30 March 2009

J.E.L.I.K

kau bidadari sepi keluar dari kemusnahan bumi
menyebar senyuman palsu
mirip anak seni di peti tipu
semua kau kaut!
biarkan si dungu bertelanjang
beronani sambil berlari
membuka malu!
meludah kewarasan!
ayat songsang masih kau pegang
habes! si cokera bertonggang langgang
celaka lah kau!
menggunakan cinta sebagai senjata
menghadiahkan nikmat sebagai taruhan
hasil haram kau sedut licin
di bawah setan masih ketawa

tunggulah nanti senja tiba
segala muntah itu kau telan kembali
menjadi racun,memintal segala urat sendi
menderat kau kosong cahaya

di saat itu
kau maseh bidadari sepi yang keluar dari kemusnahan bumi....


-yangkosongituaku-

29 March 2009

TIADA GUNA PADA NAMA



Apa barang kalau minat bandnya jikalau tiada tshirt nya!!




P/s so ada sesiapa berani bukak harga??

Ucapan untuk qarma

Terima kasih kepada abang mat qarma di atas kemurahan hatinya,semoga selepas ini rezeki abang mat qarma lebih murah lagi, baik dari segi kewangan mahu pun pacaran..heehee...mari kita sama2 doakan..InsyaALLAH..Amin...
-yangmakanberpeluhmacamberjogging-

hoiakudahpenatakudahsakitpergimati!!!!!!!!!

matahari
langit kuning
air tenang
pokok kelapa
terhoyong hayang

lompat-lompat
berdansa bersama
jerit terlolong
mata bersaga

engkau,engkau
aku,aku
mereka,mereka,
eh..
tak habis lagi kah??


-akueMpTy-

28 March 2009

Gambar menarik hari ini (1)

Menarik bukan?? :)

aku cokera?

kampung ini
pastinya
kemarau lagi
habis!
matilah si keli
meranalah sang talapia
dan
terkontang kanting juga lah nanti si toman

habis!!!
kampung ini
pastinya
kemarau lagi....


-aku"harubiru"sentiasakosong-

25 March 2009

TER NOW!

11:25 PM Rabu 25/3/09

khairi jamaluddin ditabalkan menjadi ketua pemuda umno. SEKIAN


*saya yg pertama melaporkan diblogsphera ni tau



P/s amacam kalau dia baca ada harapan tak dpt projek mega?? haahhahahaaaa

Selepas melepas 27 tahun


Apa yang abang mat Qarma paling takut sepanjang hidup 27 tahun

1. orang pasang cctv kat dalam toilet sekodeng abang kencing pastu upload kat youtube.
2. nora danish ajak abang kawin ujung tahun ni.
3. disahkan barah otak dan tinggal 5 bulan je hidup.
4. baju bob dylan kain 50/50 tu abang long pakai buat pegi 'nyawit'
5. jumpa pocong
6. kena kawad cam kes rogol
7. gemok
8. ulang sekali lagi, gemok
9. hilang orang-orang yang abang sayangi
10.orang ajak buat band, suruh abang main gitar
11.orang lantik jadi imam, menggigil jeng
12.jumpa awek lama bawak anak
13.orang tanya buku bank. saving la tu
14.lesen motor/kereta
15.ada awek cakap abang hensem
16.rokok naik harga
17.kilang rokok saat hijau hangus dijilat api
18.malaysia keluar fatwa rokok saat hijau haram
19.orang taruk pil tidur dalam air abang dan esok paginya abang dah bogel dalam hotel. lepas tu ada sorang laki sengih duduk sebelah tengah isap rokok. apa lagi? abang nangis la dan cakap "kau kejam roy, kau kejammm......"
20.mati

24 March 2009

APA BARANG MARS VOLTA!

Lingkaran

pernah dulu
lama dulu
kau datang seorang
lalu merobek ketenangan
tertewaslah aku
terkedulah aku
terbuang jauh di putaran hitam
kosong cahayanya...

teraba aku
merangkaklah aku
mengharap malaikat datang menjemput
berangan tinggi yang hampir mati
suara menjerit keluarnya di bontot
ahhh....

pernah dulu
masih lama dulu
aku hilang suara 'jantan'
aku buang kuasa 'lelaki'
aku berak keluarnya di mulut
aku kencing keluarnya.....ahhh...

masih lama dulu....

.-akueMpTy-

22 March 2009

rokok dua batang boleh?

kesempurnaan
kian menuju titik permulaan
lolongan tajam
entah dari mana datangnya
deras menuju ke lubang telinga
namun masih belum mampu
membuka simpulan mati amarah ini
penat aku!
lelah aku!
kecewa aku!
campuran yang menanti di akhir lolongan
biarkan...

dan
tarikan nikotin terus rakus merobek si paru
sebelum dihembus keluar
berdedai bersama seribu kebenaran
mungkin penipuan
tersenyum....

