26 September 2010

BIBIR PANAS



Sekali sekala layan blog hanis zalikha teringin pulak nak pekena lipice...

22 September 2010

BUNYI TAMAN

Soundgarden - Telephantasm (Deluxe Edition) (2010)


>>KLIK

Ok gua ingatkan diorang keluar album baru tapi rupa rupanya mcm album the best of, cuma yg bezanya ada terselit beberapa lagu baru dan lagu unrelease dan juga lagu terbaik diaorg versi live. Gua dgr cerita album ni jugak ada dvd live performen, haa itu gua tgh tunggu dia 'leak' nnt gua up kan link dia. Yg pasti gua bab download mendownload ni takde lah nak tunggu penuh sampai berhari hari mcm ada sorang member gua ni yg download cerita LOTR, yea cerita lord of the ring...wtf!!! mana punya gangster layan LOTR ni!!!!

18 September 2010

FLIGHT OF OPEN HOUSE



Ok masanya sudah tiba utk ke open house, gua harap mee hoon sup tidak ada dlm menu rumah rumah yg gua pergi nanti...gua harap....

Oooohhhh mcm biasa rumah gua still dgn konsep rumah tertutup, kalau nak dtg call dulu, ala setakat ketam cili apa adahal.SEKIAN.

BISKUT JACOB BANNON

Julith Krishun - VV (2010)


>>KLIK

17 September 2010

RAYA: SEBUAH DIARI YANG TRUE

Salam raya utk semua, dekat seminggu jugak tak pekena internet, dia punya sedap mcm makan ketupat siram kuah lodeh lepas tu bilas dgn air oren lamnet pehhhh……………..

1.collection duit raya anak gua tetap mantap mcm tahun lepas, ada harapan tabungan kereta jepun gua cukup tahun ni.

2.Gua bayar zakat fitrah lepas asar petang esok nak raya, gua tak check lagi kitab mutaal badrin apa diapunya hukum, risau jugak gua kalau pak imam/amil balik cepat nak masak ketupat.

3.Malam raya wa sampai BP(tak lah malam sgt, dalam pukul 8). Gua campak semua beg dan barang barang, bagi anak gua dekat kucing suruh dia jaga, yea anak gua mmg suka kucing, kalau dgn kucing dia leka main, tapi siap la kucing tu kena tarik ekor, gigit telinga dan pijak diapunya perut.

Gua terus meluru ke meja makan, makanan jiran munjung penuh semeja, gua check sambal goreng, fuhhh lega ada tempe. Gua risau jugak ada budak tulis dkt Fb nak boikot tempe, jiran jiran gua mmg tak percaya bidaah Fb ni semua. Kalau masak sambal goreng tak letak tempe tak true barader tak true!!!!

4.tahun ni rasanya rumah sedara mara yg gua jarang nak pergi beraya gua datang beraya, ini semua gara gara no 1 diatas tu.

5.Letak lah 50jenis kuih raya pelbagai warna dan rasa yg sama, gua hanya makan rempeyek, dodol dgn kuih bangkit sahaja. Pada gua ketiga tiga kuih ni adalah kuih raya yang paling hebat dan paling true pernah dicipta sampai kiamat!!
Hhmmm tapi kalau tuan rumah dah letak nasik baryani gua kasik bold NASIK BARYANI nak jadi apa kalau tak pekena barang sepinggan dua!! Tak gitu en.salleh!! sambil suap nasik kedalam mulut sempat jugak gua riki riki kearah dapur manalah tau ada kelibat tiz zakiyah hahahahaaaa

6.Orang lain sibuk beli cadar baru, langsir baru, kasut baru, beg tangan baru, rantai emas baru, kereta baru, tapi gua boleh beli benda ni……







Selamat hari raya untuk gua!!lalalalalalallaalaaaaa!!!!

16 September 2010

Diari Syawal Osman Bakar 0.2


Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Raya tahun ni sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Bezanya cuma cuti raya yang singkat dan . Sambutan raya tahun ni, walaupun singkat tapi tetap meriah kerana ahli keluarga masih tetap di sisi. Memang itu yang setiap manusia harapkan. Kegembiraan dikongsi bersama orang yang tersayang. Namun, di tengah kita meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan, ada mereka yang bersedih dengan kehilangan orang yang tersayang. Maksud aku 'ahli keluarga'. Raya tahun ni pasti aku takkan lupakan. Surat Khabar hari raya kedua cukup menyayat hati kita yang menunggu-nunggu kepulangannya. Hampa tetapi redha dengan pemergian beliau yang tidak disangka-sangka.

