30 May 2009

Nah Hiddink!! Untuk lu..sebelum lu blah gi Russia...

"tepi,tepi...aku nak pukul tora yang cakap kita gay ari tu"



"Baju sama biru,kepandaian lain-lain"

-akueMpTy-

ALBUM HAWT??

Rancid - Let The Dominoes Fall (acoustic bonus CD)

5bintang kelipan! >>>KLIK<<<

311 – Uplifter (2009)

Biskut lemau!!
-30bintang! >>>KLIK<<<

Placebo - Battle For The Sun (2009)

Cap jempol!!!
5bintang sinar sinar! >>>KLIK<<< Wa kena cabut link, serep lobo sudah marah!!

GUA BIKIN SPOIL

Wa td ptg baru tgk wayang felem terminator salvation. Peh mmg baik la, sepatutnya felem ni jadik terminator 3, sbb cerita terminator 3 mcm biskut lemau berbanding 2yg sebelumnya.

Lu org mesti nak tau ending cerita ni kan kan,

John connor kena tikam dgn terminator T-100 dkt dlm markas skynet sewaktu nak selamatkan kyle reese. Cyborg baik nama marcus dermakan jantung dia kat john connor. So john connor takjadik mati. Kilang cyborg skynet kena letup dgn bom nuklear.

Lu org mesti nak tau siapa tu kyle reese kan kan,

Kalau lu tgk Terminator 1, kyle reese ni la mamat yg mengandungkan sarah connor, dia dihantar oleh john connor drp masa depan membantu mak dia. kyle reese ni bapak dia la. Nama kyle reese paling dikehendaki oleh terminator utk dihapuskan, so dgn bantuan si marcus ni john connor dpt la masuk ke skynet.

Lu org mesti nak tau siapa marcus kan kan,

Ok pada permulaan cerita ni, ada flashback tahun 2003 dimana marcus ni adalah seorg banduan yg kena hukuman mati, ada sorg minah drp cyberdyne mintak dia dermakan tubuh dia utk research company tu, so dia derma lah sbb dia percaya yg dia ada "peluang kedua" utk menebus kesalahan dia. Fast foward 2018, group resistant ada misi mencari maklumat di salah sebuah makmal skynet, bila grup ni dah dpt maklumat tu diorg kena ambush dgn terminator dan makmal tu meletup semua org mati tggl john connor je, masa tu jugak marcus ni hidup dan keluar drp makmal ujian terpinga pinga melihat kemusnahan disekelilingnya. Tetiba dia boleh terjumpa dgn kyle reese, so dia berdua telah road trip keluar mencari john connor.

Lu org mesti nak tau apasal john connor boleh percaya dgn marcus kan kan,

Bila marcus sampai ke markas john connor dia sudah kena periuk api, bila diorg selamatkan dia baru la diorg tau dia ni cyborg. John connor naik angin ingatkan marcus ni nak bunuh dia walhal marcus pun tak tau dia ni cyborg sbb dia mempunyai perasaan spt manusia. So marcus bagitau kat john connor yg dia boleh selamatkan kyle reese dan marcus nak balas dendam siapa yg dah buat dia jd cyborg.

Lu org mesti nak tau cerita kat dlm skynet tu kan kan,

Bila marcus dpt masuk ke skynet, komputer skynet yg menyerupai awek yg suh dia derma badan dia dulu bagitau yg marcus ni hanya lah seorg agent yg tugasnya mendptkan maklumat dimana kyle reese dan john connor berada. Marcus sudah kena tipu sbb dia lah grup resistant akan musnah. Marcus sudah berpaling tadah, dia sudah kopek kulit kepala dia buang cip dan tolong john connor fight sama itu terminator t100 yg muka nya sebijik arnold schwznnnggggerr.


Wa bajet ni cerita ada sambungan ni sbb:

1. bini john connor tgh mengandung mesti anak dia sambung perjuangan bapak dia lawan robot.
2.john connor dah pakai jantung marcus, so badan marcus ada lg dia mesti buat kajian utk buat cyborg baik atau guna badan marcus letak jantung baru so dia boleh jd agent team resistant.
3.Yang pasti anak john connor takkan di beri nama "tomyam corner".SEKIAN.


**Nantikan segmen GUA BIKIN SPOIL felem Transformer revenge of the fallen 24june ini.



Psst itu awek kaunter teket pelangi leisure mall manyak manis wooo!!

28 May 2009

LAUK

3.30am

Senyap sunyi je rumah jiran sebelah ni, selalunya kalau ada game pasukan kegemaran macam nak roboh bumbung rumah diorang bersorak. Mesti ada cerita menarik ni, gua sambung tido balik.

9am

Setibanya gua dpn pintu kilang gua tgk suasana senyap sunyi mcm ada kematian, mcm kampung dilanda garuda. Disatu sudut gua lihat taib si tahi judi sudah termenung jauh…parah ni…

Tora: apacerita jeng??

Taib si tahi judi: lauk bro lauk….BARCELONA 2 MAN U 0



Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah apacerita ni jeng! Lauk apa ni?? Lauk tempe ke??! Kata setan, setan mana boleh kalah hahahahaha ni setan mana ni?? Setan penyapu ke!! Hahahhahahahhhahahahahahahahahahhahahaahah

Gua mmg tak minat bola sepak, gua mmg tak amik port bola bola ni semua, tapi pasukan bola sepak yg paling gua benci ialah man u! padan muka!!

Gua terus pegi tapau karipap bai belanja budak budak kilang yg peminat sukan bowling satu kali!!




Psst amacam team malaysia agak agak boleh laukkan diorng plak tak??

Syukur

Masanya semakin hampir
setiap pertukaran malam ke siang
menghancurkan segenap memori
yang dulunya pernah hadir
hanya untuk melemparkan najis.

ahhh...
Syukur!
si bibir masih mahu tersenyum
si mulut masih lagi petah berbicara perihal cinta

segala janji
semua bicara
seluruh percaya..
membunuh sekumpulan kenangan hitam
yang tandus dengan sifat-sifat manusia waras

Alhamdulillah..
saat ini
terbitnya suria setiap pagi
cahayanya mengutus harapan baru
panasnya membakar segala manisan palsu
lalu aku terus setia menunggu...

hari itu!
saat itu!
damai itu!
kelapangan itu!

biar di sana hanya yang masih ada
hanya aku dan "dia"
"jemput masuk Encik Bahagia"




Dengan sukacitanya,aku menjemput semua pembaca JJ hadir bersama-sama memeriahkan lagi majlis perkahwinan aku dan cik ehem ehem aku pada 7 JUN 09,bertempat di no2 jalan mesra,taman sri kenangan batu pahat.Segala macam hadiah amatlah di alu-alukan...hahah...


-akueMpTy-

27 May 2009

Isy.... Takkanlah aku..... Dengan kau....isy....!

Akhir-akhir ini cuaca di pasir gudang teramat panas. kalau aku keluar dari pejabat, menghantar surat, beli sarapan, bayar bil atau melawat kedai bundle, kulit aku seperti di cubitcubit dek panas mentari yang membakar. kalau orang kampung setahun dulu yang menegur "wah! orang kerja pejabat dah putih", sekarang tidak lagi. peluh dalam baju macam aku sedang korek longkang, mesin rumput tengahtengah hari panas terik. hilang deodorant ketiak dan timbul aroma ketiak hangit yang kuat. sebab tu kalau ada cikgu perempuan yang cantik nak berurusan, dengan seberapa segera aku akan menegah dan lari ke toilet. bimbang reputasi aku tercalar. bayangkan duduk dalam pejabat berhawa dingin pun boleh berpeluh. aku kira ini hanya berlaku di pasir gudang sebab banyak kilangkilang melepaskan asap dan karbon monoksida. tapi silap. batu pahat pun sama. aku balik batu pahat, rancang ingin tidurtidur siang sebab ralat tak dapat tidur di pasir gudang. tapi malang. aku baring dengan 'boxer' dalam bilik pun macam kena panggang atas batu. nasibnasib.

Sehari sebelum itu

Telefon di depan ku ini sering mendapat panggilan ibu bapa yang risau pasal anakanak mereka yang kononnya diculik. modus operandinya seseorang menelefon penjaga murid dan memberitahu anak mereka berada dalam tangan mereka. si penjahat menyuruh penjaga memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberi. bagi ibu bapa yang 'tak pandai' mereka terus bank-in duit. sedangkan anak sedang tekun belajar dalam kelas atau sedang tekun berada depan komputer di manamana cyber cafe. setelah penat menjawab semua FAQ ibubapa tentang penculikan, aku ambil Silhouette Titanium Model 8568 dan mula menyiasat. aku dan kakak manis di TMpoint Pasir Gudang memulakan tugas cuba trace dari mana panggilan ugutan itu dibuat. setelah menekan beberapa saat dipapan kekunci, tertera beberapa nombor telefon. semua panggilan itu dibuat dari negara China. wah! satu kerja pula nak contact TMpoint negeri China. ini semua ugutan bodoh si penjahat yang tak profesional melakukan jenayah. aku malas nak ambil port, sebab belum sampai tahap ada budak yang betulbetul kena culik. kalau ada ibupapa yang telefon lagi, aku cakap anak mereka diculik tokey cyber cafe. babai.

Sehari dan sehari sebelum itu

Aku buat medical check-up dekat klinik desa, masai. setiap hari klinik itu penuh dengan manusia tak sihat. ada yang betulbetul sakit dan ada yang datang nak ambil MC percuma macam yang biasa Abang Mat Tora amalkan. aku kira, pemeriksaan kesihatan ni akan jadi rutin bulanan aku untuk memastikan kelangsungan hidup dan sihatnya aku pada harihari mendatang. doktor kata semua ok. condition tip-top. macam orang nak jual kereta. dia curiga dan bertanya, apa amalan harian aku dari celik mata sampai tutup mata semula. aku goreng habis. aku tak hisap rokok, aku tak amalkan minum air yang ber-ais apalagi berkarbonat-banyak gula, aku tak mandi lewat malam, aku tidur tak pasang kipas angin, aku ambil 20 minit bersenam setiap minggu. kata doktor aku boleh kekal hidup lagi 50 tahun tanpa penyakit kronik. alhamdulillah. keluar dari klinik, aku menunggang motorsikal pulang ke rumah. sampai disatu selekoh, motor aku hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan...bammmmmm!!!
aku meninggal dunia disitu. hilang cerita tentang 50 tahun dan sakit kronik. gratis....

Kalau doktor boleh menentukan umur manusia, hakim boleh menentukan siapa salah siapa betul, arkitek boleh kata bangunan itu akan runtuh lagi 3,4 tahun, tak perlu manusia itu berTuhan. semakin umur kita bertambah, semakin banyak perkara yang kita lalui, kita mampu menyingkap satu persatu 'kertas cadangan' dan takdir tuhan untuk kita. acapkali kita diberi petanda bahawa apa yang kita lalui itu telah diberitahu sebelumnya melalui sabda dan firman. tapi kita selalu rasa, fikir, dan kata itu adalah usaha kita. itu adalah perancangan kita. itu adalah hasilnya. tanpa ada hubungkait dengan kuasa yang maha Esa. hebat. sebenarnya, Tuhan hanya meletakkan usaha manusia itu hanyalah satu pra-syarat untuk satusatu kejayaan. seseorang meluahkan yang dia menyesali setiap inci masa dan duitnya atas pelaburan cintanya selama tiga tahun. atas tiket dia telah berjuang mati matian untuk bertemu cintanya namun kecundang dipertengahan jalan. jujurnya aku merasa pelaburan cinta bukan satu perniagaan yang akan menjanjikan keuntungan. ia adalah pertaruhan nasib kerana jodoh itu ketentuan ilahi. berapa banyak wang, masa, tenaga kau habis untuk memenangi hati pasangan masingmasing, ia langsung tak berhak menakluk takdir tuhan. bukan ajal saja dah ditentukan tarikh dah minitnya, tapi beberapa biji nasi yang bakal masuk dalam perut pun Tuhan dah tetapkan jumlah dan harinya. dan siapa tahu, kau bakal beristerikan nora danish dan lisa surihani sekali gus. hahaha. orang akan berkata: kau pun tak kawin lagi, nak cerita banyak..... dan tentutentu itu Mat Tora yang sound.

Tukar topik boleh???/

Kalau kau diberi pilihan untuk orang panggil kau 'manusia', atau memilih kehendak hati dan persetan dengan orang kata, kau pilih yang mana? susah bukan. kerana kita masih bermasyarakat. masih bersosial dengan manusiamanusia yang bertindak menentukan hala tuju hidup orang lain. ditelan mati emak, diluah mati bapak. setiap tindakan kita diperhati dan dinilai. tak kira, dari sudut sosial, politik dan ekonomi. kalau menidakkan kepentingan institusi ini, kita seperti tak berpijak pada bumi yang nyata. sebab, aku dan kita semua telah cukup bijak memikirkan natijah kalau kita keluar dari norma masyarakat yang telah berakar umbi hingga ada hegemoni ini. kalau ia terlanggar atau terusik, padah yang menanti telah ada sejarahsejarahnya. aku adalah produk gagal itu. aku adalah mangsa yang zahir dengan sejarah. titah kaum kerabat itu bukan hukumhakam agama. kalau melanggar hanya salah dunia. tapi itu kata 'orang tua'. orang yang lebih dulu merasa masinnya garam dan azabnya kencing manis. kalau kita mahu jadi berani, langgarkan saja. tapi kita berkemungkinan besar hilang restu orangorang penting dalam hidup. keluarga, sanak saudara atau paling koman, cikgu matematik kita. entahlah.

'deep in my heart i do believe
we're gonna make it'


Rancangan menarik sepanjang cuti sekolah

1. Cuti sekolah hampir tiba. pelbagai perancangan telah bermain dalam kepala setiap orang. belum pun memasang niat, cuki dah telefon, "kau takda cuti". aku kena memasak hampir setiap minggu cuti sekolah. tapi aku dapat excuse pada 7 Jun 2009. hari itu adalah hari berbahagia Akuempty atau Wee atau Amri bin Musa. dia bakal naik pelamin dengan baju Jawa dan songkok batik. aku dan Komunite akan bertandang sebagai tukang lahap dan photographer hari itu. bukan sebagai pengangkat pinggan dan pencuci. sorry. selamat pengantin baru buat Akuempty dan Amy. semoga kekal hingga ke anak cucu.
2. Seorang sahabat lama dikhabarkan pula akan berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah minggu depan. Drummer anggota Kultus Kabus yang sangat setia dengan BPHC (burger pilihan harus cuba), telah cukup syarat dan berkuasa.Alhamdulillah. semoga dia selamat pergi dan selamat pulang. semoga umrahnya diterima dan memperoleh apa yang dihajati. barangkali dah beratus orang bermodalkan air liur suruh beli itu dan ini dalam inbox handphone-nya. kepada Rosman bin Jalal, kami pengusaha Komunite Lusuh Jalan Jenang mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci dengan suci diri dan hati. Assalamualaikum........


(PS: sedang mentelaah 'De-Loused In The Comatorium' The Mars Volta dan 'Anak Dara Menteri' Mat Romeo - Terima Kasih Neofishy dan Mila Marcella)

26 May 2009

ALBUM HAWT??

Rancid - Let The Dominoes Fall (2009)

Gue udah bilangin ini album of the year!!! Mcm album and out comes the wolves, ada reggae, ska dan punkrock!! Apabrg layan nofx jeng!!
5bintang kelip kelipan! >>>KLIK<<<

24 May 2009

LABU PECAH


Setelah hampir 2bulan mencuba download dvd band kegemaran gua ni dgn berbagai rintangan onak duri, line stimix selalunya mcm honda kapcai lampu bulat kekadang mcm yamaha LC135 dan yg paling berat sekali bila bil TM wa buat buat lupa bayar.
Maka hari ini gua telah berjaya download double dvd ni!! Terbaik terhebat!! Malas nak cerita banyak, sesiapa yg berminat kasi gua 2keping dvd kosong wa kasik burnkan, kalau nak gua dulu dulukan takdpt la jeng, nenek gua kat hongkong takde kilang print dvd tau!!

23 May 2009

SAMA JE LAH TU







Jaman dulu pun dah buat apa nyanyi sambil goyang goyang kepala.

DAN SEBENARNYA....PART 2



yuna??? peh ni lagi tak boleh angkat jengg!!

MY OH MY


GAMBAR PERHIASAN


Ni idea siapa la yg bangang guna kaler pink ni! gua kalau jumpa mmg gua tampor bibir dia 3kali, apa dah takde kaler lain lagi apa dlm dunia ni!!

21 May 2009

DAN SEBENARNYA......

Malam jumaat hujan lebat, kombinasi terbaik!!


Gua masuk tidur awal......lalallallalllllaalalalllallaaalalal

20 May 2009

KAPTEN SLOW



Tarikh: 15 MEI 2009 JUMAAT
Lokasi: Lebuhraya utara-selatan, johor bahru ke batu pahat.
Masa: 9malam

Minggu lepas gua sudah balik ke batu pahat dalam keadaan yg kurang elok dimana mata sebelah kanan gua kena serangan bisul. Agak rare bila bisul tumbuh dikelopak mata, selalunya tempat favorit bisul ialah dipunggung dan celah kelengkang(peh kalau kena ni sure lu jalan kengkang mcm Ak Jailani tau). Gua tak kesah sgt pasal sakit, tapi yg gua kesah skrg mata belah kanan gua sudah kabur dan kurang nampak. Apabila satu mata sudah tak nampak, cekgu sains gua dulu ckp mata kita tidak boleh menganggarkan jarak antara satu objek dgn satu objek yg lain. Baru skrg gua percaya apa yg cekgu sains gua bilang dulu. Ditambah pula memandu dikala hujan satu haram pun tak nampak. Gaya pemanduan gua biasanya spt fernando alonso tapi malam tu gua jadik Kapten Slow, 4 lima pengguna hiway sudah hon gua, inikan pula lori ayam, toyota KE 30, pakcik vespa yg gua dpt rasakan diorg memang benci dgn gaya pemanduan gua.

Ikut petua org kampung, nak cepatkan bisul cepat masak dan pecah ialah dgn menggunakan daun keledek yg ditumbuk halus dan ditepek di atas bisul tersebut. Waw!! Mudah sungguh dan jimat kos! Gua pakai 2kali je daun keledek tu bengkak bisul gua dah susut dan pandangan mata gua semakin cerah.
Mak gua sudah bising apasal gua dari awal tak guna petua tu?

Masalahnya skrg gua ni duduk JB rumah taman, mana gua nak cari pokok keledek? ada ke org duduk rumah taman tanam pokok keledek dalam pasu atau guna sistem hidroponik dpn rumah? Ada??? Ada??? Yg boleh gua jumpa cuma buah keledek je itu pun yg dah goreng 3singget! Pebenda!!!!


UNDUR LIMA HARI SEBELUMNYA

Tarikh: 11 MEI 2009 ISNIN
Lokasi: Klinik swasta
Masa: 9pagi

Selepas pulang drp menonton konsert search mata kanan gua sudah rasa kurang sehat, rasa pedih dan panas secara tiba tiba dia naik bengkak. Gua sudah tak sedap hati. Isnin pagi gua pegi klinik check dgn doktor.

