03 September 2009

AKU, SETEM DAN PEJABAT POS






Boleh tahan lama jugak gua dah join scene setem sejak tahun 1998. Masa tu gua baru kerja dah ada duit sikit. Zaman sekolah manada duit jeng nak beli setem, duit yg gua ada semua gua belanja jajan dan tikam tikam. Nak ada kawan pena luar negara jgn harap la, bahasa inggeris gua pun masih tunggang langgang lagi, pejabat pos jalan rahmat pun jarang jarang gua jejakkan kaki.

Setem yg gua kumpul kebanyakkannya setem malaysia, setem hari pertama, setem yg masih tegang lagi. Kalau ada rejeki gua menyelinap masuk ke dlm pejabat kilang department mailing ada harapan la gua cegot setem singapore, indonesia, kadang kala merasa jugak setem drp usa dan ostolia.

Punya lah minat dgn hobi ni sanggup gua berhabis duit, album setem gua pakai yg made in jerman, pakai yg cikai cikai komfem setem gua drp kaler putih tukar jadik kuning.

Gua ada pasang informer yg inform bila setem baru akan keluar, informer gua ni terdiri drp apek apek yg dah lama join scene setem dan juga ahli tegar kelab setem johor bahru. Pernah jugak gua join aktiviti pameran setem diaorang, memang dasat koleksi, setem luar negara jangan cerita la memang tak terkejar nak kumpul ikut diorang, inikan pula setem malaysia yg rare dari zaman penjajah sehingga merdeka. Ada satu setem zaman penjajahan jepun kalau lu tengok memang cikai la gambar pemimpin tentera tertinggi nippon, kalau sekarang lu orang boleh dapat cari setem tu harga dia jejak RM30ribu sekeping brader!
Tapi gua stop join kelab setem tu sebab ahli ahli nya semua apek apek dan nyonya nyonya, amoi amoi dan awek awek haram takde.

Apa setem rare yang gua ada?? Macam takde. Tapi ada satu setem yang gua dapat ni bila tiap kali gua tengok mesti gua teringat filem tamil tv2, setem gambar bank negara keluaran tahun 80an, bentuk duit syiling, 2keping, kfc komtar menjadi saksi gua keluar date dgn seorang gadis india yg pada pandangan mata gua seperti mahduri dixit, dia kasi gua sekeping setem bank negara tu dan sekeping lagi dia simpan dengan harapan kalau ada jodoh kita berdua setem itu akan bersatu dan lengkap semula, simbolik kan kan, tapi apakan daya kita hanya merancang tuhan yang menentukan, gua bukan tak suka dia gua memang gembira, tapi yang tak seronok tu bila time ada call masuk handfon dia atau pun dia berjumpa kawan kawan sebangsanya tiba tiba channel siaran sudah tukar ka, gua jadi mati kutu, gua tersisih, yg tadi bebual bahasa malaysia sekolah rendah kebangsaan tiba tiba tukar bahasa sekolah rendah jenis tamil, apacerita brader!!

Pejabat pos besar johor bahru menjadi tumpuan gua, bangunan nampak cantik tapi pekerja kaunter lembab mcm siput sedut, apa tak nya pihak pengurusan pun sengal ada ke patut diletaknya pakcik dan makcik yg lagi dua tiga tahun nak pencen dekat kaunter, bukan gua nak marah dgn warga emas tapi kalau gua pun nanti dah standed warga emas sure gua punya kerja ala kadir je, slow slow rilek rilek.
Kaunter jual setem ada 3, tapi yg bukak cuma satu, apahal! Orang dah beratur ramai nak beli setem hari pertama, bukan sikit sikit diorang ni beli dah mcm nak bukak kedai, takde akal diorang ni pentingkan diri sendiri, abis kalau semua setem lu beli gua nak beli apa??poskad??
Tapi semenjak tiga empat tahun kebelakangan ni servis kaunter diorang ada sikit baik la, cepat jugak, budak budak muda ramai yg diorang letakkan dkt kaunter, pakcik makcik tu semua dah pencen kot, ramai jugak awek awek yang kerja, tapi gua pelik kenapa gua tak bertemu jodoh dgn awek kerja pejabat pos…..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Minggu ni keluar 2setem baru, setem 1malaysia dengan kapal selam pertama malaysia. Naik menyampah gua dengan design setem malaysia ni, nak je gua merusuh depan pejabat pos, dah 10tahun gua kumpul setem boleh dikira la design setem yg cantik dan outstanding, entah mana designer lulusan SRP diorang pakai, design cokia, amik gambar kapal selam pastu letak dlm photoshop kecikkan saiz sesaiz setem pastu print, kerja takda seni, beli kapal selam juta juta, design setem macam celaka.
Setem 1malaysia pulak gambar kartun dia dah macam gambar kartun south park, asal boleh je diorang ni design, originaliti kosong, takde semangat 1malaysia agaknaya, dia ingat orang bodoh apa taktau kartun southpark, apa lah sangat kalau suruh brader Lat lukis setem tu, nampak lah jugak 1malaysia nya.

Apa apa pun tahniah lah buat pos malaysia dengan design design setem ala kadir, Nak harapkan lukisan gua?? Gua lukis gambar orang lidi pun salah. Sekian.

No comments: