31 July 2009

PUNCA






Sedang gua asyik melayan HMI, sedap jugak suara saripah aini nyanyi lagu bunga tanjung, mendayu dayu. Dari kejauhan sayup sayup gua dengar bunyian yg sedang menuju masuk ke halaman rumah.


Preet preet tet tet tet Preet preet tet tet tet


Itu bunyik motor vespa fendi salim, entah apa merepek datang rumah gua malam malam ni.

“hello izit me u looking forrrr” kedengaran suara fendi salim memberi salam versi lionel ritchie.

Mak gua dah start membebel, bila pulak gua berkawan dgn budak negro.

Gua terus lincah keluar depan beranda, “apahal jeng?? Saripah aini tak abis lagi ni”

Fendi salim dgn mata merah menyala ala serigala menjawab “khidmat anda diperlukan”

Tanpa berfikir panjang gua terus lompat duduk atas motor yamaha cup bapak gua, tanpa mintak izin gua terus start jalan.

Rupanya kat taman nira ada band kerja kawen tgh perform, diorang dah nak rehat setengah jam, so bagilah kat siapa siapa yg ada band sambung main sekejap.

Gua bincang dengan bandmate lebih kurang, kitaorang nak cover lagu nirvana anuresyum, school dan smell like tin speret.

Posisi bes gitar Zahar, dramer fendi salim, vokalis mat mbek yg gua ragu ragu kemampuan dia menyanyi dalam tune yg betul, gua spt biasa posisi lead gitar.

Kitaorang terus masuk bawah kemah menuju ke posisi masing masing. Gua terus capai gitar karen yg ada kat situ, harapan gua nak pakai fender jaguar musnah, gitar cap ayam serama je yg ada. Gua setting tune semua tali kasik betul, gua jeling kat zahar, bes gitar kena sama tuning dgn lead gitar baru betul, biar main mcm gampang yg penting tuning kena tepat, kalau tak sumbang mambang jadik bunyik nya nanti.
Sebagai pemain gitar yg handal, pick gitar kena sentiasa ada dlm poket seluar, cuma gitar karen je yg gua belum nak ada lagi.

Amp gua kasik setting sedap sedap, aim crossfire ajar gua dulu kalau nak dpt sound distortion yg sedap, sound kosong kena crystal clear, gua pulas knob high ke pukul 3 jgn pulas habis nnt bunyik pasir, middle gua kasik pulas habis sbb bila tekan distortion pedal gua still boleh dgr lagi kord yg gua petik, knob low gua pulas ke pukul 12, jgn byk sgt sound bass nnt berdengung. Gejet boss metalzone sudah tersedia ada, kat malaysia, gejet metalzone ni lah yg menjadi pilihan utama ahli muzik, sedang sedang murah dan senang carik sound, gua ejas lebih kurang, knob distortion gua pulas habis kasik bunyik sustain.

Fendi salim dah siap sedia duduk dkt set dram yg kerusinya seperti kerusi warong kaler putih siap tempat sandar sekali, kalau Dave Lombardo nampak mesti hati dia sayu melihat nasib ahli muzik dunia ke tiga, takpayah nak ejas ejas nak setting setting bunyik dram, kata punk.

Gua tengok mat mbek tengah kucar kacir setting volume mikrofon, kasi sound sedap katanya. Setahu gua mikrofon fungsi dia sebagai pembesar suara, bukan boleh jadikkan suara lu lagi sedap.

Gua jeling bandmate menandakan semua dah ready, lagu pembukaan aneurysm sedia dimainkan, gua kasi 4 power kord intro terus tekan pedal distortion, mengaum brader amp marshall 60watt mintak ampun, band bermain semi-tight dan amat bersungguh sungguh, budak budak dalam moshpit dah macam babun kena cili terkinja kinja berjoget tolak menolak antara satu sama lain, dasat, tengok konsert crossfire kat funfair pun diorang tak joget macam ni.

Turn mat mbek masuk verse pertama, “kamon baybay do da tuis! Nawwww!! Ower duit hat a feit! Nawww!! Lov u so munch make mi seakk!! Naww!! Bit me ader meh! Biden biden! Bit me ader meh! Biden biden!!”
Mat mbek gaya memang kobain abis, kasut allstar, seluar lusuh koyak kat lutut, baju petak petak, rambut karat. Tapi nyanyi je tak macam kobain, sumbang mambang, ikut sedap rasa, tajuid nahu tunggang langgang, kadang kadang gua dgr mcm dia tengah baca sajak pun ada, parah parah.

Tak sampai verse kedua tiba tiba dkt moshpit ada budak sudah bergasak, bertinju tak tentu hala, keadaan menjadi kecoh bila budak yg kena tumbuk panggil geng, daripada majlis joget joget dah jadik royal rumble, beberapa otai sudah masuk leraikan, sempat jugak otai merasa menyiku budak budak yg bergaduh tu.
Tuan rumah suruh kitaorang stop perform, apacerita ni?? Lagu ada lagi yg belum main ni. Tuan rumah suruh band kerja kawen main balik, fendi salim termenung one corner, kecewa agaknya. Gua terus start motor meluncur pulang, dalam perjalanan terbayang bayang saripah aini.

Seminggu sudah berlalu, kisah gaduh masih lagi jadik buah mulut orang kampung, banyak cerita yg gua dengar, budak yg kena pukul aritu tak puas hati buat repot polis, budak luar rupanya, band gua katanya menjadi punca utama budak budak bergaduh walhal punca utama ialah dadah dan arak, mat mbek sudah join band rock leleh udin bopeng, dia cakap suara dia tak sesuai dgn konsep band gua, gua lebih banyak menghabiskan masa menonton tv dirumah, fendi salim ada call dua tiga kali ajak lepak port dadah tapi gua malas nak layan, bapak gua sudah sound gua jangan main band lagi, dia suruh gua join tabligh. Sekian.

29 July 2009

LAGU RAYA DAN UBAT



Puasa pun belum lagi, entah apa merepek gua dah start layan lagu raya dan sekali sekala tekak terasa nak makan ketupat.

Siang Malam Termimpi-mimpi, Pagi Petang Tercari-cari.......



Wa ada nak tolak barang baik ni, Hummer H3
Ada 6 airbags, 4 wheeldrive, 3.7 litres Vortex engine 250bhp



Pakej yang wa bagi sekali:

Rim Chrome siap gril
Automatic
Moonroof tau, bukan sunroof
Electric Seats, boleh slide-slide
Roof Rails
Monsoon 7-Speaker Sound System (bukak lamb of god cara)
CD Player
Sidestep

Wa nak tolak RM 378 000 shj. Lu orang kalau ada berangan nak jadi CSI memang cocok la pakai mesin ni. Apa kelas Harley Davidson.
Mesin ni wa parking dekat Jln Sg. Besi, KL. Wa tak taruk kat rumah takut kena curi. Tak boleh loan. Tunai sahaja.

28 July 2009

SENSITIF







Teeeettt….. teeeetttt…. Mesin punchcard mencetak masa 8.30pagi.

Lepas punchcard lepak warong pekena teh tarik dan makan sesedap rasa. Masuk kerje pkl 9pagi, ada masa lagi lepak lepak.
Bila lepak setable lima enam orang macam macam cerita la keluar, cerita gusti, bola, politik, mistik, dangdut, maikel jeksen dan lain lain.
Gua lebih banyak mendiamkan diri waktu pagi, gua hanya menjadik pendengar setia, sekali sekala gua akan angguk tanda setuju.
Tiba tiba gua terdengar satu cerita yang gua rasa sungguh IN dengan mood gua pagi tu, seperti sebiji magnet, telinga gua terus menangkap cerita yang keluar daripada mulut member gua ni.