Doktor Tan: I rasa dan I pasti u kena bisul ni

Tora: alamek apacerita sampai kena kat mata ni??

Doktor Tan: owh itu biasa, selalunya berpunca drp keadaan persekitaran yg kurang bersih, berhabuk dan juga pemakanan spt seafood dll. U kerja apa??

Tora: saya kerja di kilang batu bata sbg penyusun batu bata.

Doktor Tan: owh I see…. (sambil menulis nulis pada kad pesakit)

Tora: so mcmana ni? Ada ubat ke? (dgn nada risau)

Doktor Tan: I’ll give u 2option, pertama saya berikan satu suntikan utk bisul cepat kecut dan pecah, u kena makan antibiotik dan ubat tahan sakit, I’ll give u cream for your eye.
Yg kedua, I refer u ke hospital specialist so mereka akan buat minor surgery keluarkan nanah bisul itu, sebab mata bisul itu berada di bawah kelopak mata anda, klinik kami tidak ada peralatan lengkap utk melakukan minor surgery keatas mata anda.

Tora: apa? bedah? Pehh saya tgk baju putih dokter hospital saya dah geger ni kan pula pisau bedah!

Doktor Tan: don’t worry they will put u to sleep, after 15minit the surgery will be finnish, you won’t be feel anything, trust me.

Tora: ini macam saya choose the first one la. I kurang berani. I pun sekarang dah taknampak ni, mata sakit berdenyut denyut, kepala I dah sakit sebelah kanan je ni.

Doktor Tan: ok in that case I’ll give u a jab, I’ll give u rest for a week. But, if the swollen is still not ok I’ll will proceed for the second option. Ok…

Tora: ok thank you dokter…

Gua kluar bilik dokter senyum simpul sambil menyanyikan lagu kegemaran gua “tee ne ne net tenet tenet u cant touch this…. tee ne ne net tenet tenet u cant touch this….ewaahhh”

Amacam baik tak lakunan gua ala saleh kamil???

19 May 2009

ALBUM HAWT??

The Breeders – Fate To Fatal EP [2009]

3bintang! Gua dah ngantuk! >>>KLIK<<<

Manic Street Preachers - Journal For Plague Lovers(2009)

Haaa ni baru betul britrock! Sound gitar enak sekali, tapi gua maseh suka abum lama diorg(lupa tajuk) yg ada tajuk lagu motorcycle of emptiness.
5bintang kelap kelip >>>KLIK<<<

Melvins - Manchild 4/Pick Your Battles(2009)


Album live kebanyakan lagu lagu drp album a senile animal dgn nude with boots.
5bintang kelap kelip! >>>KLIK<<<

RANCID - Let The Dominoes Fall(2009) AKAN DATANG!!!!!!


Lu org layan 1st single diorg dulu tau!!

Taking Back Sunday - New Again(2009)

Gua mmg tak in la dgn band ni, tapi ada seorang member gua ni(nama dirahsiakan) peminat setia diorang.
3bintang sbb sound gitar dia sedap! >>>KLIK<<< atau >>>KLIK<<<

RAMLI BURGER, BURGER YG PALING ENAK!!


Wartawan hiburan JalanJenang Nas Qarma katanya pergi menonton band jebeng ni beraksi ahad lepas di johor bahru, ni dah lepas berapa hari takde ribiu pung? Apacerita ni jeng?? Nak kena santet apa!!

18 May 2009

ILMU SANTET HUSIN BOLT



Ada satu hari tu gua sudah MC hammer, sedang gua melelapkan mata tiba tiba gua terdengar mcm ada org dkt depan pintu gate rumah gua. Pelan pelan gua skodeng celah langsir tingkap, sah! Ada seorg lelaki dlm keadaan mencurigakan tengah terhendap hendap sambil menggunakan teropong meneropong kearah rumah gua.
Angin baran gua terus naik, hari ni sudah termakbul doa gua nak beduk org. Gua syak ni lah setan yg dah kebas helmet racing gua 5bulan lepas. Dgn lincah gua keluar ikut pintu belakang, gua lari style husin bolt satu pusingan kedepan rumah. Bila gua sampai kedepan rumah wa tgk badan mamat ni lebih kurang mcm qarmadarma, memang set set makanan gua la ni. Plan gua skrg nak sergah mamat ni pastu beduk kepala dia dua tiga pam.

Tora : “jeng! Rumah ni takde bela burung, badak ada lah!!”

Bila terdgr sergahan gua, mamat tu sudah kaget, sekali lagi tiba tiba gua sudah nampak logo kat baju yg dia pakai. Gua rasa tak sedap hati.

Jurumeter : “bang sori ingat rumah takde org tadi(sambil menghulurkan bil letrik)”

Tora : “gua bkn taknak tukar meter letrik ni yg digital, tapi lu tau kan TNB cas gua ratus ratus nanti”

Jurumeter : “takpe la bang, saya faham. Nasib baik saya ada teropong ni, senang sket kerja(sambil start motor dan memecut laju)”

Susah jugak eh kerja jadi jurumeter ni, siang malam berjaga jaga, mcm kerja sambung ekor beruang.

Masalah gua skrg, masa gua kuar drp pintu blkg td wa lupa bawak bawak kunci rumah, skrg apa cerita gua nak masuk balik ni?? Ingat gua ni ada ilmu santet apa boleh bukak pintu pakai bacaan jampi!!

17 May 2009

RABANG YABIK!


Stim la layan tempat tempat ni:


KLIK


KLIK


KLIK


KLIK


KLIK


KILK

Bebaskan aku wahai si kacak

"selamat sempat,kalau tak...huh..." kasim tersenyum lega.Segala yang terpendam telah dibebaskan,dia mencapai tahap kepuasan yang maksimum.Kalau segala yang terpendam itu terlepas di dalam kelas,mana dia mahu meletakkan mukanya sebagai seorang pelajar yang paling kacak dan bergaya di sekolah?Pasti Munah dan Saleha tidak bergaduh lagi untuk merebutkan perhatian Kasim.Pasti pujian tentang ke'macho'annya di sekolah berkubur.Silap-silap haribulan,Kasim akan berhenti belajar.Semuanya punah,segalanya tentu ranap.Reputasinya pasti di rampas oleh Fuad yang memang menunggu peluang untuk merampas takhta 'raja kacak' di sekolah.Sudah tentu cerita itu akan mendapat liputan yang meluas dari Zakiah yang terkenal sebagai 'internet terbang' di sekolah.
"ahh..selamat aku" Kasim mematikan segala kemungkinan yang berpusing ligat di otaknya.Dia tersenyum.Yang pasti,reputasinya tidak mungkin boleh digugat,apatah lagi mahu di rampas oleh Fuad.Dia ketawa kecil dan mengatur langkah se'cool' yang mungkin keluar dari bilik air untuk menuju ke kelas kembali.

Riiiiiiingggggggg!!!!
Jam loceng di yang terletak betul-betul di sebelah bantalnya berbunyi nyaring.Dengan mata yang masih pejam,Kasim meraba-raba mencari punat di jam locengnya untuk mematikan bunyi nyaring itu.Baru saja hendak melelapkan mata kembali,Kasim merasa seakan ada yang tidak kena dengan boxer yang di pakainya.Dia meraba perlahan.Basah.Kasim memberanikan diri untuk mencium tangannya. "aduh...ini musibah" gerutu Kasim.Dia pasti,kali ini takhtanya akan dirampas oleh Fuad yang masih berdengkur kuat di sebelah katilnya.Dia akan mendapat aib yang besar,jika peristiwa ini di hebohkan satu sekolah nanti.Mana dia hendak letakkan mukanya yang kacak itu,jika semua pelajar perempuan mengetahui yang dia terkencing waktu tidur?Kasim yakin mimpinya malam tadi betul-betul akan mengubah segalanya.Kasim sedar 'zaman kejatuhan'nya sudah tiba.Dia seperti mahu menjerit apabila memandang muka Fuad.Mampus.


Moral cerita: kalau nak tidur,gi kencing dulu...kalau tak,jadilah macam Kasim.


-akueMpTy-

16 May 2009

Barang Dah Sampai, Abang Supir Percuma Tak??




Ada beberapa barang yang kita kena ambil di Kuala Lumpur bila En. Neofishy 'percuma'. Sila buat temujanji dulu dengan DJ Din sebelum ke sana. Terima kasih.

(R3??? Apa tu??)

Rick kirim salam.....



Wa tak pernah review music/band dalam JJ. Cubaan suara 1, 2....

Ni band kegemaran wa seawal mendaftar dalam Hardcore. Band NYHC ni memang sinonim dengan perkembangan Hardcore Batu Pahat. Kalau tak, masakan vokalis CBC semua nak tiru suara Rick ni hahaha.. Sebut saja tahun 95 "keepin it real" semua boleh membayangkan Rick dengan badan penuh tatoo satu badan, rambut dreadlock, singlet dan seluar sukan. Memang NYHC habis. Sebaris dengan Liar, Radikalna Promjena, Strongarm dan beberapa band lain. Awalnya, Rick adalah roadie untuk Agnostic Front dan beberapa band lain sebelum menubuhkan 25 Ta Life pada tahun 1992. Agak lama juga band ni berehat sebelum buat comeback pada 2002 dengan "friends / enemies" cd. Dan kini dengan release baru "Strength Integrity Brotherhood" dalam list terbaru Qarmadharma selepas Protest The Hero dan Enter Shikari. Sila bawa cdr atau thumbdrive ke rumah QD untuk sedut keluar album ini. Ia mengembalikan nostalgia Hardcore 90an. 1 2 3 5..... let's go..

