30 November 2008

wooooooo band batu pahat ni woiiiii!!!

dianggotai oleh 4 orang anak watan(bukan aris ariwatan ye) batu pahat,

sound macam nirvana butterfingers at the drive in(ade kot) dan artic monkeys,


kalau ada myspace add je mereka ni..



 http://www.myspace.com/aggregateemphaty



kalau nak dengar lagu mereka y'all pegi je page ni


http://www.myspace.com/aggregateemphaty


eh semua kat myspace je kan??

senang kan???

kalau takde myspace mcm mane?

pegi la buat account satu braderrrrr!!



apelagi dengar la....


layanzzzzzzzzz....






29 November 2008

SELINGAN

Rabang yabik dol klik >>sini<< dan >>sini<< dan >>sini<<

Layan layan !!!!



-tora ramone

panggilan dah sampai; " jinggal jinggal, balik nak..."(kisah mengarut anak muda termuda)




pertama-tamanya aku mintak maaf kerana dah lama tak post blog di sini; mgkn sbb aku malu kerana tulisan aku bukannya yang indah-indah dan seronok nak dibaca(kadangkala mengarut pulok tu),
tapi aku juga part of this thing jadi apa salahnya aku post satu dua butir buah nangka,
ok tukar kepada mood hyper......



here goes......
************************************************************************************************************

Y'all tidak mempunyai band??

mahu bikin band tapi entah kenapa tak tau nak band macam mana???

y'all ada band tapi main gig haram tak pernah????


jangan risau!!!

disini i menyediakan tips2 utk menjayakan band anda dalam scene di Malaysia!!!



1. Cari bandmates y'all; pastikan mereka style.
    
    style tu apa?? 
    
    ciri-ciri seorang style :    - boleh menyanyi sambil menari/gelek ; paling bagus boleh tarik                                                sore macam mariah carey gerenti semua terpaku macam                                                        sundelbolong dalam 'malam satu suro' 
                                           seram wooooo!

sebagai contoh abang qarma dengan abang noefishy nampak je kontrol macho tapi atas stage liar liar manje u!
kalau nk lagi liar y'all tgk la daighila, aritu i tgk tersentap hati i y'all tau tak awwwwwww~

   tak mengapa jika bandmates y'all tak terer macam beethoven janji mereka boleh terbang 
   sana-sini macam story of the year, crowd pasti terhibur melihat aksi stunt mereka...
   

2. kaji trend lagu yang asyik didengari follower scene sekarang sebagai contoh sekarang musim hardcore, mana-mana pergi pun minat hatkor. Dekat myspace letak lagu jerit-jerit sana-sini baru awek suka..
pakai baju as i lay dying dgn silverstein baru ganas !!!
sekarang hatkor tengah market ape! 
trend brother trend....
dah kaji apelagi kasi main la itu tune drop D kasi cabut ubi!


3. pastikan y'all dah record lagu anda supaya senang orang nak dengar nak minat.
    tak dengar maka tak cinta ye tak???
    ha apelg kasi rakam la itu lagu kat sandman recording, 
    bunyi macam haram pun tak ape maaaaa janji olang boleh dengar punyeeeee.
    manakala jika anda dah record bertaun dah tapi satu organiser pun takde nak dekat mgkn         y'all mempunyai masalah ketiak berbau atau mulut busuk,
    
    solusinya?
    
    ikuti langkah seterusnya...


4. kipas kipas kipas,
   kasi kipas la maaaa itu olang,
   mulut kasi manis  punye pasti olgenaizer itu ske pnye maaa,
   kasi belanja ais batu campur 2 cawan gelenti semua gig pun u sapu maaaaa,
   tala tipu punye kasi cuba try test laaaaaa........
   nak lagi advance??
   kasi aircond la!!


5. make sure u ade band manager or at least photographer,
    dengan cara ni baru u all dipandang tinggi dan dihormati,
    yela kalau u all ade manager semua orang pun macam takut-takut nak tegur y'all
    sebab nampak macam rokstar ape y'all ade manager?? 
    kalau ade photographer lagi la y'all nampak macam rokstar,
    sekarang ni kan trend budak2 indie bawak kemera pegi gig apelancau sume?
    ha trend you, trend.......



bile y'all da melepop baru la y'all blh jmpe adik2/awek2/macik2 pakai baju band korunk.
hah mase tu mesti bontot u kembang semangkuk macam abc kat kedai pak o sane u,
eh pak o ade letak kembang semangkok ke abc die?? bukan plain je ke??
wateva la janji bila y'all da bjye jgn lupe blanje i makan muruku ikan gambar baby tu ye,

renung-renungkan dan selamat beramallllllllllllllll~~~~~






jing 'daighila' gal



p/s ; aku da selamat sekarang turn ginji plak, ahahahahaha.

Racist ke aku?

Aku baru jek lepas baca blog yang dikendalikan oleh Tun Mahathir Mohamad, the so-called greatest Malaysia Prime Minister. Artikel yang menarik perhatian aku ialah 'POHON MAAF', yang antara lain menyebut mengenai kes statement perkauman yang dibuat oleh Ahmad Ismail, orang kuat UMNO Pulau Pinang dan juga memorandum yang dihantar oleh pasukan HINDRAF kepada Perdana Menteri UK. Banyak sungguh kupasannya yang akhirnya membuatkan ramai orang mengomen hasil tulisannya itu.

Apa yang boleh aku katakan ialah apa yang dikatakan oleh Ahmad Ismail is very dumb, in a sense of unity. Dan bodoh in a sense of orang berpelajaran dan mempunyai pengalaman luas dalam arena politik. Masakan dia tak boleh nak bezakan statement yang akan menimbulkan kemarahan rakyat zaman sekarang (yang dikatakan berfikiran terbuka) dengan statement biasa yang tak menimbulkan apa-apa feedback? Lepas tu bodoh sombong tak nak mengaku atas kesilapannya malah melancarkan kata-kata 'jangan cabar melayu'! What is that? Itu ke pemimpin yang semua rakyat mahu kan? Yang akan menjadi contoh kepada geneerasi muda dalam mentadbir negara pada masa akan datang? Pemimpin macam ni ke yang Pak Lah patut backing? Dan kenapa pulak Datuk Seri Najib yang patut meminta maaf? Ni bukan salah UMNO, ni salah AHMAD ISMAIL.

Bare in mind, setiap racist action/statement/article is very dumb. Dalam dunia ni takde sesiapa yang lebih superior dari yang lain, melainkan iman kepada Yang Maha Pencipta.

Tapi, patut ke Ahmad Ismail sorang saja yang disifatkan sebagai racist? Atau, adakah dia hanya menegakkan hak orang melayu untuk terus hidup di Tanah Melayu? (yet again, no superior races walaupun aku refering Malaysia as Tanah Melayu sebab sejak zaman dahulu kala lagi, tanah yang aku pijak sekarang di refer sebagai Tanah Melayu). Adakah kerana Ahmad Ismail daripada parti UMNO (parti orang melayu) maka dia dihentam dengan bermacam-macam 'seksaan' sehingga kan akhirnya, Pemuda Gerakan membuat polis repot atas kenyataannya? Dan para media (tak kiralah media asing, media perdana atau apa jenis media sekalipun) terus-terusan menge'bomb'nya dengan berita-berita sensasi yang dibuat untuk menunjukkan bahawa Ahmad Ismail secara khasnya (atau UMNO secara umumnya...perkaitannya dengan UMNO akan dikaitkan punya, walau apa pun alasannya) sahaja yang RACIST kat Malaysia ni? Bagaimana pula dengan DAP, HINDRAF dan Namewee yang nyanyi lagu negaraku macam orang bodoh?

Kes di Pulau Pinang juga, ketika pilihanraya umum, satu sepanduk berbahasa cina tertulis 'Undi MCA Bermakna Undi Melayu'. Adakah itu bukan satu statement yang racist? Isu ini tidak menjadi satu isu yang besar kepada negara.

HINDRAF yang antara lain memo menyebut (rujuk laman web http://test.chedet.com/che_det/2008/09/snippets-6.htmlmore ) 'kerajaan dikatakan dibantu oleh 'Islamic Extremist Violent Armed Terrorist' (merujuk pada orang melayu secara amnya)'. Adakah itu bukan satu statement yang racist? Isu ini JUGA tidak menjadi satu isu yang besar kepada negara, kerana kerajaan tidak menghebahkan isi kandungan secara menyeluruh.

