29 April 2009

Minggu depan masih ada...

"Semalam adalah sesi latihan untuk Peter Cech dan barisan pertahanan kami, jadi tidak hairanlah mengapa Drogba tidak mahu menjaringkan gol apabila berdepan dengan Valdes semalam."
-Guus Hiddink-

budak budak estate





Gua suka bila CF jamming lagu ni gin jimuda nyanyi, sbb slang dia sungguh U.S dan penuh perasaan nyanyi lagu ni. Kalau ada masa koling koling gua la nak jamming lagu ni tau! Oops lupa CF versi lama tu drammer dia pun power, kalau tak power watpe wa nak join band diorg kan kan, apantah nama dia budak ptyani tu wa mmg takde masa nak berkenal kenalan ni!

P/s wa bukan kutuk tau wa komen ikhlas dari hati ni.

28 April 2009

Malam ini kamu semua akan bisu,percayalah!

Malam ini bukan macam malam-malam biasa.Malam ini malam "juara-juara".Bukan aku je yang rasa,aku tahu,mereka semua pun rasa macam apa yang aku rasa.Tapi pelik...mereka masih mahu menidakkan kenyataan ini.Malam ini segala kata-kata sumbang pasti berkubur.Malam ini segala andaian-andaian kosong juga akan terbukti "hampeh" sama sekali.Malam ini sang hitam aku pasti mengamuk,malam ini sang biru aku juga pasti melonjak.Malam ini adalah malam penentu segalanya…


Paling pasti, aku akan merangkak keesokan pagi untuk pergi ke kerja dengan mata yang kelat setelah bersengkang mata menyaksikan Didier Drogba rakus merobek gawang Victor Valdes untuk memberi bekalan selesa kepada ‘the blues’ yang tentunya akan terbang ke Stamford Bridge dengan hati yang amat girang…

Dan aku yakin,ini bukan cobaan,ini betul-betul akan berlaku…go Hiddink!!!go Chelsea!!!!




Hiddink pastinya akan lebih buncit selepas berakhirnya perlawanan malam nanti.




-akueMpTy-

Pecah Kaca Pecah Gelas


Saja je nak publisiti murahan.




(P/S: Takyah la kutuk. Wa dah tolong lu orang kutuk wa sendiri ni. Lu patut terima kasih)

27 April 2009

April akan meninggalkan kita dalam beberapa waktu



Masak

Dalam hari-hari terakhir bulan april, aku merasa sangat sibuk dengan berbagai urusan duniawi. hampir setiap sabtu dan ahad aku tidak dapat lelap siang dek kerana kerja yang bertalu datang. dalam perancangan, mungkin hanya sabtu sahaja yang terjadual untuk aku turun ke medan perang dapur kayu 'MS Pondok Baryani'. namun, apa yang dirancang, telah ditentukan tuhan untuk dipanjangkan ke hari ahad pula. petang jumaat selepas pulang dari pejabat, aku dah mula bersiap-siap dengan kelengkapan masak. tungku, tong gas, periuk 70cm dan beberapa batang dayung nasi siap untuk dipunggah ke dalam van. dalam kepala hanya memikirkan masih adakah esok untuk aku melelapkan mata. pasti kau dapat bayangkan, atmosfera dapur yang penuh debu, ruang yang penuh asap, bahang api dari kayu dan arang. itu semua permainan orang 'rewang' kerja kahwin di kampung-kampung sewaktu aku masih anak-anak. dan sekarang aku pula merasa. untuk memastikan aku tak lena semasa menggodak nasi, aku dan sahabat dibekalkan dua kotak marlboro fresh mint dan dua botol red bull seorang sebagai dos penenang. tiada masa untuk berbual tentang 'barang' apa kau dapat minggu ni, kami memulakan tugas. minggu ini mungkin agak rehat sedikit kerna masak untuk 300 orang makan. tapi ketetapan masa itu menjadi kayu pengukur dalam rencana bisnes ini. semua makanan akan tepat dihantar jam 8.00 pagi waktu tempatan. lawan kami untuk minggu ini ialah 2 kawah kambing (baryani), 1 kawah lembu (baryani), 1 kawah ayam merah, 1 kawah ayam (baryani), satu kawah dalcha dan 3 kawah nasi. semua ini bakal disiapkan dalam masa lebih kurang 7 jam bermula pada jam 12.00 tgh malam. beta.
belum cukup beta kerana itu hanya proses memasak. belum dicampur dengan proses hidang, menunggu orang makan, kemas dan akhir sekali menyental periuk yang hitam legam macam hantu. aku tak suka melihat jam ketika bekerja. selepas penat bertarung, jam telah menunjukkan pukul 8.45 malam. barulah aku ada masa untuk bersenda gurau dengan bantal dan toto. aku tak memerlukan minit untuk lelap. sekitar 0.05 saat, mungkin.

Catatan terakhir berkisar tentang Kacip Pipiyapong yang sedang dalam pasaran dan masih dalam pelancaran. rasa teruja yang 'tak bleh blah' menunggu Kacip sampai di muka pintu rumah. aku mengharapkan buah tangan Pipi ini bakal menjadi rujukan aku buat menulis catatan pendek (bukan karya) dalam setiap pojok kosong fesbuk, myspace dan friendster kepunyaan aku. fenomena 'blook' ini aku fikir adalah satu kemudahan dan evolusi yang lebih 'handy' untuk kita menikmatinya bukan lagi dalam situasi virtual. alasan paling kukuh untuk aku memiliki Kacip adalah tidak lain dan tidak bukan, ianya dalam bahasa melayu. bukan inferioriti, tapi memang aku lemah dengan inggeris dan kamus dwibahasa. tengah hari tadi, rakan kerja menghantar surat ke meja aku dan yes!........ akhirnya, Kacip tiba. aku simpan dalam beg buat juadah bacaan malam ini. namun
ku sangka panas hingga ke petang. rupanya hujan di tengah hari. seorang rakan datang ke rumah dengan muka bengis dan marah-marah sambil berkata "mana Kacip, bagi aku baca dulu." aku kaget lalu menyerahkan.
malam ini aku sendiri lagi. dengan perut berkeroncong minta diisi. celaka punya akuempty. 'Perempuan Simpanan' tak dapat lagi.

Menang jadi arang, kalah jadi abu adalah peribahasa yang sangat mirip dengan apa yang berlaku sekarang.
Jalan yang umurnya baru setahun jagung ini, diduga seperti penulis kami telah bertapak lebih lama dari 'Neraka'. usaha demi usaha dibuat tapi hasilnya masih sama. malah, sekarang ini, yang menjadi mangsa adalah tetamu/pengunjung Jalan Jenang yang tidak ada kena mengena dengan penulisan penulis kami. aku merasa amat kesal kerana komen-komen yang diberi bersifat tak jujur dan berselindung dengan identiti palsu.
kecaman bertali arus ini sedikit sebanyak merencatkan semangat beberapa orang penulis kami untuk terus menulis. mungkin juga kesibukan kerja menyebabkan mereka banyak berdiam diri dari muncul dikhalayak ramai di 'jalan' ini. tapi umumnya mereka belum lagi mati.
Alhamdulillah, walaupun Komunite Lusuh Jalan Jenang diberi ujian yang hebat, namun pengunjung tetap datang untuk memberi sokongan dan komen membina kepada penulis. terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang ada dan membaca coretan penulis kami di sini. kata-kata yang ditinggalkan menjadi ilthizam kami untuk terus menulis dan merapu selagi hayat dikandung badan. dalam situasi tegang yang melanda Jalan Jenang sekarang, aku mengambil pendekatan tunggu dan lihat. aku tunggu untuk Jalan Jenang reda. aku juga menunggu untuk suasana kembali tenang. diam bukan bererti aku lemah. tapi diam aku nak melihat sejauh mana mereka boleh menyembunyikan diri disebalik nama samaran itu. aku masih tetap komited untuk menulis dan tetap berdiri di'jalan' ini. hari demi hari, topeng-topeng itu mula terhakis dan menampakkan diri kamu-kamu yang sebenar. kini biar orang luar menyaksikan dan menilai sendiri kejujuran kamu dan kami di sini.