HAIL AMIR & RHOMA IRAMA


Amacam Neo ada berani? Setting yg minimal!

USD10.5MILLION TAU!!

From:
"Mrs Alice Idris"
Add sender to Contacts

To:
tora@yahoo.co.nz

FOR YOUR KIND ATTENTION.
COULD YOU PLEASE CONSIDER TO HELP ME TO RELOCATE THIS SUM OF TEN
MILLION FIVE HUNDRED THOUSAND DOLLARS (US$10.5M) TO YOUR
COUNTRY FOR ESTABLISHING AN INDUSTRY IN YOUR COUNTRY.

THIS FUND WAS DEPOSITED IN OUR BANK BY MR PAUL LOUIS HALLEY FROM FRANCE WHO DIED IN A PLANE CRASH IN 2003 TBM 700 AIRCRAFT ON 6 DECEMBER WITH HIS WIFE AND THE WHOLECREW ON BOARD.WE HAVE TRIED TO CONTACT HIS FAMILY TO COME FORWARD FOR CLAIMS
BUT COULD NOT SUCCEED.

WE DISCOVERED THAT THE LATE FRANCE CITIZEN DIED ALONG SIDE WITH HIS WIFE HUSBAND AND CHILDREN WHO ARE SUPPOSED TO BE HER NEXT OFKIN.

CLICKHERE(http://newswww.bbc.net.uk/2/hi/uk_news/england/oxfordshire/4537663.stm )


I WILL GIVE YOU ALL VITAL INFORMATION CONCERNING THE FRANCE CITIZEN AND THE $10.5M IN OUR CUSTODY SO THAT YOU WILL CONTACT MY BANK FOR THEM TO RELEASE THE MONEY TO YOU AS THE NEXT OF KIN TO THE DESEASED PERSON.

YOU WILL HAVE TO ESTABLISH CONTACT WITH THE BANK WHILE I WILL GUIDE YOU ON THE STEPS TO FOLLOW TILL THE TRANSFER OF THIS FUND REACHES TO YOU AND YOUR ACCOUNT.

AS ONE OF THE BANK DIRECTORS,I WILL PLAY A ROLE TO MAKE SURE THAT THE FUND IS RELEASED TO YOU.AS SOON AS I RECIEVE YOUR REPLY,I WILL GIVE YOU AN INSTRUCTION ON WHAT YOU SHOULD DO.

REPLY AND LET ME KNOW YOUR FULL NAME,AGE,ADDRESS,OCCUPATION,AND YOUR TELEPHONE NUMBERS .WE SHALL DISCUSS OUR INTEREST ON THE LOT AS WE PROCEED.



I AWAIT YOUR URGENT REPLY
MRS ALICE IDRIS.


---------------------------------------------------------------------------------


Wa dapat ini duit wa takkan lupa kawan kawan tau! Apa??? nak soundproof bilik? Wa buat kan lu studio terus la!!

21 March 2009

ALBUM MINGGU INI


Baru in, sungguh hawt!! Rabak rabak!
5bintang!
>>>KLIK<<<



Band ambient/post-metal kembali dgn album baru. Sound sedap, lagu tak sedap.
2bintang >>>KLIK<<<




Album terbaru sungguh hawt, producer album pun hawt timbaland. TIMBALAND??WTF!!! Chris ni album sungguh tak hawt, awak sungguh mengecewakan saya!!
-30bintang! >>>KLIK<<<

WA SERIUS TAU!


Wahahahaaa bapak takde gambo lain apa nak letak!! Siapa mamat ni? Abang ajib apa? Apasal aku tak kenal?

NATURAL BURGER KILLER


Julung-julung kali, Burger Kill -antara band metal hardcore terawal indonesia- beraksi di Malaysia bersama band-band 'rabak' tempatan. Saksikan persembahan terhebat suku tahun pertama 2009 di Johor Bahru. Burger Kill membuka tirai. Johor Bahru!!!! Are you readyyyyyyyy.........Come on!!!!!!

19 March 2009

Mastodon - Crack The Skye


Album terbaru band kegemaran gua! Ok wa rasa sedikit terkilan sbb album ni sudah sedikit pop soundnya(sedikit je tau). Tapi apa apa pun ni rilis of the year!!
>>>KLIK<<<

RADIOHEAD ---> Cinta Berputik Kembali

Aaaahhhhhhhh.......1993 tahun di mana berputiknya cinta aku pada band berasal dari Oxford, England nih. Masa tu station radio Singapura, Perfect 10 jadi santapan wajib aku setiap hari. Kat situ lah aku dengar lagu-lagu terkini artis-artis barat macam Linger (Cranberries), Shine (Collective Soul) dan lain-lain lagi lah. Cuma satu lagu yang terus menangkap telinga aku masa tuh dan aku terus minat dan jatuh cinta. Semuanya kerana lagu Creep, dendangan kumpulan muzik terulung, RADIOHEAD!