Bagaimana dengan Namewee? Liriknya antara lain menyebut 'in the early morning 5 o'clock, there is morning call to wake up, sometime a few sing together, just like singing a love song, sometime the song get twisted like RnB style, although sometime they sing until out of key, or sometime they even sing until throatened, some their voice sounds like a cock but they early than a cock (dengan latar belakang bunyi ayam), only like this we get to go to school or work' --->ianya mungkin lebih merujuk kepada agama Islam, tapi majoriti penganut islam di Malaysia ialah melayu, maka secara tidak langsungnya, ianya adalah untuk melayu. (Rujuk http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4 untuk lihat lebih lanjut). Mungkin korang akan kata, ala tak semua orang melayu islam dan tak semua orang islam melayu. Yes, betul. Tapi, sama juga dengan tak semua orang cina buddha dan tak semua orang india hindu, tapi majoritinya? Adakah lagu ini bukan satu statement yang racist? Isu ini JUGA tidak menjadi satu isu yang besar kepada negara, kerana Namewee sudah minta maaf.

Tapi, apa yang menjadi masalah ialah, kenapa kah TPM Najib (orang kedua tertinggi dalam pemerintahan negara) yang meminta maaf (sebagai wakil kaum melayu) sedangkan pemimpin tertinggi kaum-kaum lain tidak pernah meminta maaf atas kesalahan yang dibuat oleh personel kaum mereka? Pernah ke Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Samy Vellu, Koh Tsu Koon, etc meminta maaf?

Di dalam blog Tun Mahathir atas balasan komen kepada artikel yang aku sebut sebentar tadi, seorang pengomen bernama Jimi_is_my_real_name telah membalas 'No matter where Malaysian Chinese go in the world, we will still be second class citizens, it is fated for us to work hard just to survive! Can you inconsiderate bastards understand the PAIN?' --->di sini dia merujuk kepada melayu yang bangsat. Apa yang boleh aku simpulkan, kejadian ini adalah disebabkan keistimewaan orang melayu yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini. Dan Si Jimi ni tak berpuas hati kerana dia menganggap bahawa kerajaan (that mean UMNO) treat him and his races seperti kelas kedua. Aku tak rasa pun mereka ni kelas kedua. In fact, mereka boleh dikatakan adalah masyarakat paling ulung di Malaysia. Semuanya kerana ekonomi dan kerja kuat mereka yang semua telah nampak.

Kenapa aku bincangkan benda-benda nih? Sebab aku nak cakap, dari segi pengalaman dan keadaan seharian, yang apa aku alami, kaum cina lebih racist dari bangsa aku. Aku bukan bertindak racist, sebab aku percaya tak ada bangsa yang lebih bagus dari semua bangsa kecuali mereka yang beriman, dan aku belajar dari hardcore punk bahawa racist is an action/statement that deny orang lain punya hak untuk hidup bebas seperti orang lain. Tapi, berdasarkan pengalaman, aku tak percaya kaum aku racist. Bukti dan contoh :

1. Kampung aku majoriti adalah melayu. Seracist-racist penduduk melayu kampung aku, ke kedai cina juga diaorang berbelanja. Buktinya, beberapa kedai melayu tutup (kedai Ahmad Juraimi antaranya) dan kedai Ah Boon dah tukar ke kedai lebih baru dan cantik, Keong dah bukak kedai lebih besar jadi dua kedai dengan kedai baru dia bina baru, Ah Seng makin bertambah isi kandungan dan masih ramai orang datang, Ah Yang pun sama, Ah Long lagi lah ramai sebab dia pemborong, siap boleh bukak gudang lagi....kedai runcit mak aku makin lama makin sedikit pelanggannya, kalu dulu sehari boleh dapat 400-500 tapi sekarang nak dapat 100 pun susah sangat. Orang kata kedai mak aku jual mahal. Abis, dah pembekal jual mahal, mak aku tak kan nak jual murah (95% pembekal kat kedai mak aku adalah kaum cina).

2. Aku pernah berurusan dengan pembekal aku berbangsa cina tapi beragama islam iaitu Kar *** W** Plastic. Harga yang ditawarkan sangat-sangat berbeza dengan pembekal lain. Kalau pembekal lain tawarkan aku dengan harga lebih kurang RM0.016 dan RM0.0107 untuk plastik salut yang aku gunakan, dia boleh bagi aku RM0.01 paling mahal untuk satu plastik yang aku gunakan. Cuba korang kira perbezaannya kalau keperluan aku ialah sekurang-kurangnya 200000 keping? Dia cakap apa yang dia tawarkan adalah harga untuk cina tapi since dia orang islam dan dia nak tolong orang islam, dia bagi harga tu kat aku.

3. Aku fotostate dokumen warna sekeping pada harga RM2.00 kat kedai di Batu Pahat, kedainya berdekatan dengan Wisma Lian Hoe. Kat kedai ni diaorang ada bekalkan sekali perkhidmatan membuat name card. Aku tanya sorang miss nih 'name card berapa kalu buat?'. Dia balas 'RM 25'. Kemudian dia masuk dalam untuk fotostet dokumen yang aku hantar tu. Tak lama lepas tu, datang sorang lelaki cina, masuk. Kemudian, sorang lagi miss nih datang hulurkan satu kotak name card pada lelaki cina nih dan lelaki cina tuh hulurkan note RM10 dua keping.

4. Sorang jiran aku nih merupakan bekas pelajar sekolah cina, jadi dia paham apa yang orang cina cakap. Kat satu kedai motor, kebetulan dia ada kat situ, sorang melayu nak beli motor. So dia tanyalah kat anak tokey kedai nih yang berketurunan cina. Si anak cakap kat bapaknya dengan bahasa cina dan si bapak balas balik dengan bahasa cina. Jiran aku ni tanya,'ko tau apa dia cakap?'. 'Tak tau'. .Jiran aku ni cakap,'budak tu tanya bapak dia, ada orang nak beli moto ni berapa harganya?Bapaknya jawab, melayu ke cina? kalau cina harganya sekian (aku tak ingat tapi lagi murah dari harga melayu) dan kalau melayu harganya sekian sekian'. At least kami melayu tak membezakan harga untuk jual barang.

Bukan nak menunjukkan aku ni racist, tapi setiap kali melayu bersuara, semua racist, sikit punya statement pun racist. Kadang-kadang aku tak paham, kenapa asyik melayu jek kena hentam. Aku tak suka bersikap racist, tapi apa yang kita boleh buat kalau orang lain yang bersikap racist dengan kita? Nak berdiam diri jek? Dayus namanya tuh. Lagipun, bangsa nih tak penting, yang penting adalah pembangunan masyarakat tu sendiri, tak kira apa bangsa pun.

Ada banyak lagi sebenarnya, cuma aku tak nak tulis banyak sebab aku penat dan malas sebab takut korang malas nak baca nanti. Soalnya aku kat sini, bukan ke keempat-empat situasi di atas adalah satu action/perbuatan/statement racist yang aku terima? Aku bukan seorang racist (walaupun kadang-kadang tergerak juga nak bertindak racist) tapi wajarkah aku tidak bertindak racist jika orang bertindak racist terhadap aku? Dan kalau aku pertahankan sikap aku yang tak kan beri sokongan kepada pengamal racist, syarikat aku nak dapat barang dari mana sebab semua pembekal aku adalah kaum cina?

Aku terangkan benda nih bukan nak kata aku racist. Aku cuma nak buktikan pada kaum lain bahawa bukan kaum melayu saja yang racist (yang semua rakyat berbilang kaum di Malaysia seolah-olah nampak). Aku nak buktikan bahawa kaum lain juga lebih racist daripada kaum melayu.

Aku ramai kawan-kawan dari bangsa lain dan aku hormati diaorang sangat-sangat. Kawan baik aku masa kat kelas sekolah menengah dua tahun berturut-turut ialah seorang chinese (Neoh Wee Lee). Kami selalu bersama masa kat kelas dan selalu kutuk Ibrahim dan Saifultra (mewakili kaum melayu) dan Yip Kam Wai dan sorang mamat skema chinese ni yang aku lupa namanya. Vishnu Varthan pun kami kutuk jugak walaupun kalau sesapa buli Vishnu, kami akan backing sebab kami cintakan kedamaian dan kami peminat Greenday! Persahabatan aku dengan Neoh kekal sampai sekarang sampaikan kami boleh berbincang pasal isu perkauman tanpa menyalahkan kaum masing-masing dan Neoh sentiasa memulakan percakapan dengan aku dengan ucapan 'Assalamualaikum' dan aku balas 'ko ni bila nak masuk islam'. Dalam scene aku ada ramai kawan dari kaum india macam Jana (Intrude Records) yang very hardworking, Elem (Edwin Raj) dari They Will Kill Us All yang selalu aku akan amazed bila dia bercerita, kaum cina macam David Leong (They Will Kill Us All) yang sangat supportive dan outspoken, Edwin Tan (bandmates aku dalam S.I.N.E yang sekarang dah RIP ---->band post rock pertama sebelum kemunculan Damn Dirty Apes,heheheh yooh jek). Ni antara kawan-kawan aku yang aku yakin akan tetap berkawan dengan aku. Tu belum masuk kawan sekolah yang lain macam Yap Chien Syien, Tee Gee Chuan, Jee Yih Tye, Raymond, Hooi Siang, Phng Choon Song, Singh Hoki, bla bla bla.

Ahmad Ismail mungkin refer pada pihak DAP sebab sekarang DAP menguasai Pulau Pinang. Dan DAP majoritinya adalah kaum cina. Dan oleh kerana mungkin dia telah menganggap MCA dan Gerakan adalah sebahagian dari UMNO (secara teorinya aku berfikiran Ahmad Ismail anggap MCA, Gerakan dan UMNO adalah satu bangsa yang mempertahankan hak bangsa mereka), maka dia tidak segan silu mengkritik kaum cina hasil 'kebenciannya' pada DAP. Itu cuma tanggapan aku. Aku tak cakap aku sokong Ahmad Ismail tapi itu cuma tanggapan aku jek.

Atau aku memang racist dengan statement aku nih? Pikir secara mendalam dan terbuka. Sekali lagi, pikir secara MENDALAM sebelum korang melabelkan aku racist. PIKIR SECARA MENDALAM (3 kali aku ingatkan). Siapa yang racist sebenarnya?

-Neofishy 'the so-called Racist Guy'

Agak meriah jalan jenang sekarang!

Bukan the exact Jalan Jenang, tapi blog nih. Cerita-cerita dari Abg Mat Tora agak ceria dan best untuk dikongsi bersama, cuma cerita pasal tape tuh Abg Mat Tora kena polish sikit, kena tau letak koma kat mana, kalau tak orang baca penat semua kena teruuuussssss jek..

Kemasukan Abg Dozo juga semakin dialu-alukan. Cuma Ginji dan Jinggal agak sepi sekarang, mungkin masing-masing sibuk degan hal masing-masing. Tak apa, yang pasti Ginji dan Jinggal akan tetap bersama kami.

Qarmadharma semakin berapi dengan cerita-cerita yang dia memang expert (terutama cerita cinta yang menghambat dia sekian lama...sudah menemui cinta baru...tahniah Qarmadharma). Disamping sedikit ilmu pengetahuan yang diselitkan, memang tidak membosankan.

Abg Mat Tora merupakan calon penulis yang boleh menaikkan nafsu berahi mengenai makanan dan berkaitan muzik, namun begitu Abg Mat Tora juga berkebolehan memebrikan tips-tips mengenai sexual bagi yang sedang menghidapi penyakit sex, boleh kontek Abg Mat Tora. Dia expert.

Well, rasanya tu jek buat masa nih. Semoga penulis-penulis kami akan bertambah dan semakin maju penulisan kami.

Buat Ginji, Jinggal, Qarmadharma, Abg Mat Tora dan Abg Dozo, teruskan usaha kalian. Buat penulis baru, welcome to the club...Bronx New York bukan true Bronx, ini baru Bronx.....yeah!

Iklan, sila layari www.myspace.com/komikclothing. Ala, TV3 boleh amik untung pada iklan, takkan aku tak leh iklan plak kan.....sori mate

Photobucket

28 November 2008

SELINGAN


Budak yg tampal flyers ni ckp “try bro! 12inci bro!” >>KLIK<<

-abg mat “urut” tora

APA BEST SGT KE #2

Hari ni gaji eh!! Spt biasa kalau gaji ni mesti la nak makan makan yg best sket ar takkan la asek asek bedal nasik paprik pataya je kan?kan? so menu gaji abg mat tora arini ialah chicken chop with brown gravy le petite’(saja je tambah nama ni so nampak la mcm italian sket)

APA BEST SGT KE?? Peh betah dol daging ayam tanpa tulang(bhgn peha kalau org jawa ckp kempol ayam) di goreng dgn salutan tepung sampai rangup kriuk kriuk, ada sedikit hiasan sampingan spt daun salad, kacang pis hijau, tomato dan kentang goreng(bkn fries yg korg bedal kat mekdonel tu tp sebijik kentang yg dibelah 4 dan digoreng sampai rangup dan lembut, tebal dol kentang tu). Last skali yg buat diapunya syoh dtg tu kuah brown gravy resepi tersendiri pekat dan berlemak walahh muahh dituangkan disekeliling ayam tu peh tak hengat beb bila lu bedal!

MANA BOLE DPT NI? Nama kedai tu restoren hua mui jalan trus johor bahru dibuka setiap hari 7am-6pm. Kalau lu org nak kena cikenchop ni kontek abg mat tora la nnt wa bwk korg kesana, tapi korg kena belanja abg mat tora la kan biasa la bab abg mat tora nak belanja korg takdpt la dol!

LAIN MCM JE NAMA KEDAI TU? Dol ni kedai kopitiam hainan la(bkn kopitiam yg lu org jumpa kat shoping kompleks tu mahal dol kopi secawan rm2.50 tu di cas!) ni kedai lama dol tahun 50an diorg dah niaga, otai otai yg dah lama duduk jb mesti tau kedai ni. 1st time abg mat tora bedal kat kedai ni tahun ‘97 mmbr sekerja yg bwk abg mat tora makan kat sini dia ckp “dol kedai ni halal tau”. So tepuk dada, nak makan apa! chow bebeh!!


-tora tengku sabri

CARIAN CARIAN JAHAT#4

Try blog ni >>KLIK<<, ada byk link mp3 yg malar segar. Lu org boleh request mp3 lagi dgn tuan punya blog ni. Amacam ada berani? Abg mat tora dpt link download dvd lamb of god walk me in hell request kat sini la!!yeah!!!

-abg mat "lamb" tora

27 November 2008

halo..... ini abang dozo spanking

hai adik-adik..... ni abang dozo tengah spanking ni. mula-mula sekali abang dozo ingin mengucapkan tima kasih kepada qarmadharma kerana memberi can kepada abang dozo untuk menulis. yee..... tak lupa juga kepada abang mat tora kerana memberikan info tentang blog ni. kepada abang mat tora,"do you want the number one fookie?".

apabila disebut 'jalan jenang', yee..... abang dozo memang familiar tentang jalan tu. abang dozo suatu ketika dahulu pernah menonton wayang di odeon yang sekarang tinggal bangunannya sahaja. tapi di sebelah bangunan odeon itu, bersebelahan dengan gerai surat kobar, terdapat satu lot gerai yang sangat familiar bagi mereka yang ingin breakfast; warung zam.

dulu... di situlah abang dozo dapat berkongsi dan mendapat cerita tentang apa-apa isu di kawasan-kawasan our beloved batu pahat, johor. member-member ramai bertandang di situ. tauke warung tersebut; zam di awal perkenalan, teringat abang dozo akan guitarist band sludge doom metal; crowbar. lebih kurang macam dia, beb.

sekarang... abang dozo dah duduk dan mencari rezeki luar dari batu pahat. jarang sekali abang dozo singgah melepak di warung zam. last abang dozo singgah kalo tak silap dalam lima bulan lepas. tapi nantilaa, ada rezeki abang dozo akan cuba singgah warung zam dalam masa terdekat nanti, insya-Allah.

dulu... pada waktu malam, di kawasan yang sama, wujudnya gerai burger hardcore rabak maut; gerai burger BPHC yang diterajui oleh neofishy dan assistantnya qarmadharma. malam-malam walaupun tak ramai yang singgah di situ tapi meriah beb. meriah bila time member-member order makan then lepak-lepak. pulak tu bila abang mat tora ada sekali. penuh dengan citer-citer yang syok didengar. tapi abang dozo hanya singgah lepak 2-3 kali kot.

sekarang... since qarmadharma dapat kejer gomen di sekolah area masai, gerai tu dengornya dah closed. untuk sementara waktu je ke? atau sebenarnya memang dah beroperasi semula? ntahlaa, hanya neofishy yang bole menjawab. dan abang dozo hanya mendengar cerita-cerita itu dari jauh.