Sebagai penutup tirai


Aku menikmati kelazatan menulis apabila aku ingin menulis. aku rasa sebal bila aku terpaksa menulis. lebih-lebih lagi menulis sesuatu yang aku rasa sebak dan mual. sebak kerana aku terpaksa mencerca (kalau ini dikatakan mencerca). dan mual bila aku menulis benda yang sama berulang kali. seorang sahabat baru (tahu siapa anda) mengingatkan aku dengan satu quote yang cantik. ia berbunyi begini:

The difficulty of literature is not to write, but to write what you mean.

Oh tidak, tidak, tidak. bukan aku tekankan tulisan aku satu yang berseni. tapi aku nak menyampaikan maksud dalam setiap tulisan. apa aku fikir, apa aku rasa dan cara mana harus aku bertindak. itu lebih penting dari tari bahasa yang cantik, tapi kosong dengan nilai.
selamat malam.

Assalamualaikum.

MAGNET RESAKSA

Yang pasti ini bukan yang terakhir.

jalan jenang...
hadir kamu,
aku mengerti,
sangat aku mengerti...
yang dulunya 'gagah',
mengumpulkan cerita tengah malam,
berserta mereka yang 'gigih' mengumpul harta,
untuk terus hidup di pentas dunia...

jalan jenang,
hadir kamu,
aku mengerti,
sangat aku mengerti,
yang ketika ini 'galak',
mengumpul 'karya picisan',
dengan coretan anak-anak 'lusuh' pekerti,
yang terus 'dahaga' tentang 'kejujuran'...

jalan jenang,
hadir kamu,
kini dibenci,
terus di'maki',
oleh entah siapa, yang maseh lagi sembunyi di belakang namanya 'seni'...

jalan jenang,
jangan biarkan kamu mati,
aku mahu kamu terus berdiri,
walau di'hambat' dengan kata-kata keji,
biarlah 'air liur' basi terus membasahi,
jalan jenang nan tegak sebatang,
tidak usah kau hilang,
dari pandangan 'kami',
yang terus mahu menilai....


p/s: aku tidak ber'hutang perasaan' dengan mana-mana pembaca yang mahu terus-terus 'terasa' dan ter'maki'.Ini coretan untuk 'kami' warga lusuh jalan jenang.


-akueMpTy-

26 April 2009

SEKALI DIA GEREK DIA GEREK DIA GEREK


Apa barang layan pangrok!

Kejutan? ouchhhh....

owhhh.....(sambil gigit keempat-empat jari,kecuali ibu jari),

tidak saya sangka maseh ramai yang mahu membaca penulisan separa sedar saya(sebab ngantuk la jeng) lagi rupanya...sokongan kamu semua sangat-sangat saya hargai...terima kasih semua..kamu semua rawkkkkk!!!! teruskan membaca...kahkahkah...



-aku'komen'kosong-

Raikanlah satu perubahan kawan-kawan semua....


aku tak berapa gangster,tapi aku juga manusia..
oleh itu kamu semua jangan terkejut dengan perubahan aku,dah namanya manusia,mestilah ada perubahan..

lantaklah apa kamu semua nak cakap,mulai sekarang,aku isytiharkan bahawa aku ini peminat tomokkkk!!!!...



eh,kamu yang pakai topeng tu bila nak berubah?

ish..ish..ish..


-aku'sarang'kosong-

quoteoftheday!!!

"hero biasanya memakai topeng untuk melindungi insan yang di sayanginya,untuk digelar hero,pakailah topeng"

-aku'otak'kosong-

25 April 2009

Lawak Death Metal.




Mamat Pablo ni wat lawak psl bende yg mmg xdpt nk dilawakkan. Genre lagu death metal. Hahaha.. X bleh blah. Enjoy.

24 April 2009

NOTIS PEMBERITAHUAN


Shoutbox wa sudah kasi delete, sbb wa gangster! Sesiapa yg nak jual minyak urat sila ke blog lain atau bukak blog sendirik, Sekian.

akulahpangrokeshipokrititu


Fat mike dan rakan-rakan telah kembali,kali ini pasti lebih gila dan pastinya lebih PANGROK!!!!! yeah! kepada pangrokes-pangrokes semua(tidak kira dari syurga atau neraka) nantikan kemunculan "coaster" pada 28 haribulan ini,yang pastinya akan membuatkan kamu semua beronani sambil berlariiiiii....hehehehe...
sekian.. ;)
-akueMpTy-

23 April 2009

SCENE REPORT: detik 12malam




Setelah beberapa hari mencuba dan terus mencuba, akhirnya team katak hujan telah berjaya memanggil hujan turun dengan lebatnya malam tadi sekitar pukul 11.45pm. Perancangan rapi si suami dan team katak hujan telah terlaksana dengan jayanya. Malam tadi tidak ada aksi karate oleh si suami sebagai tanda protest.


*nama watak dirahsiakan atas sebab sebab peribadi*


p/s amacam mlm tadi hujan lebat ada cerita menarik ke?? Lalala alalal alalal la la la lal la alala lalallla lalalla alalalalal llalllalalalalaalalal alalalalalala laalalallll alalalalla alalalala lallala lalalallal lllal ala la


p/s posting ini ditaja oleh >>INI<< dan >>INI<<

Menghirupdamai

Dalam jurang yang dalam,
kau lemparkanlah,
kau humbankanlah,
semua kerosakan hati,
segala isi perut yang hampir basi,
biar kita tenang,
berdiri di sini menunggu mati…


Lalu kau rabakkanlah,
ribuan topeng-topeng benci,
yang selama ini terus merajai,
sehingga hampir terburai,
segala janji serta sekelumit
harga diri…


Akhirnya
Kau telanlah kembali,
segala caci maki yang ter'beri',
bebaskan lah segala iri,
biarkanlah si pari-pari merah berlari,
menuju neraka yang hakiki…


Kerana kau dan aku
maseh mahu terus di sini….


-akueMpTy-

Menghirupdamai

Dalam jurang yang dalam,
kau lemparkanlah,
kau humbankanlah,
semua kerosakan hati,
segala isi perut yang hampir basi,
biar kita tenang,
berdiri di sini menunggu mati…


Lalu kau rabakkanlah,
ribuan topeng-topeng benci,
yang selama ini terus merajai,
sehingga hampir terburai,
segala janji serta sekelumit
harga diri…


Akhirnya
Kau telanlah kembali,
segala caci maki yang ter'beri',
bebaskan lah segala iri,
biarkanlah si pari-pari merah berlari,
menuju neraka yang hakiki…


Kerana kau dan aku
maseh mahu terus di sini….


-akueMpTy-

Akhirnya...

