi sebab dia ada banyak stuff yang best best, daripada pop yeh yeh membawak ke rock kangkang, kalau tak kerana dia I memang tak merasa la join zaman muzik alternatif time tengah top dulu. Band kegemaraan dia mucky pup, hafal dia semua lirik, doa qunut letak nombor 3 untuk dihafal, lagu nombor 2 perlu dihafal lagu pisang panas salih yaacob.

Rumah dia jugak ada deck video, merasa jugak I tengok video wrestling yang latest latest. I lebih suka layan WWF sebab undertaker bagi I time tu wrestler yang paling super cool sekali, hulk hogan dah sell out time tu masuk WCW, tapi I tak suka WCW sebab ganas sangat, semua wrestler kat situ watak jahat takde yang watak baik, Sting pada I wrestler yang paling cool masa tu dekat WCW.
Rupa rupanya nama sting jugak diguna oleh penyanyi kumpulan the police, itu pun bila I dengar lagu puff dady everybreath you take yang disample dari lagu the police dekat rancangan pilihan bersama. Demm sungguh tak cool! Apasal tak pakai nama stung ke, steng ke…..demmm

Pada suatu hari yang indah, fendi salim telah call I dekat rumah al maklum lah I masa tu belum mampu lagi beli telefon mudah alih motorola sebesar beg pakaian orang naik haji. Seperti biasa khidmat I diperlukan untuk menjadi driver ketempat biasa yang kitaorang selalu pergi, kedai sewa video.

Seperti yang telah dijanjikan I sampai ke rumah fendi salim, tiga empat kali I bagi salam tapi tak dijawab takut badan terbakar agaknya. Kelam kabut I tengok fendi salim keluar dari toilet baru lepas buang ancak perangai macam puaka terhegeh hegeh.

“kita pegi rumah zul kejap amik kad sewa video” kata fendi salim sambil gulung rokok daun

Fendi salim dah kena banned oleh semua pengusha pengusha kedai sewa video seluruh bandar batu pahat, ini kerana masa sekolah dulu dia tak belajar konsep “barang yang dipinjam mesti dipulangkan semula”. Maka beliau terpaksa menggunakan kad sewa video daripada proksi beliau saudara Zul yang tinggal tak berapa jauh dari rumah beliau.

Zul ni kerja dia duduk rumah je. Rilek rilek lepak lepak tapi ada duit, I pun pelik jugak mana punca dia dapat duit tu tanpa bekerja, I bajet dia ada bela toyol. Pernah sekali tu I lepak rumah dia I terbaca la tulisan tulisan dia, sebab dia pernah cakap nak jadi penulis cerita seram ala tamar jalis. Tajuk cerita yang I terbaca tu PANDUAN BERCINTA BERSAMA POCONG, hish seram I baru tengok tajuk je dah meremang bulu roma, sempat jugak I baca beberapa perenggan, tapi yang peliknya cerita dia lebih membawak kepada novel remaja romantik, kalau ada masa nanti I ceritakan keseluruhan cerita tulisan zul tu ye.

Zul sudah menanti dihadapan pintu pagar rumah yang sungguh buruk nilai seni pertukangannya. Dia menghulurkan kad sewa video dan duit kaler merah sambil membisikkan sesuatu yang pada fendi salim yang I bajet lucah kalau diterjemahkan.

“jangan lambat, kopi dan kuih koci gua dah standby” kata zul sambil berjalan secara moonwalk masuk kedalam rumah.


******


Suasana kedai sewa video yang berlokasi di jalan mohd akil agak sesak dengan pelanggan yang sedang menjalankan aktiviti pinjam dan pulang.
Seperti biasa tempat pertama I tuju ialah sudut video wrestling.

“survivor siri dah keluar ni” kata I dalam nada riang

“alamak bajet tak cukup ni” kata fendi salim yang agak huru hara mengira duit syiling 5sen dari dalam poket seluarnya.

“zul kasik 10hengget apa” kata I dalam nada sedikit marah

“ala dia suruh sewa cerita lain” kata fendi salim sambil korek hidung

“cerita apa dia nak??” sekali lagi I dalam nada marah

“kau pegi kat apek kaunter tu tanya dia ada tak cerita LIAR, OMPUTEH, BAEK PUNYA” fendi salim memberikan arahan ala sarjan misai

Naik angin jugak I time tu sebab tak dapat pekena video wrestling. Zul ni pun satu hal jugak ntah mana punya tajuk cerita dia dapat, setahu I razak mohidin takde pulak buat cerita baru tajuk macam tu.

I gagahkan kaki menuju kaunter apek video.

“pek ada ini cerita tak? LIAR, OMPUTEH, BAEK PUNYA” kata I dengan nada yang agak tinggi, dua tiga brader sebelah I yang tengah pulang tape video pandang I atas bawah dan agak serong jugak pandangan diorang ni.