depan gerai tersebut, terdapat sebuah hotel yang dipanggil hotel garden. abang dozo tak pernah bermalam di situ tapi pernah tumpang kencing & beri-beri sahaja. hotel tu tak lah bagus sangat untuk diceritakan tentang penginapannya. tapi suatu ketika dahulu pada tahun 1999, pernah di organizekan satu gig hardcore di tingkat atas hotel itu yang betul-betul happening punyer. dimainkan oleh band-band hardcore yang bagus-bagus termasuklah crestfallen bagi slot nombor satu (masa tu lineup tegar: asum, enol, arip, manap & neofishy). dan band punk rock yang paling familiar; carburetor dung yang pada masa itu dilineupkan oleh lee, joe kidd, irmanhilmi, effendee (sekarang director filem KAMI) & ollie. lepas gig tu, ada sesi fotografi carburetor dung dan rakan-rakan kat depan warung zam (abang dozo ada simpan lagi gambor tu).

tak lama selepas itu hotel garden pernah didiami oleh bandmates dari love me butch & lyme (butolaa band ni aku tak suka). organizer layan band-band ni macam star sangat siap bayorkan sewa hotel. pulak tu gig yang diorang perform kat car park tingkat atas bus-stand tak ramai orang datang sebab disabotaj dan dilabel sebagai gig sell out. so, pulangannya merugikan dan band-band tu tak dapat bayaran penuh dan diorang tak puas hati. dah explain yang crowd tak ramai & diorang bole tengok depan mata tapi masih tak accept lebih-lebih lagi pada guitarist lyme tu. abang dozo ingat lagi & rasa mcm nak tumbuk dia ajee. poyo abis mamat tu.

hmm..... semuanya sudah berlalu. kedai makan mcdota kat situ dah berzaman tutup. abang dozo ingat lagi... tunggu kat luar dapur mcdota dan pernah dapat makan free masa ben ngan mas fawzi kejer kejap kat situ. sekarang yang tinggal meriah hanyalah warung zam. itupun kejap bukak kejap tak bukak. why? what happened? secara psikologinya dan secara tidak sengaja telah membuatkan orang-orang yang biasa breakfast kat situ dah mula berpecah port breakfast di tempat lain. maka automatically komuniti breakfast kat situ boleh berkurangan. jangan beb. cuba elakkan daripada jadik macam tu.

itu je laa yang abang dozo bercerita tentang spot-spot di area jalan jenang, batu pahat, johor darul takzim pada suatu ketika dahulu dan sekarang. ada rezeki lagi, abang dozo akan menulis lagi untuk blog ni....... adioossss....


- abang dozo.....

25 November 2008

MASKOT

Hari hari keje bosan, tak keje takde duit, takde duit tak bole meriah meriah fakk!!!

Wei geng! utk mengelakkan bosan keje dkt kilang batu bata ni abg mat tora dah letak seekor maskot la bole kasik motivate budak2 dlm kilang agar rajin keje termasuk lah abg mat tora skali! Haa ni dia maskot tu! amacam basah kan?kan?

saya sedia!!!

-abg mat "yam bo yamm" tora

22 November 2008

PITA PITA KEHIDUPAN #2

ok adik adik abg mat sambung lagi kaset kaset koleksi habuk yg abg mat tora selalu dgr dlm cobra mustang:

18. Jimi Hendrix – are you experienced?

Whoa gitar hero yg betah abis tahap dewa19. Petikan 6tali mamat ni mmg best goreng goreng blues rock tak ingat dia digelar “person who change course of guitar playing”. Tu kena tgk dvd dia main live ar wa suggest dvd jimi hendrix live at woodstock ’69 amacam layan skali feel bro dia goreng goreng mcm ada jin siam sudah masuk badan dia bila tgh perform, biasala zaman tu LSD la dia tibai. Tp sambil layan dia goreng goreng tu abg mat tora suka sgt layan bunyik dram dia, cara stroke pukulan yg brsahaja gaya bebas, permainan yg ikhlas dan groovy. Mungkin teknik recording zaman 70an tu nampak sound rekod tu hidup dan organik. Bkn mcm rekoding zaman skrg smua dah digital guna pro tools mmg baik dan mudah tp yg dulu nya lg betah abis.
Abg mat tora mmg suka sound rekoding zaman tu nampak mcm loose je tp tight sebenarnya. Band2 70an lain yg abg mat tora suka mcm led zeppelin, black sabbath, cream, deep purple, sweet charity dan halil chik, peh diorg memang betah abis cap jempol!! Biasa layan kaset ni lepas isi minyak ronda2 satu jb smpi abis minyak!cara!

19. Demon knight soundtrack

1st album soundtrack yg abg mat beli(siapa plak pinjam soundtrack sembilu tak pulang ni!). Semua lagu2 dlm tu betah abis. Lagu pantera cemetary gates abg mat tora khatam hafal siap dgn goreng goreng dia skali.
Tapi lagu yg menjadi siulan abg mat tora pada side B track last lagu hiphop dendangan gravediggaz – 1800 suicide! APA BEST SANGAT KE HIPHAP NI?? Ni 1st lagu hiphap yg abg mat tora suka dan boleh wa rapkan dgn baik mcm seorg nigger mabuk oren lamnet(ice ice baby pn wa hafal…mmmm lagu informer drp snow pn hafal jgak….mmmm drdre lagu the chronic pun hafal jgak….mmmm).
Abg mat tora pernah tapekan suara tgh rapkan lagu ni, suara abg mat tora kira mcm mosdef la sikit sikit belacan tu ada lagi la. Kalau nak berkoloborasi dgn joeflizzow tu kira kacang rebus la. Abg mat tora slalu layan kaset ni bila bosan kat hiway nak balik bp!

20. Dr Dre – the chronic

1st album hiphap yg abg mat tora beli(nico dgn 4u2c mana lagi best eh?). Masa album ni kluar hiphap tgh naik ar kat bp, smua budak budak dadah kampung abg mat tora tukar style layan hiphap. Sluar baggy saiz gajah 45, kasut airwalk, baju gila besar guni dan topi terbalik ada besi krum kat depan peh mmg hiphap abis lah pastu lepak layan cendol pak O' bastand. Wei ni apa cibai hiphap layan cendol ni! Hiphap minum todi la cibai!!mabok!!
Pernah skali abg mat tora gi tgk gig kat bp dkt hotel dragon kalau tak silap ar ada la budak budak hiphap perform peh abg mat tora siap pening ar takpaham dia rap apa, kira mcm budak jawa totok nak jadik nigger. Klau diorg perform kat south central los angeles rasa dah kena tembak dgn nigger kat situ!
Abg mat tora bli kaset ni dkt kedai kaset dickson dpn bastand bp. Abg mat tora mmg taktau pun kaset rap mana yg paling best, so wa belek belek smua keset kat rak kedai tu last nampak keset ni cover putih dpn gambo nigger ni mata rabak ada simbol daun ganja. Yess suksess suksess dah jumpa!! Tak nampak mcm dokter hospital mahupun dokter ayam pun nigger ni. Ni dokter ganja ni!! Bayar tak ingat brp hengget rasa rm12 kot.
Balik rumah kasi pasang kat radio. Ayat pertama yg kluar dari keset tu “this is dedicated to tha nigger dat been down since day one…. Welcome to deathrow… like we always do about this time hah ha haaaa” lps tu suara snoopdogg rapping mencarut carut carut fak fak fak dari mula sampai habis lagu intro tu peh gila 3reban ayam ar diapunya carut.
Dr dre nya rapping slow and steady melekat dan pekat. Suara dia tak la sedap sgt mcm boys2men tp ada something la kat suara dia yg buat lu rasa suka sangat dgn flow rapping yg bersahaja. Trademark hiphap gangster dr dre ni adalah pada bunyik kibod yg note nya ditekan panjang satu persatu dan ditambah beat dram yg slow dan constant. Lirik jgn crita ar mencarut je fak fak lucah cikero romen romen, lirik tema gangster bawak pistol tembak org “whose the man with the masterplan.. the nigga wit muthafukin gun” peh dah mcm crita godfather la pulak kan. Abg mat tora siap carik tu lirik diorg nak fahamkan pebenda la diorg critakan ni.
Punya la minat gila dgn gangster rap ni siap pinjam pak long nya beca buat angkat kelapa berangan tgh ronda ronda naik lowrider siap buat lirik lagi tu “crusing with my homies in ma 21inch lowrida, honies n bitches go down sucking my weiner choco flava, bam bam my AK poppin nigga fukin went down” oops lupa last skali “beotch!”.
Wahaahahaa ingat ingat balik mmg kelakar la time tu zaman budak hingusan kan. Tapi bila fikir balik la abg mat tora lebih rela la jadik budak budak hiphap kicap ni drp jadik budak budak emo my kemikel tempek tu!!fak nigga!!!