Amir: pung pang pung pang melencong ke bandung pung pang pung pang gadis gadis barang baik pung pang pung pang muka mcm luna maya, maya karim, bungaCL, cinta laura, mak mah pung pang pung pang nak kawin hantaran murah seribu hengget pung pang pung pang terus nak kawen 2 kat indon pung pang pung pang konek 9inci pung pang pung pang

Tora: LU BERANI KE????? GUA TENGOK LU SPESIS TAKUT BINI TERKEDU KEDU APACERITA NI BRADER!!!!!

Amir: * wacha!!! * mengkarate meja makan tanda protes, terus angkat kaki blah masuk kedalam kilang tanpa mengucapkan salam kepada rakan rakan lain, dari kejauhan gua nampak sekali sekala dia mengesat mata, masuk habuk agaknya…

Lim bok seng: haiyaa lu tak buley cakap ini mcm maaa, tengok itu manusia sudah hati membara

Tora: alamek gua gurau gurau apa, gua kena kutuk takut bini rilek rilek je one corner

Lim bok seng: lu lain maa dalam hati ais batu, itu manusia hati tisu maa


Sensitif betul lelaki yang sudah berkahwin dengan ayat “takut bini”, sekian.

Saya Detective Caine (sambil tidak memandang)

“Ni season 9 eh bang??”
“Ha’ah, latest. AXN pun blum abis tayang ni”
“Bole la”
“Lain”
“Lain kali”
“Tak boleh main boleh pulang eh”
“Boleh boleh”
“Berapa”
“Ni 3 cd bang, dua puluh”
Hulur duit



Di rumah
Warrick dah penuh darah dalam pelukan Grissom. Intrigue. Aku rasa mesti ada orang dalam yang buat ‘taik’ ni. (Season 8 aku terlepas banyak dan yang last sekali).
Tanpa iklan. Bukan macam AXN.

20 minit berlalu. Bzzt… bzztttt… bau hangit. “Wah celaka ni”. Monitor dah ada garisan-garisan halus warna putih. Wajah Catherine aku dah bertukar jadi biru. Kian kelam, kian biru. Damn!!! “TV ni memang nak makan penerajang la……..”

Hari cuti hujung minggu berlalu dengan suram.

MUHAMMAD AKID ANAQI PUNYA CERITA

Situasi dalam kereta.

Ibu : Akid, nama ayah apa?

Akid : Taupit.

Ibu : Nama ibu apa?

Akid : Cu Ana.

Ibu : Nama adik apa?

Akid : Baby.

Ibu : Nama Akid apa?

Akid : Ottomen Gaia.

PERGH, IMAJINASI TAK INGAT!

27 July 2009

GOSSIP



Kata kita blood?? Tapi takkan la nak berahsia rahsia, nasib baik la ada budak bagitau gua cerita lu ni, gua kecik hati, kita dah berlainan darjat, gua cuma 135CC lu pulak 500CC, patut la lu sekarang dah pandai lepak hardrock kefe, gua pasrah......


Psst... seumur hidup gua kenal lu, gua tak pernah sekali pun namapak lu menunggang motor apalagi membonceng, kalau lu bawak harley ni mesti set set awie kan kan

KITA ENJOY!!!!

Tahun 2002

Aku mesej Andaq, "Malam free tak? Wa baru dapat duit nih. Apalaga malam minggu nih. Jom ah kita berpoya-poya".

Andaq balas. "Waaahhh...ok tuh. Tak KL lah duk umah jek ek? Amik wa pukul 10 malam"

So, dalam kul 10 malam, aku dengan sepantas kilat ambik kunci dan dan terus pecut Toyota KE 30 aku berdesup ke seksyen 6 Shah Alam. Kalau nak tau, ada pondan jual 'barang' kat jejantas antara seksyen 6 dan seksyen 8. Andaq yang cakap, bukan aku.

Dalam 10 minit, aku sampai seksyen 6. Menyampah aku gi seksyen 6 nih, rumah semua flat jek, awek pun tak ramai, tapi pernah ada couple kena kejar polis keliling flat area Andaq tinggal sebab beromen dalam keta.

5 minit Andaq turun dan, "Let's go bebeh" kata nya, guna bahasa urban agaknya.

Toyota KE 30 aku terus melintasi Concorde seksyen 9 dan sebaik masuk ke Federal Hiway, aku jerit "KL here we cooooommmmmmmmmeeeeeee!!!!!!!!!!", berangan urban gak.

Dalam hati memasing dah terbayang dah macam-macam aktiviti berpoya-poya yang kitaorang dah rancang. Sekodeng awek kat Bukit Bintang, tackle awek kat Bangsar, pusing KLCC kot-kot ada awek mat saleh nak tumpang, duk lepak kat Pelita...perghhh...macam-macam gayanya dah terbayang dah.

Sampai kat KLCC, macam tak best. Kitaorang gerak gi area Ampang Point, pun macam tak best. Terus ke Bangsar, carik parking, tapi macam tak best.

Aku tengok Andaq, Andaq tengok aku. "Kita balik jek lah Daq".

Sudahnya, tak sampai sejam, kitaorang patah balik lepak kat seksyen 7.

"Kita bukan kaki enjoy la Daq". Andaq angguk tanda setuju sambil habiskan roti kosong banjirnya.

PANDANGAN LISTRIK KAMI

Ada orang bertanya, keadaan blog nih semakin lama semakin macam hilang arah tuju lah. Macam dah semuanya merepek meraban.

Tentang merepek meraban tuh memang aku akui dan setuju sesangat sebab sebenarnya permulaan blog ini cuma sekadar untuk suka-suka jek. Aku tulis ko baca, dan ko tulis aku baca. Tak lebih dari itu, jauh sekali untuk mendapatkan perhatian lebih dan jauh sekali untuk dapatkan duit dari iklan (walaupun baru-baru ini ada intention untuk memasukkan iklan, tapi ntah, tak masuk jugak).

Lebih dari itu, blog ini juga bukan mewakili sesuatu golongan di Batu Pahat. Semua kata-kata dalam blog ini lebih kepada pendapat sendiri penulis-penulis nya yang rata-rata cuma manusia yang dari pagi sampai malam hidupnya kerja kerja kerja untuk menampung keperluan keluarga. Bagi yang bujang, tiada kamus seronok dalam hidup kami. Cuma yang ada hanyalah kepuasan untuk menulis. Bukan kami tidak mahu berseronok, atau pun dalam erti kata lain pergi merempit atau mendrift atau berjoget di disko atau mengambil syabu, cuma kami 'menolak' semua itu atas 'pilihan' kami.

Ada juga yang mempersoalkan kami dari segi politikal view kami yang rata-rata (boleh dikatakan hampir semua walaupun tidak semua, kena faham ayat tuh) tidak meyokong mana-mana pihak samada Parti Pemerintah ataupun Pakatan Rakyat. Bukan! Bukan kami menolak mentah-mentah akan idea para pemimpin kedua-dua 'side' tersebut, cuma kami belum bersedia untuk 'menerima' kata-kata manis mereka, yang pada asalnya memang menjurus kepada yang baik dan juga perubahan.

Mungkin kami masih mentah dalam hal-hal berkaitan politik, tapi kami juga mempunyai pandangan kami sendiri. Kami mungkin tidak bersetuju dengan para ahli politik BN atau PAS atau DAP atau PKR atau even PBS, tapi kami mungkin boleh menerima pendapat sesetengah wakil rakyat dari semua pihak, even dari Najib, Anwar, Tok Guru dan Kit Siang sekaligus!!! Dan sebagai ahli politik, kita seharusnya bersikap professional dan sedaya upaya memenangi hati rakyat (kami juga rakyat) dan bukannya bersikap dangkal dengan meng'diss' kami selepas usaha anda tidak berjaya. Itu bukan ahli politik namanya :)!