Pendedahan demi pendedahan kes pembunuhan Allahyarhamah Dato Sosilawati dan tiga yang lain pasti membuatkan hari raya tahun ni suram. Tak ada kata yang dapat digambarkan betapa kita sebagai saudara seagama mendengar nasib saudara kita yang lain sedemikian rupa. Bukan sekadar menjadi mangsa jenayah, bahkan tercatat dalam lakaran sejarah pembunuhan kejam negara kita. Terjadi pula dalam bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun aku ni tergolong dalam manusia 'hati kering serak-serak basah', tapi bila dilaporkan kronologi pembunuhan tersebut, hati aku manjadi sayu. Bukan manusia yang sanggup buat manusia lain sebegitu. Hilang segala perikemanusiaan dan kewarasan. Semua itu kerana sedikit nikmat kemewahan dunia. Kerana wang manusia membunuh. Selama ni peguam tu kebal dengan wang dan status. Tapi sampai bila dia boleh lepas. Rupanya dah ramai yang hilang dan dikaitkan dengan dia tapi Polis tak ambil kisah sebab status 'Dato' yang ada pada dia. Itulah Polis Diraja Malaysia. Di sini kita boleh simpulkan bahawa, kalau yang hilang itu Dato sekian bin sekian, Polis akan segera menyiasat dan pelakunya segera ditangkap. Tapi kalau yang hilang itu En. Azizan bin Uyob, bekerja sebagai kerani Bank Negara, mungkin 12 tahun pun belum tentu Polis jumpa. Apa yang aku tonton setiap hari dalam buletin utama tu memberi imej Polis Malaysia bagaimana cara mereka bekerja. Dan aku percaya semasa siasatan ini berjalan ada kenyataan yang tak disiarkan di media untuk menutup kelemahan mereka.

Sebab Polis itu sentiasa MESRA, CEPAT dan BETUL.

Semoga tuhan ampunkan dosa Polis Diraja Malaysia kita. Buat keluarga dan saudara-mara Dato Sosilawati dan rakan-rakannya ucapan takziah buat mereka. Semoga roh beliau dan sahabat digolongkan sebagai manusia yang beriman dan ahli syurga. Semoga penjenayah yang melakukan diberi hukuman setimpal dan tidak terlepas seperti mereka yang sebelum-sebelum ini.

Oh, sebelum terlupa, satu soalan kepada Polis dan institusi kehakiman Malaysia. Adakah Dato ini juga akan terlepas seperti Razak Baginda? Dan kambing hitamnya senyap tanpa khabar hukumannya?

13 September 2010

Diari Syawal Osman Bakar 0.1

Sambil-sambil layan cerita Tiga Abdul dan menunggu sup daging siap, aku nak tulis dua baris kata-kata seorang perempuan tua dari Parit Moen 2.

"kita, malam nak tidur fikir esok bangun pagi nak makan apa....
orang kaya, sebelum tidur fikir esok macamana cara nak tambah harta"


.........................................................................................

Mungkin hari ni, perspektif kita melihat hidup dah berubah.

08 September 2010

DENDANG MUSAFIR

Memandangkan semua org dah balik cuti raya, blog best best yg gua selalu baca dah tak update semua dah mood raya, gua kasi update sedas lagu lagu raya yg mesti gua dgr time nak raya, kalau gua miss dgr mmg gua tak true!!

NO 5


Dendang perantau pramlee mmg terbaik, tapi kalau lu dgr sekali dgn lagu sjibeng ni dipunya padu mmg lain mcm, gua pernah try mix match(remix) lagu ni dgn lagu dendang perantau(sbb gua teringin nak tgk diorang berduet) tapi hasil dia lebih membawak kpd berdekah drp sedih, tapi still tak boleh lawan lagu digital hardcore atari parit moen!!

Haa lagi satu kena layan versi ori baru true!! ntah malaon mana punya main >> versi baru diapunya gitar setting delay laju mcm gampang!!


NO 4


Kena layan dia punya sketsa dulu baru layan diapunya lagu baru true!!

"baju awak cap apa??"

"cap lalat"


NO 3


Wa tau ramai yg minat >> lagu raya sweet charity tapi wa lagi minat lagu force vomit ni yg simple dan menangkap. Apa?? tak kenal force vomit??? Lu bukan budak surf!!!