21. Slank – virus

Kalau nak crita pasal band indon ni lagi 2hari pun tak boleh habis belambak lambak band diorg ni. Bukan la semua nya best sgt pun tapi bila rekoding company tabur duit riban riban buat album dkt studio mahal pakai sound engineer teknik bagus telinga gred A1 mestilah lagu yg tak sedap tu boleh jadik sedap. Sama la jugak kalau rekoding company tabur duit riban riban dkt band doomgrind abg mat tora mesti punya lagu kitaorg jadik sedap hits no1 dkt sinarFM.
Budak indierok lanciau ckp dia suka band shila on7, ye mmg tak dinafikan band tu best tapi abg mat tora lebih suka tgk diorg perform live ar lagi sedap sound diorg trutama skali lead gitar diorg bunyik amp dia betah abis warm, sustain dan upfront, abg mat tora paling suka tgk diorg main live dkt t.v(dkt jb mmg dpt siaran tv indon stesen tv RCTI dgn SCTV gambo clear gila kalah rtm) sbb nya sound yg kuar drp siaran tv live diorg mmg sedap clear, well balance berbanding siaran tv malaysia kerana sound engineer diorg teknik bagus telinga gred A1.
Lu org tgk je ar rancangan rentak juara rtm fuh bunyik pijat je yg dgr out habis, konsep rancangan dah best tapi kalau sound sengau yg best pun jadi sual kan?kan?. Abg mat tora pun tak paham la stesen tv malaysia ni nak kata takde duit takkan la boleh bukak stesen tv kan?kan? rasanya diorg ni pakai sound engineer torek cap ayam la biasa handle p.a system karaoke majlis kawen je nak save bajet sound pekong!
2bln lepas tv singapore SURIA pun ada buat rancangan mencari bakat band baru Anugerah band, nak kata best sgt tu tak la hebat sgt pun, diorg pun main lagu cover jugak, lagi baik rentak juara sbb lebih variasi muzik skill band band kita pun lagi up drp diorg tapi tu lah mcm td abg mat tora ckp sound engineer diorg teknik bagus telinga gred A1 bunyik mmg best clear tak bosan nak tgk. So rtm dgn mediaprima you guys must do something la eh jgn nak carik untung riban riban kualiti bontot kuali!!
Ok berbalik pada band slank ni, APA BEST SANGAT KE?? Band ni kalau lu tgk gambo diorng seko seko muka drug, tapi dari segi skill permainan mmg bagus lagu pun sedap. Gitaris dia BimBim bluesrok goreng goreng betah abis. Abg mat tora mmg taktau pun kewujudan band ni tp bila tgk tv rcti & sctv diorg main live masa album virus ni kluar jadik terpikat plak. Berbanding dengan album album sebelum album virus ni mahupun album yang selepasnya spt yg biasa abg mat tora ckp album virus ni lebih sincere ikhlas dari hati dgn lirik lirik yg lebih stright to the point. Diorg mcm lebih dekat kepada peminat peminat diorg yg rata rata golongan bawahan dan miskin. Kira diorg ni meluahkan rasa tidak puas hati peminat akan keadaan semasa indonesia masa tu kepada semua lapisan masyarakat, tapi nak diikutkan band ni tak miskin pun dah standed rokstar duit jutaan jutaan rupiah biasalah kan jadi penghibur ni kena la harganya kan?kan?. “aku nggak mau uang ribuan, yg aku mau uang merah chekek’an, asal ada babe untuk ku panggang asal ada ubi untuk ku makan, aku cukup senang” hahaha real tak lirik diorg, kalah rhoma irama!!

22. Wings – orang asing

Budak indiroklanciau : wei buto la dgr lagu melayu rokketat plk tu!

Abg mat tora : woi sedar sket la kau pun belacan jugak la cibaikia! Fakk!! !@#$%^&*()_+=

Wei wings beb! Mogwai cium bontot aku! Ni album yg paling laid back rilek rilek lepak tepi pantai petik gitar minum air kelapa. Masa kuar album ni awie dah blah so diorg ganti vokalis baru Mel. Diorg try nak buat sikit perubahan dimana lagu tu nak disesuaikan dgn vokal range Mel ni. Budak 2 rokapak kental tmn nira tak suka beb album ni sbb slow sedih. Tapi abg mat tora mmg betah abis dgn album ni sbb ni lah album simbolik mengiringi pemergian awie drp wings. Ciptaan lagu dlm album ni ringkas takde riffing goreng goreng joe yg keras tu tapi ia lebih ikhlas sincere luahan hati, susah la nak tgk dgr benda benda di dlm album album wings yg terdahulu.
Lagu lena diulit intan, siapa je yg taktau, satu parit raja pun tau. Lagu wajib band band rokapak bila jamming. Kalau lepak studio jamming summit parade masa album ni baru kuar dulu setiap band yg masuk jamming mesti main lagu ni sampaikan band metal ala silkhannas, band style new york hardcore, band punkrok busuk, band skinhead sluar senteng, grunge jeans taj basoh 4bulan, band crusty crab pun main lagu ni. Betapa besarnya impak tahap maksima lagu ni kepada band band batu pahat. Disebab kan itu ada byk version lu boleh dgr, ada version laju, version slow, version metal, version dangdut dan yg paling betah abis version gagap wahahahahahh!!

Tapi bila fikir fikir balik kan band rock otai mcm wings, search, may, xpdc, crossfire etc. ni mcm takde menyumbangkan apa apa kpd industri muzik malaysia ni, bkn takde menyumbang tapi agak kurang produktif dari segi menjadikkan band tu lagi hebat, cuma glamer kat kampong sendiri. Apataknya asek nak tunggu rekoding company supply duit buat album baru hegeh hegeh nak buat lagu la nak carik kibodis la, nak jumpa mnasir mintak lagu la. As a band the creative proses must go on even though sedang menunggu projek baru. Buat lagu banyak banyak pastu kasi rekod demo version pakai PC cap ayam takkan la nak tunggu studio sewa 1jam rm200 baru nak rekod kalau awak tu guns n roses byk duit riban riban bole la crita apa. Pastu lagu demo tu kasi upload dkt myspace ke multiply ke facebook ke, takkan tu pun abg mat tora nak ajar apa! upload blue tauplak eh korang!fakk! Kasi peminat dgr pastu mintak rebiu, mesti peminat berduyun duyun komen kat page band diorg ni. Ni adalah proof yg bole diberikan kpd rekoding company ckp lagu baru ciptaan sendiri teramat disukai peminat di luar tu, baru la rekoding company tu bukak mata berani tabur duit riban riban panggil rick rubin jadik penerbit album ni asek asek eddi hamid, m nasir, ramli sirap, david teo je yg jadik penerbit album, kualiti sama je, sound gitar sama je walaupun artis berbeza.

Ni bila band indon masuk malaysia lagu selalu main kat radio tau pulak marah marah, tak adil la, jadik anak tiri la, kera di hutan la. Padan muka malas!!
Kira stesen radio kat malaysia ni cukup baik la ada nak main lagu korang, cuba lu jadik artis singapore mampos mati kering la lagu korang nak dimainkan kat radio kerajaan diorg. Kalau lu takde duit nak bayar airtime jgn harap la diorg nak kasi promosi free. Serius lu org try ar dgr stesen lagu melayu 89.7fm RIA dgn 94.2fm WARNA boleh dikira dengan jari la satu hari berapa kerat je artis singapore lagu diorg dimainkan. Smua lagu org luar diorg mainkan drp artis malaysia dan indonesia. Sbb apa? rekoding company kasi tabur duit riban riban promosi gila gila beli airtime stesen radio tu.

Lu org kena ubah sikap ar jgn asek nak tunggu rekoding company sbb lu org main muzik ni kira mcm bisnes sendiri tau lu rajin byk untung la lu boleh dpt, kalau nak makan gaji baik lu keje gomen atau keje kilang batu bata mcm abg mat tora ni.
Harapan kita sekarang hanya pada band band indie yg baru setahun dua ni dpt perhatian drp semua org. Mana tau ada rekoding company mcm sony, emi, parlophone sign band band ni kasi tabur duit riban riban suh diorg buat lagu sendiri yg best betah abis takkan la nak tunggu lagu eddi hamid, m nasir, ramli sirap, david teo plak kan.

So band band baru ni kena rajin la jgn malas more creative. Jgn asek nak mengeluh ckp “alat muzik takde la, mahal la camna nak buat lagu best mcm sigur ros”. Wei taik! Gitar 4 lima ratus skrg dah bole dpt apa! tak semestinya pakai gitar caparison baru boleh buat lagu sedap apa yg penting usaha. Jgn asek cakap “kalau la aku lahir kat east london mesti band aku skrg dah setanding bloc party”. Wei taik! Kalau lu lahir dkt sblh berkele music pun kalau malas takde guna jugak!
Peh letih kering tekak la taip panjang panjang ni, band doomgrind abg mat tora pun dah lama tak buat lagu ni. Weekend ni balik bp jamming ar.

ok lah wa nak gi kena teh tarik bai dgn roti kaya, chow bebeh!

