02 December 2009

Lambaian Ilahi DIR-300




Ketika kita masih dalam suasana ieduladha. Ketika kita masih menunggu sanak saudara pulang dari tanah suci. Ada perkhabaran hiba buat kita-kita. Pergi dihantar, pulang dinanti. Namun perginya tak kembali. Kerna dia sedang dalam gembira menemui ilahi. Derai tawa, gurau senda, suara, mainan mata, sayup-sayup kedengaran. Semakin hilang. Semakin hilang. Semakin hilang.

Telang hilang penyeri Warung Pagi, Gerai No.1, Jalan Jenang, 83000 Batu Pahat. Meninggalkan balu dan anak-anak. Meninggalkan kami sekalian rakan dan teman, jiran dan pelanggan. Tiada lagi teh tarik, teh o limau, milo ais, yang kita rasa kadang tiada bergula, tiada pemanis. Namun, itulah yang bakal kita-kita rindukan nanti. Tiada lagi kelibat dibangku panjang menghela nafas tua. Tiada lagi yang mengumpul tin susu untuk dijual. Tiada lagi yang pulang membawa akhbar dengan basikal tua. Tiada, Tiada, Tiada dia.

Dia pejuang dalam hidupnya sendiri. Dengan 'kederat' kerja yang tiada meminta-minta. Dia pergi dengan duitnya sendiri. Dan semuanya telah diterima dengan rela. Dia keluar dari rumah , menuju alam akhirat yang kekal abadi. Meninggalkan segala yang dicintai. Dengan sumpah janji. Tiada Tuhan yang Disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Dari Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali...........

6 comments:

-akueMpTy- said...

Semoga roh Pak Mat di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam roh-roh orang yang soleh dan beriman...insyaALLAH...

Ya..kita-kita akan selalu rindukan dia..semoga rohnya akan tenang disana...Al-Fatihah...:(

NEOFISHY said...

sedih dan pilu....

...moga di dalam golongan org-org beriman dan tawaduk...amin....

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

Salam takziah.

Dottie with Dots said...

Sabda Rasulullah S.A.W
"Sesiapa yang meninggal di Makkah samada jemaah haji atau jemaah umrah tidak akan dikira atau ditanya dan ia akan dimasukkan di syurga"

Allahyarham antara orang yang bertuah sebenarnya.

kosmikurious said...

walaupun aku tak pernah mengenali dia,tapi aku pasti dia seorang yang istimewa di hati penghuni jj dan kenalannya..

*al-fatihah

johan adam said...

gua rindu bp.








al-fatihah.