30 November 2009

KETAM DAN CILI



Damai seafood here i come!!

MENUSUK QALBU


GAMBAR SEKADAR PERHIASAN

Gua kalau lepak kedai bai jarang jarang order air yang berkonsepkan halia, gua pun tak tau pehal gua kurang IN dengan teh halia, drp teh halia baik gua order air suam, tapi apabarang lepak bai kena air suam nak kena tendang ke!!

Gua teringat ada member gua ni(nama di rahsiakan) cakap minum air halia bagus untuk vokal, so masa tu ada performen kecil kecilan so dia ni merangkap vokalis mencuba la petua ntah mana punya orang tua yang bagi kat dia suruh minum air halia utk vokal kasi lagi power, dia sudah order segelas halia O pekena senapas. Peh lepas tu gua dengar dia nyanyi macam siti nurhaliza nyanyi lagu grindcore, menusuk brader! menusuk!!!

Sekarang ni kalau ngeteh dia layan air sirap suam, misteri jugak pehal plak kena air sirap, gua kalau terdengar dia cakap minum sirap suam nak kasi sedap vokal mau dia merasa bercakap dengan tapak kaki gua! Sekian.

23 November 2009

POCONG

Tiba tiba cd burner dekat pc terbukak dan tertutup dengan sendiri. Seingat gua takdepun usik apa apa kat pc gua ni. Gua masuk tido dulu, celaka gua terbayang cerita momok the movie masa lepak kedai dvd kat pandan semalam, cuak siak scene pocong balik semula kerumah dia!!!

20 November 2009

READING DAN BACA





Gua pernah beli vcd ni dulu dkt kedai ajak bastend, pehh dia punya pijat bunyik vcd tu jgn cerita la naik teleng teleng kepala tengok diapunya gambo. Nasib baik la nirvana kalau wings jgn harap la gua nak beli.
Haa ni diorang baru rilis dvd yg bukan versi pijat, sound clear gambo standed dvd porn. Gua dah tangkap satu, lu orang bila lagi!!!

19 November 2009

MENGAPA MESTI ANTARA GADIS part 3

DINAMIK

“Oooowwwhhhh tiada terpaling indah, sewaktu bersama mu intan….” Tarikan chorus mat mbek serak serak basah jauh sekali nak sama dengan ramli sarip.

Belum pun seminit wan nor azlin masuk kedalam bilik studio gua dah terpalet palet tekan chord gitar, Minor masuk Major, Major masuk chord ten, gua jadik hilang tumpuan, sia sia gua prektis dekat rumah tadi.
Wan nor azlin bersandar pada dinding berdekatan dramkit ijan musa, sekali sekala ketawa ketawa kecil melihat ketukkan dram ijan musa yang terpalet palet.
“gadis baru ijan musa tu” entah dari mana jumari muncul berbisik dekat telinga gua.
“demmit!” gua mengeluh.

Ketukkan dram ijan musa yang tadinya macam seorang kaki bangku tiba tiba berubah setanding black dan jojet. Dah macam ada aura ajaib yang masuk kedalam badan dia, pukulan kemas dan rolling teratur, gua jadi kaget. Perangai macam puaka, nak kena ada gadis baru nak main dram betul betul.

Gua dah ready dengan lagu seterusnya, gua menanti arahan daripada udin bopeng. Tiba tiba ijan musa bangun daripada seat dram yang sepatutnya menjadi kerusi kedai makan dan membisikkan sesuatu kepada fendi salim tapi gua kurang dengar butirannya sebab udin bopeng sedang memekak menggoreng goreng solo lagu enter sandman yang gua bajet lagi 10tahun pun dia takkan boleh buat.
Fendi salim mengambil alih posisi dram ijan musa. Mikrofon disambar daripada mat mbek oleh ijan musa, terkedu kedu mat mbek sambil memegang tamborin.
“din main lagu apa lepas ni?” sambil menepuk bahu udin bopeng.
“ni chord lagu tu, Am Dm C G kau follow aku je” udin bopeng berubah spt ramli ms memberikan tunjuk ajar.
Fendi salim mengetuk stick dram 3 kali “tick tick tick”, semua instrumen masuk sekaligus, gua jadik pelik apahal tempo lagu ni jadik slow, apakah gua salah petik chord atau diorang salah lagu.