-abg mat "hiphap" tora

CARIAN CARIAN JAHAT#3

Ok mister doh kasi masuk ini website >klik< diapunya password dkt page header sebelah atas kiri skrin, dah masuk lu kasi search apa band lu mau. Dkt sini byk indie, postrok, doom, metal tapi sanisah huri takde la. Mcm biasa kena download full album guna link rapidshare, mediafire, megaupload dll. Kalau abg mat tora biasa guna link mediafire sbb wifi free dkt rumah ni tajaan tan jin seng workshop ni paling laju guna mediafire, kalau link lain hampas slow mampos. Ok selamat mencuba!

-abg mat "curian" tora

APA BEST SANGAT KE? #1

Dah beberapa bulan kebelakangan ni selera makan abg mat tora semakin berkurangan, bukan terus tak makan utk nampak langsing sbb makan tu adalah salah stu hobi abg mat tora selain mengumpul setem.

Cuma skrg ni makan hanya utk kenyang mengalas perut bukan makan kerana sedap. Biasalah kat jb ni brg makan mmg mahal kalau skali makan dah tentu rm6 tu pun menu biasa biasa je. Tgh hari makan nasik campur lauk ikan atau ayam + sayur rm5 dah tentu punya + sirap rm1. Tu kira menu bajet sesedap rasa la. Mkn mlm dah tentu kedai awe siam tomyam gong yg kedainya merecup di seluruh jb ni mana ceruk je diaorg ada. Menu bajet sesedap rasa nasi paprik rm4 + telor dadar rm1 + teh o panas rm1. Begitulah tiap2 hari menu kekadang up sket la tomyam campor, ada duit lebih sket kena siakap 3rasa. Sebulan sekali time gaji biasalah feveret kena cikencop. Tu belum lg kluar dgn teman utk mesra dah tentu lepak jascotebrau layan fish n chips takpun starbucks sedut kopi gila mahal rm15 secawan, peh kalau hari hari mau rabak jubo. Tapi selalunya abg mat tora mmg mengharamkan diri la nak kuar duit, jatuh standed kalau wa bayar benda mahal tu, teman untuk mesra la bayar kata nak mesra mesra apa. Ok cukup crita pasal tu.

Kalau lah jarak antara jb ke batu pahat tu menggunakan petrol sebanyak 2liter rasanya semua masalah ni ada kesudahannya. Hari hari boleh balik bp makan murah dan sedap.
APA BEST SANGAT KE?
Nak kata sedap sangat tu tak la tapi cukup puas hati melahap! Abg mat tora feveret benda ni:


Mee goreng + telor dadar atau telor mata + sotong sambal sotong lebih!fuh heaven!! Menu sarapan pagi lambat sampai tinggal taugeh je pkl 10 sold out.
MANA BOLEH DPT NI?
1.Biasalah di cafĂ© republik of jenang(saja je wa reka nama ni manatau dpt mkn free) lokasinya di medan selera jalanjenang tuan empunya encik zam tong “suka suka bukak suka suka tutup”(suka dia la nak niaga ke tak tu kedai dia apa).
2. di gerai pak ali blkg surau india jalan pasar batu pahat.
3. pekan bukit pasir kedai lot tepi sblh kedai roti.
4. kedai seberang jalan br hadapan pintu masuk wet world tasek merdeka bp. Abg mat tora gelarkan kedai ni “kedai sarapan malam” sbb dia start niaga pkl 9mlm sampai lewat pkl4 pagi.
Sbb tu la skrg kat jb abg mat tora makan ala kadar je tapi bila balik bp sebulan sekali kasi bedal cukup cukup. Wokeh ada masa nnt abg mat tora review lg la makanan yg APA BEST SANGAT KE? Itu citarasa tekak abg mat tora, kalau korag try tak best abg mat tora pedulik apa. Tepuk dada nak makan apa!chow bebeh!

-abg mat "makan makan" tora

15 November 2008

PITA PITA KEHIDUPAN

Kaset kaset koleksi habuk yg abg mat tora selalu layan ketika meluncur laju dlm abg mat tora punya cobra mustang kaler biru.

1. Roxette – don’t bore us, just go to the chorus

Band yg terkenal dgn lagu2 ballad top 40 yg abg mat tora hafal setiap lirik2nya. So who cares! Wa punya telinga apa! Nenek wa pung suka apa lagu diorg!! Come join the joyride lala laaa laa ewahhhhh!!!!

2. Smashing Pumpkins - the best of

Pergh ni band yg abg mat paling suka dan minat habis tahap dewa19 la. Wa selalu dgr bila sangkut trafikjam jalan tebrau. Kalau nak diikutkan smua album dia abg mat tora nk bwk dlm cobra mustang ni, tapi mesti pelikkan ada kaset rack kat atas dashboard, jatuh ar standed cobra mustang wat camtu apa!

3. Smashing Pumpkins – mellon collie and the infinate saddness

Pergh ni album diorg yg paling abg mat tora suka, smua lagu abg mat tora hafal chord gitar dia! Kira kalau diorg cuma kuar album ni je sepanjang karier musik diorang mmg dah betah legend abis lah!! Pagi nak kuar rumah layan keset ni. Dispite all my rage im still just rat in the cage jet jet jrenggg!yeah!!!

4. Sweet Charity – the best of

Band ni betah abis lah lagu malar segar dgr 20kali pn tak bosan. Abg mat tora mmg suka la sound recording tahun 70an 80an terutama sekali sound dram dia nampak hidup nampak organik dan band ni main dgn ikhlas dari hati. Peh susah nk dterangkan lu org dgr sendirik la. Nenek abag mat tora pun suka band ni!

5. Stone Temple Pilots – purple

Antara band betah abis yg abg mat tora paling suka tahap dewa19. 2nd album diorg ni byk lagu2 best, sound guitar works menarik magnet petikan 6tali dean deleo! aku tak mau jadi jim morrison aku mau jadi dean deleo!!! Lagu big empty lah abg mat selalu sing along!!

6. Helmet – aftertaste

Bagi peminat tegar helmet diorg mmg suka album betty tp abg mat tora mmg betah abis dgr album ni. Lu bayangkan lah eh wa tgh meluncur laju meter cobra mustang cecah 180 tekan gas pedal tak ingat depan dangabay kalau nak layan sing along ni lah album nya! Page hamilton nya guitar riff mmg betah abis!!

7. Radiohead – the bends

Lagu 1st britpop yg abg mat tora main gitar drp radiohead ni lagu creep, smua org tau lagu tu. Nenek wa pn suka! Tp album diorg yg abg mat tora betah abis ialah album the bends ni. Johnny greenwood nya petikan 6tali sungguh mengkhayalkan, sound guitar dgn penulisan lagu mmg seimbang hampir perfect. Mood lagu nyanyian thom yorke sekejap happy sekejap moody deepress abis la air mata meleleh. Sesuai dilayan ketika hujan turun. Johnny greenwood aku mau jadikamu aku tak mau jadi jim morrison!!

8. Rage Against The Machine – 1st album + evil empire


Tgh marah? Sangkut trafficjam? Kereta kena calar? Ni lah album yg amat sesuai dilayan. Kenapa 1st album + evil empire? Nenek abg mat tora ckp sepatutnya kedua2 album tu kena campur sekali baru betul sbb 1st album(bdk2 dadah kampung wa ckp cover album gambo sami terbakar) tu mmg diorg tgh marah gila mesti kena dgr 2nd album evil empire utk melengkapkan kesinambungan kemarahan, tu sbb album2 selepas tu diorg nya lagu kurang marah la kurang ajinomoto. So abg mat tora selalu anggap yg RATM ni cuma kuar 2album je. Tom morello nya petikan 6tali mmg betah abis cap jempol! Tom morello aku mau jadi kamu aku tak mau jadi jim morrisson!!

9. Bon Jovi – crossroads

Shot to your heart and your to blame darling you give love a bad name tiu tiu tiu na na naaaa yeah band rockspandex tahun 80an yg abg mat tora betah abis! Nenek abg mat tora selalu berduet karaoke lagu diorg sampai guling guling atas lantai penangan bon jovi nya lagu. Sesuai dilayan ketika mengorat awek2 minah kilang perindustrian tampoi ketika dorg balik keje

10. Scorpions – still loving you

Tak perlu dihuraikan lagi tentang lagu ni. Chorus yg cukup bold utk sing along. Brani bukak tingkap la nyanyi depan bustop batu 5 jln skudai dpn angsana peak hour pkl 6 sure org ramai tepuk tangan!serius!