Husin masih lagi gelisah.Sudah hampir 2 jam keadaannya begitu,puas dia cuba melelapkan mata,namun keinginannya untuk tidur masih lagi terbatas.Dia bangun,ditepuk-tepuk bantal birunya yang di penuhi dengan peta-peta dunia hasil ciptaan dirinya sendiri.Husin peluk erat bantal birunya itu dan menyandar pada dinding papan biliknya.Rambutnya yang kusut di selak ke atas,dia mencapai sebatang rokok lalu di bakar,sedutan pertama di tarik dalam-dalam sebelum asapnya dihembus keluar berdedai memenuhi ruangan bilik kecilnya.Fikirannya maseh lagi teringatkan kata-kata ujang petang tadi.”sampai bila lu nak hidup macamni?kalau lu ikut gua,hidup lu confirm da senang.Lu kena berani sin”nada suara ujang betul-betul yakin ketika itu.Ada betulnya apa yang ujang cakap,belum cuba belum tahu,yang penting dia kena berani ambil risiko ditertawakan oleh kawan-kawannya,jika dia gagal dalam percubaannya itu.Itu kalau dia gagal,kalau dia berjaya? Husin tersenyum memikirkan semua itu.Tahun lepas peluang itu pernah datang dalam hidupnya,dia dan ujang sudah merancang segalanya.Segalanya akan di tanggung bersama,persetankan dengan semua kutukan kawan-kawannya.Mereka betul-betul nekad,semangat!Sudahnya,bila tiba harinya,husin merasa takut dan kurang yakin dengan diri sendiri, lalu membiarkan ujang sendiri melakukan apa yang telah dirancang bersama sebelum itu.Berita kejayaan ujang heboh diperkatakan ketika itu,dari saat itu kehidupan ujang mula berubah.Ujang sudah tiada masa untuk bersembang-sembang lagi dengan husin,ujang sudah tiada masa lagi untuk keluar memancing atau bermain gitar sambil menunggu minah-minah kilang pulang pada waktu petang di persimpangan kampung mereka.Ujang terlalu sibuk dengan kehidupan barunya,kehidupan yang penuh maksiat,kehidupan yang penuh dengan penipuan dan kepura-puraan.Bila di fikirkan balik,husin takut untuk mengikut jejak langkah ujang.Husin takut dia akan lupa semuanya,lupa pada agama,lupa pada adat-adat ketimuran atau lupa pada asal usulnya sendiri.Tapi semua ketakutan itu hilang bila dia melihat sendiri kesenangan ujang petang tadi.Ujang pulang ke kampung dengan menaiki sebuah kereta besar,seluruh badan ujang dilaputi oleh pakaian-pakaian dari jenama yang ada diantaranya dia sendiri pun tidak pernah dengar.Gaya dan penampilan ujang cukup berbeza,sangat bergaya atau istilah zaman sekarang stylo.Husin mahu menjadi seperti ujang,dia mahu bergaya dan ada kereta besar.Dia mahu kehidupan sehariannya nanti akan diperkatakan orang.Dia mahukan satu transformasi! “ah,apa nak jadi,jadilah” getus husin dalam hatinya.Dia mara ke arah radio di tepi biliknya,di pasangkan cakera padat yang diberikan oleh ujang padanya petang tadi.”kalau lu minat,lu hafal lah lagu-lagu dalam tu,sok pagi-pagi kita boleh gerak,mana tau lu punya nasib baik, sama macam gua”ujang tersenyum sambil menunjukkan isyarat ibu jari, sebelum berlalu pergi meninggalkan husin bersama cakera padat yang tertulis ‘lagu wajib’ di atasnya.


Mulut husin masih lagi terkumat kamit mengikut bait-bait lirik lagu yang berkumandang di biliknya.Husin mencapai telefon bimbit nokia 3310 yang terletak di sisi tilamnya.Tangannya pantas menaip pesanan ringkas “jang,uji bakat AF sok kul bape?gua ingat gua polo lu la jang” pesanan itu terus dihantar kepada ujang.Dia membakar lagi sebatang rokok dan terus mengikut bait-bait lagu itu.Tidak sampai 3 minit,balasan dari ujang di terimanya.”ok,sok gua amek lu kul 8.00 pagi,jangan meleret plak”.Husin tersenyum,dia yakin dia akan berjaya menjadi artis mengikut jejak langkah kawannya ujang.Dia yakin satu transformasi akan terjadi dalam hidupnya.

Husin tersenyum, sebelum khayalan itu membawa dia hanyut dibuai mimpi bersama angan-angan mahu menjadi pelajar AF 11.



-akueMpTy-

22 April 2009

21 April 2009

Mata taruk kat mana???

.

Nora Danish


Tah


p/s: Sapa cakap sama memang nak makan penerajang wa. Wa dah disable comment. Padan muka

Semut Kacip, Kacip Fatimah dan Ketip Kuku

..


Assalamualaikum
Sidang Jalan Jenang yang saya hormati. Buat julung-julung kalinya saya mengiklankan buku untuk dibeli dan dibaca sesuai dengan fenomena 'blook' di Malaysia sekarang ini. Buah tangan dari Pipiyapong Abdillah yang sedang dalam pelancaran di seluruh tanah air. Satu nama blogger yang tak asing lagi bagi anda pembaca atau penulis blog yang kental. Buku bertajuk 'Kacip' hasil karya Pipiyapong yang penuh satira dan omelan berisi untuk mengisi pojok-pojok kosong minda yang penat bekerja sehari-hari. Segera buat pesanan kerana ada ugutan dari penulis bahawa buku ini tidak diulang cetak dan kuantitinya terhad. Cepat beli dan pra-bacakan pada rakan agar nafsu yang mendengar akan cepat mencapai klimaks ingin membeli. Terimalah 'Kacip' bukan Fatimah, saduran sinis yang akan menjadi rujukan penulis KOMUNiTE LUSUH JALAN JENANG selepas ini.
Klik "'Kacip'" ini untuk membuat tempahan.


P/S: Pipi tak bayar wa pun tulis benda ni. Wa buat ikhlas apa.....

akulahsikosongitu

ahhh..
sudah..
maafkan aku makhluk Tuhan,
aku betul-betul tidak tahan,
bukan sengaja aku mahu lepaskan,
ini semua bukan pasal bisikan syaitan,
ini semua pasal bahan kumuhan,
mana mungkin aku simpan,
takut si perut memekik di hari kemudian....

maafkan aku kawan,
meja gergasi ini ku fikirkan jamban....

eh...
boleh tolong bersihkan?



-sayaKosong-

20 April 2009

kauakuludah!!!!

dalam gelap,
aku bersuara,
lantang!!!!!
tapi maseh kurang matang,
ahh..
haruskah di asah taring tumpul ku ini?
biar nanti dapat aku siat sisa2 daging,
yang maseh liat,kelat,ketat dan terus melekat,
untuk menjadi sejarah,
bagi semua generasi gelap akan datang...

haruskah aku???