Jatuh cinta aku pada band nih menyebabkan secara lajunya tanpa menunggu lama aku ke kedai kaset Radin di Bustand Jalan Omar, Batu Pahat (kepunyaan Abg Ajak) untuk beli kaset band nih. Balik rumah aku cuba cari liriknya dengan mendengar berkali-kali (dekat sleeve takde lirik) dan tulis kat atas kertas. Esoknya aku tunjuk kat kawan aku dan kena bantai gelak sebab liriknya jauh menyimpang dari yang asal. Sejak dari hari tuh, muzik dari Radiohead menjadi diet seharian untuk kehidupan aku.

Tahun 1994, aku jumpa kawan-kawan yang boleh jamming sama-sama dan bermulalah lagu Creep berkumandang semula disamping lagu Basket Case dan When I Come Around dari Greenday.

Cinta aku kat Radiohead sampaikan ke satu tahap, aku ada band yang berpaksikan Radiohead (cover lagu-lagu Radiohead dan lagu sendiri) dan mempunyai nama TUNE THE RADIO. Punyalah galak minat kat Radiohead, sampaikan nama band pun nak ada radio gak (nama ni dicadangkan oleh Uda a.k.a Encik Fairuz, gitaris kumpulan Crestfallen yang pada ketika itu mengambil posisi sebagai drummer band Tune The Radio, which is very cool!). Sampai sekarang bila ingat balik, aku macam tak percaya aku boleh main solo lagu Paranoid Android yang dimainkan oleh Johnny Greenwood yang memang susah nak main tapi aku dapat main (walaupun tak 100% sama) dan macamana aku boleh create bunyi bising (noise) masa permulaan lagu Anyone Can Play Guitar sedangkan aku bukanlah seorang pemain guitar yang hebat. Sampai sekarang akau amazed, hahahahahah.

Tapi disebabkan hype yang terlalu besar dan semua orang nak jadi peminat Radiohead sebelum diaorang keluarkan Kid A, aku sedikit tawar hati dah. Selepas keluar Kid A dan Amnesiac, aku rasa macam satu Malaysia mengaku yang mereka adalah peminat Radiohead (whish is good for them). Aku agak kurang boleh terima sebab aku rasa Radiohead cuma untuk aku sorang jek, hahahhahaha, which is very dumb, hahahah. Lepas Amnesiac, Radiohead adalah sejarah untuk aku, that's it, no more Radiohead!!

Tapi bulan lepas, aku tergerak nak beli DVD live Radiohead, In Rainbow Live From The Basement dan balik rumah aku pasang. Pada mula-mula aku pasang tuh, adrenalin untuk terus menonton semakin memuncak dan sampai ke hari nih, aku tak jemu-jemu tengok DVD tuh boleh dikatakan setiap hari.

Apa yang aku nak cakap cuma, thanx IN RAINBOW, sebab menemukan aku dengan Radiohead kembali!

RADIOHEAD, THE BEST BAND IN THE WORLD!



-Johnny 'NEOFISHY' Greenwood

SEPIIII....SEPI LAGIIIIIII.............

Sepi yang nyaman ..... hhmmmm... :)

Serius nyaman.... :)

18 March 2009

APA BARANG INDIE!





2 band teknikal death metal yg terbagus buat gua, arsis dan necrophagist!
Hakikatnya permainan gitar gua sampei kiamat pun tak boleh sampai ke tahap diorg.......*sigh*

16 March 2009

Nama-Nama Bayi Malaysia



Sempena kelahiran anak kedua En. Neofishy, seorang bayi perempuan yang comel (pehhh bebual, macam dah tengok je kan hahaha), pada tanggal 13 Maret 2009, jam 12.20 pm waktu malaysia. jika bayi perempuan ini masih belum mempunyai nama, warga dan pembaca jalan jenang diberi kesempatan mencadangkan nama yang sesuai untuk bayi ini. di sini ada beberapa nama contoh yang terlintas di kepala penulis untuk bayi ini. contohnya:

1. Rashidah Utama (kata minat wings)
2. Syakila (ni versi rahim maarof)
3. Isabella (Fenomena)
4. Kamelia (Gugusan hari-hari....)
5. Nabila (Cinta untuk Nabila)
6. Monalisa (wings)
7. Mona Fendi (legend)
7.1. Suketi (legend)
8. Wati (wati, sembilu jeng)
9. Puteri Farah bt. Nordin (kita enjoy!!!)
10. Siti....ala siti da bnyk sgt. lain
11. Aisha (peh, ni cita ayat-ayat cinta beb)
11.1. Seri (kekasih ku seru)
12. Waris (kekasih ku seru)
13. Kamala (kita enjoy!!!)
14. Ziela Jalil (tarzan Barry Prima)
15. Noorkumalasari (misteri rumah tua)
16. Alice Foon (main-main hantu)
17. Aznah Hamid (ni abang dozo suka)
18. Fauziah Ghous (ni abang mat tora suka)
19. Rianti Cartwright (ni abang qarma suka)
19.1. Nurul Shuhada Nurul Ain (ni abang qarma suka jugak)
20. Boy George (ni lelaki sasa suka)

Anda diberi peluang untuk beri nama lain yang sesuai untuk bayi ini. selamat mencuba!!!!!!!