11. Soundgarden – A Sides

Kompilasi lagu2 betah abis diorang. Satu lagi band betah abis tahap dewa19 nenek abg mat tora suka sbb apa, sbb suara chris cornell tarik betah abis high pitch. Kalau takde chris cornell siapa lah soundgarden kan. Tetapi mesti di ingat tunggak utama soundgarden terletak pada petikan 6tali alternate tuning kim thyill dan pukulan dram matt cameron. Why?kenapa? lu org dgr betul2 eh lagu diorg gitar dgn dram dimainkan seiring sejalan bagai aur dgn tebing, maksudnya disini bila diorg buat lagu gitar akan ikut stroke drum dan drum akan ikut petikan gitar. Korg paham? Kira mcm berduet la, tu yg structure lagu tu nampak cantik je. Kim thyill aku mau jadi kamu aku tak mau jadi jim morrison!

12. Rancid – and out come the wolves

Yeah punkrok I loike! Abg mat tora slalu dgr bila on the way pegi training badminton dkt tmn perling. Full energy! 1st time album ni kluar wa mmg suka abis hafal chord 1album, Band abg mat tora dulu slalu jaming lagu diorg khatam album ni. Tu dulu la masa budak2 hingusan tp skrg kitaorg dah main technical doomgrind/jazz/noir. Banyak kenangan la tentang album ni.
KISAH 1: masa zaman tu internet kat BP mmg takde lagi la, kalau ada pn wa taktau pakai lg pun. Nk carik lirik diorg nak jaming ni bukak kulit kaset tu ada lirik tp tulisan mcm taik tak paham biasala kata punkrok kan. Solution: kasik photostat besar kan baru nampak then salin la kat buku lirik latihan SMDOJ pastu jaming. Tahun 2004, dah tak jaming lg lagu punkrok, abg mat tora trjmpa balik buku latihan lirik tu bawah katil so check la kat website rancid lirik sebenar diorg peh hancur semua salah, yg betul cuma part chorus je cibai kia!!!!
KISAH 2: semangat nk jaming lagu rancid ni. Port jaming kat summit parade. Lagi 10meter nk sampai kedai jaming kena cekup dgn polis apalagi berangkut ar kebalai naik van biru busuk tu. Sampai kat sana kena kawat cam kes rogol!cibai kia! Menakung kat balai 5jam, nasib baik tak sangkut. Dramer aku muka dah putih pucat corpse paint toreh takde darah, wa sound apasal dol? “dlm kocek wa ada sepeket upjohn la” Pergh! Lagi cibai kia!!!
KISAH 3: port jaming kat summit parade tu ada 2 kedai je. Band yg slalu jaming kat situ smua main lagu rockapak. Bila kitaorg jaming main tak ingat, ketuk dram gila babas, sound gitar kuat gila biasala punkrok apa. 1st 2nd time ok la. Masuk 3rd time trus kena banned dgn tauke jaming. Solution: suruh member lain tolong booking jaming, bila tiba masa masuk sorang2 cover line. Apek tu nak ckp apa kan dah jaming duit dah bayar takkn dia nak halau. 1st 2nd time ok la. Masuk 3rd time apek tu matikan master suis letrik. Kalau stakat gelap tu boleh hidupkan lilin lagi abih amp gitar nya dah mati nak bunyik apa?pakai mulut?cibai kia!!!

13. Nirvana – In Utero

Nirvana sapa tak kenal, “I hate myself I wanna die” ada lagi tulisan bongok tu dkt belakang gitar kapok abg mat tora(tapi skrg wa da tak pakai lagi gitar busuk tu jatuh la standed, skrg petik caparison la) . Nevermind album yg mesti ada bagi setiap peminat grunge. Abg mat tora selalu layan album in utero ni bila dpt gaji nak gi makan cikencop. Tapi abg mat tora lebih suka album in utero ni. Sbb apa? Sound petikan 6tali kurt cobain yg sungguh kasar, raw, bunyik bising yg sengaja dikeluarkan drp amp utk nampak lebih cool. Riffing lagu betah abis dlm album ni telah menunjukkan diorg semakin matang dlm penciptaan lagu berbanding album nevermind. Tapi sayangkan band sebaik ini dlm genre tersebut terhenti dlm kisah yg amat tragis. Pada masa kisah trajis tu trjadi abg mat tora sungguh sedih la mcm lost sesuatu yg terbaik pernah wa ada. Wa siap fikir mcm mana ye album diorg selepas album ni, sound lagi bising ke, album tu jdik hit mcm album nevermind ke.Tp skrg ni abg mat tora fikir balik mmg patut pun kurt cobain tu mati sbb jika nirvana ada lg skrg diorg mesti main style emo bacin rambut belah pepek!!!fakk benci aku!!

14. Red Hot Chili Peppers – one hot minute

Wei apasal one hot minute? Gila apa? Blood sugar sex magik betah abis apa!! Memang la Blood sugar sex magik tu betah abis sbb tu album dadah diorg. 3guni heroin diorg sedut nak siapkan album tu. Tapi album one hot minute ni diorg dah cool down layan kopi C dgn roti bakar butter kaya dgn telur ayam kampung 2biji separuh masak. Abg mat tora suka abis album ni sbb dave navarro yg petik 6tali sound gitar sedap riffing betah abis, ada goreng goreng fuh memang lengkap la. Dave navarro masa main dgn jane’s addiction style dia lain alternatif rock tapi bila join RHCP dia boleh sesuaikn diri la main funk dgn baik. Lagu my friend tu slalu abg mat tora nyanyi bila lalu jalan stulang laut tepi pantai ketika air laut sedang naik pasang!heaven man!!

15. Iron Maiden – fear of the dark


Abg mat tora suka album ni sbb diapunya cover album gambo setan eddie dkt atas pokok mmg kena la dgn tajuk dia fear of the dark sbb dkt kampong abg mat tora org nampak hantu smua brgayut atas pokok diorg takpernah nampak hantu tepi jamban ar tu org nak skodeng tu!hahaha!

16. Korn – follow the leader


Wei new metal ar ada lagi ke band mcm ni skrg? Dragon red main lg apa! Nenek abg mat tora suka!! Wa mmg suka sound gitar pelik2, dlm album ni head dgn munky nya bunyik gitar buat mcm style gangster hiphop nya bunyik lu org dgr betul betul. Masa zaman tu kira korn mmg top of the pops la tp skrg dragon red la betah abis. Abg mat tora kalau gi drive thru burger king selalu bukak album ni kuat kuat kasik budak amik order tu menyampah!!

ok geng nnt abg mat tora posting lagi eh kaset kaset koleksi habuk tu. Wa nak gi jascotebrau makan fish n chip!chaw babon!!

-abg mat "habuk" tora

CARIAN CARIAN JAHAT#2

Lagi satu website russia yg letak mp3 direct download klik sini so apalagi kasi hantam la

-abg mat “from rusia with love 2 u” tora

CARIAN CARIAN JAHAT#1

Salam pembuka selera kpd sesiapa yg tak suka beli cd ori jom curik mp3 dkt sini
Kalau nak carik mp3 mykemikelancau jgn tanya nnt aku sauk kang!!!


-abg mat “from rusia with love” tora

ORI KE APA NI?

Peh abang mat tora mmg skrg tgh meluat dgn sorg mamat "katanya dialah yg paling indierok" sudah sound abg mat tora

Budak indieroklanciau: "wei tora lu suka carik brg ori ke cap siam?"

Abg mat tora: "peh kalau jeans ke baju siam wa mmg tak pakai sbb takde saiz!fak siam!!"

Budak indieroklanciau: "so lagu bli cd ori apa?"

Abg mat tora: "wahahahaaaa bodo la kau ni indiroklanciau aku telah mengharamkan diri aku untuk membeli cd ori aku cuma support cd pirate dan download mp3 secara percuma@free of cas dan aku amat bangga sekali dengan kelakuan buruk aku itu!"

Budak indieroklanciau: "takbaik bro buat camtu diorg pun manusia jugak, diorg artis carik makan apa"

Abg mat tora: "kalau setakat mp3 band matsaleh lamhanat tu kita curik diorg tak rugi 1sen pun apa.

Budak indieroklanciau: “ni mcm my kemikel romen ada bro?”

Abg mat tora: “buto la my kemikel lancau kau ingat aku suka apa band cibai tu! Gi bli ori la!fakk!”