“antara gadis yang kutemui, kau saja kini dalam renungan, hanya kerana dengan senyuman terpaku diriku…” mendayu dayu ijan musa menyanyi, macam babun panggil hujan, macam romeo panggil markonah, yang tadinya rock keras tetiba tukar rock leleh, suasana dalam studio yang tadinya panas terus suram dan sejuk, bunga bunga berguguran, burung burung beterbangan, unggas ungas keriangan.

Mata ijan musa tidak berkelip menatap wajah wan nor azlin, mulutnya berkumat kamit menyanyi bait bait lirik lagu agar tidak salah apatah lagi terpalet palet, dunia ini jadi ijan musa yang punya walaupun telah diketahui tuhan yang punya dunia ini, perasaan membara rasa cinta dan sayang diluahkan semaksimum yang mungkin walaupun baki akaun asb ijan musa belum cukup hendak membeli sebentuk cincin belah rotan apatah lagi cincin berlian. Wan nor azlin terpaku malu, sekali sekala bermain main manja rambut nya yang gua bajet jarang dishampoo.

Naik loya gua dengar ijan musa menyanyi dan ditambah pula dengan petikan solo avantgad udin bopeng. Macam puaka punya lagu, 5minit gua rasa lama 5jam tak habis habis.
Gua sandarkan gitar tepi amp, bukak pintu studio dan keluar.
“woi nak kemana? Lepas ni lagu gerimis mengundang” kata udin bopeng dengan nada riak.
“gua lepak luar hisap rokok” gua membalas dengan nada tak ikhlas.

Dua tiga ekor cicak bermain main riang dekat lampu kalimantang, hati gua tak seriang cicak yang sedang bermain riang.

Fendi salim keluar dari bilik studio dengan rokok daun dibibirnya.

“diaorang tengah jaming lagi tu, pegi lah layan” kata fendi salim sambil mengetuk ngetuk dua biji batu dengan niat dapat mengeluarkan api menyalakan rokok daunnya.

“aaahhh sual la, gua nak rock keras brader! Bukannya rock yang diorang main tu!!” kata gua dengan nada keras sambil melibas pintu pagar besi kedai. Keras jugak pintu besi ni rupanya.


PERJALANAN PULANG

“Mantap jugak eh aku ketuk lagu antara gadis tadi” kata fendi salim sambil mengulung rokok daun.

“antara gadis bukan titik terakhir rock gua!!” sambil wheelie motor yamaha cup bapak gua. SEKIAN.



18 November 2009

BLACK METAL SIANG



Apacerita haa sekarang black metal? kalau tak dulu selak je surat khabar asek asek pasal black metal, black metal tangkap kambing la, black metal buat gig la, black metal tu lah black metal ni lah, sampaikan yusop haslam siap buat episod gerak khas pasal black metal, punya lah hebat black metal ni. Cekgu bustani dulu cakap jangan buat kerja menipu nanti rezeki tak berkat tau.
Apa apa pun glamer jugak band hatko ptyani dgn band teknikal doom linau besar nama band terpampang muka depan metro. Tu belum lagi yang malam new year lepak depan balai brickfields hahahahhaaaa kenangan kenangan mengusik qalbu....

14 November 2009

HOLIMOLY



Band kesayangan gua walaupun dah dekat 10album semua lagu lagunya sama saja diulang ulang riffingnya. Lagu cover yang terbaik selepas lagu cover kristal memburu impian.

FEEEWEEEIIIIIITTTT!!!!!!!!!!



Gua malas nak cerita banyak la ni barang bukan memain punya barang eh, kalau setakat main dalam kelab malam ke cafe ke jangan harap la gua nak beli. Gua dah tangkap satu, lu orang bila lagi!!!

LIBURAN

KLIK GAMBAR UNTUK PERMANDANGAN YANG LEBIH POWER






DAMNNNNNNNNNN!!!!!!!!!

MENGAPA MESTI ANTARA GADIS part 2

PANDUAN SESAT JALAN



Gua carik lagi beberapa buah lagu, takkan nak jamming 2 lagu je. Fenomena, seruan, pelayaran, bujang senang, isi atau kulit, kena ada lagu slow rock jugak ni, tiada lagi airmata, teratai, ada lagu matsaleh baru mantap, still loving you, hotel california.