15 May 2009

PUUUUUUUUTTT!

Cerita yang aku nak cerita nih aku kurang pasti tahun bila berlaku, tapi masa tuh Enol keja kat tempat Zam Tong lagi. Sesapa free hari Ahad kalau nak sarapan gi la ke gerai pertama sekali kat area Jalan Jenang Batu Pahat. Peniaga nya berbadan gemok dan hensem, sumpah tak tipu. (tak pasal-pasal ada iklan plak).

Anyway, cerita bermula bila si Azhar @ Joker (masa tuh lah) mintak tolong aku hantar dia ke Pontian sebab ada tertinggal barang untuk majlis perkahwinannya.

Truuutttt....trruuuttt...kat screen hp tertulis Joker@Pt.Raja. So, aku terus jek tekan butang received sebab time tu aku takde hutang lagi, so selamba jek lah angkat fon.

"Neo, malam free tak? Hantar aku gi Pontian, aku takde trasport lah...duit semua dah melayang dah buat belanja kawin...besok plak nak kena bayar 'tol' time nak bersanding, ko tau lah mak andam yang tak berapa mak tuh kalu mintak duit memang sebakul pun tak cukup...sebab tuh aku tak cukup duit nak beli keta dalam masa terdekat nih...amcam? cara?"

"Boleh beb. Tapi malam lah kul 10 lebih sebab wa tutup kedai kul 10.30 malam. Mak wa dah stand-by kerengge kalau wa tutup awal. So wa kan anak mithali, lu bleh kan tunggu kul 10.30 mlm?", aku sound kat Joker, kot-kot dia pun turut ngeri bila membayangkan kerengge tuh gigit buah p**ir dia.

"Ok lah. Boleh aja dong", balas Joker dengan intonasi geng-geng Ahmad Dhani.

Dalam hati wa - "Takut jugak mamat tuh kat kerengge, walaupun benda tuh memang tak ada"

So lepas tutup kedai, aku dengan laju nya memandu kereta Toyota KE 30 wa yang macam Billie Joe Armstrong bawak tuh, menerjah kelam malam menuju Parit Yob, untuk mengangkut assistant driver setiap kali wa bawak keta, Encik Enol Riff Master.

Tak lama, setengah jam jek sampai umah Joker kat Parit Karjo. Salam Joker lebih kurang, terus naik keta jalan dalam untuk ke Pontian. Sepanjang perjalanan, biasa lah budak-budak BP nih kalau dah jumpa, semua berbual kontol lah apalaga.

Lebih kurang dekat pukul 12 jugak lah sampai Pekan Nanas, umah yang bakal menyaksikan Joker bersanding esok hari. Time tuh Joker dah naik minyak dah jumpa bakal bini, menunjukkan yang dia sudah tak tahan menunggu malam pertama, sama macam Abg Mat Tora lagaknya menunggu malam pertama jugak. Hmmmmm......

Lebih kurang setengah jam, kitaorang pun gerak, sebab besok aku nak bukak kedai pagi-pagi. Namun begitu, biasalah, oleh kerana semua macam sual jek, mata dah ngantuk, bagi menghilangkan ngantuk, Joker ajak ngeteh kat warung tepi jalan.

So berduyun-duyun lah kami bertiga macam singa lapar turun dari kereta menuju ke kedai makan yang di cop untuk lepak. Suasana tenang sebab orang tak ramai. Mungkin sebab esok ada kenduri kawin Joker, so orang Pekan Nanas tido awal untuk membanting tulang gotong royong. Adalah dalam 3 4 orang yang makan, tak termasuk kami bertiga, mungkin sebab gaduh dengan bini so terpaksa makan kat luar.

Dalam keadaan sual tuh, tiba-tiba sepasang mat motor datang dengan motorsikal EX5 Honda yang popular dulu tuh (sebab dulu orang tak tau lagi motor Modenas) dan parking betul-betul lebih kurang 5 meter di belakang Joker. Kehadiran diaorang tu kami tak hiraukan sangat sebab masing-masing tengah layan rokok dan air panas bagi menghilangkan perasaa mengantuk yang teramat sangat. Rasanya kalau berjalan terus tanpa minum kopi, ada orang yang akan tongkat kelopak mata dengan batang mancis macam cerita Mr. Bean's Holiday tu.

Sambil berbual kosong, dua mat motor tadi semakin hampir dengan kitaorang. Kehadiran diaorang langsung kami tak ambik port. Tiba-tiba salah seorang dari mat motor tu datang ke arah Joker dari belakang (aku dengan Enol menghadap diaorang, Joker pulak membelakangi diaorang) dan terus mencubit (secara lembut, bukan kuat) leher Joker sambil membuat bunyi "pppuuuuuuuuuuuuutttttttttttt!!!!!!!!!!!" dan terus duduk ke arah meja satu lagi.

Keadaan tuh membuatkan kitaorang tergamam sebentar.

"Kawan lu ke beb? Baru nak kawin besok dah dapat kawan kat Pontian nih apa cerita lu beb?" tanya aku.

"Tah! Wa pun tak kenal", jawab Joker kebingungan.

"Kalau lu tak kenal, pesal dia buat 'pppuuuuttttt' kat lu pastu selamba jek duduk tuh?" Enol pulak tanya sambil gosok kepala yang tak gatal.

Serentak tuh kitaorang terus cepat-cepat bayar minum dan menuju kereta. Kat dalam kereta kitaorang bleh nampak muka mamat tuh macam menahan malu tak mau pandang kitaorang sambil Joker cakap "Lek dulu, lek dulu...."

Start keta dan terus jalan dan terus ..."BWAAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA.....PPPUUUUUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT...HAHAHAHAHAHAHAHHA".

Sepanjang jalan kitaorang gelak menahan ketawa terutama bila Joker cakap "Tu kalau aku tampar kepalanya 10 kali pun takpe tuh sebab nak tahan malu punya pasal...."

MORAL : nak bergurau, pastikan itu adalah kawan anda yang benar dan betul. Kalau tak nahas jek kena tahan malu tak pasal-pasal.

-neofishy

14 May 2009

ALBUM HAWT??

The Mars Volta - Cotopaxi single

Tak sabar tunggu album baru rilis next month.
5bintang!! >>>KLIK<<< kalau tak boleh klik sini jugak >>>KLIK<<< kalau tak boleh jugak amek PC tu buang dlm parit je!!

Green Day - 21st Century Breakdown

Sound gitar sedap, besar bunyik dia, lagu biasa biasa je la, takde yg menarik sgt la, boleh la layan time bosan bosan asek layan deathcore je pun boleh kejang perut apa!
3bintang >>>KLIK<<<

NOFX – coaster

Mmmmmm 1st time dgr tak best, 2nd time dgr boleh la layan, skrg apabarang layan punkrock kan kan. Style still sama dgn album2 yg lepas(wa paling suka album album awal diorg tau) tapi sound gitar el hefe kali ni memang sedap dgn riffing dan goreng goreng yg menyengat.
4bintang! >>>KLIK<<<

Hatebreed - For The Lions

Ok ni album lagu lagu cover. Diorang dah nak jd style crossover ke apa ni, lain macam je wa dgr. Track yg paling best diorg cover lagu sepultura refused/resist mmg terbaik!
5bintang utk track refused/resist 2bintang utk album ni! >>>KLIK<<<

Heaven & Hell - The Devil You Know

Peh album yg wa nantikan, rilis of the year! Riffing tony iommi mmg melekat lekat ditambah dgn suara tarik highpitch ronnie james dio yg superb! Ni baru true!
5bintang kelip kelip!! >>KLIK<<

Agoraphobic Nosebleed - Agorapocalypse

1st time wa dgr band ni bila diorg split dgn converge, sungguh wa tak bole layan drum machine gay diorg. Tapi album kali ni jangkaan gua mmg meleset, sungguh best post-hardcore diorg, drumming mmg takbole angkat, riffing gitar ada sikit mathcore pukul serong punya tau!
5bintang capricorn! >>>KLIK<<<

Manchester Orchestra - Mean Everything To Nothing

Nama mcm band uk tp jgn silap ni band US, strategi yg bagus utk meletup di UK. Lagu pun sedap indie rock + britrock.
5bintang! >>>KLIK<<<

SECONDHAND SERENADE – a twist of my story

1.Gua ingat kan lagu fall for you tu lagu baru dashboard confessional tetapi jangkaan gua sekali lagi meleset, sungguh membuatkan gua potong stim, secondhand serenade mmg sebijik dashboard confessional. Ini band gua tak minat!
2.gua terpedaya dgn rekomen drp cik neofishy ckp ni band lagu diorg monotonos ke monotonok ntah apa dia ckp wa mmg tak paham! Neofishy lu jaga!! Buang masa gua je download band gay ni!!
-30bintang!! >>>>>LINK CARIK SENDIRI LA!<<<<<

Yang pertama untuk ehem..ehem..eheheh...

Tersadai aku di benua ini,
bersama alunan irama cinta,
terpacul nyata merawat segala luka,
yang dulunya hanya kisah duka,
cinta artis arus perdana...


Terima kasih TUHAN di atas pemberian ini,semoga ianya kekal buat aku untuk selama-lamanya...AMIN...


-akueMpTy-

'PUASA' SEBELUM PUASA

Sejak kena gastrik nih, walaupun doktor kata tak teruk, tapi aku dah gila babi punya menjaga pemakanan. Banyak dah makanan yang aku suka dah tak aku jamah. Walaupun boleh makan dengan kuantiti sedikit, tapi makanan tuh semua aku 'puasa' kan dari menerjah perut aku. Prinsip aku sekarang, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan ayam penyet (sori ayam penyet, tak pasal-pasal ko disalahkan, walaupun aku sendiri tak pernah makan ayam penyet).