-abang “tak ori” mat tora

Sila baca dan buang

Sori eh lama tak posting biasala busy layan psp. Lepas ni abg mat tora will try da best la utk kasi sikit input kat sini dengan bahan bahan yg kurang berfaedah, hiburan yang melalaikan dan juga bahan bahan yg kurang original, so harap posting abg mat tora ni boleh la dibenci mahupun sikit disukai tetapi tetap dilawati oleh para pembaca.

-abg mat "pakai buang" tora

04 November 2008

Maiden Voyage, Norman Hakim dan Raja Petra Kamaruddin



2 days, journey to Taiping with Crestfallen. Amazing... a bit tiring...
Aku sorang je wakil dr JB/BP yg ikut CF ke Taiping utk show kali ni. Jauh beb. Dari JB ke KL memakan masa lebih kurang 4 jam. Dari KL ke Taiping lebih kurang 4 jam juga. Ni first time CF beraksi di Taiping. Ni 2nd time aku ke Perak. Tapi aku memang tak igt jalan dan tiada lesen memandu. So, aku la tuan Magistrate yg ddk diblakg dan dua orang pemandu dihadapan iaitu saudara Enol (Driver) dan Saudara Andaq (co-driver). "Driver, Pergi nightclub yaa". "Baik tuan Magistrate". Utk pengetahuan semua, saudara Enol baru beli kereta. Myvi hitam. Ni kira Maiden voyage utk kereta Enol la. Satu lagi kereta, hak milik Par (Drummer) yang ada kesan remuk di pintu penumpang depan. Wira Biru. Guity party are Par (DevilDriver), Obey aka Norman Hakim (Naughty America Driver) and Uda (Pervert Driver). Mereka melengkapkan diri mereka sebagai 'THe Perverted Bangbros' nakal sikit aje. Perjalanan sepatutnya dijadualkan seawal pukul 10.00 pagi. Tapi semua ahli CF termasuk aku bangun pukul 9.30 pagi.
Dari rumah Enol (Damansara) ke rumah Par (Shah Alam, Sect 7) makan masa tidak smpai 1 jam. Dalam masa menunggu Obey NH dan Andaq, Kami makan tgh hari di medan selera apekebendantah di sect 7. Itu lah heaven bagi kami yang kebulur tak serapan. Kami ceduk lauk tanpa melihat orang sekeliling memandang kami pelik. Tak lupa Uda dengan habit memandang awek-awek uitm seperti menelanjangkan pakaian mereka satu-persatu. Makan ayam, sayur, tempe, paru dengan harga hanya RM5. Heaven!!!!! Kalau aku ddk sini dah lama aku gemuk mcm Enol. Ketibaan Obey NH dan Andaq dismbt dingin. Kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 12.00 tgh. Aku tak dapat melaporkan secara terperinci jalan cerita perjalanan kami dari KL ke Taiping kerana aku tertidur atau lebih tepat sekali... tidur. Alasannya, "nanti aku penat, takleh amek gmba korang". Aku dikejutkan ketika melalui kawasan bergunung-ganang di kiri dan kanan jalan. Memang cantik kejadian Tuhan. Aku sempat shoot 5,6 keping gmba gunung-gunung batu kapur tapi dari view seorang lomographer cabuk. Camera Sekolah yang aku guna ni tak berapa bagus. Aku nk propose kt Guru Besar beli camera yang baik sikit utk gig yang akan datang. Insyaallah...
Lebih kurang pukul 4 kami sampai di Kamunting berdasarkan panduan Saudara Andaq the roadie guider. Tak ada aktiviti mengurat awek Kamunting dilakukan kerana kami adalah lelaki yang bermaruah tinggi. Tak seperti kereta yang satu lagi. Kami berhasrat mencari Pusat Tahanan ISA dan nak ambil gambar Raja Petra Kamaruddin buat kenangan. Tapi tak kesampaian sebab kami rasa dah lewat sangat. Kami sampai di Rainhouse Studio lebih kurang pukul 3.30 ptg. Rupanya majlis belum mula lagi. Band yang opening pun belum lagi sampai. Syabas buat CF... hoyeh hoyeh.... Kami sempat makan (sekali lagi) di KFC Kamunting. Disini sekali lagi aksi urat-mengurat dilakukan oleh Abangbros CF terhadap gadis2 Taiping. Uda sempat shoot satu pic budak KFC menggunakan camera awek dia. Selepas makan, majlis telah pn bermula. Ketika kami masuk, Infinite Delay sedang beraksi. Agak tight juga diorang ni walaupun tiada bass. Ruang yang agak luas untuk sebuah studio. Pencahayaan malap. Pengudaraan yang ok. Saya bagi 3 bintang. Aku terpaksa keluar seketika. Waktu itu telah hampir pukul 6.15 ptg.
Hujan seketika. Aku masuk semula lebih kurang pukul 7.00 mlm. Ketika itu Deadscore sedang beraksi. Wow!! Crowd mereka very supportive. Aku sempat shoot semasa diorang 'cabut keledek' secara rawak. Muka2 yang familiar dari MYHC. Selepas itu band Bugstar mengambil tempat. Band dari Batu Gajah. Aku turun lagi kerana tak tahan panas. Ketika itu CF dok tengah cek tali gitar sebelum beraksi. Aku kira masa tu hampir pukul lapan. Selepas Terlarang, CF mengambil tempat. Aku selaku cameraman, mengambil tempat di sisi sebelah kanan. Takut geng 'cabut keledek' kembali bekerja. Setlist CF dimulakan dgn lagu2 slow iaitu Imagination dan diikuti lagu baru iaitu 'Tikus Melayu'. Diikuti dengan lagu rancak-joget-joget iaitu Big Box Prescott dan cover berhantu mereka iaitu Rather Be Dead dari Refused. Kerana kesuntukan masa CF hanya dapat main 4 lagu dan satu lagu dimainkan secara haram atas arahan Par(drummer). Aku sukar mendapatkan shoot menarik semasa CF beraksi kerana camera cap ayam sekolah ini saving file lambat. Aksi lompat-lompat tidak dapat dirakamkan pada gig kali ini. Apa pun CF merasa puas hati pada show kali ini. Majlis tamat lebih kurang pukul 9.00 mlm. Selepas jumpa organizer dan sesi bergambar bersama rakan-rakan, Kami diajak makan oleh Jon (Bleeding Mascara) ke tempat makan best di Taiping. Kami makan di Padang Sarkas. Mungkin dulu tu tapak orang buat Sarkas kot. Disitu kami menjamu perut dengan lahapnya. Aku dan Enol berkongsi sepinggan Yong Tau Foo. Mesti ada yang musykil Enol makan sepinggan dan dikongsi bersama orang lain. Anda silap. Pinggan yang kami gunakan tu adalah pinggan hidang nasi baryani ketika kerja kawin. Dan dipenuhi macam-macam benda. Ada fishball,fishcake,isi ketam, tauhu,kangkung, etc etc.... Andaq makan sorang-sorang. Rupanya dia lebih kuat makan dari Enol. Tak ku sangka. Selepas makan, Par memberi kuliah musik kepada rakan-rakan. Dari sejarah muzik sampai makanan apa yang perlu dimakan sebelum perform gig, semua dia tahu. Selepas 'timing-timing-timing' (tu term untuk cukupkan masa aku dan obey) kita gerak pulang. Kami dipandu arah oleh Jon sampai ke highway. Aku seperti biasa, memasang seat-belt belakang untuk keselesaan tidurku. Sedikit terganggu dengan suara garau Enol dan Andaq aku terjaga. Kami berhenti di RnR manatah untuk supper. Disitu kami jumpa kawan-kawan dari Deadscore. Rupanya diorang akan beraksi di JB keesokan hari. Selepas berbual kosong dan penat ketawa, kami menyambung perjalanan. Andaq sebagai driver dan Enol sebagai co-driver tidur. Aku pula tak boleh tidur bahana Nescafe aku minum tadi. Sampai di rumah Par (Shah Alam) kira-kira pukul 3.30 pagi. Sekali lagi sesi bergambar terakhir buat gig kali ini. Aku dan Uda bermalam dirumah Enol sementara menunggu esok.
Kami tiba dirumah Enol pada pukul 4.00 pagi. Tidur lebih kurang 5,6 jam sebelum Enol menghantar kami ke Puduraya. Aku balik ke JB dan Uda ke Batu Pahat. Satu lagi pengalaman manis bersama CF yang tidak dapat dilupakan. CF dapat offer untuk main lagi di Ipoh awal tahun depan. Insyaallah tuan Magistrate ikut. Aku sampai Pasir Gudang lebih kurang pukul 10.00 mlm. Sedikit penat tapi menyeronokkan. Syabas buat CF untuk show kali ini dan terima kasih kerana ajak aku ikut. Gracias. xie xie

qarmadharma