Seperti yang telah dijanjikan pukul 8 malam gua sampai azam studio dengan fendi salim. Bapak fendi salim ni pun satu hal, motor ada dua bijik, ex5 dgn vespa tapi nak kasi anak pakai pun berkira kiraan. Memang dah jadik kebiasaan gua yang menjadik supir fendi salim.

Setibanya di azam studio semua ahli kumpulan dah ada disana.
Jumari tengah menangkap cicak guna lastik getah nak buat umpan mancing esok,
Ijan musa dgn ajis bahran tengah ketawa ketawa miang sambil membaca surat surat cinta kiriman gadis gadis tercinta diaorang berdua, sekali sekala angin malam bertiup membawa bau bedak kuticura yang gua bajet datang dari sampul surat cinta tersebut,
Mat mbek sedang menyelak yelak buku latihan SMDOJ yang gua pasti itu adalah buku lirik lagu, sekali sekala gua terdengar mat mbek cuba menghafal bait bait lirik lagu anak rusa nani.

Dimana udin bopeng?? Dari kejauhan gua terdengar bunyik petikkan gitar yang agak kasar tidak sehalus bunyik gitar kapok gua, sumbang mambang jangan cerita la dah sama macam suara awie nyanyi. Gua terus melangkah masuk kedalam bilik studio. Bila pintu dibuka gua melihat udin bopeng sudah bersedia dengan gitar ditangan.
“Haa ni lah gitar karen” kata udin bopeng seakan pakar lulusan sekolah muzik berkelee.
“tingg tungg tingg tungg tinggg tingg tungg tungg” lagu tune gitar, lagu mesti untuk semua pemain gitar, tali gitar ditune rapi udin bopeng, tapi pada pendapat gua telinga udin bopeng yang sepatutnya ditunekan dahulu.
“sedap sedap” kata udin bopeng sambil strum chord G yang sumbang mambang.
“nah amik ni” gitar jenama yamaha dihulur udin bopeng. Gua ingatkan yamaha cuma keluarkan motor je gitar pun ada rupanya.
“hhmmm eeerrrrr din….din…. apasal tak keluar bunyik ni?” dahi gua berkerut kelam kabut petik tali gitar berulang ulang kali tapi tak keluar bunyi.
“kabel jack kau tak cucuk dekat gitar dengan amp sampai lusa pun dia belum tentu nak bunyik” nada keras udin bopeng mengalahkan cekgu chan guru disiplin SMDOJ.
“ini namanya gejek, kalau lagu part chorus part heavy kau tekan suis ni” udin bopeng mengejas alat penukar bunyi yang dalam bahasa matsalehnya ialah gadjet tapi dalam bahasa kuala udin bopeng ialah gejek.
Udin bopeng bertindak selaku sound enjineer bunyik gitar gua yang entah apa apa entah diapunya bunyik keluar setelah dienjineer olehnya, pada pengamataan gua dia lebih sesuai menjadi penjaga kambing.
Gitar, amp dan gejek berfungsi dengan baik walaupun melebih kepada bunyik pijat, bila bila masa saja sudah boleh beraksi.

Semua ahli band sudah bersedia diposisi masing masing. Gua tengok semua sambil lewa, tak serius dan kurang fokus. Sikap sebegini lah yang menyebabkan mohamat rahmat marah kepada pemuzik pemuzik rock sampai nak memancung mancung rambut
“ok lagu ditepi pantai kita kasi panas dulu” renungan tajam udin bopeng kepada semua ahli band.
Hati gua rasa cuak dan berdebar debar, al maklum 1st timer, diorang semua dah jinak sarkis dah lama training.
Muzik pop yeh yeh yg diberi nafas metal oleh xpdc rancak dimainkan. Bijak jugak rupanya xpdc ni.
Bunyik semua instrumen tak balance Bunyik gitar udin bopeng kuat mengalahkan orang azan, macam dia seorang je yang nak main, akal tinggal kat rumah, tak fikir orang lain. Bunyik bes gitar berdengung dengung je lebih, tapi butirannya takde. Dram dah macam bunyi dung dung cher keceper, kejap kejap nak rolling tapi terpalet palet. Vokalis jangan cerita la, nyanyi dah macam puaka, tunggang langgang, gua tengok kepala mikropon berlendir kena air liur.
Tiba tiba gua rasa tak sedap hati, apasal gitar gua petik petik tak keluar bunyi, dah macam petik angin, gua pun pelik, tadi ok je.
“apa lu ingat ni rancangan muzik muzik apa main miming” Jumari menepuk bahu gua sambil menghulurkan kepala jack cable yang telah tercabut drp gitar gua dan kembali melastik cicak semula.
“????” gua membalas dengan senyuman dan sedikit malu.
Selesai lagu pertama, masuk lagu kedua, lena diulit intan. Terkial kial ajis bahran petik bes line lagu ni konon nya nak sama gaya mcm dalam keset, belum pun masuk rangkap kedua dia dah main ikut gaya bebas.
Tiba part lead gitar solo, udin bopeng masuk menggoreng, astgafirullahalazim, nota pertama je yang ditekan dengan betul, selebihnya dia guna nota kaki, asal goreng, janji gaya macam joe wings.