Ok skip pasal ayam penyet. Disebabkan gastrik ini adalah kali kedua menyerang aku, aku dah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengawal penyakit nih. Kalau dulu lebih kurang setahun setengah baru keadaan aku lega, tapi selepas intensif penjagaan yang aku buat, alhamdulillah dengan izin Allah yang maha kuasa, dalam masa 3 bulan perut dah agak lega, walaupun belum 100% sembuh.

Semalam masuk kali ke 7 aku jumpa doktor pakar. Tapi kali kedua aku jumpa doktor pakar yang lagi satu nih. Namanya Doktor Ghazal, lembut budi bicara dan punya pengetahuan tinggi dalam bidang dia (yelah, kalu tak, tak kan dia jadi doktor pakar...bengap gak aku nih). Punyalah panjang penerangan, dia kata aku punya kes tak teruk (walaupun tak teruk, tapi kena jugak jaga kesihatan daaaa...). Dan lagi satu, lepas tu dia bagi aku ubat free. "Saya ada ubat yang lebih kuat dose nya, awak ambil lah, saya dapat free jek sebab diaorang bagi sample", kata dia.

Aku terkejut. Mana mungkin dia nak bagi free, lebih-lebih lagi hospital swasta. Lepas dapat bil, memang betul ubat tu dia bagi free. So, pada Doktor Ghazal, moga murah rezki anda dan panjang umur anda. AMIN.

-neofishy 'bersyukur'

13 May 2009

LAIN DUNIA

Waktu: 9pagi

Lokasi: Bilik rehat

Dari dpn pintu kilang gua sudah nampak keadaan agak kelam kabut, beberapa budak kilang gua nampak berlari lari cemas ke bilik rehat. Kali terakhir gua nampak scene mcm ni 2bulan lepas sewaktu Jimi Jongos kena ekor 2riban, dia bol makan free kentaki. Ini serius ni!!

Tora: jeng apa cerita ni??

Siva: adey cha" lu slow tongkang daa, ini cerita byk serius tau sama mcm dkt perak sana!

Tora: wa dah agak dah mesti serius ni, story sket...

Siva: itu Lim haa sudah masuk mentol hospital, dia suda tak kenal semua orang, makan tak mau, cakap tak mau, duduk diam aja, so sedey....

Seingat gua kali terakhir gua nampak si lim ni jumaat lepas time rehat, gua tengok elok je sehat walafiat. gua memang jarang bebual dgn dia, cuma angkat muka je kalau berselisih biasa la gua kan kerek apa. Tapi gua tau dia mmg menganggap gua ni rakan sekerja yg berhati mulia.

Selepas gua CNN sana sini cari berita baru la gua tau cerita sebenarnya, Lim sudah kena penyakit mental yg diberi nama Anxiety Disorder.
Gua sudah call member gua Dr.Bob utk mendptkan info tapi dia takjawab call mungkin tgh sibuk bertugas.
Memandang kan gua ni seorg yg celik IT, utk mendptkan maklumat tu hanya di hujung jari gua aja. Gua sudah bukak wikipedia pastu gua search satu kali Anxiety Disorder, gua sudah bertemu jawapannya, gua baca sekali lalu.......dan.......gua tak paham.....

Dipendekkan cerita si Lim ni depress yg teramat deep, jiwa kacau yg teramat hebat, katanya bersebabkan peribadi hal keluarga. Dia murung dan tertekan rasanya dah bertahun dia pendamkan sahaja dan akhirnya memakan diri sendiri. Mengikut pengamatan gua la dia dah memutuskan perhubungan dgn dunia normal yg kita lalui sekarang, dia mengambil keputusan utk hidup dlm dunianya sendiri.

Lim, gua doakan lu kembali sehat mcm selalu.Sekian.

Masih Belum Terlewat



(Dimulakan dengan Basmallah)

Bulan Mei pasca April adalah bulan lemah longlai untuk aku berkata dan mukadimah bercerita. Bukan. Bukan pasal kena sound 'cerita la pasal orang lain, cerita kau tak best'. Bukan pasal tu. Ini adalah asbab penat dan penuh jadual yang eventnya tiada ternilai diganti dengan event biasa. Awal bulan, ada retaliasi dengan Crestfallen ke Ipoh. Konvoi 3 kereta. Dua kereta baru dan satu kereta separa buruk. Pintu kanan kesan lebam dihentak motorsikal mat rempit mabuk cendawan. Minggu itu aku lari dari tanggungjawab masak. Aku bohong cakap ada kursus 3 hari. Padahal aku tidur dalam bas, kereta myvi, 'makan' kacip, bual gelak, semua yang 'lagha' sepanjang di Ipoh. Tetap gembira walaupun journey penat dan habis banyak uwang. Aku kurang lelah berbanding yang lain, sebab duduk sahaja, sms, layan Protest The Hero, makan. Mereka-mereka cemburu kerana aku tiada lesen memandu. Aku, Crestfallen dan gadis-gadis litar bawaan Enol, Andaq dan Uda membayangkan crowd tetap hebat seperti "biasa". Tapi meleset. Walau Par (Faris Hillton) membawa sekutu atau terma tahyulnya,'crowd' seramai 2 orang, penyokong tetap segitu juga. Geram. Vokalis kadang-kadang gagal mengawal perasaan. Lagu lentok sepi telah menjadi sangat punk. Dengan tarian serigala mengelilingi api. Ala Kevin Costner Last of the Mohican. Yang pasti Crestfallen perlukan anjakan paradigma. Fasa pertama telah lulus. Fasa kedua dan seterusnya, CF perlu ada squad tempur seperti yang ada sekarang (fikir aku). Par bawa 2 orang, Andaq bawa 3 orang, enol bawa 12 orang dari watson's, Obey bawa 10 dari kilang maajun, Uda bawa 5 orang dari kilang plastik, dah berapa semua sekali? Boleh buat wall of death. Rempuh sampai repih-repih. Orang akan berkata "wow, ini barulah hadko". Cukup untuk gurauan kasar Qarmadharma. Nanti orang 'lain' kecil hati. Kalau Crestfallen yang kecil hati, aku tak komen myspace mereka lagi, sumpah.

Bila manusia itu diberi kelapangan seketika, dia terlupa untuk mengingati masa kesempitannya yang lalu. Tak kira apa jenis kelapangan. Mungkin dari segi kewangan atau paling kurang berlapang dada. Tiada isu dalam kepala hotak. Konflik di pejabat, dengan rakan sekerja, seperjuangan atau serumah. Ini memungkinkan sedikit kusut tapi tidak hingga terbawa-bawa ke dalam tidur dan solat. Satu hari lapang, satu hari kusut. Membuat pilihan juga satu kekusutan. Sekarang ini kalau ada orang offer aku kerja, dengan gaji tinggi, elaun pun 'muai', mesti aku sapu. Tapi ada harga yang harus dibayar untuk kelapangan itu. Mungkin tempat itu jauh dan kau terpaksa meninggalkan keluarga. Begitu, mungkin. Kalau suatu hari dulu aku pernah blog pasal perkara yang ditukar ganti antara perasaan dan harapan. Hari ini bangkit semula isu yang sama, untuk aku buat timbang tara, fikir semula. Malam itu rakan masak memberi nasihat, istikharah. Bukan sekali tapi beberapa kali sehingga Tuhan memberi jawapan. Dia beri penerangan berserta contoh-contoh dari drama tv malaysia dan indonesia. Masuk juga dalam deria rasa aku. Lantas teringat dengan sabdaan ; Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat (Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365). Aku dirikan. Namun, masih belum bertemu jawapan. Benarlah kata kawan itu. Aku perlu sedikit buah fikiran orang lain untuk membuat keputusan. Kalau aku suarakan dalam 'bual kentang' Jemaah JJ, pasti jadi bahan gelak Mat Tora. Aku mesej beberapa kenalan lama dari bumi Jengka. Seorang rakan menghantar mesej berbunyi: dari hak seorang yang beraqal lagi bijak itu adalah menambahkan nilai pendapatnya dengan pendapat para ulama, sehingga bergabung pendapatnya dengan aqal (minda) para ahli cerdik pandai, maka pendapat secara berseorangan berkemungkinan tergelincir, dan minda berseorangan mungkin akan tersesat" ( Al-Madkhal, 4/41). Dalam kusut kusam ini, masih ada teman yang setia menemani, memberi semangat, nasihat dalam adunan cereka pengalaman. Terima kasih. Kau sungguh baik hati.

