30 September 2009

AYAM DADA



Tiap kali gua tengok ayam goreng bahagian dada gua mesti teringat member gua cekgu faizi. Kalau lepak maryam dia akan order makanan dengan aney tu "kasi saya nasi lemak ayam goreng, ayam dada tau" selalu nya bila makanan sampai dia mesti dapat bahagian kepak, gua kurang pasti aney tu telinganya torek atau kurang paham "ayam dada". Cekgu faizi bukan seorang lelaki yg cerewet, dia tetap akan makan dengan bersungguh sungguh, moga dia cepat bertemu jodoh, amin...

29 September 2009

ALBUM HAWT?? part 2

Ok sambung......


Jesaiah - Et Tu, Hope (2009)

Baik jugak mathcore diorang ni, breakdown yg menarik boleh kungfu kungfu angin!
5bintang >>KLIK<<

Hatebreed - Hatebreed (2009)

Band ni dah sama mcm pijat, lagu sama je kalau ada 30tracks lu dah boleh agak lepas ni dia nak masuk chord apa, sama la mcm killswitch enggage, band pijat!
2bintang >>KLIK<<

Morrissey - Swords (2009)

Rilis of the year! Dia kembali dengan album baru yang cukup cool, yg peliknya bila gua dgr lagu lagu morissey secara solo mahupun masa dgn the smiths gua mesti tumpukan perhatian pada lirik dia, apa yg dia nak cerita, ada something dkt lirik dia tu, berbeza dgn artis lain gua mmg takpeduli lirik diorang, yg penting sound gitar sedap, riffing bagus. Awie pijat!!
5bintang >>KLIK<<

Bats - Red in Tooth & Claw [2009]

Dah banyak gua delete band band baru yg katanya berkonsep kan “math”, kalau gua dengar sama je mcm band band yg dah otai dgn konsep “math” gua terus delete, takde perubahan, main copy copy gua delete je. Bats ni boleh tahan jugak, riffing pun sedap.
5bintang >>KLIK<<

Doomriders - Darkness Come Alive (2009)

Dam dam doom bunyi doom I suka album doom ni!
5bintang >>KLIK<<


Paramore - Brand New Eyes (2009)

OK gua memang poser dgr paramore!
5bintang >>KLIK<<


..........Fin

28 September 2009

ALBUM HAWT?? part 1

Banyak betul album baru rilis, diorang tak tau raya ke apa??


HORSE The Band - Desperate Living (2009)

Gua lebih layan album lama diorang, yg baru ni dah mcm lagu pijat, bunyik kibod pun dah mcm bunyik sarkis, entah apa nintendocore merepek.
3bintang >>KLIK<<

Austrian Death Machine - Double Brutal (2009)

Metal bedekah ni, vokalis suara mcm anold swazeneger nyanyi deathmetal hahahhaaa
5bintang >>KLIK<<

AFI - Crash Love (2009)

Lemau la brader, 1 lagu je sedap pecerita ni.
3bintang >>KLIK<<

Arch Enemy - The Root Of All Evil [2009]

Rilis of the year, lagu sedap, gitar goreng goreng yang menggoreng, vokalis angela gossow yg power mower!
5bintang >>KLIK<<

Russian Circles - Geneva (2009)

Band post-metal mcm isis, pelican dan jesu, lagu sedap sound gitar pun sedap tapi sayang seribu kali sayang bisu rupanya band ni, kalau dah susah sgt nak carik vokalis gua bole kasi rekomen member gua jadik vokalis lu orang, budak pt.moen, suara pun sedap nyanyi lagu gore, tapi kalau nyanyi lagu awie gua tak jamin la sesedap awie, lu orang standbykan duit teket kapalterbang dgn makanan halal sure dia setuju punya join!
4bintang >>KLIK<<


........BERSAMBUNG

27 September 2009

EWAH EWAH ADIK SUNGGUH LAWA





Aktiviti gua pekena teh warong bai akan kembali seperti biasa, yang pasti esok pagi isnin highway tebrau jam macam pundek!!