:rujukan

(siapa cadang nama yang paling dekat/hampir dgn nama bayi En. Neofishy, akan diberi hadiah misteri dari admin Jalan Jenang)

15 March 2009

ANYONE CAN PLAY GITAR

Hai adik adik! Jom kita belajar chord gitar! Chord gitar yg paling senang ialah chord Eminor

Chord kedua ialah chord G

So adik adik kena mainkan chord tersebut dimulai dgn Em kemudian G diulang ulang berulang kali sampai muntah. Maka hasil nya ialah lagu ini---->


Selamat Mencuba!!

TUKAR NAMA??WTF!!!


(klik gambar utk lebih clear)

Ni pejadah nama dah baik baik setan nak tukar jadik nama SAKIS ROTTING ni??? wahahahahahaa

kadang-kadang aku terkenang...alaaaahaiiiiii...

hancurkan...
lumatkan...
jangan di tinggalkan
walau sedikit pun,
bukti 'asmara' itu,
lalu...
humbankan saja,
biarkan ia hilang,
di bawa deruan angin malam...
bukankah itu yang engkau mahukan?
mahu semuanya musnah,
mahu 'taji' keping hati nipis ini sampai berdarah,
mahu membiarkan darah pekat itu di kerumuni 'lalat' dan 'langau',
mahu tersenyum,
melihat aku mati 'kempunan cinta'?

nah!!!!

sekarang aku masih boleh 'berlari',
sekali sekala aku masih boleh ber'onani'.




-akuTERUSkosong-

12 March 2009

KU DI HALAMAN KENANGAN: CAMPING PENGAKAP


Masa wa form 1 sekolah smdoj, pengetua sekolah mengarahkan kita menganggotai pasukan beruniform utk aktiviti kokurikulum. Memandangkan wa mmg sudah dilabelkan seorg yg kaki kayu, bidang sukan bukan lah tempat wa, so inilah caranya wa nak membuktikan wa pun aktif di sekolah tau. Jadi pengetua telah mengedarkan satu borang dimana ada disenaraikan pasukan beruniform utk dianggotai. So wa baca borang tu:

SILA TANDAKAN (X) UTK PASUKAN BERUNIFORM PILIHAN ANDA:
1-bulan sabit merah(wa takut darah)
2-pengakap(selalu gi camping)
3.pandu puteri(kalau wa join sure kena pakai baju kaler pink, pink bkn warna kegemaran wa)
4.kadet polis(wa ada fobia dgn benda yg bersangkut paut dgn polis ni)
5.kadet bomba(ok ni mmg gay)

5minit wa berfikir, wa pangkah (X)PENGAKAP. Senapas je sebut pengakap, tu baru true, ada gaya, gadis gadis pun suka!
Guru pengakap masa tu cekgu kadir nama dia(bukan kadir dan doyok tau). Penghisap rokok tegar muka selenger, bukan nyah tp perangai lembek. Dia suruh kita beli baju pengakap, kain scarf, topi, seluar, buku log dan kasut hitam. Setiap hari sabtu adalah hari aktiviti pengakap, kita belajar berbaris kawad, belajar simpulan tali, buat khemah, nyalakan unggun api guna kayu yg digosok(sampai skrg aku still tak boleh nyalakan api guna teknik ni tau), teknik survival dlm hutan dll.

Sebulan lepas tu cekgu kadir bagitau yg pengakap sekolah akan mengadakan camping dipantai minyak beku. Wa lah org pertama yg amat excited dgn berita ni dan wa la org pertama yg tulis nama nak pergi camping ni. Gila kau 1st time tu nak pegi pantai minyak beku belum pernah menjejakkan kaki kesana, mlm buat kemah tepi pantai tido dlm kemah pergh teruja abis lah.

Hari sabtu yg telah dinanti nantikan tiba. Seawal 7pagi wa dah terpacul depan pagar sekolah menanti budak budak lain sampai. Spt biasa cekgu kadir memang lembab sampai, lagi 5minit pukul 8 dia muncul dgn kereta mazda 323 buruk dia. Ok gua ada pelik sikit ni, nak naik apa pegi minyak beku ni? Bas sekolah pun taknampak lagi dpn sekolah ni? Takkan nak naik kereta buruk cekgu kadir, ramai apa budak pengakap yg nak pergi dekat 20org ni. Peh wa dah tak sedap hati. Cekgu kadir sudah kasi taklimat dia kata kita kena jalan kaki drp sekolah sampai minyak beku, dia ckp tak jauh, sblm pukul 12tghari dah boleh sampai minyak beku. Dia arahkan kita semua mengikut arahan ketua pengakap senior tingkatan 5 zainudin, dia yg jadik pemandu arah. Cekgu kadir sempat berpesan sambil start kereta “jumpa korang kat sana, von voyage!” Jebo la! Wa ingat dia join sekali jalan kaki! Von voyage nenek dia!!

