29 August 2011

NOTA SEBELUM RAYA SAYA

1.hari hari jalan jam time balik kerja, yg gua pelik tak habis habis gua tgk construction dkt hiway tebrau pandan tu, tapi still tak boleh solve masalah jam ni, diaorang bikin piramid kot puihhhh

2.sepanjang bulan puasa ni cuma 3kali je gua beli makan dkt paso ramadan, memang pecah rekod kah kah kah kalau tak muka gua lah tiap tiap hari menjadik pelanggan utama! Dia punya masak skrg mmg gua takde feel nak makan, rasa mcm pasir je, harga mahal tu satu hal jugak.

3.mmg stail bdk bdk skrg punya kasut raya, anak gua je pakai Vans, gua umur masuk 30sen baru merasa nak pakai kasut Vans, ni kalau tak dengo cakap gua mmg kena libas dgn getah toler!!

4.gua baru tau yg kuih cheese tart ni mmg sedap(gua kurang minat tart nenas), masalah nya skrg bini gua beli nak buat raya tapi gua senyap senyap bedal habis sekotak kah kah kah

5.yg paling betah gua hari jumaat dah naik kerja kah kah kah kah padan muka!!!

28 August 2011

DEMAN DENGGI



Seharian gua melayan discography band Dengue Fever ni, sungguh menyeronokkan. Secara tak sengaja gua terjumpa band ni bila melompat dari satu video ke satu video di youtube. 1st time wa dengo mcm merepek apacelaka lah matsaleh ni main muzik ala ala cambodia(penyanyi utama mmg berasal drp sana), tapi bila gua spin lagi dua tiga track menarik pulak stail psychedelic rock ada campur surf campur a go go(mcm Force Vomit). Yg power diorg dpt perform dkt Jools Hooland show lagi!!



Kalau dah perform dkt Jools Hooland mmg sure lah band ni power.



Haa ni lagi celaka punya duet!! kah kah kah kah tapi best!!

21 August 2011

SADUR

Album lagu cover song mmg belambak tapi tak semuanya gua boleh IN, yg paling top of the pop album cover song yg gua paling suka Nativity In Black , cover song Black Sabbath.

Baru baru ni ada 2 album cover song yg gua melayan jgk dengo:

1.Newermind

Album ni di berikan percuma bila membeli majalah SPIN keluaran bulan ogos. Lagu lagu terbaik Nirvana yg diberikan sentuhan baru. Wa paling suka cover Endless nameless drp band EMA.

Lagu endless nameless ni adalah hidden track dlm album nevermind(bukak track yg terakhir Something In The Way selepas lagu tu habis kasik fast forward smp minit ke 10 kalau taksilap akan muncul lagu ni).

Kalau tgk dvd live atau youtube nirvana lagu ni adalah lagu penutup konsert dimana acara ritual memecahkan instrument musik dijalankan. Kalau dkt Malaysia ni gua tak jumpa lagi setiap akhir persembahan bandboy kasik pecah semua barang, paling kokak pun baling pick gitar dgn stick dram, yelah manataknya nirvana sekali konsert dibayar riban riban, pecah kan mlm ni konsert esok dh boleh beli baru, band kita setakat dibayo 30hengget apajadah nak pecahkan gitar jenama squire, baru putus tali gitar je dah mengamuk mcm tenuk kah kah kah

2.Stroked: a tribute to is this it

album pertama the strokes yg di cover semula oleh band indie. Boleh didownload secara percuma di website Stereogum.
Pening jugak dengo band indie dlm album ni kalau telinga tak betul betul art, jenis art yg mcm gampang kah kah kah

Nota tapakaki:

Ok ok gua mengaku gua suka jugak dgn album cover Kristal bollywood kah kah kah

MANA LU PUNYA PANCUNG!!




Gua baru berkesempatan menonton cerita Kl gangster baru baru ni. Itu pun bila ada seorang budak dadah sms gua ckp cerita ni best, 3kali dia menonton wayang dan melanggan astro first jugak.

Dengar cerita Kl gangster ni Berjaya mengutip beriban riban jualan teket. Gua harap duit yg diorang dpt tu diorng beli equipmen yg lagi highend bukannya kereta import sbg contoh.

Apa yg gua boleh simpulkan disini gua mmg terhibur setelah menonton cerita ni. Nak kata sedap sangat tu takda lah sedap sangat, apataknya ada ke patut gangster pakai tatu bentuk api dekat leher dah mcm design dekat kereta drift pun ada, mcm cengkerang pun ada. Gua rasa tatu kapak dlm cerita kungfu Stephen chow lagi memberikan kesan dlm cerita tersebut.
Lain kali panggil brader Miami ink kasik lukis itu tatu cantik cantik, kalau nak suruh gua lukis pun boleh tapi gambo org lidi lah jadiknya kah kah kah

Apa yg membuatkan gua terhibur dlm cerita ni bila time ending takde scene polis datang menjadi hero menangkap penjahat. Gua dah naik muak menonton scene tersebut yg selalu ada dlm cerita cerita melayu. Puihhh!!! Lu ingat ni cerita pemburu bayang ke!!!

Gua dgr serita, Kl gangster ni akan disambung. Tapi pada pendapt gua lah kan cerita ni patut dibuat prequel bukan sequel. Kita pun nak tau berapa gangsternya si malek tu, gua pun nak tau kedai tatu mana si shark tu buat tatu cengkerang dkt leher dia tu kah kah kah

09 August 2011

CHANGE OF WIND: pengalaman pertama saya dengan album Scorpions



1979, album keenam Scorpions Lovedrive telah diriliskan.


Tiga tahun selepas itu…..


Sumber muzik gua ialah sepupu gua yg berbeza umur dlm 15tahun dgn gua.
Dkt rumah dia ada byk koleksi kaset album pop yeh yeh dan 70an, merasa juga gua dgr lagu ahmad jais, sanisah huri dan yg paling best album lawak Jamali shadat bersama atan.
Zaman tu muzik rock gua tak layan sgt, paling rock gua dgr sweet charity dgn nassier wahab.
Gua terpandang kotak kaset album Lovedrive ni dlm almari kaset, pertama kali gua dengo nama band Scorpions ni, gua tenung lama gambo cover album tu, penat jugak gua memikir, agak agak berapa byk lah agaknya chewing gum diorang pakai nak siapkan photo shoot gambo album ni, sekilo? 5kilo?? mau kebas mulut budak yg kena kunyah chewing gum tu.
Semenjak dari hari itu gua quit scene makan chewing gum.


*****************

Gua baru tau Scorpions telah meriliskan 18 album sepanjang karier seninya. Gua hanya tau lagu rock ballad popular drp band ini saja still loving you sbg contoh, gua terlepas pandang dimana album album terawal Scorpions juga memang IN dgn citarasa gua.
Uli Jon roth merupakan gitaris terawal Scorpions yg paling gua minat.


Notapakaki:

“wei lead gitar Mathias jabs, seken gitar Rudolf shenker lah” kata brader Dozo yg merupakan anak kelahiran Jerman.



08 August 2011

ZOMBA THE WALKING DEAD update



standby 16october premier second season, gua harap pakar rip tv series cepat cepat update link utk di download!!!

SKORPIEN



ok gua skrg tengah layan diskography scorpions, ada benda gua nak cerita, standby standby!!!

YUCKY



Sabtu lepas wa blk Bp, mcm biasa berbuka puasa bersama family gua. Mak gua masak cincai cincai lagi 15minit nak buka puasa, steady jugak gua makan nasik 2pinggan bilas dgn air tebu.

1jam sebelum itu.....

gua pergi bazar ramadan Pesta, pehhh nak carik parking mcm celaka, gua parking tepi jln bakau condong, boleh tahan jauh gua menapak.
Masuk kekawasan tempat jualan pehhh punyalah ramai manusia sampai nak jalan pun tak boleh, gua pusing jalan pun tak habis adalah dlm 10kedai gua terus keluar balik, nasib baik gua sempat sambar air tebu 2peket, pehh dua peket yg banyak sekali minum boleh lemas, kalau kat JB air batu je lebeh!! Gua ingat tebu JB diimport khas drp gold coast ostolia kot.

3jam sebelum itu.....

lepas je traffic light pekan ptraja jalan dah mula sesak jam dan tak bergerak, tersenggut senggut gua tekan pedal minyak, 30minit gua baru sampai pekan srigading celaka punya jam!!! rupanya sblm jembatan timbang JPJ ntah mana punya celaka sebok nak bikin piramid ntah apajadah dkt divider jalan!!puihhhh!!!

9jam selepas itu.....

habis je jamming dgn band nasyid gua lepak kedai brader timbang depan supreme bkt pasir. Sedap jugak brader timbang masak mee hoon goreng letak taucu, simple je dia masak tapi sungguh mantap dan banyak, masih terngiang ngiang lagi rasa mee hoon itu!! brader neofishy makan tauhu goreng, ntah apa tebiat lah malam malam buta makan tauhu, straight edge agaknya kah kah kah kah

notapakaki:

nak makan nasik baryani Md Shah benteng tapi dah habis, brader tu ckp suh dtg pagi sket, gua rasa brader tu henpon dia takde kalander kot atau dia nampak muka gua ni mcm org perancis kot.

Gua harap bdk ptmoen tak lupa jemput gua dtg makan baryani dkt rumah dia raya ni.

CATATAN SEORANG KERANI - biar pedih kasih memanjang

Bulan puasa ni kalau balik cepat pun tak guna jugak, ada ke patut dari citysquare nak menyampaikan Esso kg melayu boleh jejak 45minit(ini gua ikut potong jln kg kurnia, kalau ikut hiway tebrau sentosa memang gua standby termos dgn megi cawan dlm kereta), itu belum lagi sangkut dkt bwh flyover pandan hiway tebrau!!puihhh!! SEKIAN.