18 September 2009

ALBUM HAWT?? RAYA YANG POWER!!

Lama tak update blog, stimeyx mcm puaka takboleh login, lepas gua ugut tmnet nak buat rusuhan depan opis diorang dkt tmn sentosa baru lah hegeh hegeh nak check ports dkt pencawang tepi jalan, tau la gaji dah masuk awal nak raya, kerje jgn la nak ala kadir plak!
Gua akan offline satu minggu lepak kampung layan kuih raya dan oren lamnet! Lu org layan rilis terbaru yg power mower ni sampai pedih!! Cheers!!

Alice in Chains - Black Gives Way to Blue (2009)

Rilis of the year!! Memang power mower!
5bintang >>>KLIK<<<

Despised Icon - Day Of Mourning (2009)

Rilis of the year! Teknikal death sampai death kojol!
5bintang >>>KLIK<<<

Evergreen Terrace - Almost Home (2009)

Ok la so so, boleh layan sambil layan rempeyek!
5bintang >>>KLIK<<<

14 September 2009

ALBUM HAWT??

Pearl Jam - Backspacer (2009)

Rilis of the year! Terbaik sekali lagi drp pearl jam! Pada gua ni album yang santai, pop dan easy listening.
5 bintang >>>KLIK<<<

Protest The Hero - Gallop Meets The Earth [Live CD] (2009)

Rilis of the year! Dgr yg audio je dah syoh, belum lagi tgk yg versi video lagi rabak, cuma belum jumpa lagi link nya, nnt gua kasi update.
5 bintang >>>KLIK<<<

12 September 2009

REPUBLIK ANGSANA

Kalau tak kerana nak beli baju raya anak gua tak hingin la gua nak menjejakkan kaki ke plaza angsana time nak raya ni, punya la ramai manusia, nak jalan pun bersesak sesak mcm celaka, gua ingat gua dah masuk kawasan negeri asing, apataknya orang singapura je yg shopping macam nak rak!

11 September 2009

TIKUS PRO



Gua dah test proco 2 kat s'pore aritu, bunyik mmg masyuk la, kuat dan upfront sound dia, kalau setakat metalzone pijat tu dia sayurkan je.
Tapikan kan masa gua test tu gua pakai amp combo peavey 100watt, 100watt brader sure bunyik pegi punya!! Baik gua beli amp 100watt gua guna channel footswitch je utk sound distort! Baru la rembo!!!

Lagi Pasal Big Muff



Abang Mat Tora..... Jangan pikir lama-lama. Anda mau sound ala Smashing Pumpkins versi Siamese Dream joint venture dengan Fu Manchu dan The Black Keys? Bolehlaa kita jam lagu Wings guna Big Muff. Ajak Bro Neo sekali. Hau Yehhh.....

10 September 2009

MUFF KECIL DAN BESAR SAMA SAHAJA BUNYI NYA



Hari ni seharian ipod gua menyanyi nyanyi lagu smashing pumpkins, gua dengar sampai pedih, ada ura ura nak angkat big muff, duit pinjaman hari raya pun ada lagi! Amacam!!

09 September 2009

ALBUM HAWT??

Muse - The Resistance (2009)


Rilis yg ditunggu tunggu! Rilis of the year! Tapi kan kan dah kurang bunyik gitar yg keras lah, lain sket album kali ni, dah mcm post-orkestra pun ada dah mcm lagu queen pun ada hhhmmmmmmmmmmmmmmmmm

5bintang capricon >>>KLIK<<<

08 September 2009

PANGGUNG DVD MINGGU INI

Semenjak ada akaun rapidshare premium(nama saja “share” tapi password tak boleh “share” tau) ni scene download mendownload I betul betul berubah, speed download melacak mcm 125Z, timer pun takde, boleh multiple download dan yang paling best tu boleh resume download kalau tak habis tanpa memutuskan link. Waw!! I Loike!!
Banyak benda I download, mp3, movie, konsert, siri tv, rancangan memasak, ebooks, blue(oops lain cerita tau) sampaikan hardisk I yg beratus ratus GB tu tak muat muat, naik rimas I banyak sangat, sampai tak sempat tengok pun ada.