Kitaorg start jalan drp sekolah masuk jln kampung kenangan, jln pegawai, jln ampuan lalu dpn stadium trus ke minyak beku. Jalan nak keminyak beku bengkang bengkok ular mabok boleh tanggal kepala lutut.
1jam sudah berlalu, kaki wa sudah rasa pedih melecet, nak mandi laut punya pasal wa larung kan je sakit tu.
Tiba tiba disuatu kawasan kilang kilang hidung wa sudah terbau sesuatu yg kurang enak, kalau bau kemenyan wa boleh handle lg sbb hari masih siang kalau malam lain cerita lah. Bila semakin dekat makin tajam bau dia. Tiba tiba tekak wa rasa mual kerana bau busuk tu. Tapi wa still tak bleh detect mana dtg bau tu. Wa berbisik kat member wa ajam jepun:
Tora: “jam, lu ada bau tak?”
Ajam jepun: “diam je, jgn tegur, tempat ni keras, kang kontol bengkak nnt”
Tora: “bodo! Bau busuk takde kena mengena dgn kontol bengkak la!”
Ajam jepun: “org tua nasihat takmau dgr!”
Tora: “gila jam, busuk hancing ni wa nak wekk ni!”
Ajam jepun: “ala sket je lg dah nak lepas tempat ni, tahan la sket”
Tora: “tempat apa?”
Ajam jepun: “dah kero matakau taknapak hidung tonyok monyong kat kandang tu?”
Tora: “mana?? Tu?? Bapak dia babi sial!! Wekk wekk wekkkkkk bluekkkkk!!!”

Wa tak sempat nak susun kuda kuda wa dah muntah rabak, habis stok mee goreng wa makan pagi tadi berterabur tepi jalan, wa muntah tak berenti sampai stok last muntah wa kaler hijau. Ajam jepun ckp wa dah kronik ni, dia papah wa jalan cepat cepat mencari perlindungan dari bau busuk tu. Ajam jepun memang hero gua utk hari tu. Tiba tiba dari arah bertentangan wa ternampak kilauan cahaya bersinar meluncur laju. Gua dpt merasakan sinar tu akan menyelamat kan wa yg tgh dlm keadaan darurat ni. Dari jarak yg kurang dari 30meter wa nampak tulisan disebalik sinar cahaya tu yg bertulis “BAS LIEN HOE MINYAK BEKU – BASTAND”. Tanpa berlengah lagi wa terus tahan bas tu, wa sempat pesan dgn ajam jepun “jam lu bagitau dgn cekgu kadir wa nak quit pengakap, wa nak join kedet bomba!”

Sebulan selepas insiden tersebut ajam jepun ajak wa pegi minyak beku naik bas. Wa mmg dah tawar hati nak kesana tapi ajam jepun desak wa pegi takut wa kempunan. Sampai je pantai minyak beku wa termenung sekejap, peh takmenarik langsung, mana ada pasir halus, batu kerikil je lebih, nak mandi air pun keruh je. Wa layankan ajam jepun memancing(wa mmg takminat memancing) pakai amboh, wa dpt 3ekor ikan duri besar lengan. Wa bawak blk rumah ikan tu mak wa masak asam pedas, perut kenyang hati riang.


p/s >>>KLIK<<< kalau anda true!

11 March 2009

SCENE REPORT BATU PAHAT

Wa blk bp cuti 3hari hujung minggu lepas, ini laporan saya:

1-wa hanya menghabiskan masa wa dgn aktiviti aktiviti makan makan lepas geram. Jumaat malam wa smp bp wa pekena sup kambing sitam jalan rahmat dpn pejabat pos.

kali terakhir wa makan sup kambing 2tahun lepas. Sup kambing campur + roti potong + sirap limau = 10hengget peh harga terangkat tapi rasa cukup puas hati sedap sekali.

Hari sabtu pkl9 pagi wa sampai kedai zamtong makanan dah sold out, last kopek wa dpt sup tauhu je. Hati panas wa order lontong goreng kedai kak ani, peh terangkat lontong goreng dia.

Nampak simple je tapi terbaik!

Hari isnin pagi zamtong tak niaga, hati panas wa pekena lontong sate dkt pasar.

Peh cukup puas hati, jb sampai tiram takde jual ni barang. Selalunya wa tambah lagi semangkok lontong tapi aritu kedai pack macam sardin, brader lontong tu dah malas nak layan wa.