Kami akui kami hanyalah penulis yang masih cetek dalam penulisan dan bukannya sebuah komuniti yang sangat baik penulisannya. Apa yang kami tau, kami hanyalah kanak-kanak Batu Pahat yang juga mahu enjoy dengan cara kami sendiri, seperti juga anda diluar sana enjoy dengan cara anda sendiri.

Ceh....macam serius sangat plak pos aku nih!

25 July 2009

Juara Tumpang

Satu pertandingan bowling telah diadakan baru-baru ni anjuran tempat kerja aku. Secara national service, aku pun terlibat sama. Kena ikut arahan daa.

Sampai-sampai ke tempat perlawanan, rupa-rupanya setiap peserta telah diberikan baju dan wajib memakainya. Semalamnya aku balik kerja dan pada masa tu baju-baju telah diedarkan mengikut saiz badan masing-masing. Aku pulak baru tau dan hasilnya, aku takde pilihan dan terpaksa ambik saiz S untuk badan aku yang saiz XL. Ngok betul! Mujur ketua kumpulan aku switch baju dia yang bersaiz M dengan aku. Badan dia kecik dari aku. Jadi, aku pun pakailah saiz M. Besarlah sikit cuma aku tak dapat sembunyikan perut besor yang hanya ada one pack, bukan six pack.

Selepas taklimat, sedikit ucapan dan blaa... blaa... blaa, perlawanan pun dimulakan. Frame pertama memang aku naik haji (atas 100 markah), frame kedua ngam-ngam haji (100 markah) dan akhirnya frame ketiga aku pancit dan tak haji langsung (bawah 100 markah). Habis je perlawanan aku check markah keseluruhan peserta dan jadi takut sebab aku yang paling corot sekali. Aku sembuyikan badan kat satu corner dan diam sebab takut ketua kumpulan cari aku pastu marah sebab boleh kacau kat markah kumpulan. Sehinggalah tiba masa penyampaian hadiah, aku rasa terkejut. Sangat terkejut, beb. Kumpulan kitorang telah dinobatkan sebagai juara kumpulan. Dapat piala untuk kali kedua. Kali pertama aku dapat piala ialah masa aku form 5. Dapat nombor tiga dalam pertandingan Scrabble.

Aku balik rumah, slow-slow tunjukkan piala tu kat bini. Dia gelak aku kaw-kaw punya but still, dapatlah jugak ucapan tahniah dari bini tersayang. Aku rasa bangga lain macam pada masa tu. Sebab bergelar juara; Juara Tumpang.



Banner Baru

Banner Komunite Lusuh Jalan Jenang (Reconstruction) sudah siap untuk tatapan.

24 July 2009

Hujung Minggu

Hujung minggu (Sabtu & Ahad) adalah hari yang aku boleh rehat-rehat dan buat aktiviti-aktiviti non protokol di rumah kalo tak berjalan sakan. Kebiasaannya memang aku lepak ngan bini laa. Tolong kemas katil, kemas rumah ala kadar, siram pokok dan basuh baju. Tapi aku tak pernah basuh motor komando aku pun. Masa siram pokok, aku tertoleh kat motor komando. Seolah-olah motor komando itu kesedihan kerana dirinya tidak pernah dimandikan seperti pokok cili kampung yang selalu disiram oleh aku. Tapi aku sangka baik aje iaitu; motor komando aku dah dilatih seperti John Rambo. Tidak tahu akan erti takut, kesakitan dan yang paling hebat..... Tidak tahu akan erti dibasuhkan.

Akan tetapi, ada masanya bini aku tak ada full time pada hujung minggu disebabkan penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Jadi, aku akan habiskan sedikit masa dengan aktiviti-aktiviti secara solo tanpa keluar dari rumah. Aktiviti-aktiviti yang aku dah buat sebelum kahwin. Masih lagi buat pada masa sekarang. Cuma tak agresif masa bujang dulu laa.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dilakukan bila bini tak ada full time atau kursus pada hujung minggu:
Inilah studio kecik aku. Tiunnggg... Tiunngg... Tiunnggg, Jit... Jit... Jit..., Grrreenggg dan twang sorang-sorang. Masa dulu aku telah berazam; aku mesti ada studio kecik sebelum kawin..... Dan inilah hasilnya. Aku tau lepas kawin aku tak akan dapat upgrade set-set ni. Dan sekarang budget lebih disalurkan untuk kegunaan keluarga. Bila nak metal, grind, eksperimen, pop, blues, jazz dan rock kangkang, semua setup dah ada kat situ. Cuma semua string kat gitar-gitar tu dah berkarat tak bertukor. Gejet-gejet pulak lebih separuh daripadanya masih ada kotak plus ada manual instructions. Ada satu gejet made in Jepang brand Maxon Multimode Delay model DM-01. Paling vintage dalam simpanan aku. Boleh check kat ebay kalo nak tau harga second-hand sekarang. In case kalo hati aku diketuk dimainkan perasaan atau dah sampai seru, sekurang-kurangnya aku dapat jual sebagai good seller. Dengan syarat balasannya mestilah dengan good buyers dan bukannya low ballers. Tak pun aku sedekah terus (Ye ke?). Tunggu je lah.

Aku akan landing kat area ni kalo aku nak layan dvd atau video games. Aku paling kerap layan xbox360. Xbox first version aku ada lagi. Cuma ianya dah dislot kat bilik belakang dengan tv lama aku. Memang aku tak boleh berhenti layan xbox sehinggalah bini suruh stop. Tapi tak lama lepas tu, aku sambung main balik. Bini aku pun layan xbox360 jugak tapi dia paling layan Fifa 09. Menyesal gak aku ajar dia game bola ni sebab dia dah terrer dan selalu titik aku. Serius beb! Lain dari tu, dia layan game Monopoly. Aku pulak tak bosan-bosan layan GTA IV, Burnout Paradise, COC Red Alert 3, Facebreaker, Mortal Kombat vs. DC Universe, Afro Samurai (Samuel L. Jackson memang cara para!) dan game perang-perang macam Brothers In Arms, Call Of Duty, Battlestations, Medal Of Honor dan macam-macam laa. Memang aku minat game perang-perang ni sebab cita-cita asal aku nak jadi asykar Melayu tetapi tak boleh sebab rabun. Aku jugak nak sangat main Guitar Hero tapi main pakai wireless controller biasa tak syok. Kena main gitar dia jugak syok. Ada jual satu set. Maksudnya, ada gitar, drumset dan microphone. Barang ori dan all in a box tu harganya dekat RM 800. Yang tu aku nak beli tapi aku terpaksa rilek dulu sebab tak ada budget untuk tu. Sekarang ni aku tengah tunggu game ni



Ada Jack Black. Hahahahaaa.....

Aaahhh..... PC aku yang masih bertahan sejak dari tahun 2003. Intel Pentium 4 aje tapi performance masih tip top. Budget aku kureng masa tu. Jadi, aku pakai motherboard Biostar tapi memang ok lagi sampai sekarang. Aku memang guna untuk Autocad, Photoshop, Illustrator, SketchUp, buat master demo lagu, rekod gitar, buat track by track dan yang paling utama digunakan sekarang ni; Internet. Segala sumber memang senang dapat. Maklumat yang seimbang, tinggal buat pilihan mana yang buruk dan baik. Surat khabar harian pergi mati. Siaran TV pergi cium punggung aku. Memang bagus ada internet kat dalam rumah. Aku kurang download tapi aku suka membaca dari internet. Lebih-lebih lagi bila dapat peluang menulis dalam blog Komunite Lusuh Jalanjenang. Kontribusi minoriti dari Batu Pahat, Johor.

Itulah aku di hujung minggu. Kalo aku senang lagi dari segi masa, aku akan menulis lagi.

22 July 2009

ALBUM HAWT??