WRESTLER

Cerita ni dah lama rilis tapi I taksempat nak cekidaut, mengisahkan seorang profesional wrestler lakunan mantap mickey rouke, yg dah sampai kepenghujung karier nya, dah tua, takde peminat, cuma beraksi di dewan dewan umno dan kelab kelab sukan sahaja. Takde duit sebab joli sakan, lepak kelab bogel dan mabuk, duduk dekat rumah trailer, perkahwinan porak peranda, anak perempuan pun benci dia, ayah yg tak bertanggungjawab.
Lepas dia kena stroke doktor nasihatkan dia supaya stop wrestling, terpaksa kerja kat pasaraya giant, so dia carik la anak perempuan dia nak memperbetulkan kesilapan dia, dia taknak mati sorang sorang, anak dia still tak boleh terima bapak dia siap kasik middlefinger lagi, anak durjana ni!
Pada masa yg sama dia sudah syok dgn seorang stripper tua ni lakonan marisa tomei, stripper ni tak boleh terima mamat ni sbb dia dah ada anak, kira dia keliru antara perasaan cinta dan keluarga.
Mamat wrestler sudah patah hati 2kali, dia merasakan yg peminat sahaja yg faham dan suka pada dirinya. Dia mengambil keputusan untuk join show wresting buat kali terakhir, kira mcm reunion show otai otai wrestler utk peminat setia.
Scene terakhir dekat dlm gelanggang dia nak buat hempasan penamat dari atas palang besi, jantung dia dah tak kuat, bila bila masa je ni boleh mati, dia dah tak ada siapa siapa lagi, yang tinggal hanya peminat setia…..

I tak sangka cerita ni sungguh menusuk kalbu, watak dia sama mcm wrestler WWF randy savage, bentuk badan, muka, rambut, percakapan semua sama. Realiti sebenar wrestler ni diorang sebenarnya member member baik di luar gelanggang lepak lepak minum kopi, cuma bila dekat dlm gelanggang diorang jadi watak wrestler yg telah diberikan, gaduh taktentu pasal, semua itu lakonan sekadar hiburan.

Psst ada scene tetek marisa tomei *kenyit mata*


AWAYDAYS

I memang tak suka bola sepak, tapi kalau cerita pasal hooligan bola sepak I memang suka. Cerita hooligan bola sepak ni kalau dibuat sampai 30movie pun pusing pusing sama je jalan ceritanya. Peminat fanatik kelab bola A tak suka dengan peminat kelab B, bergaduh, yang menang menang, yang kalah kena beduk. Tapi cerita ni lain sket, hooligan pakai kasut Adidas berentap dgn hooligan pakai kasut DocMart. Budak docmart kena titik brader!!
Soundtrack cerita ni pun best, byk lagu joydivision dan band band new wave 80an.
One more thing cerita ni diapunya slang british pekat sekali, terkedu kedu juga I nak paham kan apa scottish dia cakap, nasib baik I selalu baca majalah NME.

LIBURAN





Pehh dua dua pun baik la, punkrok dah nak tutup kedai baru la nufan ni nak main kat sini. Daripada tengok nufan baik tengok wings dekat hardrock kefe, wings main pun power apa, tapi yang tak power awie lah suara sekarang mcm pijat haahahaaha

04 September 2009

ALBUM HAWT??