2.malam minggu ada rewang kerja kawen rumah jiran sekampung. Mcm biasa lepas habis potong bawang dan kentang wa lepak dkt meja otai main kopek. Setiap kali wa tgk wa still tak paham cara main kopek ni(pair/poker) dah bertahun wa curik skill tp still takpandai main lagi. Wa mmg bukan seorg taik judi.

3.kedai mee racun jln sultanah buat kesekian kalinya tak niaga lagi. Wa hati panas, towkey dia dah kaya agak nya ni.

4.pusat sukan HM padang futsal open air parit lapis semakin maju dan pack, pukul 12tghari panas berdenting pun ada org sewa main futsal.

5.wa lepak sekejap taman nira jumpa member lama(tak boleh lepak lama, sini line panas) ada sorang budak dtg jumpa wa nak tolak dam. Muka wa skrg dah cengkung sgt mcm penagih ganja apa??

6.muzik?? bp ada scene muzik ke?? Budak budak skrg layan shuffle la jeng!!

Dari Jepun ke Mesir


garang misai seluar kau....

aku 'basa-basi' untuk menulis dalam hujung minggu ini. malas dan terkejar-kejar untuk beberapa urusan sulit yang 'maha' sulit buat ketahuan orang. dalam minggu ini sahaja aku telah kehilangan wang kira-kira RM400 di kedai-kedai lusuh. aku adalah pemboros tegar yang menghabiskan wang dengan alatan elektronik lusuh yang 'boleh pakai lagi dua tiga bulan' buat masa ini. duit boleh cari dan barang itu juga boleh cari. saja gatal nak beli. untuk melengkapkan koleksi ini, aku telah berurusan dengan beberapa 'tauke' barang lusuh di batu pahat untuk tarikh 'barang baru masuk'. ini bagi memudahkan kerja pencarian walaupun memerlukan sedikit modal pendahuluan. sudah penat untuk menunggu 'nasib baik' atau terma yang selalu diguna-pakai kaki lusuh iaitu 'menyelam'. jika nak dibezakan harga waktu 'as'saterull awwa'lin' dulu memang berganda murah dari harga sekarang. tapi orang malaysia sekarang -lebih-lebih lagi bagi golongan kelas pertengahan- cenderung untuk cari barangan terpakai atau lusuh kerana jenama dan harga yang sedikit murah jika dibandingkan dengan harga tunai atau sewa beli di pasaraya gajah itu. akibat permintaan yang memberangsangkan, peraih barangan terpakai dari singapura yang rata-rata datang dari Rengit dan Pontian, telah mengambil keuntungan secara berlebihan. bagi yang biasa membeli barangan lusuh di kawasan rengit sekitar tahun 1990an, anda boleh merasakan kenaikan harga mendadak akibat dari faktor permintaan yang semakin meningkat dan peningkatan pengetahuan peraih mengenai nilai barangan yang dijual. jangan terkejut jika barang yang anda minat, harga yang diberikan lebih mahal dari harga beli baru dikedai-kedai. inilah yang aku maksudkan dengan pengetahuan peraih mengenai nilai barangan yang dijual. oh, kalau anda bernasib baik, anda akan dapat lihat beberapa katalog IKEA disebelah kaki mereka sebagai rujukan harga. kenyataan mereka tahu tentang kualiti dan jenama boleh dibidas kerana kondisi barangan adalah 'terpakai' dan tiada jaminan pemulangan wang.
bagi pengumpul barangan nadir genre anak muda tipikal masa kini, anda berpeluang mendapat barangan seperti model figura aksi 'Akira', Ghost in The Shell, X-Men, SPAWN dan lain-lain. malah figura ikon muzik seperti Sid Vicious atau KISS boleh dibeli dengan harga RM20 setiap satu . hebat bukan? seperti yang telah aku nyatakan diatas, ini bergantung pada 'nasib baik' si pembeli. setakat ini, aku belum pernah menjadi seorang pembeli bernasib baik kerana setiap kali menyelam, tak ada barang nadir yang murah. pernah juga terserempak dengan cd original Suede dan Radiohead dalam keadaan A + (terma untuk condition sangat baik) tapi dah berada dalam tangan orang. suwey!. bagi pengumpul baju-baju t genre muzik, anda terpaksa berasak-asak atau terpaksa bergasak untuk sehelai baju rock kain 50 cotton/50 polyster. tak percaya? tanya abang mat tora.