Tiba tiba tanpa diduga pintu bilik studio terbuka, terpacul susuk tubuh manusia yang gua pasti seorang gadis. Melalui pengamatan gua sekali pandang muka gadis tersebut seperti seorang pelakon drama tv terkenal.
“wawww Wan Nor Azlin!!!” jerit hati gua sambil terpalet palet tekan chord gitar.

………..BERSAMBUNG

11 November 2009

MENGAPA MESTI ANTARA GADIS part 1

ROCK KAMPUNG


Udin bopeng, cucu kesayangan pak usop bopeng, gangster kampung, posisi gitar utama, seorang kidal, tak minat man kidal tapi minat shah slam, artis idola beliau aim crossfire, time jamming part solo gitar dia bedal solo ikut suka hati, dah macam solo kerry king tapi versi slow, sumbang mambang je bunyik dia.

Ijan musa, tak pernah lewat dan tak pernah ponteng sekolah rendah sebab rumah dia depan sekolah, posisi dram, tapi lebih menjurus kepada posisi vokal, dia cakap muka dia macam zamani slam, tapi suara belum tentu macam zamani, awek keliling pinggang, pernah masuk maktab perguruan tapi lepas 3bulan cabut lari balik kampung katanya dekat asrama dia ada pocong. Anti muzik aliran alternative, peminat setia rock leleh meleleh. Ketua band, band diberi nama naftalena, dah macam nama kedai jual pasembor dekat penang.

Ajis bahran, posisi bes gitar, kawan karib ijan musa, dekat mana ada ijan musa disitulah ada ajis bahran, juga seorang yang mempunyai awek keliling pinggang, kebanyakan awek beliau reject reject awek ijan musa.

Jumari, kaki pancing, bahan lawak udin bopeng, ijan musa dan ajis bahran, selalu kena paw rokok, selalu kena kutuk, selalu kena marah dengan ijan musa sebab nyanyi suara mesti slang jawa dan off tune, tapi jumari hatinya mulia dan bersih.

Mat mbek, vokalis band naftalena, tapi yang sebenarnya kalau dilihat dari sudut yang benar mat mbek hanya ahli mencukupkan “korum”, kalau difikir secara logik sebuah band rock leleh yang berpaksikan slam sebagai idola utama takkan lah seorang yang bersuara sengau dan menyanyi ikut sedap mulut main langgar tajuid dan nahu atau kita boleh rumuskan disini suara sumbang mambang boleh menjadi vokalis utama? melainkan dia ada membela polong.

Fendi salim, drummer gantian ijan musa, mempunyai koleksi keset keset aliran alternative, rock dan din beramboi, kerja kilang chrome, mucky pup band kegemaran beliau.


*****************************************************************************


Cerita cerita gua boleh bermain gitar telah dihidu oleh ijan musa. Melalui proksinya udin bopeng telah ditugaskan bertemu dengan gua.

Sikit lagi honda cup pak usop bopeng yang dipandu tanpa menggunakan akal oleh cucunya kecebur kedalam parit ketika meniti titian usang masuk kehalaman rumah gua.

Udin bopeng: malam ni lepas maghrib kitaorang jamming dekat azam studio taman emas, jom la datang, lepak rumah main gitar kapok tak berkembang lah.

Tora: aku kena tunggu motor bapak aku balik daripada surau dulu, apa apahal nanti aku sampai. Kau ajak aku jamming nak main lagu apa? aku bukannya tau sangat lagu yang korang selalu main.

Udin bopeng: ala kau ingatkan je lagu ditepi pantai xpdc dengan lena diulit intan. Part solo kau tak usah risau itu semua aku handel.