-akuMT-

19 April 2009

LIBURAN



Kalau wa tak pegi ni konsert cuma qarmadee shj yg tau sebab nya hahahahahhaaaa


Stamp Issues Schedule For 2009

Unique Birds of Malaysia
Burung Unik Di Malaysia 21.01.09

Silver Jubilee of The Reign of DYMM Tuanku Sultan Perak
Jubli Perak Pemerintahan Tuanku Sultan Perak 03.02.09

Traditional Wedding Costumes
Pakaian Tradisional Pengantin 23.03.09

Tourist Spots - World Heritage Sites
Tempat Pelancongan-Tapak Warisan Sedunia 09.04.09

Engineering Excellence in Nation Building
Kecemerlangan Kejuruteraan Dalam Pembangunan Negara 20.04.09

Palm Trees Species
Spesis Pokok Palma 19.05.09

Conservation of Environment
Pemeliharaan Alam Semula Jadi 04.06.09

Traditional Houses
Rumah Tradisional 09.07.09

Brave Warriors
Panglima Gagah Berani 23.07.09

Tuber Plants
Tumbuhan Berubi 13.08.09

Malaysian Unity - Series II
Perpaduan Malaysia - Siri II 27.08.09

State Definitive Stamps Series Collection
Koleksi Setem Definitif Siri Negeri 09.09.09

Arachnid - Stamp Week 2009
Arachnida - Minggu Setem 2009 09.10.09

Caring Society
Masyarakat Penyayang 20.10.09

Malaysia - Iran Joint Issue
Keluaran Bersama Malaysia-Iran) 09.11.09

Zero Energy Building
Bangunan Tenaga Sifar Dec TBA


------------------------------------------------------------------------------


Selain meminati lagu lagu rock kapak, saya juga seorg pengumpul setem yg tegar. Ni baru barang rare!!

16 April 2009

OUT NOW : KOMIK CLOTHING OFFICIAL T-SHIRT

FRONT

Photobucket

FRONT LOGO

Photobucket

BACK

Photobucket

BACK LOGO

Photobucket

Komik Clothing Official T-Shirt
Price : RM 25.00
Postage : RM 5.00
Sizes Available : L, M and S
COD : Batu Pahat Area

GO TO
http://komikclothing.blogspot.com
http://theanaqis.blogspot.com
www.myspace.com/komikclothing
http://www.facebook.com/home.php#/group.php?gid=69418564992

PERANCANGAN TERGENDALA





Lokasi: klinik kesihatan ibu dan anak




Nurse: anak cik sudah masuk 2bulan, jadi macam mana dgn program perancang keluarga? Cik berdua setuju ke nak ambil program ini?

Isteri: MMmmmmmmmmm……….. saya pun tak pasti lah……..MMmmmmmmmmmmmmmm

Nurse: Program ni bagus sebenar nya, kita kenalah merancang keluarga kita, jika cik mahukan anak seterusnya kita cadangkan kena ada gap jarak sekurang kurangnya 2tahun, bila anak pertama sudah besar baru lah senang sikit kita nak jaga. Bagi si ibu pula, tubuh badan beliau akan mendpt rehat secukupnya dan cukup kuat utk mengandung semula. Bagi si suami pula, kewangan boleh dirancang dgn baik, maklum la anak ramai ni banyak pula perbelanjaan nya. Dari segi ekonomi dan politik pula……… bla bla bla bla bla bla bla bla *penerangan yg berjela tanpa henti selama 15minit*

Isteri: MMmmmmmmmmmmm…………..kena tanya suami saya la, merancang sendiri tak boleh ke………MMmmmmmmmmm

Nurse: Merancang sendiri *sambil senyum sinis*. Kami cadangkan dgn penggunaan ubat lebih berkesan dan effektif, maklumlah macam macam perkara yg tidak diingini boleh berlaku kan kan *senyum sambil ketawa kecil* Jadi cik suami, bagaimana? Ok ke??

Suami: KAU FIKIR PASAL PERNCANGAN KELUARGA KAU JE!!! ADA KAU FIKIR PASAL “RANCANGAN TERGENDALA” AKU YG DAH DEKAT SETENGAH TAHUN NI!! KAU INGAT AKU NI KERJA JABATAN BEKALAN AIR APA!! SUKA SUKA BOLEH BUKAK TUTUP AIR HAAA!!!!!

Nurse: maaf la cik saya ni cuma menjalankan tugas je…

Suami: AAHHH SAMA JE LA TU!!! *muka kerek keluar klinik lantas mengkarate tiang bendera malaysia tanda protest*





P/s nama watak di rahsiakan atas sebab sebab peribadi.

SYURGA

Pada suatu hari, di sebuah sekolah rendah, seorg guru telah menanyakan satu soalan kepada anak anak muridnya ketika waktu sekolah hampir tamat:

Guru: baiklah anak anak murid sekalian, selepas ini siapa didalam kelas ni ingin ikut cekgu masuk syurga?? Sila angkat tangan!

Anak anak murid: saya cekgu! Saya cekgu! Semua pelajar bersorak sambil mengangkat tangan, kecuali seorang saja iaitu amir.

Guru: Amir kenapa awak tidak mahu masuk syurga? Lihat semua pelajar lain ingin masuk syurga.

Amir: Mak saya suruh balik cepat hari ini cekgu, dia tak mau saya singgah kemana mana. I’m sori….



P/S apa punya lawak tak kelakar pung

15 April 2009

KELAB TAKOBIN


Sesiapa yg nak join kelab ni sila kontek gua. Yuran percuma!


p/s moto kelab takobin "dia panas dia kipas, aku panas aku lah yg kipas"

DONAT TERAKHIR


Aku merenung jauh kedalam kotak donat yg tadi seawal 7petang masih berisi 12 biji, dan kini apa yg tinggal hanyalah donat terakhir.... hhmmmmm ada kah dgn donat terakhir ini dpt melenyapkan hatiku yg tak tenteram sejak kebelakangan ini....entah lah.....
Sudah beberapa kali aku terima sms drp seorg gangster pt.yani, ya gangster yongpeng menyuruh aku melakukan sesuatu yg aku tak mampu tunaikan.....bak kata george michael "i wanna dance again, but got no rhythm "

Dey tambi mana saya mau cekau itu duit mau beli ini barang! sait! eh salah, chaits!!

14 April 2009

Khairu'Ummah



Pernahkah kamu membentak seorang perempuan yang melahirkan kamu?
Pernahkan kamu membohongi dia setiap kali kamu pulang lewat ke rumah?
Pernahkah kamu gunakan wang yang ibumu berikan pada jalan yang tak bermanafaat?
Nah,
Sekarang ini, setelah kamu dewasa, punya gaji, punya isteri, pernahkah kamu terfikir untuk tidak lagi menjentik hati, culas menziarahi, bakhil memberi pada ibumu sendiri?

Kasihlah ibumu sampai mati
Kasihlah ia sebagai dirimu sendiri

Rumusan: Post ini mengingatkan kita pada dua golongan - ibu-ibu tunggal dan orang kurang upaya- yang butuhkan keprihatinan insan-insan beruntung seperti kita. Bantu dan ringankanlah beban orang yang kurang bernasib baik seperti mereka. Selangkah semut kita membantu disini, niatkan untuk seluruh alam. Insyaallah Tuhan akan menggerakkan tangan-tangan amal yang lain.

Hayati bait-bait ini:

Tangan-Tangan Amal (Ramli Sarip)

Dalam berjuta cipta engkau pilihan
Dari pancaran hina lalu di mulia
Semuanya kerana dia, kepada dia

Bukankah telah datang padamu
Pembawa pesan
Bukankah telah datang bertamu
Sabda dan kalam
Ke mana hilang belai kasihmu
Hati hamba mu ke mana menghilang

Tidakkah kau melihat tangisnya
Bagai tangis mu
Tidakkah kau merasa dukanya
Bagai duka mu
Hulurkan tangan-tangan amal mu
Kerna dirinya
Adalah dirimu

Hulurkanlah bantuan
Carilah kebaktian
Berilah amalmu sepenuh keikhlasan
Tidakkah kau mendengar berita
Tentang janjinya
Sebutir benih yang disemai dilipat ganda
Usah kau gusar menjadi papa
Kerana beramal oh... oh... oh...
Hati yang kikir bagaikan padi
Tidak berisi oh... oh...