kata-kata seorang manusia mampu mengubah sesuatu keadaan dari buruk menjadi baik atau sebaliknya.
seorang perempuan dengan sinis berkata "apa la beli kain buruk sampai lima puluh ringgit". akibat dari perkataannya itu, wang gaji seorang peminat barang lusuh telah dicatu dengan hebatnya. terfikir sejenak, apakah yang membuatkan sesuatu itu amat berharga buat segelintir orang yang meminatinya. apa relevannya sehelai kain lusuh dibeli dengan anggaran harga dari RM250 ke RM300 sehelai. apa ada pada sehelai baju lusuh dicetak sekitar tahun 1978? nilai sentimental seorang yang hidup gemilang pada zaman itu pun telah berkubur dengan jasadnya. tapi itulah yang sukar kita fahami bagi kita-kita yang 'tak main barang macam ni'. seorang kawan yang 'kaki' dalam mengumpul barangan lusuh menerangkan secara terperinci apa yang menyebabkan barangan ini begitu berharga sekali. alasan yang sama seorang kaya yang membeli sebuah kereta morris minor 1000 tahun 1971. dia minat dan mampu. 'kaki bundle' seorang ini pula minat dan sekadar mampu mengumpul baju sahaja. kalau dia berduit, mungkin dia juga nak kumpul kereta antik seperti orang kaya tadi.

malaysia telah menjadi lubuk emas bagi pencari dan pengumpul barangan vintage telah sekian lama. tiada fakta tepat bila ia bermula. mungkin sekitar tahun 1992/93 hingga sekarang. ada beberapa fakta menarik yang aku ingin kongsi bersama. menurut seorang kawan, seorang jepun yang bekerja di singapura telah meminta untuk mencari barang vintage di singapura/malaysia. katanya malaysia, indonesia, thailand dan singapura adalah hub untuk jepun dan amerika membuang barang-barang yang 'backdated' dan terpakai. barangan vintage yang mencecah harga ribuan yen dan dollar itu termasuk dalam bungkusan-bungkusan sampah yang dibuang disini. untuk menemukan balik barangan tersebut orang jepun ini sanggup membayar sejumlah wang kepada seorang malaysia dengan setiap barang yang dia inginkan. dan pada ketika itu, hanya segelintir sahaja yang tahu tentang ini dan berupaya mengaut keuntungan dari barang yang dianggap tiada nilai oleh peniaga barang terpakai. sewaktu orang sibuk mencari baju yang masih ber-kondisi baik dan berjenama terkenal, mereka ini telah mula mencari baju yang hampir koyak, zaman telah berakhir, dan jenama yang pelik-pelik. ketika orang sibuk mencari jeans dan denim 'made in usa', mereka ini telah mula mencari denim buatan jepun yang dua, tiga kali ganda lebih tebal 'garment-nya' dari buatan amerika. dan yang pasti mereka dapat dengan harga yang sangat-sangat murah. pada ketika itu, mungkin, mereka hanya membayar sekitar RM50 hingga RM60 untuk sehelai denim jepun. dan sekarang anda cuba bayangkan harga sehelai denime (denim jenama jepun gred pertama) boleh mencecah sehingga RM1500 bergantung kepada kondisi dan 'lot'-nya. sehelai denim sugarcane boleh mencecah RM3000 hingga RM4000 bergantung kepada kondisi dan 'pai'-nya. begitu juga keadaannya dengan sehelai denim evisu yang sekali pandang macam jeans levi's celup. ia mampu menghabiskan wang gaji aku dua bulan hanya semata-mata untuk merasa pakai denim vintage.



kerana 'sampah-sampah' ini telah diketahui nilainya, maka ia telah dimanipulasi oleh sesetengah orang bagi tujuan mendapatkan keuntungan. barang lusuh dan klasik ini telah menjadi perniagaan besar di malaysia. percaya atau tidak, di bandar penggaram, batu pahat sahaja ada lebih dari sepuluh entiti menjual pakaian terpakai yang mampu untuk survive walaupun masing-masing menjual barang yang sama. ia seperti satu fenomena. boleh dikatakan semua kaum tak kira melayu, cina, india membeli pakaian terpakai. kalau kelas pertengahan seperti kita membeli pakaian untuk menahan sejuk dan panas, orang berduit pula membeli barangan berjenama untuk kepuasan dan kedudukan. aku teringat pepatah berbunyi, hanya mutu yang mengenal manikam. sesetengah orang yang menjaga kelasnya tak pakai barang macam ni. mereka lebih sanggup berhabis wang asalkan barangan itu baru 'bau kedai'. katanya barang 2nd-hand ni kalau pakai boleh kena gatal kulit atau ruam lampin. dimaklumkan, segelintir saja. lain padang lain belalangnya kan? aku teringat akan sebuah kisah seorang sufi bernama dzun nun yang hidup di mesir. seorang pemuda mendatanginya lalu bertanya mengapakah dzun nun berpakaian sangat sederhana. dzun nun tidak banyak berkata lalu memberi cincin dan disuruh pemuda itu menjualnya dibazar dengan harga sekeping dinar emas. pemuda itu tidak yakin cincin kotor itu mampu dijual dengan satu dinar emas. beberapa waktu, pemuda itu kembali dan memberitahu dzun nun bahawa orang-orang dibazar hanya mahu membayar sekadar satu keping perak untuk cincin itu. lalu dzun nun menyuruh pemuda itu membawa cincin itu ke sebuah kedai emas dibelakang jalan itu. katanya "Coba perlihatkan kepada tukang emas disitu. Jangan buka harga. Dengarkan saja, bagaimana ia memberikan penilaian." tak berapa lama pemuda itu kembali lagi dengan wajah girang sambil berkata "tuan, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sesungguhnya dari cincin ini. pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar oleh para pedagang di pasar." begitulah bagaimana dzun nun memberi teladan bahawa sesuatu itu tidak dapat dinilai dari keadaan zahirnya. mungkin juga nilai itu hanya tinggi pada orang yang berkehendak padanya. betul juga frasa inggeris yang berbunyi "beauty is in the eyes of the beholder". justeru, peringatan kepada awek-awek dibutik levi's jusco tebrau yang melihat seluar 'karat' dan bermisai ni dengan sebelah mata, ketahuilah bahawa ini adalah sepasang Denime made in japan tau. kalau jual boleh bayar gaji awak sebulan.