Tora: budak budak lain ok ke aku ikut jamming??

Udin bopeng: ala diorang takde hal lagi ramai lagi meriah, kau pun bukannya tak kenal diorang satu sekolah apa. Kau nanti mesti terpukau gaya nyanyian mat mbek yang sharp mengalahkan awie. Aritu dia nyanyi lagu dipenjara janji pehh menyonyot dia punya pegi lah kalau awie ada time tu mau dia jumpa joe mintak join wings balik. Kita jumpa malam ni!!

BERSAMBUNG……………

FU FU FUHH

10 November 2009

SKUAD NINJA, PEMANDUAN BERAKAL DAN ZED ZAIDI



Sekarang bandar JB line panas, kalau memandu kurang menggunakan akal memang siap la kena kejar dgn skuad ninja.

Semalam petang sedang gua menentang arus jalan one way tiba tiba gua terdengar bunyik yg bukan petir tapi bunyik ekzos motor scrambler kawasaki 250 kaler hijau bukan 1 biji tapi 4bijik, gua ingatkan faisal husin rupanya faisal polis, nak cilok macam mana kanan kiri mustang gua kena kepung, punya lah ramai orang tengok, naik segan pulak gua, wah wah mentang mentang motor free minyak pun free berpoya poya gua tengok diaorang ni memecut sana sini tahan orang.

Gua yang tadinya memandu ala tengku dijan tiba tiba bertukar menjadik zed zaidi. Kena sekolah jugak gua dengan faisal polis tu yang gua bajet umurnya 10tahun lagi muda daripada gua, dengan bermodalkan skil lakonan ala zed zaidi dalam drama sembilu kasih gua dilepaskan tanpa apa apa saman trafik.
Kalau lah yusof haslam nampak lakonan gua semalam mau dia kasik gua watak berlakon dalam drama
si capik. SEKIAN

08 November 2009

TOUCH AND GO GO



HHHmmmmmmmmm HHHHmmmmmmmmmmmmm

Terjah Beta 2.0



Minggu lepas, wa turun satu blog “ni”. Wa terbaca satu post yang agak mengejutkan wa. Wa memang rasa meremang baca post ni. Kalau la ada dari puak lagi satu terbaca, mesti jadi hot, jadi isu panas, kena terjah dengan Medoli ni. Wa tak terfikir sampai ke situ diorang ni punya politik. Lu orang try baca "ni". Belum sempat tulis post ni, puak satu lagi dah tercium isu ni. Apalagi? Boom la semua paper melayu satu hari lepas isu ni tersebar. Tak heran la, sebab diorang memang tunggu-tunggu apa benda pun yang busuk datang dari puak lagi satu.
Wa ni antara yang bengap jugak la dalam fiqh ni. Tapi boleh ke buat agreement macam tu dalam Islam? Yang pasti, diorang ni tau hukum dari wa yang banyak dengar lagu Iron Maiden. Tapi ni bukan main-main bai. Bab cerai-berai ni bukan boleh suka-suka kita tanpa sebab yang dibenarkan. Notis: Bab nikah kawin ni memang tak mengantuk kalau uztaz bagi kuliah.

Hukum Penjelasan untuk talak ni:

Wajib
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
Haram
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
Sunat
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
Makruh
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama
Harus
Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya

So, wa tak nampak sebab yang kuat melainkan diorang sengaja ni nak jadikan hukum talak ni benda mainan politik. Nak takutkan ahlinya supaya tak jadi katak. Tu la yang Pak Sigh tu sebut untuk haiwan yang suka melompat-lompat. Konklusinya, takde yang superior dalam nak membentuk negara Islam dalam Malaysia ni. Apa orang bukan Islam fikir dengan tebiat orang-orang ni nak meruntuhkan masjid semata-mata untuk kepentingan politik diorang. Lu jawab sendiri la. Wa tunggu je Medoli review benda-benda macam ni.

07 November 2009

JALAN SEDAP, JALAN TAK SEDAP SEDAP part 2

Sebuah entri remix:


Gua baru balik drp KL, antar abangipar naik haji dkt tabung haji kelana jaya, ramai jugak yang umur sebaya gua naik haji, gua je yang naik dam haji.