Marcy Playground - Leaving Wonderland... In A Fit Of Rage (2009)

Band yg cukup hot jaman alternatif dulu, lagu pun sedap, suara vokalis tetap best, gua suka!
4bintang >>KLIK<<

Mew - No More Stories Are Told Today Im Sorry They Washed Away (2009

Watdehel meng??? tak sedak lagu mung ni! kawe layan kopok lekoq!!
2bintang >>KLIK<<

Clutch - Strange Cousins From The West (2009)

Sangap....ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
2bintang >>KLIK<<

Modest Mouse - No One’s First, And You’re Next EP (2009)

Hhmmmmm so so la, pelan pelan layan....tido
2bintang >>KLIK<<

Cave In - Planets of Old EP (2009)

Baik la, still eksperimen style tapi ada jerit rabak mcm album awal diorang
5nintang >>KLIK<<

20 July 2009

PEMANDUAN BERHEMAH SIRI 1

Cerita pasal pemanduan berhemah nih sampai besok pun tak abis. Tapi kalau tak dicerita memang sampai bila pun tak settle.

Tapi pagi tadi pemanduan semua penduduk Batu Pahat agak baik dan berhemah. Wah, ini satu pembaharuan yang baik. Walaupun ada yang still gopoh, tapi dari riak air muka diaorang aku perasan yang diaorang ada masalah, mungkin nak terberak atau bini nak beranak. Benda-benda macam tu kalau di sound memang bleh buat gaduh beb. Nak-nak kalau dah tahap hujung-hujung tuh. Perggghhhhh.....

Cerita pasal pemanduan berhemah nih tahap kurang ajar memang tak bleh lawan para pemadu warga metropolis Kolumpo. Plate luar lagi lah lu kena kitai, silap sikit terus hon. Nak-nak kalau yang lu buat slack tuh dengan keta mewah, ecehhh...lagi lah diaorang tekan hon macam bunyi hon keta BMW tuh bleh keluar lagu Akon 'Smack That' (beta sejak bila plak aku dengar lagu tuh...). Tapi aku paham lah, keja kat Kolumpo kan, semua kena cepat, semua kena cargas, semua kena pantas walaupun kekadang aku tak nampak semua tuh kalau gi pejabat kerajaan. Pejabat pos lagi lah, nombor tuh kalau jalan memang tak Hiway Federal langsung gayanya, 1 nombor 15 minit belum tentu habis lagi urusan, dah macam nak gi Taman Maluri time pukul 5-6 petang plak.

Dari apa yang aku nampak, kekadang pemanduan orang bando nih lain sikit dengan orang kampung. Yelah orang kampung macam aku nih, selalu bawak moto keliling kampung cruise jek, sambil-sambil hon awek, takdelah terkejar-kejar. Tapi kat Kolumpo memang lu kena pantas. So tahap kesabaran kena tinggi. Nak-nak selalu jam. Nak belok tu bagi lah signal, jangan terus main terjah jek nak cilok. Angkat tangan lagi baik dan memuaskan. Tak semua yang kurang ajar, tapi mostly semua memang nak cepatlah.

Kalau semua sikap bersopan santun boleh diterapkan kat jalan raya macam korang cium tangan orang tua, kan menarek tertarek kau memang da bomb namanya tuh.

.........................................................................................................................................................................

"VROOOOMMMMMM!"

Opocot terkejut aku! Takde sivik punya van TNB. Bleh plak lu main kurang ajar potong sebelah kiri ek? Apa syarikat korporat lu tak ajar bawak van berhemah ke?

Bagi potong mood wa pagi-pagi jek lah lu ni beb. Cam cib!

Photobucket
Bukan van TNB yang dimaksudkan!

18 July 2009

CONVERSE JENAMA KASUT, CONVERGE BAND RABAK



Gua takde cerita banyak la kluar je album ni gua terus sambar diapunya piring hitam!

TELEVISI





Tv dengan diri gua memang takboleh dipisahkan. Daripada gua melepak tak tentu hala ada baiknya gua duduk rumah layan tv. Sudah menjadi kebiasaan bila menonton tv gua akan on kan radio, on kan PC layan mp3, main gitar dan sekali sekala selak majalah dgn suratkhabar. Tontonan tv tetap takkan terganggu dengan perkara perkara sampingan tersebut. Mungkin gua dah lama training ini sarkis pun dah jinak.

Ada sekali tu tv gua sudah rosak, suara dia tak keluar, gambar ada, tapi gua macam boleh faham gerak mulut org yg tgh bercakap dalam tv tu walau hakikatnya gua takde pun skill membaca dari gerak bibir, gua siap boleh lagi layan tv bisu tu dekat 2bulan gua tak betulkan, itu pun setelah gua disound oleh jiran gua yg kepoh tu kata gua ni perangai pelik tgk tv takde suara.

Kalau tgk tv cerita semua gua up to date, kalau makcik makcik kilangmate tanya apa cerita episod samarinda malam tadi senapas je gua cerita dgn diorang, kalau cerekarama tu celah jari je semua scene gua ingat.
Semua cerita gua layan, prison break, lost, heroes, rancangan memasak bj kadir, lawak alias kadir dgn amat stokin, najip ali, chef wan, martha sterwart, topgear, filem tamil, filem hindustan, amriken idol, malaysian idol, akademi fantasia, lawak king, senario, wong fei hong, jetli, jeki chan, padayapa, wrestling, badminton, snooker, muzik muzik, mtv, grammy award, chanelV, majalah 3, deko bersama eric, aksi mat yoyo, anak anak sidek, edisi siasat, kluangman, jalan jalan cari makan, konsert jom heboh, berita tamil, sembilu kasim, gerak khas, intan, ho chak, buck rogers, battelstar galactica, voltron, transformer, tom and jeri, tom tom bak, hari ini dalam sejarah, hmi, sekapur sireh, nona, wanita hari ini, pramlee, a.r badol, prebet tawil, kipas lipas, kanak kanak disney, pendek kata apa je siaran yang ada dlm tv tu semua gua tengok. Gua boleh hafal jalan cerita, nama pelakon, nama watak, nama pengarah dan nama penerbit.

Kalau lagu lagu ni jgn cerita la, nota muzik belum masuk bar ke empat gua dah tau artis mana yg nyanyi, tajuk lagunya, semua nama ahli band gua hafal, posisi apa diorang main, discography album gua ingat, jenis alat muzik, jenama gitar dan amp siap dgn setting sound diorang pun gua tau, bila album baru nak keluar, album belum rilis pun gua dah boleh dapat download, mana ceruk internet gua boleh masuk carik mp3.

Bab tengok tv, dengar lagu, memang champion, cuba bab mengaji quran, mula la mengelabah tak tentu hala, penyakit parkinson tiba tiba datang, terketar ketar, terkedu kedu, tergagap gagap, habis tunggang langgang ayat quran gua baca. Macam mana lah cekgu bustani tak marah, kalau dia hidup lagi mau melelas bontot gua kena libas dengan rotan! Sekian.

KEMUNCULAN SEMULA BPHC

Kemunculan semula Burger Pilihan Harus Cuba (BPHC) selewat-lewatnya pada hari Isnin ini (20hb Julai 2009-insyaAllah).

Refer map dibawah untuk keterangan lanjut.

Photobucket

Jom ramai-ramai kayakan aku (Tora kalau datang setakat beli 2 3 ketul jek bukan gitar hero lah beb, tu tahap-tahap Qarma makan jek, lu kena 5 ketul minimum).

Mekasih

17 July 2009

MONOPOLY

Merujuk kepada post Abg Mat Tora di bawah (berkenaan perbezaan 'harga' untuk sim kad zaman dulu dan zaman sekarang), agak-agaknya apa yang boleh disimpulkan?

Pada aku, dari segi ekonomikal, tak patut ada monopoly. Sebab apa? Sebab monopoly cuma membebankan pengguna jek.