walau bagaimanapun, ini semua hanya trend sementara yang akan dimamah perubahan. beberapa waktu dulu orang sibuk cari jeans yang cawat labuh. tapi sekarang tak lagi. sekarang, kalau boleh nak cari seluar yang boleh tunjuk lurah punggung. sekarang nak cari baju yang paling kecil walau saiz badan kecil sikit dari abang mat tora. kesimpulannya, dalam dunia ni tak ada apa yang kekal. yang cantik akan hilang serinya. yang kuat akan jadi lemah akhirnya. yang gah akan hilang belangnya. bila sampai masanya. beruntung bagi yang tetap kekal dengan identitinya. yang tetap teguh dengan pendiriannya. bukan bunga lalang yang terbang setiap kali angin berhembus.


"sesiapa yang jumpa baju britney spears RM5 boleh beli dan simpan. lagi 30 tahun harga baju ni boleh mencecah RM300 siapa tahu" kata buang bin kutip.

10 March 2009

KUTIMAN BUKAN TUKIMAN


Amacam cik Qarma, bole kasi remix ni macam ka? Itu lagu atari ghazal pt moen sudah lame laa, lambat sgt mau rilis wa sudah bosan tunggu.

Lu mau kesemua lagu yg mamat ni da remix klik sini >>>KLIK<<<

09 March 2009

AKU INI BER'kontol' besi(uuupsss)

aku ini penghasut hebat,
aku ini rindukan pertelingkahan,
aku ini dahagakan kehuru-haraan,
aku ini laparkan kekecohan,
biarkan...
laman ini sentiasa ada,
ada dengan pandangan,
ada dengan perbezaan,
ada dengan keluhan,
ada dengan makian,
terus...
aku ini mahu di benci,
aku ini minta di kaki,
aku ini perlu di keji,

oooohhhh....
aku ini masih mahu kamu mengerti...

-akuKoSoNg-

07 March 2009

i'm sorry (kata amir)

hijau,pekat,lekit
ludahkan kahak itu ke bawah
biar hanyut di bawa arus
belayar bersama bangkai tikus dan lipas
biar nanti tinggal
hanya liur jernih dan berbuih
dan...
gumpal saja si hijau kering yang lain
bukan untuk aku
tapi untuk engkau yang mahu belayar juga
biar nanti
pelayaran itu
di temani dengan senyuman nikmat...

bila berkahak lagi...
ludahkan saja di lautan
hanyut di bawa ombak besar
dan...
gumpalkan saja si hijau kering yang lainnya
lalu tersenyum...
hakkk tuihhhh!!!!!!!


-akumasihKOSONG-

06 March 2009

STEADY LAH SEPAH

Malam ni final Raja Lawak musim ke-3. Walaupun ada orang kata program nih macam bodoh, tapi aku tetap suka sebab mana ada lagi program lawak jenaka kat TV sekarang nih. Paling best pun Ah-Ha yang dah takde dah. Kalu ada Latte@8 ok gak lah bleh tgk Jason Lo punya lawak yang best dan agak gampang sikit...hahahha...so ni lagi satu lawak gampang dan best dari kumpulan Sepah...yeah! go Sepah GOOOOOOOOOO!





SEPAH BEST!

04 March 2009

DJ DIN SUKA, WA PUN IKUT SUKA!


Wa layan la album baru ni manyak syohh la! Nak download klik sini >>KLIK<<

CENGKAM JENG CENGKAM!


(gambo di culik disini)


Gua dah berulang kali menyuruh encik neofishy tapaukan wa! Tapi dia buat bodo je! Wa hati panas esok wa nak print gambo ni pastu wa nak rendam dlm air suam utk diminum buat hilang kempunan!!

CHORD TEN

Gua skrg bosan bosan main lagu ni >>KLIK<< mana tau bila time odisen dgn band ni >>KLIK<< diorg request wa main lagu ni hahahahhaaa!!!

JAGUNGAN


Wa dgr cerita kat sunburst festival nnt korn akan cover lagu nidji ni tau!

01 March 2009