Orang lain masa kat tabung haji tu balik bawak semangat dan pasang niat nak naik haji, gua balik bawak belon helium spongebob dengan peniup belon buih berbateri. Seingat gua masa kecik kecik tak jumpa lagi peniup belon buih berbateri ni, naik kebas mulut gua tiup kayu plastik berlubang tu kasi keluar diapunya buih jadi belon. Mamat siam yang jual mainan buih tu pakai hilux hhmmmmmm....

Gua malas nak cerita pasal jalan jam, tol puaka dgn kedai gitar bently buat hati panas je.

Carls Jr cuma kentang je yg sedap, baik makan burger king.
Krispy kreme sungguh tak kreme dan krispy hhmmmm kuih keria 3singget lagi power mower!
Famous amous jugak yang tak menghampakan!

SALING MEMERLUKAN ANTARA SATU SAMA LAIN



Sedikit pelik kalau gua melihat kemesraan antara datuk nenek dengan cucu cucunya. Gua tak berapa rapat dengan datuk dan nenek tak kira lah belah mak gua atau bapak gua, memang tak mesra, gua pun tak tau apasal, nak kata gaduh tak pulak, berebut harta pusaka jauh sekali, jumpa pun setahun sekali time raya , itu pun kekadang miss, kekadang gua rasa nenek dgn atuk gua ni mcm tak kesah diorang ada cucu.
Bila time cuti sekolah panjang bulan 12 gua tengok budak kelas gua semua balik kampung jumpa atuk nenek. Gua menakung dkt rumah tak kemana mana. Ada jugak yang bertanya dgn gua tak balik kampung ke? Tu yang rasa macam nak tendang je sorang sorang sambil membayangkan menendang awie nyanyi suara tak sampai. Apa apa pun gua tetap sayang atuk dengan nenek gua walaupun diorang dah lama meninggal dunia.

ATUK

Atuk belah bapak gua, orang jawa, kitaorang adik beradik panggil dia Mbah, duduk kampung jorak senawi tongkang pecah, power beb bini 4, bapak gua anak bini pertama, nenek gua meninggal atuk kawen baru, adik beradik tiri bapak gua tetap baik dgn kitaorang.
Apa yang gua suka dgn Mbah gua ni rumah dia selain drp pokok getah ada banyak pokok buah buahan, rambutan, durian, pulasan, duku, rambai, jambu air, jambu batu, bacang, pelam, kuini, buah nona, pokok buah melaka je yang takde.
Gua datang rumah dia semata mata nak makan buah buahan, memang gua ni cucu yang puaka.
Dah tertulis, atuk gua ni meninggal dunia semasa menunaikan haji 5tahun lepas, memang dah jadi niat orang yang pergi menunaikan ibadah haji nak meninggal dunia dan dikebumikan di mekah, tercapai jugak niat dia, tapi yang buat gua terkilan gua tak sempat jumpa dia masa dia nak pergi, gua bajet bila dia balik dari mekah nanti nak jumpa dia, dapat jugak gua layan kurma dan air zam zam, namun begitu jangkaan gua meleset, gua selalu pikir orang pergi kesuatu tempat mesti akan kembali, tapi tak semestinya kembali kerumah….