Salah satu syarikat yang memonoply ialah TNB. Aku sokong sangat-sangat kalau ada syarikat lain yang nak menubuhkan syarikat pembekalan tenaga elektrik. Kenapa perlu keperluan pengguna di monopoly oleh satu syarikat jek? Yang nyatanya mereka boleh menaikkan tarif sesuka hati. Sibuk jugak diaorang mewar-warkan TNB mengalami kerugian yang ironinya, setengah tahun pertama tahun nih, TNB untung besar. Ini bukan pos politikal atau apa. Ini pos berkenaan monopoly yang harus ditegah.

Lagipun pengurus TNB Batu Pahat berlagak macam sial. Try ah keja jadi orang biasa tengok susah ke tak ko keja.

Aku pun tak paham nape aku pos benda nih tapi yang pasti monopoly harus ditegah. Tak paham? Cuba main Monopoly walaupun ini bukan iklan. Kudos untuk Digi sebab memecahkan barrier harga telekomunikasi yang dulunya cuma orang kaya jek bleh pakai Maxis.

15 July 2009

PENANTI SETIA





Tahun 2000

1st time gua register line meksis ni punya la merepek mahal rm250, itu harga kalau lu beli sekali dgn handpon, kalau beli line je mau jejak rm400. Beratus jugak duit gua habis beli handpon dgn line, yg peliknya banyak jugak duit gua time tu, kerja kat bandar takde handpon tak IN brader zaman tu.

Gua terus sambar handpon nokea 3310, saiz dia pun sedap sedap tangan memegang, zaman tu lagu poliponic lagi, lagu memang mcm gampang, lagu sarkis la, lagu koboi la, nak dengar lagu siti ke, slayer ke pegi dgr keset la. Wallpaper lu jgn harap la nak letak gambar muka awek ke, gambar badak ke, yg ada cuma gambar versi dot pixel, yang sekali sekala ada lah design mikimouse la, beruang la, kalau dapat logo superman mmg dah kira cool lah.

Nak topup prepaid paling sikit 60hengget, limit sebulan, kadang kadang tak sampai seminggu dah habis. Abis kalau asek nak topup je nak makan apa??

Zaman tu syarikat line handpon tak byk lagi, seingat gua cuma meksis, adam dgn tmtouch. Peh dia punya cas mmg mcm sial punya mahal, call 1minit 60sen, 30sen 1sms, jgn nak merepek la begayut lama lama, tu yg timbul sistem “pancing”, bukan memancing ikan tapi memancing panggilan. Tekniknya dail nombor kawan yg anda ingin berbual itu, dgr bunyik nada dering lepas tu letak. Kawan anda akan mendapat miss call, kalau dia seorang yg berhati mulia mcm gua ni akan mendail semula nombor tersebut utk bertanya khabar. Keuntungan bagi anda, kerugian bagi rakan anda.

Walaupun begitu gua tak pernah miss telefon mak gua seminggu sekali kat kampung tanya khabar berita, masak lauk apa, dah tgk cerita hindustan kabi kusi kabi gam ke belum dan lain lain.


Tahun 2009


Pejam celik, pejam celik dah 9tahun gua pakai nombor handpon meksis ni. Tak pernah bertukar turutan nombor apatah lagi ke talian telekomunikasi jenama lain, memang gua seorang yang setia. Gua tengok orang lain tukar nombor handpon dah mcm tukar spender, semua line dia pakai. Gua bukan taknak tukar kepada line yg servisnya lagi baik, saja malas.

Handpon semua canggih canggih sekarang sampai tak terkejar ada MP3 player, GPS, video call, kamera, MMS, internet, tiga empat bulan ada je model baru yang masuk pasaran, lu sediakan duit je la. Kalau tak kerana hadiah kawen dapat handpon, mampos sampai sekarang gua pakai lagi nokea 3310 tu.

Ringtone jgn cerita la, dah mcm kedai keset ajak bastend, cakap je lagu apa, oldies, bollywood, rock, metal, yuna semua ada dalam handpon. Lagu ringtone kena ikut mood brader, pagi lagu salih yaakob pisang panas, tengahhari lagu tamil mukka naka, petang morrissey everyday like sunday, malam goyang inul, masuk tidur lagu madu tiga, macam sibuk sangat je 24jam orang nak call ingat lu joe jackson apa.

Line telefon dah banyak sekarang, bayar 10hengget dah boleh dpt line. Prepaid 2hengget pun dah boleh topup, limit line sampai 5tahun diorang takkan kensel tau. Macam macam plan syarikat telekomunikasi ni kasi, call awek free lah, sub line kasi family menber sebulan bayar 20hengget telefon sampai kejang pun ada, ikat 2tahun bayar line siap dapat handfon hebat macam komputer riba pun ada, call cas pun dah murah 1minit dua tiga sen je, 1sen 1 sms, peh macam macam lah diorang promosi ni.

Mana ceruk lu masuk coverage memang tiptop. Parit yani membawak ke linau besar full bar brader!!


16 July 2009

Apacerita ni jeng, duit sewa rumah bila nak masukkan, lu ingat rumah gua tu rumah baitulmal apa?? Kalau gua sound lebih lebih lu cakap gua ni tuan tanah kedaung. Yang gua baran tu bila gua call lu angkat la bagitau apa problem, gua sms lu replay la balik, lu reply taip huruf "K" pun gua faham apa!! Kalau ini macam lah gayanya, memang takde harapan lah gua nak merasa pakai kereta honda civic type R!! Sekian.

PENYET HATIKU




Harini tekak gua terasa nak makan ayam penyet. Balik kerja gua lincah ke kedai ayam penyet kegemaran depan hotel new york. Gua tapau sebungkus terus gerak balik rumah. Sebelum sampai rumah gua sudah melencong ke pasar pandan carik DVD. Gua riki apa yang patut, angkut beberapa keping DVD yg sudah nine gambarnya.
Sedang gua berjalan menuju ke arah motor, dari jauh gua dah rasa tak sedap hati, macam ada yg kurang kena dgn motor gua, seingat gua tadi dalam bakul motor ada plastik beg berisi bungkusan ayam penyet, ni apa merepek bakul gua tiba tiba clear je ni.
Sah! ayam penyet gua sudah kena cegot, celaka mana pulak ni yang tergamak menyamun orang yang sedang lapar. Gua hati panas, gua maki tiga empat kilo, balik rumah gua masak meggi!!! Sekian.

14 July 2009

Asap Tebal

Malam tadi aku ke pusat bowling untuk latih tubi bagi pertandingan yang akan diadakan pada hari Sabtu nanti. Motor komando telah ku parking di hadapan kafe Old Town White Coffee bersama motor-motor berkilat yang lain. Lepas parking motor senget, aku pun terus bergegas ke pusat bowling.

Habis latih tubi, aku pun terus balik. Seram sejuk aku sebab tak jumpa motor komando. Rupa-rupanya aku je yang rabun malam tak nampak. Memang ada kat situ tapi lampu jalan telah dipadamkan. Sebab tu tak nampak. Kasihan dia.

Aku start motor komando dan tanpa menunggu enjin dipanaskan, aku terus masuk gear satu dan vroom. Dalam jarak satu tiang aku pun pandang pada side mirror. Terperanjat aku. Korporat-korporat yang ngeteh di Old Town White Coffee bingkas bangun siap angkat laptop dari tempat duduk sebab ada asap misteri yang menyelubungi mereka. Ya! Ia adalah asap yang datang dari motor komando aku. Padan muka diorang. Dasar korporat menumpang internet secara free dan hanya memesan secawan kopi bongok sahaja di kafe.

Cerita pasal korporat, semasa menulis sekarang ni..... Teringat aku akan satu band. Aku pun pasang lagu dari Carcass - I Told You So (Corporate Rock Really Does Suck). Outtakes dari Swansong sessions. Dah lama tak layan Carcass, beb.

Kepala dah ngantuk..... Esok cokang.

Weiii.... Ni apa motif ada teddy bear kat atas tu? Alooo tokey..... Kasik tukorlaa.....