“lai lai lu tengok sini apa mau lu kasi angkat” kata apek kaunter dengan nada perlahan sambil riki line kanan kiri.

Di suatu sudut belakang kaunter bersusun tape video bermacam tajuk yang tidak disusun mengikut abjad dan huruf. Pemalas jugak rupanaya pekerja pekerja apek video ni.
Ada macam macam tajuk cerita, ada cerita import daripada siam, jerman, rusia, bangladesh pun ada. Ada jugak tajuk yang I kurang paham maknanya macam interacial, s &m, tranny, jugs, pov, double penetrate, transvesite dan yang paling rare ada tajuk cerita pasal pejuang pembebasan moro MILF.
Naik kero bijik mata I tengok, puas I belek satu persatu tapi tak jumpa tajuk yang dicari.

“woi cepat la” kata fendi salim kelam kabut macam babun kena belacan

“mana ada duh tajuk cerita tu” sekali lagi nada I dalam keadaan marah

“ala sambar je satu, takyah fikir banyak” fendi salim pulak dalam nada marah

I pun dah malas nak pilih pilih lagi, kepala I dah terbayang kopi O dengan kuih koci rumah zul. I sambar sebijik tape video yang tajuk nya lebih kurang sama macam LIAR, OMPUTEH, BAEK PUNYA kalau ditranslate ke dalam bahasa matsaleh.
I bagi tape dengan kad sewa video dekat apek kaunter.

“10lingget” kata apek kaunter dengan nada riak

“woit apahal mahal, selalu 5hengget je” kata I dengan nada yang betul betul marah sambil menghulurkan duit kaler merah.

“aiyo kawan, Ini barang spesel punya, wa tala untung kasi sewa ini balang tau” kata apek kaunter dengan nada sedikit takut

Motor yamaha cup bapak I meluncur laju meredah jalan berdebu menuju rumah zul.


******


I sebat 3biji kuih koci dan kopi O senafas. Nak harap fendi salim belanja air nenas jangan harap la. Haus sudah hilang hati berasa riang. Fendi salim dengan zul sudah ready baring depan tv dengan bantal separa empuk.

“waw cerita WILD AMERICA!!” jerit girang zul sampai nak makan plastik bising.

Tanpa disuruh I terus masukkan tape kedalam deck video jenama sharp. I tekan butang play…..

Cerita pun bermula…..

15minit berlalu…… I tengok zul serba tak kena meracau je gayanya.

“cerita apa ni kau sewa” zul dengan nada marah kepada fendi salim

“mana lah aku tau!!” kata fendi salim dengan nada tinggi sambil menunding jari kepada I

“lahh apa yang salahnya ni?? Lu yang kasi tajuk tu kan??” kata I dalam nada keliru

Zul dan fendi salim saling tuding menuding jari mencari kesalahan sesama sendiri, suasana agak tegang jugak bila zul naik angin mengkarate meja kopi lalu masuk kedapur makan nasik lauk kicap jalen.

I malas nak masuk campur, mata I lebih fokus pada skrin tv yang tak berapa flat. Layan jugak cerita ni, ada scene burung helang botak sedang makan bangkai lembu, scene memerang buat sarang dalam sungai, scene ular kapak makan tikus dan yang paling I suka scene beruang tangkap ikan dekat jeram, pehh boleh tahan jugak skill beruang tu, kalau I ada duit nak jugak beli seekor kasi kat jumari, takyah dia susah susah nak memancing guna joran, guna beruang je tangkap ikan.

Lepas dari insiden tu I dengan fendi salim kena banned dengan zul daripada lepak rumah dia. Melanguk jugak I dengan fendi salim takdapat sewa video wrestling terkini. SEKIAN

30 November 2009

KETAM DAN CILI



Damai seafood here i come!!

MENUSUK QALBU


GAMBAR SEKADAR PERHIASAN

Gua kalau lepak kedai bai jarang jarang order air yang berkonsepkan halia, gua pun tak tau pehal gua kurang IN dengan teh halia, drp teh halia baik gua order air suam, tapi apabarang lepak bai kena air suam nak kena tendang ke!!

Gua teringat ada member gua ni(nama di rahsiakan) cakap minum air halia bagus untuk vokal, so masa tu ada performen kecil kecilan so dia ni merangkap vokalis mencuba la petua ntah mana punya orang tua yang bagi kat dia suruh minum air halia utk vokal kasi lagi power, dia sudah order segelas halia O pekena senapas. Peh lepas tu gua dengar dia nyanyi macam siti nurhaliza nyanyi lagu grindcore, menusuk brader! menusuk!!!

Sekarang ni kalau ngeteh dia layan air sirap suam, misteri jugak pehal plak kena air sirap, gua kalau terdengar dia cakap minum sirap suam nak kasi sedap vokal mau dia merasa bercakap dengan tapak kaki gua! Sekian.