Athlete – Black Swan [2009]

Menusuk kalbu lagu diorang ni, tapi lama lama dgr dah pop abis mcm coldplay dgn snowpatrol, berbeza dgn album yg lepas lepas, apahal ni brader?? join the bandwagon apa??
5bintang ayam penyet >>>KLIK<<<

Oh, Sleeper - Son Of The Morning (2009)

Album lama lagi best, yg ni dah mcm deathcore.
3bintang papadom >>>KLIK<<<

The Black Dahlia Murder - Deflorate (2009)

Rilis of the year! memang baik lah! ada beberapa lagu riffing mcm lamb of god cuma lagi laju dan drum trigger sampai kejang!
5bintang katira biru >>>KLIK<<<

Baroness - Blue Record (2009)

Album terbaru, hhmmmm mcm mastodon versi happy heppi, boleh layan lah.
5bintang cincau >>>KLIK<<<

Every Time I Die - New Junk Aesthetic (2009)

Ok gua silap, gua rebiu single diorang aritu dikatakan lemau, gua suggest lu dgr lagu yg bukan single, memang menangkap kalbu riffing dia, selamat berpuasa!!
5bintang nasi ayam >>>KLIK<<<

03 September 2009

AKU, SETEM DAN PEJABAT POS






Boleh tahan lama jugak gua dah join scene setem sejak tahun 1998. Masa tu gua baru kerja dah ada duit sikit. Zaman sekolah manada duit jeng nak beli setem, duit yg gua ada semua gua belanja jajan dan tikam tikam. Nak ada kawan pena luar negara jgn harap la, bahasa inggeris gua pun masih tunggang langgang lagi, pejabat pos jalan rahmat pun jarang jarang gua jejakkan kaki.

Setem yg gua kumpul kebanyakkannya setem malaysia, setem hari pertama, setem yg masih tegang lagi. Kalau ada rejeki gua menyelinap masuk ke dlm pejabat kilang department mailing ada harapan la gua cegot setem singapore, indonesia, kadang kala merasa jugak setem drp usa dan ostolia.

Punya lah minat dgn hobi ni sanggup gua berhabis duit, album setem gua pakai yg made in jerman, pakai yg cikai cikai komfem setem gua drp kaler putih tukar jadik kuning.

Gua ada pasang informer yg inform bila setem baru akan keluar, informer gua ni terdiri drp apek apek yg dah lama join scene setem dan juga ahli tegar kelab setem johor bahru. Pernah jugak gua join aktiviti pameran setem diaorang, memang dasat koleksi, setem luar negara jangan cerita la memang tak terkejar nak kumpul ikut diorang, inikan pula setem malaysia yg rare dari zaman penjajah sehingga merdeka. Ada satu setem zaman penjajahan jepun kalau lu tengok memang cikai la gambar pemimpin tentera tertinggi nippon, kalau sekarang lu orang boleh dapat cari setem tu harga dia jejak RM30ribu sekeping brader!
Tapi gua stop join kelab setem tu sebab ahli ahli nya semua apek apek dan nyonya nyonya, amoi amoi dan awek awek haram takde.

Apa setem rare yang gua ada?? Macam takde. Tapi ada satu setem yang gua dapat ni bila tiap kali gua tengok mesti gua teringat filem tamil tv2, setem gambar bank negara keluaran tahun 80an, bentuk duit syiling, 2keping, kfc komtar menjadi saksi gua keluar date dgn seorang gadis india yg pada pandangan mata gua seperti mahduri dixit, dia kasi gua sekeping setem bank negara tu dan sekeping lagi dia simpan dengan harapan kalau ada jodoh kita berdua setem itu akan bersatu dan lengkap semula, simbolik kan kan, tapi apakan daya kita hanya merancang tuhan yang menentukan, gua bukan tak suka dia gua memang gembira, tapi yang tak seronok tu bila time ada call masuk handfon dia atau pun dia berjumpa kawan kawan sebangsanya tiba tiba channel siaran sudah tukar ka, gua jadi mati kutu, gua tersisih, yg tadi bebual bahasa malaysia sekolah rendah kebangsaan tiba tiba tukar bahasa sekolah rendah jenis tamil, apacerita brader!!