NO 2


Kalau tak kerana ziana zain mmg gua tak layan lagu ni, apa?? awie?? dulu zaman badan baru angkat besi 4 paun boleh laa dia tarik part korus, cuba sekarang try bawak lagu ni mencret bai!!


NO 1


Lagu aisyah ni diapunya feel mmg lain mcm, nak nak masa gua bujang bujang dulu, ditambah pula bila tgh makan buka puasa tapau nasik bungkus lagu ni kuar radio tu yang time nak telan nasik diapunya sebak membawak kedada naik ke mata.

SEKIAN.

Kad Raya Elektronik Magnetik



*Kepada semua peniaga dan pejalan kaki di Komunite Lusuh Jalan Jenang

MESRA , CEPAT , BETUL



Tulus Ikhlas Dari QDharma

07 September 2010

HTML tu bukan ke hotmail ???!!!

Semua manusia suka benda cantik. Perempuan suka cupcakes, laki-laki suka perempuan seksi.
Lumrah manusia.

Tapi aku memang dengki tengok belog orang cantik-cantik. Ada 'bendaalah' gerak-gerak.



Gua dengar dulu ada orang belajar html, jadi CSI nak tangkap budak-budak pakai fake ID, IP number lah,itu lah, ini lah .......

Hampas

05 September 2010

SEDAP JUGAK SIAKAP TIGA RASA NI!! pt.2

Hati gua yg panas masih belum reda, nak update blog pun rasa pundek, nak pegi bazar ramadan cuci mata pun takde selera, tapi tadi gua pergi pasar borong beli udang galah sekilo rm45, memang cekik darah diapunya harga tapi apa ada hal duit ada!!

"kalau nak pakai barang baik kena lah kerja kuat carik duit, ingat cina kedai tu nak kasi barang free ke??? Lu ingat lu siapa??? Dave Mustaine???"

04 September 2010

Diari Ramadhan Osman Bakar 0.4

25 Ramadhan, Sabtu.

Sabtu ialah hari rehat-rehat tengok tv. Hari cuti, cuaca panas, puasa, nak buat apalagi. Takkan nak pegi cabut lalang pulak kan. (Er.. alasan orang pemalas memang macam ni). Apalagi... Layan hindustan la PANGGUNG SABTU!!!! Yeahhh!!

तुम नहीं मुझे इस दुनिया में हो सकता है

Tapi, 'terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu'....

Kenapa pulak panggung sabtu tayang 'Ayat-Ayat Cinta' ni?????!!! %$#%$!@#()**&*(&!!!!



________________________________________________________________________________


Jangan la main-mainkan perasaan saya Encik Farid.....

03 September 2010

SEDAP JUGAK SIAKAP TIGA RASA NI!!

" bila kawen dah jarang jumpa kawan,kawen kawan..mana didulukan..berpada2..lebihkan yang dikahwini..kawan kawen kawen kawan..nak yang kawan ke nak yg kawen?semua kawan sama je..xde baik xde buruk,ikut perangai masing2.semakin hari semakin tua...,tua kena kawen,kawan kena kawen jugak,yg tak kawen boleh lama2 dengan kawan,yg dah kawen kena bagi2 dgn kawan,kawan kena kawan,jgn anggap kawan lupakan kawan,masing2 ada cara hidup yg setiap masa akan berubah ubah.jangan amik hati bila kawan berubah perangai..masing2 ada hak masing2.jgn lupa kawan sudahlah.. "

-din kantong (via FB)


Gua kalau bab kawan atau perkataan yg bdk bdk selalu ckp "frienship" ni gua mmg tak masok otak, bullshit!!!

Tapi apa yg din kantong tulis tu boleh jugak dipakai, betol belum tentu tau... tak sia sia lu jadik cekgu.SEKIAN.

01 September 2010

BUKA PUASA

Ntah mana punya malaon boleh suggest berbuka puasa dekat rumah gua hujung minggu ni, yg gua menyirap member member sekerja semua boleh angkat tangan tanda setuju.

Apa? bini gua masak? pehhh masak untuk gua makan pun kantol ini kan pula nak masak utk 20 orang tetamu.

Parah parah....


-gambo curik-

Gua ingat nak kasik fusion lah cendawan butang masak sambal, comfirm diorang putus kawan dgn gua lps ni.SEKIAN.

Diam Diam, Dengar tu