Pandang, dengar, gerak, rasa, fikir, kata
Semua dia tua, muda, anak kecil, remaja
Raja hamba rasa mati
Harta, kereta, gedung, istana
Segala dicinta bakal ditinggalkan

P/s: Dedikasi istimewa buat semua yang bergelar ibu, ayah dan pembantu-tanpa-upah

13 April 2009

Synth Programming Under-go Project (Berbual)

Pagi Ahad yang gelap, Batu Pahat diselubungi hari-hari mendung kelam dan hujan ribut bulan April. Aku sedikit sakit tekak, batuk dan demam ayam. Membuka hari dengan sms pertama.

QD: Salam Din. Ko punya Kibod KORG model apa eh?

dj Din: KORG R3 synthesizer Vocoder (ringkas)

QD: Ko beli dulu berapa? Ada satu mamat nak tolak kat Mudah. Dia letak RM1400. Tapi boleh 'nego' lagi.

dj Din: Dalam +- Rm2000-Rm2500. Consider bargain buy kalau dia letak RM1400 tu. Bleh beli. Murah, sound best, deep programming! (Din semakin galak)

QD: Ok la. Aku ingat kalau dapat dalam minggu depan aku naik KL nak ajak ko tengok barang tu ok ke tak. Apa-apa hal aku bagitau.

dj Din: No problem. Anytime bro. Kalau ko boleh nego lagi best. Syabas bang! Syabas! Welcome to the world of hardware synth programming. Nanti boleh collaborate dengan ko buat sound macam Neorosis. (Din semakin tak terkawal excitednya)

QD: Hahaha. Aku pun tengah cari tempat belajar kibod ni.

dj Din: Jangan lupa 'pegi' website korg.co.uk. Check dia punya spec. Mesti lepas tu ko tak bleh tido malam dengan lena. Save gambar dia buat wallpaper. Best! Best! Best! (Semakin tak bleh blah)

QD: Aku dah bukak. Tu pasal aku tanya ko punya model apa. Aku siap dah search youtube, tengok demo dia. Best la

dj Din: (aku dah ter-delete message ni, sori. tapi bunyinya semakin galak, semakin galak)

QD: (berhenti reply, takut tak habis sampai senja)


Rumusan:>>>>>>>>>
Aku ucapkan terima kasih kepada dj Din yang sudi untuk memberi sedikit informasi mengenai KORG R3 Synthesizer Vocoder. Keprihatinan dan enthusiasm terhadap synth programming tetap seperti dj Din yang dulu. Aku berharap dapat 'menyedut' dan memanafaatkan sedikit ilmu dari beliau untuk projek akan datang ini. Insyaallah. Terima Kasih dj Din.

Jiwang Karat.

Jom kita sama-sama memilih. Mana lu mau pilih? Orang jiwang ka orang yang ceria? Jiwang dalam definisi saya adalah mamat yang berambut jambu, perempuan yang merajuk atas sebab yang tak ada sebab, dan suka kasi ayat 'kaw2' punya. Pendek kata, terlalu obses kat topic 'CINTA'. Berikut adalah pengalaman saya dengan seorang umat jiwang ni.

Exp 1.

Tetibe aje....


dia: what happen?? u nampak mcm ada mslh la.

aku: (apahal lak ngn dia ni???) hmm... mmg ada skit prob la. but dun wori, i akan setelkan sendiri.

dia: u bile i ada mslh, u tlg i. skrg u ada prob, biar i pula yg tlg..

aku: takpe, i boleh setelkan sendiri la. xmau kaco u.

dia: oh, now i know who i actually am for u.... (seperti biasa, xsah kalo xmerajuk)

aku: its ok. i pown care ttg u, sbb tu xnk kaco u ngn masalah kecik. (padahal ko yg kasi mslh kat aku)

dia: ok... promise me tht u will be ok... please.... (wtf.)

aku: ok. (i u i u aeiou, benci tol)



Exp 2.

Tengah aku sibuk bermain Dota...

Dia: i rasa u dah berubah lah.

aku: (apa kejadah pulak nih!!!!) manada?? i ubah camne??

Dia: ntah la. tp i dpt rasa yg u dah xmcm dlu. (intuisi pompuan bleh dipakai ka??)

aku: hmm?? i ok aja. apa yg lain nya? haha (padahal tgh thn marah)

Dia: kenapa u ketawa???? i serious nih. (muka thn berak, seperti biasa)

aku: ok ok, i serious skg.

Dia: u. berubah la balik ke u yg dlu. i rasa u dah xsayang i dah.

aku: (peh, mana ko taw?) ok, i'll try.

Dia: (aku da lupe apa dia merepek lps ni, tp aku sure dia tgh wat ayat 'kaw')

aku: (xreply terus.)



Semenjak itu, aku kurang memakai 'i u' dengan perempuan lagi dah.




Secara personal, jenis perempuan yang saya minati adalah perempuan yang sentiasa gembira, sentiasa faham yang saya tengah stress, and biar saya ada time-out dengan kawan-kawan saya. Tidak kurang juga, bibirnya kena berisi (barulah best dicium). Saya tak minat sangat lah orang yang berdating mengikut petua majalah 'Blues Selamanya', 'Mangga', dan 'Gempak (Gempak majalah jiwang kan??).

Nak saya tunjukkan contoh??



Exp 3.

Dia: Chan, saya xdpt lah tawaran ke universiti 'tut' (dicensored sbb xnk org taw)

aku: laa, ye ke? ok la tu. at least awak dapat lagi tawaran kat universiti lain kan.

Dia: hmm, btol2. saya dah cukup bersyukur dah. hehe. (comel nye.)

aku: ah, bagus la kalo camtu. so, apa yang awak nak jadi bila besar nanti?

Dia: saya skrg plan nk jd guru. oh ya, chan amik course TESL kan?? chan boleh jadi cikgu english, saya leh jd cikgu math. =)

aku: oh ya juga! haha. sedih juga la chan, sebab xdpt tawaran ke universiti mana2. =(

Dia: xpa, chan try la buat rayuan. mesti dpt nye.

aku: chan akan try la. kalo xdpt jg nnt chan masuk unisel.

Dia: oh, ok gak unisel. da daftar kah untuk unisel tu???

aku: dah, tgh tunggu result unisel and rayuan IPTA. (in the end, aku masuk unisel gak.)

Dia: hehe, harap2 la chan masuk ipta sbb mungkin kita dpt berjumpa di situ nnt. =)


(perbualan ni berlangsung sampai kiamat)


Lihat tak? Betapa positivenya 'calon isteri' saya ni. Saya percaya bukan saya seorang sahaja si pelik yang minat perempuan yang ceria. Lelaki yang bersetuju dengan saya sila angkat tangan. =)


P.S.: Sepuluh jari disusun untuk meminta maaf kalau ter'offend' sesiapa. Blog ini begenrekan 'have fun' dan bukan berbentuk serangan ke atas sesiapa. =)

11 April 2009

Kerna seorang Wanita

Sabtu yang bekerja

"Salleh, beli serapan". Wang RM10 dihulur. Habiskan katanya. Hari-hari ku dengan rezki yang murah. Terima kasih Tuhan. Mana lagi warung yang aku belum teroka dekat Masai ni. Dalam otak ku hanya restoran Zarahman sebelah pam minyak. Di situ memang 'heaven' bagi pembeli serapan 'low-budget' seperti aku. Tak sampai lima minit dari perkarangan sekolah. Nampak sibuk dari jauh. Harap-harap masih tersisa lagi nasi lemak dan mee goreng untuk aku dan Kak Jah. Namun, tak boleh disangkal stok makanan di Zarahman kerana pengunjungnya bukan calang-calang datang yang beli bungkus. Terkadang sampai sepuluh, dua puluh bungkus sekali pesan. Mujur hari ini hari minggu. Masaknya lebih dari yang biasa. "Bungkus air bang?".
"A'ah, teh ais satu". Mamat yang satu ni memang betul 'ngam' dengan aku. Lagi sepuluh langkah dari kedai dia dah dapatkan aku. Aku pesan seperti yang dipesan. 5 minit siap. Kalau tak ramai orang lebih pantas dari itu. Mee goreng telur, Nasi lemak telur, teh ais semuanya RM5.50. Ok la. Berbaloi dengan isinya. Dah, sekarang surat khabar pula.