23 November 2009

POCONG

Tiba tiba cd burner dekat pc terbukak dan tertutup dengan sendiri. Seingat gua takdepun usik apa apa kat pc gua ni. Gua masuk tido dulu, celaka gua terbayang cerita momok the movie masa lepak kedai dvd kat pandan semalam, cuak siak scene pocong balik semula kerumah dia!!!

20 November 2009

READING DAN BACA





Gua pernah beli vcd ni dulu dkt kedai ajak bastend, pehh dia punya pijat bunyik vcd tu jgn cerita la naik teleng teleng kepala tengok diapunya gambo. Nasib baik la nirvana kalau wings jgn harap la gua nak beli.
Haa ni diorang baru rilis dvd yg bukan versi pijat, sound clear gambo standed dvd porn. Gua dah tangkap satu, lu orang bila lagi!!!

19 November 2009

MENGAPA MESTI ANTARA GADIS part 3

DINAMIK

“Oooowwwhhhh tiada terpaling indah, sewaktu bersama mu intan….” Tarikan chorus mat mbek serak serak basah jauh sekali nak sama dengan ramli sarip.

Belum pun seminit wan nor azlin masuk kedalam bilik studio gua dah terpalet palet tekan chord gitar, Minor masuk Major, Major masuk chord ten, gua jadik hilang tumpuan, sia sia gua prektis dekat rumah tadi.
Wan nor azlin bersandar pada dinding berdekatan dramkit ijan musa, sekali sekala ketawa ketawa kecil melihat ketukkan dram ijan musa yang terpalet palet.
“gadis baru ijan musa tu” entah dari mana jumari muncul berbisik dekat telinga gua.
“demmit!” gua mengeluh.

Ketukkan dram ijan musa yang tadinya macam seorang kaki bangku tiba tiba berubah setanding black dan jojet. Dah macam ada aura ajaib yang masuk kedalam badan dia, pukulan kemas dan rolling teratur, gua jadi kaget. Perangai macam puaka, nak kena ada gadis baru nak main dram betul betul.

Gua dah ready dengan lagu seterusnya, gua menanti arahan daripada udin bopeng. Tiba tiba ijan musa bangun daripada seat dram yang sepatutnya menjadi kerusi kedai makan dan membisikkan sesuatu kepada fendi salim tapi gua kurang dengar butirannya sebab udin bopeng sedang memekak menggoreng goreng solo lagu enter sandman yang gua bajet lagi 10tahun pun dia takkan boleh buat.
Fendi salim mengambil alih posisi dram ijan musa. Mikrofon disambar daripada mat mbek oleh ijan musa, terkedu kedu mat mbek sambil memegang tamborin.
“din main lagu apa lepas ni?” sambil menepuk bahu udin bopeng.
“ni chord lagu tu, Am Dm C G kau follow aku je” udin bopeng berubah spt ramli ms memberikan tunjuk ajar.
Fendi salim mengetuk stick dram 3 kali “tick tick tick”, semua instrumen masuk sekaligus, gua jadik pelik apahal tempo lagu ni jadik slow, apakah gua salah petik chord atau diorang salah lagu.

“antara gadis yang kutemui, kau saja kini dalam renungan, hanya kerana dengan senyuman terpaku diriku…” mendayu dayu ijan musa menyanyi, macam babun panggil hujan, macam romeo panggil markonah, yang tadinya rock keras tetiba tukar rock leleh, suasana dalam studio yang tadinya panas terus suram dan sejuk, bunga bunga berguguran, burung burung beterbangan, unggas ungas keriangan.

Mata ijan musa tidak berkelip menatap wajah wan nor azlin, mulutnya berkumat kamit menyanyi bait bait lirik lagu agar tidak salah apatah lagi terpalet palet, dunia ini jadi ijan musa yang punya walaupun telah diketahui tuhan yang punya dunia ini, perasaan membara rasa cinta dan sayang diluahkan semaksimum yang mungkin walaupun baki akaun asb ijan musa belum cukup hendak membeli sebentuk cincin belah rotan apatah lagi cincin berlian. Wan nor azlin terpaku malu, sekali sekala bermain main manja rambut nya yang gua bajet jarang dishampoo.

Naik loya gua dengar ijan musa menyanyi dan ditambah pula dengan petikan solo avantgad udin bopeng. Macam puaka punya lagu, 5minit gua rasa lama 5jam tak habis habis.
Gua sandarkan gitar tepi amp, bukak pintu studio dan keluar.
“woi nak kemana? Lepas ni lagu gerimis mengundang” kata udin bopeng dengan nada riak.
“gua lepak luar hisap rokok” gua membalas dengan nada tak ikhlas.

Dua tiga ekor cicak bermain main riang dekat lampu kalimantang, hati gua tak seriang cicak yang sedang bermain riang.

Fendi salim keluar dari bilik studio dengan rokok daun dibibirnya.

“diaorang tengah jaming lagi tu, pegi lah layan” kata fendi salim sambil mengetuk ngetuk dua biji batu dengan niat dapat mengeluarkan api menyalakan rokok daunnya.