Rancangan bertemu gergasi rock tanahair 'Search' akhirnya berhasil. Pada mulanya 'hangin' juga sebab Mat Tora nak beli tiket tak 'cakap-cakap' member. Aku tak cerita banyak. Esoknya sepantas kilat aku meluncur ke Hong Leong Bank, depositkan duit beli tiket. Empat hari terasa sangat lama. Hari sabtu 9/5 aku masih dengan rutin masak. Seawal 6.30 pagi aku dah mendayung beras 30 kilo dalam kawah panas menggelegak. Peluh dan penat tak ku hirau sebab malam nak salam dengan Amy dan Hillary. Aku bajet ramai geng dari Batu Pahat akan turut serta. Namun, jiwa rockers belia tua Batu Pahat hanya tinggal sisa-sisa celah gigi. Zam, Ajis dan Fuad konvoi 2 kereta dari Batu Pahat. Bebual kentang Abang Dozo dan beberapa rockers jiwa luka telah menjadi kenyataan gara-gara teori 'kipas lipas, kau panas kau kipas'. Lebih dasyat lagi ia telah menjadi masalah domestik orang berumah-tangga. Itulah faktor utama aku belum mendirikan rumah dan tangga. Sebenarnya, kehadiran aku "Di Awan Biru" malam itu adalah rahsia kelamin yang sangat-sangat sulit. Seperti cerita dalam kelambu. Tapi, kalau simpan sahaja tanpa cerita pada kawan-kawan yang tak pergi macam 'tak ada'. Ambiance dalam stadium tertutup MBJB JOhor Bahru pada mulanya sangat lesu. Terlihat kelibat Gin Gimuda berjalan seorang diri. Kami berada di bahagian kasta tinggi tiket RM58. Manakala dia kasta rendah RM38, mana boleh sama. Aku kira ada beberapa mamat rockers yang betul-betul true berdiri betul-betul depan stage dengan bendera negeri Sabah. Aku kesan ada 3,4 rockers yang mengembalikan nostalgia rock 80'an ala SYJ, Bloodshed, atau paling koman 'Sofea' dengan seluar ketat warna merah, tshirt tanpa lengan grafik matahari terbit, apa lagi kalau bukan Loudness. Melengkapkan diri masing-masing dengan 'key' terikat dipeha dan conteng-conteng muka mereka, setia seawal setengah jam sebelum Nordin, Hillary, Yazid, Nasir dan Amy keluar ke gelanggang. Kenapa aku guna istilah gelanggang? Sebab opening ceremony gamat dengan lighting system dan api macam Shawn Micheal nak 'bergasak' dengan Kane dalam gelanggang sangkar besi. Disatu sudut, aku terlihat beberapa orang duduk ditempat VIP. Pada pertengahan show berjalan, barulah aku tau, susuk tubuh perempuan tiga suku abad, duduk di situ tu adalah ibu Amy. Aku lupa esoknya sambutan Hari Ibu. Dedikasi lagu buat ibunya sungguh menyentuh hati. Sepanjang konsert berjalan, tiada satu lagu pun yang tidak didendang-nyanyi bersama. Itu semua adalah lagu nostalgik rockers dari zaman mereka berpelet-pelet cinta sehingga sekarang beranak keliling pinggang. Gimik tetap ada. Dalam ucapan Amy tatkala Nordin mengambil nafas dan teguk air mineral, sempat dia mendedikasikan pula lagu Fantasia Bulan Madu untuk sepasang mempelai baru menikah petang itu. Masih dalam uniform kahwin. Wah! memang jadi sejarah untuk mereka berdua. Aku lihat Mat Tora mengelamun. Mungkin dia berangan untuk kahwin lagi satu dan panggil Lamb of God buat show joget lambak depan rumah. Oh, silap. Dia bukan mengelamun. Dia tidur rupanya. Aku tak faham bagaimana orang tidur ketika lagu Pawana bergema. Tidak ada satu mahluk pun yang tidak berkumat-kamit menjerit menyanyi lagu itu dan dia sedang nyenyak tidur. Seperti biasa, selepas lagu terakhir, peminat akan request satu lagu lagi. Dan seperti dijangka, Search 'rock' semula. Habis konsert Mat Tora berkata " Wa sakit mata la jeng". Aku buat tak endah.

Ketika orang berpusu-pusu keluar dewan, kami sempat berjumpa rakan-rakan yang yang dah lama tak jumpa. Dicky (bukan Dicky tu) dan beberapa budak hardcore lama tetap turun memberi sokongan. Wa caya lu lah brader!!! Tak lupa juga, Hattan, sempat bersalaman sebelum keluar dewan. Ole-ole aku adalah sehelai T-shirt Search warna putih. Sangat 'rare'. Sebelum bergerak ke Batu Pahat, kami sempat minum dan melahap demi mengisi perut yang telah berbisik lapar. Letak saja punggung dalam Myvi Zam, aku pun lena sepanjang highway JB-Ayer Hitam. Pukul 3.00 pagi, selepas menurukan Ajis, Zam cakap dia tak tahan mengantuk. Aku ingat dia nak berhenti tidur sekejap. Rupanya ajak minum dekat mamak 24 jam Jalan Rahmat. Maryam la, mana lagi. Aku betul punya berbual dengan Zam sampai pukul 5.00 pagi. Cerita abang-abang la, orang meninggal, sportrim 18 inci, gejala sosial, taubat nasuha, sakit belakang dan macam-macam lagi. Zam hantar aku sampai rumah. Setengah jam lepas tu aku telefon dia balik, risau dia memandu dalam keadaan mengantuk. Dua kali misscall. Tak jawab. Cubaan ke-3 baru dia angkat. Baru la lega hati aku. Lepas subuh, aku bantai tidur separuh hari. Petang aku balik JB dan tak cerita pada sesiapa sehinggalah teks ini ditulis.





Mesej: Mungkin post ini akan menyebabkan ada individu yang berkecil hati sebab pergi konsert tanpa pemberitahuan dan kebenaran. Aku memang individu yang "suka buat dulu kemudian baru tanya boleh tak". Sekarang aku tanya 'Boleh tak?' Tak boleh pun nak buat macamana, benda dah jadi. Minta Maaf. Mesej ini ditaja oleh Celcom Blue.

Pre Minyak Naik, Post-Ipoh Hardcore Take Over

Minyak Naik, Sapa Takde Duit Gi Naik Beskal

Aku baru jek dapat tau yang minyak akan naik harga berkuat kuasa serta merta pada 1 September nih kepada RM2 seliter. Tak kira RON 95 ke, RON 97 ke, keperluan minyak dah macam makan nasik bagi sesetengah orang, termasuk aku, yang pernah mencatu pembelian makanan harian hanya kerana nak isi minyak kereta.

Sekarang aku tukor bawak keta Kancil 660, tapi penjimatan minyak aku tengok tak jugak dapat sebab Kancil 660 pick up tak kuat, nak naik jalan berbukit macam kat area Seri Wangi dengan Bukit Belah kena guna gear 3 paling kurang. So, penggunaan minyak bertambah. Kalu nak stick dengan gear 5 jek boleh, tapi kena tuh jalan macam lori balak bawak balak bertan-tan lah. My-Vi jugak yang jimat (berdasarkan pada pemanduan Enol ke Taiping dulu).

Aku pernah berkira-kira nak naik bas jek gi keja. Jarak antara tempat tinggal dengan tempat kerja lebih kurang 25km. Naik bas pergi balik RM 5. Tu belum nak balik ke rumah lagi. Kalu isi minyak setakat nih, sehari RM 10. Tak berbaloi rasanya kalu naik bas. REJECT.

Penat-penat pikir pasal minyak, sampai bila pun tak selesai. Tetap naik jugak. Aku dah cakap, sapa pun pegang kerajaan, minyak mesti aik punya. Percayalah.

Hisap rokok sekarang kena catu. Apa barang catu, berhenti terus lah, ada beran?

Boleh dikatakan sekarang aku dah secara rasminya berhenti rokok. Aku hisap pun kalau rasa teringin atau lepak dengan kengkawan. tu pun tak banyak. Dengan keadaan ekonomi sekarang, dengan gaji yang saban bulan tak pernah cukup, berhenti rokok adalah satu langkah yang bijak untuk ekonomi, dan juga kesihatan anda.

Aku pernah jugak kira kalau sehari aku keluarkan duit RM 8 untuk beli rokok, sebulan dah berapa, setahun dah berapa, 30 tahun dah berapa....waaaahhhhh...banyak tuh. So decision aku untuk berhenti rokok memang bertepatan dengan keadaan ekonomi aku sekarang.

Lagipun, aku rasa isap rokok dah tak cool lagi lah sekarang. Lepas nih boleh lah letak kat awalan nama dengan akhiran nama ada XXX. Cuba bayangkan XneofishyX...waaahhhh...cool habis. So, korang yang nak ada XXX kat nama korang, ikutlah langkah penjimatan aku. (p/s: Leh, kalau aku pangkah rokok ko, jangan marah tau....)

Lain kali bawak keta ikut lah adab sikit, bodoooooo....

Orang sekarang bawak keta macam diaorg tu takde nyawa jek. Pastu kurang ajor....semua nak kena penampar.

Aku pun kengkadang terikut gak sebab orang dah buat kat kitakan, apesal plak kita takleh buat kat orang plak...apa? politically correct? hormat orang lain? Wa dah tengok beb manusia-manusia yang politically correct ke ethical ke tah apa ke jadah tu semua cakap tak serupa bikin...dah ramai dah....malas nak cakap jek...cakap lain, buat lain, depan lain, belakang lain...so, aku rasa, walaupun aku aku akan bersoapn santun masa bawak keta dengan orang lain, aku tak akan bersopan santun dengan orang yang tak bersopan dengan aku....orang mcm ni memang tak makan saman....cakap lah apa pun, otak dah dungu dah....

So, kalau bawak keta tuh, kalau terperasan aku tengah bawak keta calm jek, tu maksudnya pemanduan semua pemandu keta pada hari itu adalah sangat menakjubkan sopannya....tapi kalau bawak keta, terserempak dengan aku bawak keta mcm tengah kejar sesuatu, tu maksudnya aku tengah kejar orang yang bawak kurang ajar lah tuh....

Ala, bukan susah nak bersopan kat jalan raya pun....nak belok bagi signal...nak mencelah bagi signal, angkat tangan, senyum...senang apa...hati orang pun tak sakit....ni bawak keta perasan diri tu Lewis Hamilton watpe...bongok....Lewis Hamilton bawak laju dibayar, korang bawak laju kuorkan duit, watpe ...ceh!!!

End of mumbling

Waaahhh...lama tak tulis....aku tak tulis sebab malas....malas dengan semua benda....so kalau aku rajin, aku tulis lah...lagi pun, apa yang aku tulis kan bukan orang dengar pun....