Selang beberapa pintu dari Zarahman. Kedai mamak surat khabar dan majalah. Aku selalu beli majalah Milk disitu. Bundle sale, 2 naskah RM3. Apalagi berita hari-hari ini. Kabinet baru, angkat sumpah, Sirul Azilah, rayuan dan yang agak menarik perhatian, senarai hitam imigresen bagi yang lari cukai. Hahaha. Susah juga jadi kaya. Sekilas mata aku terpandang sesuatu. Terpana. Dia tepat memandang aku. Mata kami saling bertautan. Lebih 10 saat. "Hari ini kau akan jadi milikku" hati bermonolog. Dalam genggaman masih ada RM5. Ini wang 'petty-cash' pejabat. Tak!!. Tak mungkin!!. Ini salah.....
Dalam dompet masih ada kepingan syiling untuk kecemasan. 10 minit kemudian, aku tersedar. Entah bila aku sampai di pejabat aku pun tak sedar. Bingung.

OMG. Aku dah salah guna wang syarikat. Aku dah pecah amanah. Astaghfirullah....... Terasa dingin. Titik-titik peluh jantan mula tersebar dikerut dahi. Penyesalan mula membayangi.

Tangan aku masih belum melepaskan naskah itu. Dia masih tetap memandang. Matanya yang redup membuatkan aku rasa bersalah. Masing-masing masih membisu. Sihir itu masih terkesan. Aku tunduk.

"Awak marah?" dia memulakan bicara.
"Tak lah. Takkan la saya nak marah awak. Tapi promise jangan buat lagi tau." Aku masih belum memandang wajahnya.
"Promise, saaayanggg awak!!"
"Tau"

Wink Wink



"Dah, saya ada kerja ni"

10 April 2009

SMSing

*beep *beep ----> bunyi text message!

MSG TERIMA :
Wei, semalam ada orang gaduh lah. Aku tak berani nak sound suruh senyap!

MSG BALAS :
Gaduh katner? Bertumbuk ke? Abis tuh kedai tak bukak ah?

MSG TERIMA :
Bertumbuk ah...nyaris-nyaris aku kena sebab brader tu ushar aku jek. Kalau ko pun ko takut apa.

MSG BALAS :
Nak takut watpe. Ko bukan wat apa-apa pun. Kalu ko sound pun patut apa sebab dah ganggu bisnes kita. Abis tu camne, bisnes tutup ah?

MSG TERIMA :
Takdelah. Tapi kalau diaorg take revenge, tak ke hampeh kita nanti. Bisnes baru nak naik. Ko lain lah, ko terer mcm Superman.

MSG BALAS ;
Ala, Superman pun nanti kena fire apa dengan Ultraman.

MSG TERIMA :
Masalahnya yang gaduh nih abg ipar aku. Sekali sound, sekelepuk aku kena. Errr...ko ada duit?

MSG BALAS :
Errrrrrr.....................



-neofishy

Hari Terbuka Jalan Jenang - 10' 000 Pengunjung

Sidang Jalan Jenang hari jumaat.

Ketika post ini ditulis, statcounter telah menunjukkan angka tepat 10000. Ini bermakna, Jalan Jenang telah menerima sebanyak 10000 kunjungan sejak ia dibuka tahun lepas. Satu pencapaian yang membanggakan buat Komunite. Aku berharap, blog ini akan terus hidup walau dengan kontroversi dan kecaman. Ini satu survival. Teruskan.

p/s: Sebenarnya, statcounter bawah tu mencapai angka 10000 bukan lawatan pengunjung/pembaca, tapi bukaan Komunite sendiri. Jangan terpedaya.

08 April 2009

Gombal The Musical


Cubaan suara satu dua satu dua......

Ehem....
Kepada warga Jalan Jenang, Saya Qarmadharma dengan sukacita ingin mempromosikan sebuah 'brainchild' saya dan rakan, blog kontribusi kedua (selepas Jalan Jenang) yang khusus ber-orientasikan perniagaan secara kecil-kecilan bagi tujuan untuk mengisi wang saku bulanan kami. Entiti perniagaan ini tiada hubung kait dengan dengan pengurusan Komunite Lusuh Jalan Jenang yang berpaksikan 80% penulisan dan 20% lawak merapu. Dengan rasa rendah diri, saya dan rakan, ingin mengajak saudara-saudara yang baik budi melawat ke blog kami "Gombal Global Network" yang masih dalam pembikinan. Harap mendapat kerjasama dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang berkhidmat,
Qarmadharma

Mesej ini adalah cetakan berkomputer. Tidak perlu tandatangan.

ALBUM MINGGU INI

SILVERSUN PICKUPS - SWOON

Band kegemaran gua kuar album baru, sound gitar fuzz nya sunnguh enak mengingatkan gua album SP siamese dream. Tapi wa lebih suka album diorg ni yg lepas Carnavas. Rilis of the year! 5bintang!! >>>KLIK<<<

Sheila On 7 - Menentukan Arah

Apa dah jadi ni?? apasal tak sedap? apasal lagu meleweh leweh ni?? apasal takde sound gitar yg warm trademark SO7 ni?? why why???
-30bintang!! >>>KLIK<<<

Maroon - Order

Apasal gua download album metalcore ni?? Wa sudah salah download band ni!! Wa ingatkan album baru maroon 5!! Dis album suck!!
2bintang!! >>>KLIK<<<

MF DOOM - BORN LIKE THIS

Ni bukan album hiphop bling bling, ni album hiphop berkonsepkan komik superhero. Watak utama dia rapper yg bertopeng besi, MF Doom. Rapping sedap tapi lagu dgn beat tak sedap, lagi sedap album lama!! Ni mcm wa layan balik kanye west!!
2bintang!! >>>KLIK<<<

30 SAAT MENCARI CHENTA


Owhh aznah mengapa aku tidak lahir sezaman dgn mu? Kalau tidak sekarang kau sudah menjadi milikku..... owhh aku pasrah, aku hanya mampu memburu impian......

07 April 2009

Cubaan menulis cerpen di gagalkan oleh....

kemeriahan kanak-kanak yang meraikan hari minggu mereka pagi itu betul-betul mengganggu lena si dawi."sial,memekak je" marah dawi sambil mengesat air liur basi menggunakan baju t propagandhinya yang dah lusuh.ruangan bilik dawi yang kecil itu,masih lagi di penuhi dengan jerit pekik fat mike dan tony sly yang keluar dari corong radio buruknya.Dawi memang minat sangat dengan kugiran dari amerika itu,jauh di sudut hati dawi,ia mahu menjadi lebih hebat dari mamat2 punk mat saleh yang menjadi idolanya sejak di bangku sekolah lagi.Dawi mencapai kotak pallmall hijaunya di sebelah tilam,dan membakar lalu menyedut dalam-dalam asap pallmall itu,sebelum dihembuskan keluar dari tingkap biliknya.dawi menyandar pada dinding biliknya.Sambil menyedut asap-asap rokok yang memang diketahui akan merosakkan jantung dan juga paru-parunya,dawi mengikut bait-bait senikata lagu lori meyers yang sedang berkumandang di radio buruknya itu.Tiba-tiba ingatan dawi terbang kepada seorang gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya yang konon2 punk itu.senyuman gadis itu kepadanya petang semalam,betul2 membuatkan hati dawi yang keras sebelum ini cair seperti robot jahat dalam cerita terminator 2 lama dulu.