11 July 2009

JCL 6293

Setiap kali aku balik kerja dan bila buka kasut sambil duduk, aku mesti termenung pada motor komando aku dulu sebelum masuk ke rumah. tersenyum aku bila flashback balik zaman kegemilangan motor ni sejak awal 90-an sehinggalah hilang tarafnya di masa sekarang ni. Tapi Al-Hamdulillah sebab motor komando ni tak pernah mengecewakan aku dari segi mengisi poket yang kosong pada zaman bujang sehinggalah memberi nafkah apabila sudah berkeluarga. Aku ada kereta tapi motor komando gak yang jadik superhero dari segi selit-menyelit dan bawak laju yang membawa kepada penjimatan masa. Ego kasi buang dulu, beb. JCL 6293 dengan asap tebal 2T motor yang mengiringinya mendahului liga dan terus rasta rocket ke tempat kerja.

Motor komando aku dah berkhidmat di Batu Pahat, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Tinggi dan Kluang. Dah overhaul lima kali, tukar rim sekali sebab langgar lubang di Subang Jaya (langgar lubang lagi di jb tapi malas nak tukor), tukor sticker sekali, disc brake set sekali, tukor cover handle sekali sebab pecah (eksiden, beb), tukor tayar enam kali dan lain-lain. Yang paling banyak tak terkira ialah tukor tiub motor. Ada laa sedikit perubahan pada motor komando ni. Cuma satu saja yang sangat kurang berubah; motor komando ni dah dua tahun tak pergi mandi. Ya! motor komando ni dah dua tahun tak berbasuh. Motor ni dah dilatih dan diseksa macam Rambo; langgar lubang, rempuh lumpur, sagat ranting pokok, gesel side mirror kereta orang masa menyelit, berjemur dan tak pernah basuh. dan akhirnya dia pasrah akan tuannya dah semulajadi macam tu. tapi bab enjin aku jaga.

Berikut adalah sesi fotografi motor komando aku yang fotogenik dan sedikit ringkasan pada setiap bahagian seperti dilampirkan:

Warnanya tak pernah bertukar semasa dibeli pada tahun 1994. Motor ini semasa dibeli adalah motor terpakai. JCL6293 yang dahulunya pernah memecut 140 km/j. Sekarang kalo nasib baik timing cantik dia boleh pergi 120 km/j. Tapi kenapa motor Suzuki C70 kat depan tak dapat nak potong? meter dah tunjuk 120km/j. Oh ya, meter motor komando aku dah lama rosak. Kalo jarum cecah 120km/j, pecutan sebenarnya adalah 80 km/j. Ampun.

3 Disember 2001; Masa tu kalo tak silap tengah bulan puasa. Aku telah diarahkan oleh bos untuk menguruskan pembayaran di sebuah bank di pusat bandar JB. Selesai kerja, masa nak balik, aku ada terperasan di tempat letak kereta KOMTAR ada banyak khemah dan ada banyak motor. Aku suspek macam ada servis motor percuma. Kalo kepala dah ingat percuma, apalagi aku pun terus memecut ke situ. Sampai sana dan dah beratur, aku tertipu. rupanya ada pemeriksaan kelengkapan kenderaan untuk memastikan ianya lengkap dan selamat untuk pulang ke kampung sempena raya. Giliran motor aku pula diperiksa. Seperti yang dijangka, banyak tanda pangkah dari tanda betul. "Encik, motor tidak selamat untuk dibawa kerana blaa blaa blaa blaa". Buang masa aku dan tambahan lagi aku kena marah dengan bos sebab masuk ofis lambat.

Masa kerja di JB dulu aku pernah duduk sewa di tiga tempat; Kampung Kempas Baru, Taman Perbandanan Islam dan yang terakhir sekali Bandar Baru Uda. Di BBU, aku dan housemate lain menyewa di Apartmen Titiwangsa. Yang senior tinggal aku, Boi, Khan dan Sohaimi. Yang masuk baru ada tiga orang. Tak lama lepas tu, Sohaimi keluar. Jadi, tinggal kami berlima sehinggalah aku pindah kerja ke KL. Kat situ awek Indon memang ramai sebab ada blok yang telah dijadikan sebagai asrama. Berpagar dan ada pengawal keselamatan tapi kerap berlaku kecurian kenderaan pada masa tu. Orang lain risau dengan kenderaan masing-masing. Aku aje steady tak ada apa-apa. Sebab yang pertama; motor komando ada cara matematik yang betul untuk hidupkannya. Yang kedua; kalo dia dapat dihidupkan, bunyinya ya ampun memang kuat. Sebab kalo baru hidupkan motor komando ni, timingnya tinggi dan meghasilkan bunyi yang kuat. Tak lama pastu timingnya turun dan bunyinya makin lama makin perlahan dan yang ketiga; bunyi bila baru dihidupkan, ianya lebih kurang sama dengan bunyi mesin rumput. Kalo dihidupkan pada waktu malam, penduduk-penduduk kat situ logiknya dan secara automatik akan tertanya-tanya, "Ni siapalaa yang buat overtime nak potong rumput malam-malam buta ni?". Jadi, diorang akan menjengah kepala dan lihat siapa yang memekak. Kalo orang lain hidupkan diorang akan peka. Kalo aku yang hidupkan, diorang dah malas nak marah.

Yang ini adalah cover depan hitam yang kedua. Yang asalnya ada sticker penuh dengan bertulisan "Rage Against The Machine". Kompleks gak sticker tu. Aku ingat lagi, masa jadi student dulu sekitar lewat 90-an, pernah kena tahan di lebuhraya kawasan Petaling Jaya sekali dan Cheras sekali atas tuduhan menyertai kelab lumba motor haram dengan menggunakan nama "Rage Against The Machine". Bila masa laa Zack De la Rocha, Tom Morello and the guilty parties merempit. Pulak tu, diorang cas kumpulan ni saja nak tunjuk motor diorang nampak selekeh dan buruk supaya pihak berkuasa tak syak apa-apa. Bongok betul. Tapi sayang dan agak sedih jugalah sebab cover depan "Rage Against The Machine" akhirnya hilang dan disyaki tercabut semasa memecut di lebuhraya Senai pada tahun 2003.

Yang lain warna ungu, kenapa yang ni warna biru pula? Haaa..... Masa tu di KL tahun 1997. Aku ingat lagi. Pada suatu hari, aku telah berjumpa dengan seorang kawan baik namanya Eric sebab nak pinjam vacuum cleaner. Dia dengan senang hati bagi aku pinjam masa habis kelas. Aku letak di bahagian bakul motor komando dan terus vroom balik. Dalam perjalanan, aku telah ditimpa kemalangan dengan kereta telah melanggar aku di simpang tiga. Masa jatuh aku tak pegang handle motor komando, aku pegang vacuum cleaner sebab barang pinjam takut rosak kena ganti. Masa bangun dari motor, Eric kebetulan lalu di situ juga, parking tepi dan dia terus ke tempat aku dilanggar. Lepas Eric tengok keadaan aku, dia terus berjumpa dengan pemandu kereta tu dan berdiskusi dalam bahasa Cina. Dia tunjukkan luka aku dengan cover handle motor yang pecah pada pemandu kereta tu. Kesudahannya, kitorang terus ke kedai motor dan repair mana yang patut, termasuk cover handle. Disebabkan warna original tak ada warna ungu, cover biru yang baru telah dipasangkan. Aku tolak duit ubat luka yang diberi oleh pemandu tu sebab aku luka tu sikit aje. Mungkin sebab dia adalah seorang ah moi yang pandai berbahasa kot, sebab tu aku tolak. Dan aku sangat-sangat berterima kasih pada Eric. Mana ko sekarang ek, Eric? Kali terakhir aku terbaca laporan thesis Eric dalam majalah Architecture Malaysia tahun 2002 kalo tak silap la.
Rem belakang ni adalah yang kali kedua telah ditukar. Pun dah langgor lubang ada kemik sikit tapi tak seteruk rem yang pertama dan goyang memang teruk, lebih teruk dari goyangan gelek gerudi inul. Akibat jarang basuh motor, rem ni dah berkarat dari warna kuning sampailah ke warna hitam. Peh! Tengok dari jauh rem tu macam rem mahal warna hitam. Bila dah tengok dekat, puih! Kenapa ko tak nak jadi emas ek?