NENEK

Nenek belah mak gua. Agak trajis jugak cerita pasal nenek gua ni, dah macam cerekarama samarinda. Nenek gua ni garang dah macam watak mak dara cerita ibu mertuaku. Eksen je gua tengok dia, ntah lah susah nak cakap, tapi perangai dia gua memang tak gemar, eksen lah senang cerita.
Nak dijadikan cerita, lepas atuk gua meninggal dunia pada tahun 60an nenek gua ni sudah kasi jual rumah dan tanah dekat seri medan dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke singapura.
Yang rare nya dia cuma bawak anak dia yang paling bongsu(pak busu gua, 7beradik, mak gua anak no6) kesana, adik beradik yang lain dia tinggal kan gua ulangi ditinggalkan terkontang kanting dengan anak dia yang sulung(paklong gua). Pak long gua jaga mak gua dan kakak dia(mak uda gua), masa tu umur mak gua dalam 10tahun, anak lelaki pandai pandai lah nak hidup sendiri.
Gua takpernah jumpa nenek gua tu sehingga lah gua sekolah darjah 3(kalau tak silap). Abang mak gua(pak ngah) dapat carik nenek gua dekat singapura setelah berbelas tahun tak jumpa. Itulah pertama sekali gua menjejakkan kaki ke singapura naik bas lien hoe sangkut sangkut.
Gua ingat nenek gua ni dah kaya raya duduk sana, sampai boleh nak tinggalkan anak sendiri, tapi bila kitaorang pergi rumah dia(gua tak ingat lokasi) dah macam rumah setinggan, rumah kampung gua pun lagi lawa, zaman 80an singapura still ada lagi kampung kampung sebegitu.
Sudah tertulis kehidupan manusia ni ada naik dan turunnya, nenek gua dah semakin berumur, tak sanggup hidup dekat kota mahal singapura, nenek gua pindah semula ke batu pahat bersama anak tirinya. Time ni pak busu gua a.k.a anak kesayangan dah berumahtangga duduk JB, pelik jugak dia taknak pulak jaga mak dia. Apa apa pun anak anak menerima mak dia semula dan melupakan perkara yang lepas.
Pak ngah gua buatkan dia rumah berdekatan rumah abang nenek gua(atuk sedara).
Tiba tiba nenek gua kena serangan angin ahmar lumpuh separuh badan, berjalan pakai tongkat, nasib baik ada anak tiri boleh lah menjaga nya, tapi dah nama manusia tak kenang budi(sori gua emo) dia tinggalkan nenek gua terkontang kanting sorang sorang tanpa jagaan, kata anak tiri dia “inginkan kebebasan”.
Mak gua ambil nenek duduk rumah gua, mak gua jaga makan minum berak kencing, dia dah tak boleh bangun terbaring je, mata pun dah tak nampak, itu pun adik beradik mak gua cakap cakap belakang mak gua itu ini yang tak baik.
Akhirnya nenek gua meninggal dunia tahun 2003 sakit tua.
Yang peliknya hari nenek gua meninggal dunia masa mak gua call bagitau, gua menerima berita tu rilek rilek je macam takde apa yang berlaku, gua start motor terus balik kampung, hari jumaat lepas solat dikebumikan.
Cuma gua ada rasa sedikit sebak bila time mayat dimasukkan keliang lahad, mak gua cakap dia tak sempat bagi nenek gua makan buat kali terakhir, bergenang air mata…..SEKIAN

04 November 2009

PAGAR PAGAR CINTA YANG LOST




Tiap kali kalau gua terpandang pintu pagar rumah yg berbentuk bunga kerawang yang berwarna seakan solid gold gua mesti teringat jiran lama gua dekat taman megah ria masai.
Seminggu sebelum kejadian tragis berlaku, rumah sepupu gua yang gua tumpang tapi gua buat macam rumah gua sendiri telah dimasuki pencuri, diorang cuma sempat sampai carporch, habis kasut cap nike, hushpuppy, clarks kena tibai dgn matpet, kasut cap pijat tak disentuh pun. Sedih jugak kasut nike gua yang baru 5bulan gua beli dekat alikhsan angsana kena kebas, matpet tu pedulik apa bau kaki gua, yang penting boleh tolak murah murah.
Pintu pagar rumah jiran gua ni punya lah cantik pakai iron rod, design bunga bunga yang dicat solid gold, gua bajet mau dua tiga ribu harga pagar tu. Mungkin masa tu matpet tengah layan stim, benda yang di cat warna emas disangka emas tulin, apa gila kaya sangat jiran gua nak salut emas kat pagar dia, bukan matpet je yang nak curi, gua pun nak join sekali kikis emas tu time tengah sesak hujung bulan. Punya lah cepat matpet tu potong bunga pagar kaler solid gold tu tak sampai 15minit kalau tak silap kiraan gua ada 6bunga emas tu dipotong dengan lincah guna gergaji besi, jenama apa mata gergaji yang matpet pakai itu gua kurang pasti. Daripada cerita cerita ahli mesyuarat tingkap yang ternampak kejadian tersebut berlaku 3orang matpet yang buat kerja. Macam lipas kudung diorang lari bila kena sergah dengan ahli mesyuarat tingkap.

Ok serius gua dah lost nak cerita!



Gua nampak pintu pagar rumah orang pakai autogate nampak macam best je kalau pekena sebijik dekat rumah gua. Diapunya harga pun boleh tahan riban riban, gua punya pintu pagar pun nak kena tukar ni kasi yang ada iron rod dengan bunga kerawang kaler solidgold. Baru la orang lalu depan rumah gua sambil berbisik dalam hati “waw solid gold sehh”.

