15 August 2008

FREEDOM! FREEDOM!




Biar main gitar tak hebat tapi gitar kena ada standed!!!


-abang mat "lapan puluhan" tora-

pedal gitar, bukan pedal ayam



Walaupun pakai gitar cap ayam tapi dengan adanya ciptaan hebat ini sure dapat sound lamb of god punya!!!

Oops lupa plak, buat saudara gitaris refused+slam kalau saya balik bp baru la awak dapat menjamah pedal ni hahaaaa


-abang mat "pedal ayam" tora-

08 August 2008

Ulat Tiket Hardcore

abang kuki, abang kuki...ni saya dapat tiket fake ni... dan akhirnya, dua orang yang tak bersalah menjadi orang bersalah sebab "terbeli" tiket fake yang terjual beberapa puluh keping beberapa jam sebelum Caliban beraksi. Ironiknya orang yang menyerahkan tiket dengan separa jujur dengan niat tak mahu masuk free dan tolong member (tu memang prisip hidupnya) tu disalah-ertikan dan tak dapat pertolongan malah dimarah-marah. aku yang tak berapa kena-mengena pun rasa marah bila member dimarah begitu. member ni pula jenis yang tak suka konfrontasi murahan. senyap je lah. tapi dalam diam aku tau dia terbakar juga. ye lah. datang jauh-jauh nak tengok Caliban, bayar tiket mahal... opps... tak la mahal sangat. hehe... tup..tup tak dapat masuk dan dimarah-marah. member ni nak kasi duit topup dari terbeli tiket tipu tadi dan suruh aku masuk. aku pun tak sedap la kalau nak masuk kalau member tak masuk. biar sama-sama kena tipu, sama-sama kena marah, sama-sama tak dapat tengok Caliban. member rasa ralat sebab yang jual tiket tu member yang dia kenal lama. mungkin bukan salah dia. katanya, dia pun beli dari seseorang. kesian la kalau betul apa yang dia cakap tu. tapi kalau dia tipu....ermmm.... abang kuki tu nak pukul kau, tau tak?

beberapa puluh minit menunggu, abang kuki datang dengan hati panas. tapi mana budak yang dia kata nak pukul tadi. oooo... aku tau kenapa dia tak jadi pukul. sebab si penjual tiket fake ni ada beberapa bouncer yang duk tercegat kat atas stage sebagai security( syabas dengan muka ketat anda sampai orang tak berani stage dive....bongok). kalau berani pukul la. bila abang kuki tak jadi pukul si ulat tiket gig tu, maka kami adalah mangsa penindasan yang tak mempunyai pembelaan. kami akur dengan takdir tak dapat tengok caliban. selepas beberapa puluh minit lagi, duduk di parkir seperti meminta belas ihsan orang, takdir berubah apabila si ulat datang memberi balik duit kami. katanya..... tak perlu la aku cerita disini sebab aku dan member tahu ianya semua dusta belaka. alhamdulillah. selepas solat kami pun bergegas untuk masuk sebab dah banyak band beraksi kami tak dapat tengok. kami berjaya masuk. syabas buat kami berdua dan beberapa orang yang dapat masuk dengan tiket fake. sewaktu kami masuk, band kegemaran saya, Cassandra sedang beraksi dengan lagu terakhir. kecewa dan puas. kecewa sebab lagu last, puas sebab lagu last tu Dying Tulip are Grand. dapat juga sing along dengan peluh menjurai-jurai. bau ketiak dan peluh memenuhi atmosfera dewan itu. keberuntungan member seorang yang tinggi, tak berapa azab nak tengok band beraksi di atas stage.

Tanpa aku sedari, si haramjadahpenjualtiketfake berada di atas stage sebelah abang-abang muka ketat. bukan ke dia dah balik masa orang kecoh-kecoh pasal tiket fake tu dah diketahui umum. ooooo... rilek la...nanti obvious sangat yang awak bersalah. kan?? kan??... itu tak "gerek".. yang lebih "gerek" lagi abang kuki pun ada sama kat atas stage tu. macam tak ada apa-apa berlaku. mungkin abang kuki lupa kot.. tapi kami tak lupa.. sebab kami mangsa.

Selepas ber'sauna' beberapa jam dalam dewan MCPA tu, aku keluar untuk minum sebelum band of the day Caliban beraksi. aku masuk semula selepas mengeringkan peluh buat kali ke-5. waktu itu Caliban sedang sound check. berjam juga kalau dibandingkan dengan Bleeding Through dulu. si MC yang cakap English berabuk dan terbelit-belit lidah tu cuba menghiburkan crowd yang tengah panas dengan lawak-lawak englishnya. aku pelik, bila bandmate Caliban yang kulit putih, mata biru, idung mancung, rambut blonde tu membebel, diorang tak fasih berbahasa english. bukan aku nak puji si Mc dengan english nya. tapi si Caliban yang menyanjung tinggi bahasa ibundanya dan tak lupa buat MyProof lagi la tak kesah belajar bahasa english. tahniah qarma kerana anda rabun english juga. Dalam pada itu, sempat juga si Mc bertanya beberapa soalan pada abang kuki si organizer, berapa anda bayar untuk Caliban beraksi di Malaysia. ermm dengan selamba...RM30'000.00. aku fikir, ermmm....dengan jumlah crowd yang datang, abang kuki boleh mendapat jauh lebih besar dari jumlah itu. tapi kenalah tolak dengan beberapa ratus ringgit sebab dot..dot..dot...tu. ala sebab tiket fake tu . berapa lah sangat kalau nak banding dengan keuntungan yang anda dapat. abang kuki ada meleter 'orang' tuduh dia buat duit dengan hardcore punk. kalau anda memilih tempat selesa dengan harga tiket sebegitu, mereka salah. mereka salah. mereka salah. kerana ada orang-orang yang buat duit dengan tidak jujur, maka akan ada pihak ketiga atau keempat yang mengambil kesempatan/keuntungan dengan tidak jujur juga. Moralnya dia dan kamu sama saja. aku dan member adalah mangsa...... ooo tidak termasuk kamu si cantik manis. kamu kalau takde tiket pun, abang kuki kasi masuk free apa.

apa pun hari itu aku enjoy juga sebab dah beberapa bulan tak dapat jumpa member-member. oooo... tak lupa buat abang gemok 7/11 yang tak dapat bersama-sama pada hari itu, aku simpan cerita ini buat kenang-kenangan. ralat sebab ramai lagi yang tak dapat datang hari tu. member pun terpaksa balik awal sebab ada hal keluarga. tak kesah lah. lain kali. lain kali yang tak kena tipu lagi. aku balik. balik dengan pengalaman. pengalaman tertipu dengan "ulat tiket hardcore"... yeahhhhhh!!!!!!!!!!


qarmadharma