Kesilapan ketara aku, masa tu kerja di JB. Nak cepat punya pasal, lepas isi minyak terus tutup seat motor. Pastu panik sebab kunci motor komando aku hilang. Pergi ke kaunter balik, tak ada. Rupa-rupanya kunci ada kat bawah seat motor. Arghh! Cungkil punya cungkil akhirnya seat motor dapat dibuka tapi cover belakang yang kecil tu tercabut dan patah. Tak apa, boleh beli baru. Pomen motor baru nak pasang aje tiba-tiba dia cakap,"Aiya! Bos, itu lubang skru pun sudah ikut sama patah. Tak boleh pasang maa". Spoil, terus rongak sampai sekarang. itu kalo korang perhatikan kawasan skru sebelah kanan. Dah nak patah. Itu kalo cover tepi pulak tercabut.....

Dah banyak nombor plat motor komando ni bertukor ganti. Yang lawaknya font lain-lain pulak tu. Yang ini bukan sebab kena langgar, tapi sebab undur motor sampai terlanggar pagar. Bila tolak ke depan papan plat tu mantul balik dan nombor enam tu patah separuh. Sebab terdesak nak keluar juga pada waktu malam, kedai plat motor dah tutup dan takut ada sekatan jalan raya, liquid paper lah alternatifnya. Kata orang dulu-dulu; sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Tapi aku punya lain pulak. Sedikit-sedikit tergesel side mirror kereta orang, lama-lama jadi haus. Ditambah lagi dengan kemalangan kecil, ianya dah jadi macam itu. Selagi belum patah sampai ke hujung, selagi itulah ianya tak perlu diganti lagi.

Banyak lagi cerita-cerita pasal motor komando ni. Jauh dari sudut hati, jika difikirkan balik, seolah-olah apa yang terjadi pada bahagian-bahagian motor ni adalah seperti diari yang tercatitnya sejarah cerita-cerita yang mempunyai hubung kait aku dengan motor komando ni sepanjang kehidupan dan sebelum kematian. Salah satu sebab mengapa aku melambat-lambatkan perancangan nak tukar satu set cover motor komando ni walaupun telah disuruh dan dirayu banyak kali. Mungkin orang lain akan cakap yang aku ni gonjol. Yang dah cakap kat depan aku pun ada juga. Tapi itulah hakikatnya aku dan JCL6293.

Kalo betul aku serius nak tukor motosikal, aku nak yang macam ini. Ada suis silent mode:


Sekian.....

ALBUM HAWT??

Behemoth - Evangelion (2009)

Kiwak betul la drammer main mcm setan! Dedak jenama apa lah yg dia makan...
5bintang lip lip! >>KLIK<<

DIVINE HERESY - Bringer of plagues 2009

Rilis of the year! Drammer terbaik tim yeung! Dino cazares goreng power! Fear factory suck!!
5bintang lip lap! >>KLIK<<

The Dead Weather - Horehound (2009)

Kiwak betul la sound gitar jack white ni sedap dan gurih la, apa tepung la yg dia pakai ni!!
5bintang lip lap! >>KLIK<<

He Is Legend - It Hates You (2009)

Best jugak, pervious album merepek, album ni riffing baik sound gitar pun sedap.
4bintang! >>KLIK<<

Arsonists Get All The Girls - Portals (2009)

Ok la so so, lg best previous album, byk sgt elemen eksperimen. Sedap jugak eh letak nama band "elemen eksperimen" ni, Gua dah chup nama ni!!
3bintang! >>KLIK<<


Portugal. The Man - The Satanic Satanist (2009)

Mmmm ntah laa pening dgr, dah mcm sarkis!
-30bintang >>KLIK<<

10 July 2009

BUDAK GYM



Mcm gampang dah jadi lagu sarkis!! 5bintang!

SEKOLAH ASING






“bodoh bodoh aku ni pun dapat jugak merasa sekolah orang putih. Cuma yg aku tak suka diaorang ni tak kasik aku balik rumah sebelum besday aku yang ke 18tahun. Merepek punya undang undang”


Arwah Kamal @ Kombet '1996

09 July 2009

APA YANG AKU CARI






Eminor… G… Eminor… G… Eminor… G… Eminor… G


Sedap sedap telinga gua kocok chord lagu about a girl, gua nyanyi pelan pelan depan beranda rumah sambil menunggu Fendi Salim datang, dia nak kasi tape koffin kanser, kata nya best banget, band KL, aritu gua dgr rancangan kamil othman pun dia ada bukak lagu diorang, gua ingatkan sepultura punya lagu.
Lambat, gua bajet dia “cas bateri” dgn Akob ni. Satu perkara yg gua kurang enak dgn si Akob dia ni dah mcm kedai ubat bergerak, mcm mcm jenama dadah dia bawak, ramai budak carik dia amik ubat, gua rasa tak selamat kalau lepak dengan dia, terbayang bayang sekolah henry gurney. Tapi kalau lepak dgn dia makan minum semua dia payung, maklum la ahli perniagaan.

Dua tiga kali Samsani ulang alik lalu depan rumah gua, entah apa yg dia cari. Gua dah tak geng dgn dia sekarang, dia dah masuk sekolah vokaysional jalan kluang, ambil kursus wiring. Dengar cerita dia dah ramai kawan baru sekarang, budak dari yong peng, sungai ayam, parit sonto, tanjung labuh, senggarang dan semerah. Aritu mak dia bebual dgn nenek gua ckp Samsani skrg dah pandai pasang lampu lap lip depan rumah dia membawak ke jamban luar. Entah apa merepek pasang lampu lap lip sampai depan jamban.

Gua mengelamun jauh, banyak benda gua fikir,

Siapa antara aznah hamid, noreen noor, ziela jalil, ramlah ram yg bakal menjadi isteri gua mengikut turutan 1 2 3 4.

Minggu depan katanya thepilgrims turun summit parade promsi album, tak sabar gua nak sing a long lagu geng jahat.

Minggu yang lepas meliur gua tgk mas idayu perform, ada pakcik sebelah gua ni siap mengucap panjang dua tiga kali, tapi mata tak berkelip tengok, terpaku mcm tiang tak bergerak gerak.

Gua dah bosan lah main gitar kapok, tak mencabar langsung, duit hasil jual kelapa kering dan upah tolong paklong gua belah buah pinang pun belum lagi mampu meredakan keinginan gua bergitar karen.

Dengar cerita ex-bandmate rockkapak udin bopeng dah beli gitar karen sekend jenama aria pro, tak IN langsung gua jenama tu. Aaahhh pedulik lah sama dia, kalau setakat pakai gitar karen tapi lagu gerimis mengundang pun chord mintak dgn gua pebendanya!

Dah berbelas episod roda roda kotaraya ni gua tgk, asek asek ending polis je yg menang, gua nak jugak sekali sekala tgk polis kalah, mcm dlm cerita terminator tu, balai polis kena ambush dgn terminator, terbaik!

Lepas satu satu budak sekampung dah keluar kampung, Mahmud dah masuk sekolah perintis komfem keluar nnt pangkat leftenen muda, Nuar dah pergi al-azhar belajar tahfiz quran komfem balik nnt jadik imam masjid, Leha cucu Wak Jum dpt masuk UM komfem lepas grad jd pensyarah, Ijan Musa dah masuk maktab kursus jadik cekgu muzik komfem keluar nanti mesti sehebat ahmad nawab.