Pejabat pos besar johor bahru menjadi tumpuan gua, bangunan nampak cantik tapi pekerja kaunter lembab mcm siput sedut, apa tak nya pihak pengurusan pun sengal ada ke patut diletaknya pakcik dan makcik yg lagi dua tiga tahun nak pencen dekat kaunter, bukan gua nak marah dgn warga emas tapi kalau gua pun nanti dah standed warga emas sure gua punya kerja ala kadir je, slow slow rilek rilek.
Kaunter jual setem ada 3, tapi yg bukak cuma satu, apahal! Orang dah beratur ramai nak beli setem hari pertama, bukan sikit sikit diorang ni beli dah mcm nak bukak kedai, takde akal diorang ni pentingkan diri sendiri, abis kalau semua setem lu beli gua nak beli apa??poskad??
Tapi semenjak tiga empat tahun kebelakangan ni servis kaunter diorang ada sikit baik la, cepat jugak, budak budak muda ramai yg diorang letakkan dkt kaunter, pakcik makcik tu semua dah pencen kot, ramai jugak awek awek yang kerja, tapi gua pelik kenapa gua tak bertemu jodoh dgn awek kerja pejabat pos…..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Minggu ni keluar 2setem baru, setem 1malaysia dengan kapal selam pertama malaysia. Naik menyampah gua dengan design setem malaysia ni, nak je gua merusuh depan pejabat pos, dah 10tahun gua kumpul setem boleh dikira la design setem yg cantik dan outstanding, entah mana designer lulusan SRP diorang pakai, design cokia, amik gambar kapal selam pastu letak dlm photoshop kecikkan saiz sesaiz setem pastu print, kerja takda seni, beli kapal selam juta juta, design setem macam celaka.
Setem 1malaysia pulak gambar kartun dia dah macam gambar kartun south park, asal boleh je diorang ni design, originaliti kosong, takde semangat 1malaysia agaknaya, dia ingat orang bodoh apa taktau kartun southpark, apa lah sangat kalau suruh brader Lat lukis setem tu, nampak lah jugak 1malaysia nya.

Apa apa pun tahniah lah buat pos malaysia dengan design design setem ala kadir, Nak harapkan lukisan gua?? Gua lukis gambar orang lidi pun salah. Sekian.

02 September 2009

YES AGREE



Walau lagu baru macam gampang gua tetap suka ini band! Kasabian suck!!

01 September 2009

MAKAN SAMPAI MUNTAH

Sila layan >>>sini<<< kpd sesiapa yg nak layan buka puasa secra buffet dekat hotel yg mahal macam celaka 40hengget plus plus and above, gila dia letak menu daging salai kuda unicorn apa ni!!

-lambaian jenang 4 (dialog di celah kota)-

seorang tua berkata,
tenang sambil tersenyum kepada seorang pemuda,
"hai anak,seekor babi akan tetap menjadi babi walaupun kita tempatkan dia bersama 1000 anak kucing"
lalu si tua pergi sambil ketawa,
meninggalkan si pemuda yang masih berpeluh,
bingung di celah hiruk-pikuk 'bandaraya sempit' itu...


"you can raise your fist and publicly resists,but in the end corruption still exists"-zero down-


-akueMpTy-

Merdeka... Mendeka

Sepatutnya pagi tadi aku kena join perbarisan statik seperti yang telah diarahkan pada 3 hari sebelumnya. Tapi aku gagal dengan kejayaan aku untuk tidur terlajak selepas Subuh dan berpanjangan zzzz nya sehingga jam 11 pagi. Tak tau la kalau bos aku suruh aku mengadap dia untuk bagi sebab. Ah! Tak perlu rasa takut wahai patriotikku.

Tak lama selepas sedar dari tidur, semangat kepahlawanan mula membisik kepada aku untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Lalu aku hidupkan t.v disusuli dengan xbox 360 dan terus sambung main game Medal Of Honor: Airborne. ya! Game perang-perang. Tak bosan untuk aku bermain berulang kali. Kata patriotik, beb. Pastu aku sambung main game baru; Batman... Arkham Asylum. Betah!