“aaahhh sual la, gua nak rock keras brader! Bukannya rock yang diorang main tu!!” kata gua dengan nada keras sambil melibas pintu pagar besi kedai. Keras jugak pintu besi ni rupanya.


PERJALANAN PULANG

“Mantap jugak eh aku ketuk lagu antara gadis tadi” kata fendi salim sambil mengulung rokok daun.

“antara gadis bukan titik terakhir rock gua!!” sambil wheelie motor yamaha cup bapak gua. SEKIAN.



18 November 2009

BLACK METAL SIANG



Apacerita haa sekarang black metal? kalau tak dulu selak je surat khabar asek asek pasal black metal, black metal tangkap kambing la, black metal buat gig la, black metal tu lah black metal ni lah, sampaikan yusop haslam siap buat episod gerak khas pasal black metal, punya lah hebat black metal ni. Cekgu bustani dulu cakap jangan buat kerja menipu nanti rezeki tak berkat tau.
Apa apa pun glamer jugak band hatko ptyani dgn band teknikal doom linau besar nama band terpampang muka depan metro. Tu belum lagi yang malam new year lepak depan balai brickfields hahahahhaaaa kenangan kenangan mengusik qalbu....

14 November 2009

HOLIMOLY



Band kesayangan gua walaupun dah dekat 10album semua lagu lagunya sama saja diulang ulang riffingnya. Lagu cover yang terbaik selepas lagu cover kristal memburu impian.

FEEEWEEEIIIIIITTTT!!!!!!!!!!



Gua malas nak cerita banyak la ni barang bukan memain punya barang eh, kalau setakat main dalam kelab malam ke cafe ke jangan harap la gua nak beli. Gua dah tangkap satu, lu orang bila lagi!!!

LIBURAN

KLIK GAMBAR UNTUK PERMANDANGAN YANG LEBIH POWER






DAMNNNNNNNNNN!!!!!!!!!

MENGAPA MESTI ANTARA GADIS part 2

PANDUAN SESAT JALAN



Gua carik lagi beberapa buah lagu, takkan nak jamming 2 lagu je. Fenomena, seruan, pelayaran, bujang senang, isi atau kulit, kena ada lagu slow rock jugak ni, tiada lagi airmata, teratai, ada lagu matsaleh baru mantap, still loving you, hotel california.



Seperti yang telah dijanjikan pukul 8 malam gua sampai azam studio dengan fendi salim. Bapak fendi salim ni pun satu hal, motor ada dua bijik, ex5 dgn vespa tapi nak kasi anak pakai pun berkira kiraan. Memang dah jadik kebiasaan gua yang menjadik supir fendi salim.

Setibanya di azam studio semua ahli kumpulan dah ada disana.
Jumari tengah menangkap cicak guna lastik getah nak buat umpan mancing esok,
Ijan musa dgn ajis bahran tengah ketawa ketawa miang sambil membaca surat surat cinta kiriman gadis gadis tercinta diaorang berdua, sekali sekala angin malam bertiup membawa bau bedak kuticura yang gua bajet datang dari sampul surat cinta tersebut,
Mat mbek sedang menyelak yelak buku latihan SMDOJ yang gua pasti itu adalah buku lirik lagu, sekali sekala gua terdengar mat mbek cuba menghafal bait bait lirik lagu anak rusa nani.

Dimana udin bopeng?? Dari kejauhan gua terdengar bunyik petikkan gitar yang agak kasar tidak sehalus bunyik gitar kapok gua, sumbang mambang jangan cerita la dah sama macam suara awie nyanyi. Gua terus melangkah masuk kedalam bilik studio. Bila pintu dibuka gua melihat udin bopeng sudah bersedia dengan gitar ditangan.
“Haa ni lah gitar karen” kata udin bopeng seakan pakar lulusan sekolah muzik berkelee.
“tingg tungg tingg tungg tinggg tingg tungg tungg” lagu tune gitar, lagu mesti untuk semua pemain gitar, tali gitar ditune rapi udin bopeng, tapi pada pendapat gua telinga udin bopeng yang sepatutnya ditunekan dahulu.
“sedap sedap” kata udin bopeng sambil strum chord G yang sumbang mambang.
“nah amik ni” gitar jenama yamaha dihulur udin bopeng. Gua ingatkan yamaha cuma keluarkan motor je gitar pun ada rupanya.
“hhmmm eeerrrrr din….din…. apasal tak keluar bunyik ni?” dahi gua berkerut kelam kabut petik tali gitar berulang ulang kali tapi tak keluar bunyi.
“kabel jack kau tak cucuk dekat gitar dengan amp sampai lusa pun dia belum tentu nak bunyik” nada keras udin bopeng mengalahkan cekgu chan guru disiplin SMDOJ.
“ini namanya gejek, kalau lagu part chorus part heavy kau tekan suis ni” udin bopeng mengejas alat penukar bunyi yang dalam bahasa matsalehnya ialah gadjet tapi dalam bahasa kuala udin bopeng ialah gejek.
Udin bopeng bertindak selaku sound enjineer bunyik gitar gua yang entah apa apa entah diapunya bunyik keluar setelah dienjineer olehnya, pada pengamataan gua dia lebih sesuai menjadi penjaga kambing.
Gitar, amp dan gejek berfungsi dengan baik walaupun melebih kepada bunyik pijat, bila bila masa saja sudah boleh beraksi.