Aku??, aku masih lagi disini, bersandar di tangga beranda, lepak dengan budak budak dadah walaupun aku bukan seorang penagih dadah, entah apa yang aku cari…. Sekian

Ouch Jebak!

Dua tiga minggu lepas aku tengah melepak kat sebuah restoran mamak, lupa kat mana dah, meneguk limau ais sambil tunggu kawan-kawan ku yang selalu buat 'janji Malaysian' ni. Tengah lepak-lepak hisap rokok datang pulak seorang pak cik yang pakai kopiah pegang tasbih dan buku-buku doa mendekati aku.

"Haa, muka adik ni nampak cam beriman, suci dan nampak baik. Adik berminat tak beli buku-buku doa? Untuk menguatkan lagi iman adik.."

(Korang boleh bayangkan reaksi aku masa tuh)

"Emm, haha, sori bang. I'm a non-muslim"

Ending dia korang fikir sendiri la....

P.S= Didedikasikan untuk para 'penjual agama'.

06 July 2009

JERITAN BATIN SEORANG PUNK ROCK KER??

NOTA: Ini adalah entri remix. Entri asal ada di sini.







Rancid – and out come the wolves



Yeah punkrok I loike! Full energy! Memang tak syak lagi! 1st time album ni keluar wa mmg suka abis hafal semua lagu siap dgn chord gitarnya sekali tau. Band pertama gua dulu(sebenarnya ini yg kedua, yg first band rock kapak, gua mengambil keputusan beralih genre muzik sebab gua kecewa tak boleh pakai seluar ketat spandex ala aim crossfire, jgn tanya kenapa tau!) slalu jaming lagu diorg khatam album ni.
Tu dulu la masa budak2 hingusan tp skrg kitaorg dah main genre teknikal doom.


Banyak kenangan la tentang album ni...


KISAH 1: masa zaman tu internet kat BP mmg takde lagi la, kalau ada pun wa taktau pakai lagi pun. Nak carik lirik diorg nak jaming ni, bukak kulit kaset tu ada lirik tapi tulisan mcm taik tak paham, serabai sana sini, biasala kata punkrok kan kan.

Solution: kasik photostat besar kan baru boleh nampak then salin la kat buku lirik latihan sekolah, gua hafal lebih kurang pastu pergi jaming.

Tahun 2004, dah tak jaming lg lagu punkrok, gua dgr cerita punk rock dah mati, gua cari jugak mana kuburnya, tak jumpa pulak, ni mesti kes budak budak suka baca majalah galaxy ni. Gua kemas bilik terjumpa balik buku latihan lirik tu bawah katil,
so check la kat website rancid lirik sebenar diorg, peh hancur semua salah, yg betul cuma part chorus je!!!!

KISAH 2: Hati membara nak jaming lagu rancid ni. Port jaming kat summit parade. Lagi 10meter nk sampai kedai jaming kena cekup dgn polis apalagi berangkut ar kebalai naik van biru busuk tu.
Sampai kat sana kena kawat cam kes rogol!cibai kia! Menakung kat balai 5jam, nasib baik tak sangkut. Gua dah terbayang kalau sangkut ni ada harapan gua masuk sekolah nama orang putih dekat melaka, sekolah henry gurney.
Dramer gua muka dah putih pucat toreh takde darah, wa sound apasal jeng? “dlm kocek wa ada sepeket upjohn la” Pergh! Celaka punya dadah!!!

KISAH 3: port jaming kat summit parade tu ada 2 kedai je. Band yg slalu jaming kat situ semua main lagu rockapak. Gua bukan nya tak suka rock kapak, gua minat apa, tapi gua kan darah muda, gua pun sekali sekala nak rasa jugak cita rasa baru, gua rebel apa!!

Bila kitaorg jaming main tak ingat, ketuk dram gila babas, sound gitar kuat gila biasala punkrok apa.

1st 2nd time ok la. Masuk 3rd time trus kena banned dgn tauke jaming.

Solution: suruh member lain tolong booking jaming, bila tiba masa masuk sorang2 cover line. Apek tu nak ckp apa kan dah jaming duit dah bayar takkn dia nak halau.

1st 2nd time ok la. Masuk 3rd time apek tu matikan master suis letrik.
Kalau setakat gelap tu boleh hidupkan lilin lagi nyanyi dalam samar samar, abih amp gitar nya dah mati nak bunyik apa? pakai mulut??? Sekian.

04 July 2009

LIBURAN


ALBUM HAWT??

Born Of Osiris - A Higher Place (2009)

Rilis of the year! teknikal deathmetal terbaik selepas Arsis dan Necrophagist, part breakdown mmg rabak goreng goreng!!
5bintang capricon! >>>KLIK<<<


Suicide Silence - No Time To Bleed (2009)

Tak boleh lawan 1st album, tapi album ni masih best diapunya deathcore, breakdown part yg menarik.
5bintang kerdipan >>>KLIK<<<

02 July 2009

GRIND KELAPA PARUT

KAREN



Bekalan elektrik terputus atau dlm bahasa kampung nya “takde karen” adalah masa yg ditunggu tunggu gua 2beradik. Bapak gua memang sudah standby lampu minyak tanah/lampu pelita raya utk menerangi seluruh rumah. Gua 2beradik akan duduk mengelilingi lampu minyak tanah spt dlm scene camping depan unggun api, beza nya, unggun api besar apinya boleh buat barbekiu ayam manakala lampu minyak tanah api nya kecil sebesar sumbu tapi cahaya nya amat mengujakan.

Baca buku? Pebenda nak baca buku cahaya samar samar buat sakit mata je. Ada aktiviti yg lagi menarik boleh dilakukan ketika takde karen, main api!!!

Gua tgk rancangan david copofield dia letak tgn atas api rilek je, pastu cabut sumbu api guna ibu jari dan jari telunjuk, jari dia pulak terbakar, tak sakit pun, boleh hidupkan rokok lagi.
Gua test dua tiga kali tak menjadi, pijar pedih jari gua kena api, nenek gua bilang david coporfield ada ilmu santet, sbb tu dia kebal kena api. Kat sekolah takde pulak matapelajaran ilmu santet, ilmu alam ada lah, gua bajet nenek gua temberang ni.

Puas main main david coporfield gua main bakar bakar pulak. Kalau setakat bakar pensel, getah pemadam, pembaris itu sungguh tak mencabar. Gua bakar misai kucing, ekor kucing, kontol kucing, pendek kata apa saja yg berkaitan kucing semua gua bakar. Sebab tu lah kesemua kucing yg gua bela misai nya mesti takde.

Gua akan duduk depan lampu minyak tanah sampai lah Lembaga Letrik Negara @ LLN menyambungkan semula bekalan letrik ke kampung gua. Bila lampu letrik hidup semula gua 2beradik akan menyanyi lagu heppi besday secara duet dan meniup lampu minyak tanah tersebut sama seperti meniup lilin kek. Tapi selalunya kitaorg taksempat tiup lampu tu sbb dah terlena dulu sebelum bekalan letrik disambungkan.



Tarikh: 2/7/2009

Masa: 3.20pagi




Celaka punya TNB ni, malam malam buta camni la dia nak takde karen, gua hati panas, dah lah cuaca panas, lu org buat gua lagi naik panas. Setakat panas dunia ni boleh tahan lagi, ni nyamuk satu batalion gigit gua pecerita ni!!! Sekian.

01 July 2009

"kadang kala ku tertawa pabila memandang PC ku... rupa2nya aku sedang chatting"








Zaman gua membaca majalah ujang dan gila gila sudah lama berlalu. Sekarang gua sudah berjinak jinak membaca majalah ni. Entah apa merepek gua boleh ketawa bedekah dekah baca majalah tu. Gua bajet diorang ada letak santet. Sekian.