Hari kemerdekaan jugalah berita di t.v mengingatkan kita bahawa bermula 1 September 2009, minyak RON 97 naik 20 sen. Kerajaan mula menggalakkan kita supaya cuba menggunakan minyak RON 95 yang dijual pada harga RM1.75 seliter. Apakah persediaan kenderaan kita yang berusia kurang dari sepuluh tahun untuk diberikan dengan minyak RON 95 yang selama ni kita guna minyak RON 97? Try & error lah caranya. Apa-apa hal aku try pada motor komando aku.

Hari Kemerdekaan adalah hari yang sama bagi hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2 dan disambut secara sederhana sempena Ramadhan. Baru tadi aku bawak bini makan di Secret Recipe makan Tom Yam Kung disusuli dengan tapau nasi Unagi yang ada ikan belut di Sushi King. Pastu beli barang dapur sikit. Ho yehh!

Hari Kemerdekaan Sale Di Store Supermarket. Masa beli gula pasir, ada not telah ditulis, "Seorang hanya boleh membeli gula pasir maksimum seberat 2 kilogram sahaja". Aku anggap ayat tersebut adalah satu terma bagi perkataan "catuan". Atas dasar apa ianya jadi begitu, ek?

Sempena Hari Kemerdekan, aku mencuri membaca surat khabar. Isu arak kepala lembu la pulak. Aku check blog-blog orang lain. Kecoh, beb :). Tak pasti pulak kalau penduduk-penduduk SS23 Shah Alam yang organize. Katanya NGO yang buat. Ah! Suratkhabar mainstream sekarang ni bukannya isinya fakta 100% pun. Banyak sangat ayat "difahamkan" atau "dilaporkan" . Aku bukak suratkhabar berhaluan kiri pulak. Ada pernyataan 'Mengapi-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah'. Peh! Ada lagi rupanya. Logo Satu Malaysia semakin mengecil. Dalam laporan kedua-dua suratkhabar yang aku baca, satu sahaja yang tele atau sama paras rupanya; "kredibiliti Polis dan FRU". Kalaulah aku diberikan hak untuk membuat perbandingan Perarakan 'Kepala Lembu' tu dengan Perarakan Mansuhkan ISA dan dikaitkan dengan "kredibiliti Polis dan FRU", Ish... Ish... Ish... Satu lagi, masa perumahan di situ dalam peringkat Master Planning atau permohonan Kebenaran Merancang, ada layout kuil tak di Seksyen 19? Apa yang aku tau, 24 tahun atau 25 tahun sebelum tu, masa orang beli rumah di SS19, dalam pelan tapak takde stated kuil. Kira macam kena kencing pedih jugak laa. Ada orang PBT Selangor bagitau aku (betul atau tak), tapak asal kuil tu (SS19) milik PKNS. Oooo... So, yang kat area SS23 tu ada tanah industri PKNS jugak. Dan kat situlah pembinaan kuil baru ini akan dipindahkan dengan persetujuan Majlis Bandaraya Shah Alam. Dan seterusnya ada demonstrasi (tak tau siapa yang organize) la pulak bantah :)

Sabtu sebelum Hari Kemerdekaan, dapatlah aku balik Batu Pahat. Malam tu selepas Terawih, aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan di Bawah Pokok Sena. Qarma, Brader Tora, Buntit, Arul, Zam Tong..... Neofishy takde. Maman pun takde sebab pergi ke K.L atas sebab misteri menceleh. Lama tak jumpa diorang ni. Memang seronok. Itulah event yang paling menarik sempena Hari Kebangsaan tahun ini; dapat jumpa kawan-kawan B.P.

Apa lagi yang menarik tentang Hari Kebangsaan pada tahun ini? Hmm... Secara peribadi aku cakap ianya macam biasa je. Statik dan skema. Baik aku fikirkan apa lagi kebaikan yang boleh aku buat sempena Ramadhan ni.

Bak kata Pak Det, ” Mengisi kemerdekaan tu lebih sukar…”

Merdeka! ... Mendeka!