(aduh!!!!aku x dapat habiskan cite ni pasal brader cc ni nak balik umah,"da malam la dik" brader ni sound aku,tinggal aku sorang je kat cc ni.sebelum brader ni sauk aku,baik aku chiow dulu,jumpe lagi untuk cite tentang si dawi yang akan datang...heeeeheee)

Crestfallen Live in Minyak Beku



Klip ni live footage masa gig kat Minyak Beku Batu Pahat. Hasil kerja tangan budak baryani. Walaupun camera agak statik tapi sound dan gambar masih tetap boleh ditonton. Terima kasih banyak kepada kru baryani yang sudi datang untuk support Crestfallen.
So, kita enjoyyyyy!!!!!!!

Wa sekarang minat Yuna tau....



Minggu lepas wa memang betul-betul sibuk. hari sabtu wa kena ganti partner wa masak pasal dia sakit kena santau. wa tipu je. sebenarnya dia kena sawan mayat. (dah tua pun sawan). lu orang yang tak tau apa tu sawan mayat boleh try cari kat wiki. so, wa terpaksa la masak berdua dengan ex-bakal abang ipar wa. penat rabak. nasib baik ada 'penyejuk mata' wa sama-sama tolong kat kedai. walaupun tak ada sepatah kata yang keluar, tapi wa tau masing-masing ada something nak cakap. tak percaya tanya yuna

"adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarnya ku mengharap di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku....."

wahahahahaa... tak bleh blah!!!!

Berbalik pada cerita asal. habis je niaga, wa bergegas balik kampung pasal ada appointment dengan guru wa. guru wa dah warning tahun ni wa mesti ada lesen kereta. lu orang jangan gelak. wa muda lagi apa baru nak 'amek' lesen. balik kampung ni kalau tak 'menyelam' cari barang lusuh memang tak 'afdhal' bagi wa balik. selain menemui ibu tercinta, wa kena cari barang untuk melengkapkan koleksi wa. macam wajib pulak. pagi ahad, selepas solat subuh, wa dengan uniform lengkap meluncur laju dengan kapcai 'goyang' wa menuju Pasar Karat Batu Pahat. sepatutnya perjalanan mengambil masa 10 menit je. tapi sebab menunggang kuda uzur, ia mengambil masa hampir 20 menit. beta tak??...
Sesampai je kat pasar, mata wa terus meliar tengok gerai-gerai yang wa target boleh dapat barang rare. tapi kalau memang bukan rezeki, cekodok dah masuk mulut pun boleh keluar balik, ye tak. 4 benda yang meyakinkan wa tak dapat hasil hari tu. pertama, dah berduyun budak-budak tomyam mengerumuni pasar hari tu. semua yang 'kaki'. kedua, gerai yang biasa ada barang baik, tutup pulak hari tu. ketiga, wa tak banyak masa nak belek satu-satu barang ada kat pasar tu. dan yang last, Ajis tak dapat barang. kalau dia tak dapat, mean memang tak ada barang la tu. tak sangka hari tu boleh jumpa Andy si jambi darat 'the good old things'. kaki selam yang sedang meningkat naik. wahahahaha ayat. sempat salam dan tanya khabar kemudian hilang ditelan lautan manusia di situ.

Wa tak tunggu lama. sempat berbual dan bertukar barang dengan ajis, wa terus 'cargas' balik pasal dah janji dengan guru wa. sampai je rumah, dia sudah buat muka 'taik' pasal wa dah lewat lima minit. 5 minit jeng. ingat dia sapa? Mahatma Gandhi??? wa buat muka tak tau, hulur rokok, dia sudah senyum. betul la kata nabi, kita kalau nak 'amek' hati orang kena isi perut dia. tapi wa isi perut dia dengan asap. berjaya gak apa. wa tak kira, misi wa tahun ni mesti dapatkan sekeping kertas bermaruah iaitu lesen kereta. dia pelik selama dia kenal wa, dia tak expect yang wa tak ada lesen. padahal wa memang tak main kat kampung. madang ke bandar je tiap-tiap hari. kerja pun kat bandar. 10 tahun bawak motor, kereta belum pernah kena saman. dia tanya apa rahsia. wa cakap, setat je moto, baca la doa. (pembaca yang dihormati: jangan tiru habitat penulis kerana dia ni 'wali').

Acara yang membosankan. dengar ceramah. macam wa belajar dulu-dulu. separuh masa pertama, kira masuk la jugak. tapi lepas tu wa dah melayang. tidur la, main game la, toilet la. semua aktiviti munasabah wa buat 'kasi' hilang bosan. 5 jam berlalu dengan azab, punggung wa dah sebati dengan kerusi tu. habis je ceramah wa kena bergegas balik rumah, packing beg, dan 'chaw' balik jb. ada beberapa acara yang terpaksa wa tangguh ke minggu depan sebab masa amat mencemburui. langit mendung tanda petang tu bumi batu pahat akan disimbahi air dari langit. wa rasa rugi pulak nak balik jb awal-awal. siap je packing barang, wa terus gerak 'basten' cari tiket balik jb. alhamdulillah ada lagi walaupun lambat sikit. dalam bas wa bantai tidur dari mula jalan sampai jb. supposed wa berenti kat Bandar Baru Uda. tapi sebab tidur macam orang mati, wa dah terlajak sampai larkin. jebak.
dari larkin wa kena pangkah dengan driver teksi tu RM8.00. tak pasal-pasal kan. sampai je Uda wa sempat pergi makan dengan partner masak wa sebelum continue journey to pasir gudang. perut dah isi dengan roti canai, paru-paru dah isi dengan asap, wa 'cargas' balik pasir gudang. wa sampai dalam pukul 2.00am. agak beta jugak la hari tu. pakej penat, lambat, duit abis, siap semua, wa balas dengan tidur yang pulas.

The end.....


Sebenarnya cerita ni tak habis lagi, wa nak buat macam cerita 'omputeh'. macam star wars: ending tapi tak ending-ending.

Malam sabtu masa wa masak kat kedai, ada member mesej nak ajak wa main dengan band dia. wa bagitau dia wa ni gifted orangnya. satu haram alat muzik pun wa tak pandai main. dulu masa sekolah-sekolah, cikgu muzik wa kasi wa pegang 'pebenda' tah alat tu boleh bunyik kerincing-kerincing. tu je la wa pandai main. dia sudah pujuk wa main tu alat nama kibod. pehh beta!!!! sebut je kibod wa sudah teringat kat satu mamat. DJ Din. wa dah terbayang kibod kat rumah dia. KORG. wahahahahaaa... itu barang wa pernah dengar dia nak tolak RM8000 bai. wa kalau beli itu barang, mak wa tau, memang kena halau dari rumah. serius.
dia bagi wa masa dua bulan kasi prektis secara intensif (intensif ke insentif???) pastu nak serap wa masuk band dia. dia suggest wa pergi yamaha music school belajar kibod. wa dengar itu course satu bulan kena bayar about RM300. pehhhh... kalau tak kait pasal duit memang tak boleh ehh. tapi wa akan usahakan jugak la. mana tau kan. wa dah terer main kibod nanti 'Pesawat' ajak wa join diorang pulak. masa tu, sori la budak-budak jalan jenang nak lepak dengan wa.