Semua ahli band sudah bersedia diposisi masing masing. Gua tengok semua sambil lewa, tak serius dan kurang fokus. Sikap sebegini lah yang menyebabkan mohamat rahmat marah kepada pemuzik pemuzik rock sampai nak memancung mancung rambut
“ok lagu ditepi pantai kita kasi panas dulu” renungan tajam udin bopeng kepada semua ahli band.
Hati gua rasa cuak dan berdebar debar, al maklum 1st timer, diorang semua dah jinak sarkis dah lama training.
Muzik pop yeh yeh yg diberi nafas metal oleh xpdc rancak dimainkan. Bijak jugak rupanya xpdc ni.
Bunyik semua instrumen tak balance Bunyik gitar udin bopeng kuat mengalahkan orang azan, macam dia seorang je yang nak main, akal tinggal kat rumah, tak fikir orang lain. Bunyik bes gitar berdengung dengung je lebih, tapi butirannya takde. Dram dah macam bunyi dung dung cher keceper, kejap kejap nak rolling tapi terpalet palet. Vokalis jangan cerita la, nyanyi dah macam puaka, tunggang langgang, gua tengok kepala mikropon berlendir kena air liur.
Tiba tiba gua rasa tak sedap hati, apasal gitar gua petik petik tak keluar bunyi, dah macam petik angin, gua pun pelik, tadi ok je.
“apa lu ingat ni rancangan muzik muzik apa main miming” Jumari menepuk bahu gua sambil menghulurkan kepala jack cable yang telah tercabut drp gitar gua dan kembali melastik cicak semula.
“????” gua membalas dengan senyuman dan sedikit malu.
Selesai lagu pertama, masuk lagu kedua, lena diulit intan. Terkial kial ajis bahran petik bes line lagu ni konon nya nak sama gaya mcm dalam keset, belum pun masuk rangkap kedua dia dah main ikut gaya bebas.
Tiba part lead gitar solo, udin bopeng masuk menggoreng, astgafirullahalazim, nota pertama je yang ditekan dengan betul, selebihnya dia guna nota kaki, asal goreng, janji gaya macam joe wings.

Tiba tiba tanpa diduga pintu bilik studio terbuka, terpacul susuk tubuh manusia yang gua pasti seorang gadis. Melalui pengamatan gua sekali pandang muka gadis tersebut seperti seorang pelakon drama tv terkenal.
“wawww Wan Nor Azlin!!!” jerit hati gua sambil terpalet palet tekan chord gitar.

………..BERSAMBUNG

11 November 2009

MENGAPA MESTI ANTARA GADIS part 1

ROCK KAMPUNG


Udin bopeng, cucu kesayangan pak usop bopeng, gangster kampung, posisi gitar utama, seorang kidal, tak minat man kidal tapi minat shah slam, artis idola beliau aim crossfire, time jamming part solo gitar dia bedal solo ikut suka hati, dah macam solo kerry king tapi versi slow, sumbang mambang je bunyik dia.

Ijan musa, tak pernah lewat dan tak pernah ponteng sekolah rendah sebab rumah dia depan sekolah, posisi dram, tapi lebih menjurus kepada posisi vokal, dia cakap muka dia macam zamani slam, tapi suara belum tentu macam zamani, awek keliling pinggang, pernah masuk maktab perguruan tapi lepas 3bulan cabut lari balik kampung katanya dekat asrama dia ada pocong. Anti muzik aliran alternative, peminat setia rock leleh meleleh. Ketua band, band diberi nama naftalena, dah macam nama kedai jual pasembor dekat penang.

Ajis bahran, posisi bes gitar, kawan karib ijan musa, dekat mana ada ijan musa disitulah ada ajis bahran, juga seorang yang mempunyai awek keliling pinggang, kebanyakan awek beliau reject reject awek ijan musa.

Jumari, kaki pancing, bahan lawak udin bopeng, ijan musa dan ajis bahran, selalu kena paw rokok, selalu kena kutuk, selalu kena marah dengan ijan musa sebab nyanyi suara mesti slang jawa dan off tune, tapi jumari hatinya mulia dan bersih.