Ok serius gua dah lost nak cerita!



Lagi sebulan bonus nak masuk, banyak benda nak bayar banyak benda bak beli banyak lubang yang nak ditutup dan digali, demm la pintu pagar!! Habis lost duit gua!!! Sekian.

02 November 2009

SUNGGUH URBAN

Minggu lepas aku gi KL. Ada urusan keluarga yang perlu diuruskan. Wife aku dapat kerja kat Putrajaya, keja dengan gomen....so lepas nih aku kalau nak kutuk gomen kena cover-cover sikit, kang merajuk lak wife aku. Lama jugak aku tak ke KL. Suasana KL tetap macam tu jugak. Tak berubah. Still lagi taxi driver sama jugak perangai, kurang ajar seperti biasa.

Satu malam tu, aku tergerak nak jumpa kawan lama aku, Taja yang sekarang dah menjadi warga urban kat KL. Aku tak pasti la tempat lain selain KL tu urban gak ke tak. Yang aku tau, kat KL memang banyak disko. Satu pun aku tak penah jejak. Paling kuat pun kat Life Centre (sekarang Ruums), tu pun setakat tengok gig. Aku tak pernah jejak disko tu bukan sebab aku ni baik sangat, tapi memandangkan nak masuk setakat minum-minum coke, bayar sampai sekali masuk 70-80 ringgit, pastu duk tercongok, baik tak yah. Baik aku tengok konsert Search yang terbarai masa kat Bukit Kiara hari tuh.

Aku punya susah nak jumpa si Taja nih sampaikan banyak malam jugak terlepas nak jumpa dia samada aku tertido atau pun dia ada hal. Dia memang bisnesman yang berjaya, so time dia very limited. Plan punya plan, malam teakhir aku kat KL, si Taja ni ada masa nak jumpa aku. Dia suruh fetched dia sebab keta dia masuk workshop. So aku tak banyak cerita, lepas tido kan Akid, dengan sepantas kilat bawak Toyota KE 30 aku menuju ke area KLCC.

Sampai kat area yang dimaksudkan, dia suruh aku tunggu. Dalam hati aku takut gak kot-kot gaurd marah aku parking depan apartment yang nampak macam mahal dengan nama yang sungguh omputih iaitu Marc Residence. Tunggu lebih kurang 15 minit, Taja turun. Tetap macam dulu, tetap hensem mamat nih.

Salam lebih kurang, dia suggest laluan ke area belakang KLCC. Kitaorang lepak minum kat kedai mamak Lotus yang terkenal tuh. Aku dah rasa macam urban gila aku hari tuh. Yelah, lepak belakang KLCC beb, bukan calang-calang urban tuh. Nasib baik si Taja nih simple orangnya. Dalam pada kitaorang duduk tuh, sekali satu kumpulan yang macam artis keluar dari Lotus tuh. Yang aku nampak memang semua artis, macam Yanie dan paling hot giler ialah Watie Elite....perghhh....wa rasa malam tuh memang wa betul-betul urban...urban nak mampus sebab terjumpa artis. Hot plaknya tuh. Pastu lepak kat Lotus, dekat dengan KLCC, lagi lah perasaan urban aku tuh mencanak-canak.

Tengah sibuk kitaorang cuci mata tengok artis, pelayan kat kedai mamak Lotus tu start amik order.

"Teh O Halia besar satu," Taja order.

"Boss?", tanya mamak tuh.

Aku tengah pikir minuman yang agak urban, bersesuaian dengan tempat lepak dan jugak suasana kat sana ketika tu.

"Errrr.....sirap satu!"

Macam nak luluh Taja dengar aku order.




APA? SIRAP TAK STANDARD KE?

01 November 2009

P ASS P

Ni psp dah start nak mengada ngada, game latest latest semua dah tak boleh main, nak kena upgrade cfw la kena mod la, gua malas nak kasik duit dekat apek kedai game holidayplaza dah tentu gua kena paw cukup cukup dgn apek tu, drp gua kasik dia duit baik gua diy, tapi ntah apa merepek punya diy gua ikut lagi pagi tadi psp gua takboleh boleh jugak tukar cfw!!!pundek betul la punya diy!!!


*nota tapak kaki*

PSP=playstation portable
CFW=custom firmware
DIY=do it yourself
MOD=modify