19 March 2009

RADIOHEAD ---> Cinta Berputik Kembali

Aaaahhhhhhhh.......1993 tahun di mana berputiknya cinta aku pada band berasal dari Oxford, England nih. Masa tu station radio Singapura, Perfect 10 jadi santapan wajib aku setiap hari. Kat situ lah aku dengar lagu-lagu terkini artis-artis barat macam Linger (Cranberries), Shine (Collective Soul) dan lain-lain lagi lah. Cuma satu lagu yang terus menangkap telinga aku masa tuh dan aku terus minat dan jatuh cinta. Semuanya kerana lagu Creep, dendangan kumpulan muzik terulung, RADIOHEAD!

Jatuh cinta aku pada band nih menyebabkan secara lajunya tanpa menunggu lama aku ke kedai kaset Radin di Bustand Jalan Omar, Batu Pahat (kepunyaan Abg Ajak) untuk beli kaset band nih. Balik rumah aku cuba cari liriknya dengan mendengar berkali-kali (dekat sleeve takde lirik) dan tulis kat atas kertas. Esoknya aku tunjuk kat kawan aku dan kena bantai gelak sebab liriknya jauh menyimpang dari yang asal. Sejak dari hari tuh, muzik dari Radiohead menjadi diet seharian untuk kehidupan aku.

Tahun 1994, aku jumpa kawan-kawan yang boleh jamming sama-sama dan bermulalah lagu Creep berkumandang semula disamping lagu Basket Case dan When I Come Around dari Greenday.

Cinta aku kat Radiohead sampaikan ke satu tahap, aku ada band yang berpaksikan Radiohead (cover lagu-lagu Radiohead dan lagu sendiri) dan mempunyai nama TUNE THE RADIO. Punyalah galak minat kat Radiohead, sampaikan nama band pun nak ada radio gak (nama ni dicadangkan oleh Uda a.k.a Encik Fairuz, gitaris kumpulan Crestfallen yang pada ketika itu mengambil posisi sebagai drummer band Tune The Radio, which is very cool!). Sampai sekarang bila ingat balik, aku macam tak percaya aku boleh main solo lagu Paranoid Android yang dimainkan oleh Johnny Greenwood yang memang susah nak main tapi aku dapat main (walaupun tak 100% sama) dan macamana aku boleh create bunyi bising (noise) masa permulaan lagu Anyone Can Play Guitar sedangkan aku bukanlah seorang pemain guitar yang hebat. Sampai sekarang akau amazed, hahahahahah.

Tapi disebabkan hype yang terlalu besar dan semua orang nak jadi peminat Radiohead sebelum diaorang keluarkan Kid A, aku sedikit tawar hati dah. Selepas keluar Kid A dan Amnesiac, aku rasa macam satu Malaysia mengaku yang mereka adalah peminat Radiohead (whish is good for them). Aku agak kurang boleh terima sebab aku rasa Radiohead cuma untuk aku sorang jek, hahahhahaha, which is very dumb, hahahah. Lepas Amnesiac, Radiohead adalah sejarah untuk aku, that's it, no more Radiohead!!

Tapi bulan lepas, aku tergerak nak beli DVD live Radiohead, In Rainbow Live From The Basement dan balik rumah aku pasang. Pada mula-mula aku pasang tuh, adrenalin untuk terus menonton semakin memuncak dan sampai ke hari nih, aku tak jemu-jemu tengok DVD tuh boleh dikatakan setiap hari.

Apa yang aku nak cakap cuma, thanx IN RAINBOW, sebab menemukan aku dengan Radiohead kembali!

RADIOHEAD, THE BEST BAND IN THE WORLD!



-Johnny 'NEOFISHY' Greenwood

7 comments:

-akueMpTy- said...

selamat kembali encik neo..
tahniah di atas bayi yang ke dua..
hehehe...

tora corgan said...

WEI DVD RADIOHEAD LIVE AT ASTORIA AKU BILA NAK PULANG!!!FAKK!!BUAT ATOK APA!!!

Penulis Kami said...

perghhhh .... lu i bai....wa x pernah pinjam lah DVD tuh...kan wa dh ckp, lu try tanya uda lah wei, kan lu penah bagi byk CD sekali gus kat dia...cait!

Anonymous said...

para 4 tu puji diri sendiri siot ta' tahannnnn....

ok la psl nk tggu org puji tah bila ek

tp lagu sepi mmg meletup, kira creep utk ttr la ni

Penulis Kami said...

wahahahahaha...tu la pasal....bila lagi nak tunggu org puji...hahahahhaha

tora corgan said...

Ahh sama je la tu! kau dgn uda kan sama proxy apa!

hegira said...

ya setuju!

tapi kenapa thom yorke pascamoden penuh elektronika???

kenapa???

ah tak boleh accept!