Mat mbek, vokalis band naftalena, tapi yang sebenarnya kalau dilihat dari sudut yang benar mat mbek hanya ahli mencukupkan “korum”, kalau difikir secara logik sebuah band rock leleh yang berpaksikan slam sebagai idola utama takkan lah seorang yang bersuara sengau dan menyanyi ikut sedap mulut main langgar tajuid dan nahu atau kita boleh rumuskan disini suara sumbang mambang boleh menjadi vokalis utama? melainkan dia ada membela polong.

Fendi salim, drummer gantian ijan musa, mempunyai koleksi keset keset aliran alternative, rock dan din beramboi, kerja kilang chrome, mucky pup band kegemaran beliau.


*****************************************************************************


Cerita cerita gua boleh bermain gitar telah dihidu oleh ijan musa. Melalui proksinya udin bopeng telah ditugaskan bertemu dengan gua.

Sikit lagi honda cup pak usop bopeng yang dipandu tanpa menggunakan akal oleh cucunya kecebur kedalam parit ketika meniti titian usang masuk kehalaman rumah gua.

Udin bopeng: malam ni lepas maghrib kitaorang jamming dekat azam studio taman emas, jom la datang, lepak rumah main gitar kapok tak berkembang lah.

Tora: aku kena tunggu motor bapak aku balik daripada surau dulu, apa apahal nanti aku sampai. Kau ajak aku jamming nak main lagu apa? aku bukannya tau sangat lagu yang korang selalu main.

Udin bopeng: ala kau ingatkan je lagu ditepi pantai xpdc dengan lena diulit intan. Part solo kau tak usah risau itu semua aku handel.

Tora: budak budak lain ok ke aku ikut jamming??

Udin bopeng: ala diorang takde hal lagi ramai lagi meriah, kau pun bukannya tak kenal diorang satu sekolah apa. Kau nanti mesti terpukau gaya nyanyian mat mbek yang sharp mengalahkan awie. Aritu dia nyanyi lagu dipenjara janji pehh menyonyot dia punya pegi lah kalau awie ada time tu mau dia jumpa joe mintak join wings balik. Kita jumpa malam ni!!

BERSAMBUNG……………

FU FU FUHH

10 November 2009

SKUAD NINJA, PEMANDUAN BERAKAL DAN ZED ZAIDI



Sekarang bandar JB line panas, kalau memandu kurang menggunakan akal memang siap la kena kejar dgn skuad ninja.

Semalam petang sedang gua menentang arus jalan one way tiba tiba gua terdengar bunyik yg bukan petir tapi bunyik ekzos motor scrambler kawasaki 250 kaler hijau bukan 1 biji tapi 4bijik, gua ingatkan faisal husin rupanya faisal polis, nak cilok macam mana kanan kiri mustang gua kena kepung, punya lah ramai orang tengok, naik segan pulak gua, wah wah mentang mentang motor free minyak pun free berpoya poya gua tengok diaorang ni memecut sana sini tahan orang.

Gua yang tadinya memandu ala tengku dijan tiba tiba bertukar menjadik zed zaidi. Kena sekolah jugak gua dengan faisal polis tu yang gua bajet umurnya 10tahun lagi muda daripada gua, dengan bermodalkan skil lakonan ala zed zaidi dalam drama sembilu kasih gua dilepaskan tanpa apa apa saman trafik.
Kalau lah yusof haslam nampak lakonan gua semalam mau dia kasik gua watak berlakon dalam drama
si capik. SEKIAN

08 November 2009

TOUCH AND GO GO



HHHmmmmmmmmm HHHHmmmmmmmmmmmmm

Terjah Beta 2.0



Minggu lepas, wa turun satu blog “ni”. Wa terbaca satu post yang agak mengejutkan wa. Wa memang rasa meremang baca post ni. Kalau la ada dari puak lagi satu terbaca, mesti jadi hot, jadi isu panas, kena terjah dengan Medoli ni. Wa tak terfikir sampai ke situ diorang ni punya politik. Lu orang try baca "ni". Belum sempat tulis post ni, puak satu lagi dah tercium isu ni. Apalagi? Boom la semua paper melayu satu hari lepas isu ni tersebar. Tak heran la, sebab diorang memang tunggu-tunggu apa benda pun yang busuk datang dari puak lagi satu.
Wa ni antara yang bengap jugak la dalam fiqh ni. Tapi boleh ke buat agreement macam tu dalam Islam? Yang pasti, diorang ni tau hukum dari wa yang banyak dengar lagu Iron Maiden. Tapi ni bukan main-main bai. Bab cerai-berai ni bukan boleh suka-suka kita tanpa sebab yang dibenarkan. Notis: Bab nikah kawin ni memang tak mengantuk kalau uztaz bagi kuliah.