Tammat.....

06 April 2009

KEPAK BING BING GIBING GIBING



f*i*z yang comel menjemput anda menyertai myJodoh
Saturday, 4 April, 2009 8:27 PM
From:
"myJodoh.net"
Add sender to Contacts
To:
tora@yahoo.co.nz

Assalamu'alaikum,

f*i*z yang comel telah menyertai myJodoh.net !

myJodoh.net telah wujud semenjak tahun 2002 dan merupakan portal pencarian pasangan hidup yang pertama dibina untuk muslimin dan muslimat di Malaysia. Secara diam-diam myJodoh.net telah membantu beratus-ratus pasangan menemui pasangan hidup mereka.

Anda dijemput untuk menyertai myJodoh.net sekiranya anda 'sedang' dan 'bersungguh-sungguh' di dalam pencarian pasangan hidup.

Klik pada link berikut untuk menyertai myJodoh.net.
http://www.myjodoh.net/

p/s: Sekiranya anda telah berumahtangga, sila abaikan emel ini. Mungkin rakan anda, f*i*z yang comel telah dengan tidak sengaja mengarahkan emel ini dihantar.

Sekian, terima kasih.

Webmaster myJodoh.net
webmaster@myjodoh.net



-------------------------------------------------------------------------------------


Peh kalau ni mcm punya stail mmg komfem la duduk rumah org org tua!! Amacam cik Qarma mau join ka??hahahahahahahhaaaaa

03 April 2009

Dah Tukar Link.

Untuk pengetahuan brader-brader di KOMUNiTE LUSUH, saya dah tukarkan link marimelihatdunia.blogspot.com ke philosophymeetsart.blogspot.com.

Harap Maklum.. Terima Kasih. =)

02 April 2009

SMS BEBUAL K****L

Tora: jeng lu tau tk kat mna bole press piring hitam ala djdin ckp vinyl tu?

Neofishy: pergh gila ah ni nk watpe ni? Lu tanya jimbo ah bai!

Tora: tk brani la wa nk tanya dia garang duh!

Neofishy: ala tanya je tk mati apa

Tora: wa nk rilis solo album ar mcm jmascis ke, thurston moore ke, stephen malkmus ke, graham coxon ke, wa da fedup nak join band2 ni. Wa nk rilis press kat vinyl je, padan muka semua org tak bole dgr trmasuk wa sekali sbb tkde turntable!Cara!

Neofishy: hahahaha bodo siak, tu la yg wa ckp TTR kena ada blk bai, baru glam, bleh jd popular apa bleh masuk xfresh apa, band suam mcm sugar loves cookie pun bleh popular beb, ni kn lg yg teknikal dan hebat mcm kita yg sememangnya gifted ni. Pergh riak gila babas ni dosa sepikul ni!

Tora: wahahahaha takbole blah la wa baca ayat “gifted” tu!!

Neofishy: hahahahaha blagak terer kena ada baru konfiden!

M Shadow suruh jualkan

Try tengok test ni barang boleh pergi sampai berapa:



Status: Avenged Sevenfold
Album: Waking The Fallen
Saiz: L (Lembu)
Warna: Ko buta ke??
Gambar: Tengkorak jeng
Tag: Cinder Block (ori la jeng, lu ingat wa main barang siam ke apa????)
Kondisi: Hebat dan menutup aurat (A Plasma)


Bidaan dimulakan dengan lafaz Bismillah.......

go!!!!!

Jane Doe Jalan Jenang


Minggu lepas wa ada bual kentang dengan mate jalan jenang, Neofishy dan Abang Mat Tora dekat kubu Jalan Jenang. mana lagi, warung zam la. walaupun zam tak bukak pagi tu, kitorang still nak lepak situ gak. dah memang rutin hari minggu kot. cerita punya cerita, ada la cakap pasal band ni:

Sound diorang memang best la. hardcore metal type yang wa suka dengar. ada crossover sket. kalau lu orang layan hardcore, lu mesti penah dengar converge punya. converge memang gah dalam scene hardcore luar negeri lebih sedekat lalu. terfikir gak, wa kalau nak buat band cam ni, orang yang wa akan cari:

1. Rusdi - gitaris kental wa dari zaman sekolah-sekolah. dia memang arif pasal gitar pasal kawan dia pun nama arif gak. tapi arif ni bebual bleh la. rusdi ni expert dalam main gitar sound metal tegak. tegak jer dari awal sampai abis. dia punya motto main gitar ialah, biar pakai gitar cap ayam, tapi bunyi lamb of god.

2. Cekgu Faizi - dia ni wa bagi posisi gitar 2nd pasal wa dengar dia belajar main gitar tak abis. wa tak kesah. janji bleh petik. satu chord pun satu chord la janji bunyik pasir.

3. Awe aka Syawal - dia ni bassis sally fairie. penah nak main dengan band wa dulu tapi reject pasal selalu tebabas. madang tebabas je. gitar, drum, vocal dah abis, dia tak abis-abis lagi. kesedapan.

4. Adon Semerepang - dalam tahun 1999 wa da tengok mamat ni ketuk drum. macam nak bobos. tangan sotong. tepegun wa tengok dia main lagu langsuir tu. wa dengar dia main drum stat umur 12 tahun beb. wa 12 tahun still godak parit, dengar lagu ukays seksa, beli tikam-tikam.

Ok, kira complete la band wa. kalau nak sedap, bunyik catchy sket, wa ajak dj din. kasi masuk drum n bass vampire. tak pun avangad ala sigur ros. wa punya drum n bass tak bleh. tu sound atari teenage riot je yang bleh tiru.
amacam line up band projek wa??? kental tak??? wa rasa, kalau band ni jadi, dia akan jadi macam ni:


Wa akan namakan band ni Qarmadharma And The Batlicca

01 April 2009

LIPAT JENG LIPAT


Kalau dari dulu wa tau ada teknik ni sure takkan wujud tau bilik "nasha aziz" kat rumah gua pulai emas!!


P/s wa siap warning org yg wa kasik sewa rumah tu suruh jgn buat sepah selerak rumah gua hahahahaa mcm tuan tanah kedaung la!!

BELADIFUL

Arini wa sudah lambat bagun tido tahap gaban 11.30pagi, peh skrg baru wa percaya maksud lena diulit intan tido mampos bom meletop pun wa tak dgr!
Wa check henpon sudah ada 4miss call nombor tauchu gua, wa tau dicall bkn sbb risau tapi dia risau keje kat kilang batu bata ni belambak siapa nak buat, nak suruh lee kuan yew buat apa!
Wa lincah lincah mandi siap sedia pegi keje. Sampai kilang batu bata tauchu gua sudah tunggu dpn pagar, muka dia garing tapi mmg tak berani dia nak sauk gua.

tauchu: cha' lu apa mcm pegi sekalang suda time berapa?

tora: pukul 12 maa...

tauchu: takbole ni mcm maa lu kasi story wa apa celita??

tora: lu tak tau ka ni hari 1st april?

tauchu: ya lor 1st april ada cuti ka?(ambil menyelak kalender) mana ada cuti! Jilaka tipu!

tora: memang wa tipu apa!!!bolo!! (muka kerek masuk kilang terus susun batu bata)