-neofishy

11 May 2009

SONIC YOUTH - the eternal



Rilis of the year! Lagu sedap, rock nroll, kurang meleweh, setanding album rather ripped!
5bintang kelip kelip!!

P/s gua terpaksa remove link, sarip lobo sudah sound gua! gua taknak masuk guantanamo bay! kim gordon sms gua td dia ckp dia dah send LP album baru tu kat gua wahahahahaaaa

Ibukota cinta

Limpahan kelipan lampu-lampu itu,
jelasnya memijak setiap kesedaran..

Setiap kedutan,
tenggelam dengan irama mabuk tengah malam..

Arus intoksikasi lahap,
menelan licin inci-inci kewarasan..

Dinding iman retak seribu,
di lautan lurah,
kehangatan nafsu muda-mudi metropolitan..

Aroma kekesalan,
dihambat deras wajah-wajah keceriaan..

Tarian puas di heret,
bersama tegukan pertama yang entah bila akan berakhir..


-akueMpTy-

10 May 2009

SELAMAT HARI IBU

SCENE REPORT: karaoke di awan biru








-fuh dashat! opening gimik bunga api dah mcm tgk rancangan wrestling WWE smekdown, bedebar jugak manatau ada undertaker dgn john cena tgh bergasak atas stage.

-kalau setakat tgk band matsaleh main kat dewan kecik panas plak tu apabrg jeng! ni artis malaysia main kat stadium tau!!

-lagu paling betah mlm tu mcm biasa kegemaran gua fenomena dgn pelesit kota!!

-goreng goreng solo hilary dgn nordin terpalet palet tak sama mcm dlm keset, ni lah contoh pemuzik malaysia yg malas prektis! Kasi kidd main la baru true!!

-time lagu isabella wa nampak fuad mengesat air mata, ada kenangan tu...

-sampai saat ini gua mcm tak percaya yg hattan member baik zamtong.

-Hattan bisik kat telinga gua "psst bro lawa baju"

-akhirnya gua dah dpt cara sebenar nak solo lead gitar lagu isabella, thanks hillary!

-wa sampai rumah pkl 2pagi, pintu rumah sudah kena mangga solex!! Apacerita ni jeng!!!

08 May 2009

KAU GENGGAM PERASAAN KU


Takde benda yg gua nak tulis, gua dah tak sabar tunggu esok malam, gua harap ending lagu kegemaran gua ni hillary lambung campak gitar jackson dia tepat pada pelukan gua!!!

06 May 2009

KEAJAIBAN


Baru baru ni wa telah pergi kesebuah butik bundle(butik tau) terkenal yg baru membuka cawangan terbarunya di dangabay. Wa telah diberitahu oleh seorang kenalan yg juga seorang peminat barang rare dibutik tersebut ada sehelai tshirt band kegemaran gua iaitu LAMB OF GOD.

Setibanya disana wa dgn lincah menuju kesasaran, ada byk tshirt band yg dasat dasat mcm ledzep, pinkflyod aahhh itu smua gay! Wa dah ada koleksi tshirt band band gay tersebut apa.

Yess!!! Sukses sukses!! Tshirt sudah dlm genggaman gua! Condition tip top A+++! Siapa yg berani cuit tshirt ni mmg nahas menanti badan diorg. Wa check wallet gua duit mmg cukup utk sambar tshirt tu.

Masalah utama gua skrg ialah saiz. Bila gua tgk tag saiz baju tu wa sudah tak sedap hati, tapi wa tetap yakin kalau memang rezeki gua dpt beli tshirt tu itu mmg sudah ketentuan tuhan.

Gua dgn lincah ke fitting room(peh fitting room mmg dasat kalah jayajusco nya fitting room tapi tempat gantung baju dan hanger cuma sebatang paku 1inci! Kepala hotak dia!!) gua dah agak dah, hati gua rapuh dan musnah jadi keping keping setelah kau pergi, tapi gua tetap yakinkan hati gua yg badan gua boleh muat dgn saiz L.

Gua berdoa agar ada keajaiban berlaku sebentar lagi, gua harap peri peri biru dtg menabur serbuk magik kat badan gua, gua berharap sangat sangat revalina s temat ke luna maya ke mbak intan ke si cecep ke dtg sambil berkata “waw mas!! Kamu kok ganteng amet sih ama tshirt itu!!!”

5 minit berlalu, tiada apa apa keajaiban berlaku.

Harapan gua musnah…….

Jurujual: “Bob lu jadi amek tak tshirt ni??”

Tora Addler: “Tak la beb, kain dia panas la”

Gua melangkah keluar dari butik dengan muka kerek sambil mengkarate pintu kaca tanda protest!!

Pengajaran: jgn byk sgt menonton sinetron indon. Sekian…

InTrend Mei 2009


4 April 2009, 10.34 pagi waktu tempatan

Assalamualaikum

Waalaikumsalam


Awak,
Sabtu ni saya ada photoshoot, cover untuk Intrend bulan depan.

Ok.

Awak temankan ;)

Aiseh, tak boleh la awak. Saya masak minggu ni.

Awak selalu macam tu. Diorang nak cover I, Rayqal dengan Mama sekali. Jom la, plzzzz

Tak bolehhhh... Tak ada orang nak cover. Kesian Cuki masak sorang-sorang. Lain kali eh

Actually I ingat nak introduce U dengan diorang. Nanti takde la diorang gossip yang bukan-bukan.

Isshhh... Saya rasa jangan dulu la awak. Saya belum sedia lagi. Nanti la. Nanti semua dah ok, saya bagitau eh

Kalau diorang tanya???

Pandai-pandai awak laaa... eh, Rayqal mana??

Ada ni... Eh awak nanti kita sambung, I nak suap Rayqal makan.

Ok, ok.

Ok bye

Bye



Sudah terang lagi bersuluh

Telor sudah pecah apa..

CATATAN JELAJAH KOTA
KUALA LUMPUR – IPOH – JOHOR BAHRU


1 Mei 2009, Jumaat. Kuala Lumpur.
Petang itu memang panas. Aku bekerja sambilan pagi tadi demi menambah-nambah kos poket untuk jelajah kali ni. Penat maseh tak hilang namun keghairahan untuk meninggalkan daerah kecil ni mengatasi kondisi tubuh yang dah mula berlengas dan lelah. Dengan beberapa helai baju T buat syarat, sedikit CD Crestfallen dan Sally Faerie untuk dijual di gig nanti, 2 buah buku Sindiket Sol-Jah untuk dilahap sepanjang perjalanan, sehelai boxer dan segenggam tablet ubat-ubatan ala Dr Gonzo, aku tetap meleceh sampai ke stesen bas. Mujur sangat bas belom berlepas. Aku sempat naik tepat jam 4.37 petang. Nasib memang selalu baik untuk orang yang tak berapa baik macam aku. Syukur pada Tuhan yang Maha Adil.

Aku tidak bersendirian. Leha juga turut serta dalam jelajah kali ini. Cuma dia tak perlu naik di stesen bas. Dia menunggu di MRSM memandangkan bas akan melalui jalan tu sebelum memasuki lebuhraya. Tiba di MRSM, aku dah nampak kelibat gadis berbaju lengan panjang hijau dan berseluar jeans siap dengan cermin mata besar ala Paris Hilton menjinjing beg galas hitam melambai-lambai menahan bas yang sudahpun memberi signal berhenti ke tepi. Dia masuk dengan semerbak harum pewangi entah jenama apa menusuk setiap hidung penumpang bas. “Wah, macam ni mengalahkan aku yang nak main gig. Stylo habis.” getus aku dalam hati. Dia duduk disebelah aku dan tersenyum-senyum. Kami berbual-bual sedikit sebelum aku mula mengantuk dan terlelap.

Kami tiba di kota Kuala Lumpur menjelang malam. Kota batu ini tak banyak berubah, tetap sesak dengan warga yang belum tentu asalnya dari tanah bertuah ini. Sana-sini kelibat orang bergegas mengejar waktu yang memang takkan berhenti sedetik pun menunggu mereka. Kami menunggu jemputan rakan Leha yang katanya sudah bertolak namun maseh belom sampai. Biasalah, jalan sesak dengan hamba dan alat kemodenan. Bila-bila pun takkan sudah.

-Sana-sini terang neon membunuh kegelapan,
konkrit bersahutan awan,
tulang-tulang berserakan memenuhi setiap
ruang menganjal zarah dan atom halal haram metropolitan-

Studio untuk praktis sudah ditempah jam 9 malam. Aku tiba lewat 15 minit. Rakan-rakan dah mula berdentum-dentam kat atas tapi perut aku pula berkeriuk-keriuk kat bawah minta diisi. Mujur ada gerai burger Otai. Sempat juga la menjamah benjoe sambil menapak perlahan menaiki tangga rumah kedai 3 tingkat. Studio terletak di tingkat teratas.

Dari luar, dah kedengaran gelak tawa Obey, Enol, Andaq dan Par berdekah-dekah. Entah apa yang lucu sangat, aku kurang pasti. Aku masuk ke dalam studio. Oh, rupanya masing-masing tengah sibuk bergaya cucuk langit melibas gitar dan melompat-lompat ala hardcore 90-an. Lagunya tak seberapa tapi gaya mesti lebih. Itu memang sudah jadi tema Crestfallen. Aku bersalaman, capai gitar, cucuk plug, chuga-chuga sedikit sebanyak dan mengikut mereka terkinja-kinja. Sudahnya, kami berdekah-dekah lagi seperti selalu. Praktis Crestfallen memang selalu santai sebegini. Maklumlah, usia yang sudah lanjut memaksa mereka untuk jadi tidak terlalu serius dan sedikit tak senonoh. Orang tua memang selalu begini.