Hukum Penjelasan untuk talak ni:

Wajib
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
Haram
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
Sunat
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
Makruh
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama
Harus
Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya

So, wa tak nampak sebab yang kuat melainkan diorang sengaja ni nak jadikan hukum talak ni benda mainan politik. Nak takutkan ahlinya supaya tak jadi katak. Tu la yang Pak Sigh tu sebut untuk haiwan yang suka melompat-lompat. Konklusinya, takde yang superior dalam nak membentuk negara Islam dalam Malaysia ni. Apa orang bukan Islam fikir dengan tebiat orang-orang ni nak meruntuhkan masjid semata-mata untuk kepentingan politik diorang. Lu jawab sendiri la. Wa tunggu je Medoli review benda-benda macam ni.

07 November 2009

JALAN SEDAP, JALAN TAK SEDAP SEDAP part 2

Sebuah entri remix:


Gua baru balik drp KL, antar abangipar naik haji dkt tabung haji kelana jaya, ramai jugak yang umur sebaya gua naik haji, gua je yang naik dam haji.

Orang lain masa kat tabung haji tu balik bawak semangat dan pasang niat nak naik haji, gua balik bawak belon helium spongebob dengan peniup belon buih berbateri. Seingat gua masa kecik kecik tak jumpa lagi peniup belon buih berbateri ni, naik kebas mulut gua tiup kayu plastik berlubang tu kasi keluar diapunya buih jadi belon. Mamat siam yang jual mainan buih tu pakai hilux hhmmmmmm....

Gua malas nak cerita pasal jalan jam, tol puaka dgn kedai gitar bently buat hati panas je.

Carls Jr cuma kentang je yg sedap, baik makan burger king.
Krispy kreme sungguh tak kreme dan krispy hhmmmm kuih keria 3singget lagi power mower!
Famous amous jugak yang tak menghampakan!

SALING MEMERLUKAN ANTARA SATU SAMA LAIN



Sedikit pelik kalau gua melihat kemesraan antara datuk nenek dengan cucu cucunya. Gua tak berapa rapat dengan datuk dan nenek tak kira lah belah mak gua atau bapak gua, memang tak mesra, gua pun tak tau apasal, nak kata gaduh tak pulak, berebut harta pusaka jauh sekali, jumpa pun setahun sekali time raya , itu pun kekadang miss, kekadang gua rasa nenek dgn atuk gua ni mcm tak kesah diorang ada cucu.
Bila time cuti sekolah panjang bulan 12 gua tengok budak kelas gua semua balik kampung jumpa atuk nenek. Gua menakung dkt rumah tak kemana mana. Ada jugak yang bertanya dgn gua tak balik kampung ke? Tu yang rasa macam nak tendang je sorang sorang sambil membayangkan menendang awie nyanyi suara tak sampai. Apa apa pun gua tetap sayang atuk dengan nenek gua walaupun diorang dah lama meninggal dunia.

ATUK

Atuk belah bapak gua, orang jawa, kitaorang adik beradik panggil dia Mbah, duduk kampung jorak senawi tongkang pecah, power beb bini 4, bapak gua anak bini pertama, nenek gua meninggal atuk kawen baru, adik beradik tiri bapak gua tetap baik dgn kitaorang.
Apa yang gua suka dgn Mbah gua ni rumah dia selain drp pokok getah ada banyak pokok buah buahan, rambutan, durian, pulasan, duku, rambai, jambu air, jambu batu, bacang, pelam, kuini, buah nona, pokok buah melaka je yang takde.
Gua datang rumah dia semata mata nak makan buah buahan, memang gua ni cucu yang puaka.
Dah tertulis, atuk gua ni meninggal dunia semasa menunaikan haji 5tahun lepas, memang dah jadi niat orang yang pergi menunaikan ibadah haji nak meninggal dunia dan dikebumikan di mekah, tercapai jugak niat dia, tapi yang buat gua terkilan gua tak sempat jumpa dia masa dia nak pergi, gua bajet bila dia balik dari mekah nanti nak jumpa dia, dapat jugak gua layan kurma dan air zam zam, namun begitu jangkaan gua meleset, gua selalu pikir orang pergi kesuatu tempat mesti akan kembali, tapi tak semestinya kembali kerumah….

NENEK

Nenek belah mak gua. Agak trajis jugak cerita pasal nenek gua ni, dah macam cerekarama samarinda. Nenek gua ni garang dah macam watak mak dara cerita ibu mertuaku. Eksen je gua tengok dia, ntah lah susah nak cakap, tapi perangai dia gua memang tak gemar, eksen lah senang cerita.
Nak dijadikan cerita, lepas atuk gua meninggal dunia pada tahun 60an nenek gua ni sudah kasi jual rumah dan tanah dekat seri medan dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke singapura.
Yang rare nya dia cuma bawak anak dia yang paling bongsu(pak busu gua, 7beradik, mak gua anak no6) kesana, adik beradik yang lain dia tinggal kan gua ulangi ditinggalkan terkontang kanting dengan anak dia yang sulung(paklong gua). Pak long gua jaga mak gua dan kakak dia(mak uda gua), masa tu umur mak gua dalam 10tahun, anak lelaki pandai pandai lah nak hidup sendiri.
Gua takpernah jumpa nenek gua tu sehingga lah gua sekolah darjah 3(kalau tak silap). Abang mak gua(pak ngah) dapat carik nenek gua dekat singapura setelah berbelas tahun tak jumpa. Itulah pertama sekali gua menjejakkan kaki ke singapura naik bas lien hoe sangkut sangkut.
Gua ingat nenek gua ni dah kaya raya duduk sana, sampai boleh nak tinggalkan anak sendiri, tapi bila kitaorang pergi rumah dia(gua tak ingat lokasi) dah macam rumah setinggan, rumah kampung gua pun lagi lawa, zaman 80an singapura still ada lagi kampung kampung sebegitu.
Sudah tertulis kehidupan manusia ni ada naik dan turunnya, nenek gua dah semakin berumur, tak sanggup hidup dekat kota mahal singapura, nenek gua pindah semula ke batu pahat bersama anak tirinya. Time ni pak busu gua a.k.a anak kesayangan dah berumahtangga duduk JB, pelik jugak dia taknak pulak jaga mak dia. Apa apa pun anak anak menerima mak dia semula dan melupakan perkara yang lepas.
Pak ngah gua buatkan dia rumah berdekatan rumah abang nenek gua(atuk sedara).
Tiba tiba nenek gua kena serangan angin ahmar lumpuh separuh badan, berjalan pakai tongkat, nasib baik ada anak tiri boleh lah menjaga nya, tapi dah nama manusia tak kenang budi(sori gua emo) dia tinggalkan nenek gua terkontang kanting sorang sorang tanpa jagaan, kata anak tiri dia “inginkan kebebasan”.
Mak gua ambil nenek duduk rumah gua, mak gua jaga makan minum berak kencing, dia dah tak boleh bangun terbaring je, mata pun dah tak nampak, itu pun adik beradik mak gua cakap cakap belakang mak gua itu ini yang tak baik.
Akhirnya nenek gua meninggal dunia tahun 2003 sakit tua.
Yang peliknya hari nenek gua meninggal dunia masa mak gua call bagitau, gua menerima berita tu rilek rilek je macam takde apa yang berlaku, gua start motor terus balik kampung, hari jumaat lepas solat dikebumikan.
Cuma gua ada rasa sedikit sebak bila time mayat dimasukkan keliang lahad, mak gua cakap dia tak sempat bagi nenek gua makan buat kali terakhir, bergenang air mata…..SEKIAN

04 November 2009

PAGAR PAGAR CINTA YANG LOST




Tiap kali kalau gua terpandang pintu pagar rumah yg berbentuk bunga kerawang yang berwarna seakan solid gold gua mesti teringat jiran lama gua dekat taman megah ria masai.
Seminggu sebelum kejadian tragis berlaku, rumah sepupu gua yang gua tumpang tapi gua buat macam rumah gua sendiri telah dimasuki pencuri, diorang cuma sempat sampai carporch, habis kasut cap nike, hushpuppy, clarks kena tibai dgn matpet, kasut cap pijat tak disentuh pun. Sedih jugak kasut nike gua yang baru 5bulan gua beli dekat alikhsan angsana kena kebas, matpet tu pedulik apa bau kaki gua, yang penting boleh tolak murah murah.
Pintu pagar rumah jiran gua ni punya lah cantik pakai iron rod, design bunga bunga yang dicat solid gold, gua bajet mau dua tiga ribu harga pagar tu. Mungkin masa tu matpet tengah layan stim, benda yang di cat warna emas disangka emas tulin, apa gila kaya sangat jiran gua nak salut emas kat pagar dia, bukan matpet je yang nak curi, gua pun nak join sekali kikis emas tu time tengah sesak hujung bulan. Punya lah cepat matpet tu potong bunga pagar kaler solid gold tu tak sampai 15minit kalau tak silap kiraan gua ada 6bunga emas tu dipotong dengan lincah guna gergaji besi, jenama apa mata gergaji yang matpet pakai itu gua kurang pasti. Daripada cerita cerita ahli mesyuarat tingkap yang ternampak kejadian tersebut berlaku 3orang matpet yang buat kerja. Macam lipas kudung diorang lari bila kena sergah dengan ahli mesyuarat tingkap.

Ok serius gua dah lost nak cerita!



Gua nampak pintu pagar rumah orang pakai autogate nampak macam best je kalau pekena sebijik dekat rumah gua. Diapunya harga pun boleh tahan riban riban, gua punya pintu pagar pun nak kena tukar ni kasi yang ada iron rod dengan bunga kerawang kaler solidgold. Baru la orang lalu depan rumah gua sambil berbisik dalam hati “waw solid gold sehh”.

Ok serius gua dah lost nak cerita!



Lagi sebulan bonus nak masuk, banyak benda nak bayar banyak benda bak beli banyak lubang yang nak ditutup dan digali, demm la pintu pagar!! Habis lost duit gua!!! Sekian.