Kami praktis lagu baru bertajuk ‘The Existence Of New Submission’ lebih banyak dari lagu-lagu yang lain kerana Par pun belum fasih sangat dengan struktur dan part-part lagu tu. Selebihnya, lagu-lagu dalam demo dimainkan sekali jalan mengikut setlist yang akan dimainkan esok. Keseluruhannya, praktis tetap macam selalu. Hasilnya hanya tawakal dan bertaruh nasib. Kami memang selalu begini.

Habis praktis, kami minum sebentar di restoran mamak kedai bawah. En QarmaDharma yang sampai lewat setengah jam sebelum kami selesai praktis sibuk berceloteh dan berlawak tak senonoh yang memang jadi kegemaran kelompok laki-laki separa urban yang menumpang rezeki di kota batu ni. Aku mengerling pada jarum pendek jam beliau yang sudah beranjak ke angka 12. Sudah masanya untuk pulang berehat.

Hari aku maseh belum tamat. Enol menghantar aku ke Prima Damansara untuk bertemu Leha yang dari tadi melepak bersama kawannya. Kami minum-minum sebentar sebelum Tam Spider datang dan melepak bersama kami. Rupanya, rakan leha tu memang bersahabat baik dengan geng-geng Luncai Emas. Tam meminta demo yang aku bawa dari kampong untuk cuba didengar di studionya nanti. Katanya, band-band underground ni banyak yang kualitinya bagus tapi kurang pendedahan pada dunia arus perdana. Kami berborak ringkas perihal industri musik arus perdana yang dulunya tandus kualiti tapi sekarang dah lebih meriah dengan kemasukan banyak band-band indiependen yang berbakat besar. Aku boleh lihat mentaliti pemusik-pemusik arus perdana yang nyata berbeza dengan fahaman dan anutan anak-anak muda anti-establishment. Walaupun hasil karya sama-sama berseni dan berkualiti, aku nampak yang fokus mereka lebih ke arah musik untuk cari makan dan menjadi karier. Ini memang tak salah tapi aku maseh lagi percaya yang seni dan perdagangan adalah dua perkara yang berbeza. Kata Ginsberg (Allen), seni yang tulus adalah sebuah eksplorasi kepada kejujuran berkarya dan jika kita dapat cari makan dengan seni, ianya adalah satu bonus, bukan objektif. Dan ini tidak jadi junjungan pemusik arus perdana yang berkiblatkan pasaran, sama seperti Tam dan Luncai Emas sekalipun. Namun, ianya maseh hanya pilihan peribadi dan aku memang tak punya masa dan sebab untuk menghentam beliau. Masing-masing bebas memilih.

Sudahnya, aku tidur pukul 3 pagi dan cabaran terbesar adalah untuk bangun siang nanti.

2 Mei 2009, Sabtu. Ipoh.
Leha pagi-pagi dah bangun. Aku tak pasti pukul berapa tapi tiga empat kali juga aku terjaga sejak pukul 5 pagi kerana panas. Sejak itu aku dah lihat dia duduk membaca di sebelah aku. Pukul 9 baru aku terjaga sepenuhnya setelah diharuk QarmaDharma yang menelefon sudah dalam perjalanan menjemput kami. Meleceh ini adalah satu penyakit yang payah sangat aku nak buang. Tabiat cukup buruk untuk manusia sebaik aku. Heh.

Aku bersiap ringkas sebelum turun dan sarapan di kedai mamak berdekatan area rumah tu. Lebih kurang jam 10 pagi, kami pun memulakan pemanduan menyusur lebuhraya. Kata Andaq, paling lama pun kita memerlukan 3 jam untuk tiba ke Ipoh. Sepanjang perjalanan, sekeliling lebuhraya memang kaya dengan pemandangan alam semulajadi yang mendamaikan. Aku tak banyak berborak dalam kereta. Aku asyik melahap ‘Kacip’ sampai habis lumat. Pipiyapong memang penulis yang baik. Beliau bijak mengusik deria komedi pembaca dengan kesah-kesah hidupnya yang tak lari jauh dengan hidup yang sama kita hadapi setiap hari – pengalaman kerja (dan tak kerja), ruang transisi dari remaja ke dewasa, kereta, persahabatan, punkrock, seni dan musik-. Prosanya memberikan refleksi kepada faham dan anutan kita yang cenderung sepertinya. Hidup memang selalu begini dan begitu. Di mana-mana pun sama.

Kami tiba di Ipoh lebih kurang pukul 12 tengahari. Pertama-tamanya, aku turunkan tingkap MyVi Enol untuk menghirup udara tanah tumpahnya darah Birch ni (eh, Birch kat Pasir Salak kan?). Bandaraya ini terdapat banyak kuil-kuil yang letaknya di kaki-kaki bukit dengan patung-patung sembahan yang bagak dan raksasa. Aku jadi jakun sekejap dan sibuk tekan punat capture telefon kamera yang aku paksa pinjam dari adik aku. Bangunan-bangunan kedai di sini maseh kekal dengan bentuk kolonialnya. Terjaga dan terpulihara. Belum pekat lagi senibina dan struktur bandaraya moden di sini melainkan kompleks-kompleks pasaraya yang memang jarang nak berkolaborasi dengan nilai sejarah tempatan.

Gig belum mula tapi dah ramai anak-anak muda berkeliaran sekitar venue yang diadakan di dewan SJK© Ipoh. Kami tak sempat nak soundcheck sebab gitar maseh belom bertukar tali. Aku cuci mata meliar melihat gadis-gadis hardcore gelombang baru. Aku yakin sangat mereka adalah anak tempatan. - “Ipoh mali, Ipoh Ipoh mali..” teringat nyanyian Point Blanc dalam X-Fresh FM yang dah kerap sangat berkumandang di corong radio -. Manis dan memberahikan (oopss..pity me PC-fascist!). Credits untuk gadis-gadis Ipoh. J

Glendora Records adalah sebuah rekod label yang diusahakan oleh anak-anak Ipoh yang belom besar mana tapi kuat semangat dan cintanya pada musik bising dan bingit ni. Aku kagum melihat modus operandi penganjuran yang sistematik dan well-organized. Kita boleh ambil iktibar di sini bahawa umur atau usia lanjut dalam scene tak menjamin kita untuk jadi lebih bagus dari mereka-mereka yang maseh hijau dan muda. Semangat dan kecintaan adalah pokok dan teras aktivisme itu. Baru hardcore punk brader.

Tema gig yang bertajuk “Drug Free Youth Campaign 2009” menampilkan ADK untuk turut serta membuat pameran di gig ini. Sebenarnya, aku yakin benda ni hanya setakat buat syarat je. Maklumlah, permit biasanya susah sangat nak dilepaskan untuk gig-gig sebegini melainkan ada inisiatif menjudulkan moral yang kulit-kulitan sebagai objektif. Aku jenguk-jenguk replika jenis-jenis dadah yang dipamerkan. Ada candu, amphetamine, ketamin, morphine, ganja, magic mushroom dan dadah yang selalu aku nak cuba, LSD. Aku pelik tengok LSD hanyalah sekeping kertas kecil dengan corak-corak muka senyum, strawberry, nenas dan beberapa corak lain yang agak hippie. Setelah mendapat penjelasan dari penjaga pameran, baru aku jelas yang LSD adalah sejenis dadah berbentuk sticker untuk dijilat pada lidah dan mengaktifkan deria khayal seseorang penagih. Kalau kamu semua pernah tonton Fear & Loathing In Las Vegas (filem autobiografi penulis liar Hunter S. Thompson lakonan cemerlang Johnny Depp), Dr Gonzo ada menjilat-jilat LSD sewaktu beliau tiba di Las Vegas dan merangkak masuk ke panggung. Mati-mati aku ingatkan yang LSD adalah sejenis pil sebelum ini. Namun, apa yang aku tahu dadah jenis ni sudah mula pupus dan outdated. Aku kempunan.

Band-band dah mula bermain sejak pukul 2 tadi. Stage utama memang gempak dengan band-band metalcore yang rabak dan gamat bermain dalam asap dan pencahayaan lampu yang ala konsert. Aku tak dapat nak ulas banyak tentang band-band yang bermain awal kerana kurang jelas dengan nama band namun rata-ratanya konsep yang dibawa setiap band hampir sama, metalcore, metalcore dan metalcore. Jelasnya, inilah genre musik yang menakluk kecenderungan budak-budak sekarang. Musik rabak dengan riffing-riffing metallic yang laju-laju, sekejap-sekejap breakdown dan nyanyian jerit-jerit macam nak terkeluar anak tekak. Tapi enjoy, jeng!

Di luar, stage kedua pun dah bermula. Band pertama adalah band tempatan yang aku kurang pasti namanya. Bermain teknikal-grind yang agak violent. Vokalisnya ramah mesra bergurau dengan crowd yang mengelilingi mereka. Agak kelakar dan mencuit hati dengan komedi-komedi sampingan cetusan beliau. Mereka memang enjoy sesama sendiri.

Seterusnya, Brayok mengambil tempat. Di mulai dengan lagu sendiri yang agak catchy ( mereka three-piece punkrocker), aku dah mula ke depan untuk melihat dengan lebih jelas. Brayok kuat pengaruh skate-punk walaupun mereka tak bergaya seperti skaters. Dengan beberapa cover dari NOFX dan Bad Religion, aku terhibur sekejap dari bingit jerit pekik musik yang berkumandang hari itu.

-“ Why must we stay, when we don’t belong. Why must we stay, when we don’t belong. We don’t belong..” Eat The Meek, NOFX. –

Selepas Brayok, stage kembali bingit dengan beberapa lagi band dengan konsep yang sama, metalcore. Ada juga dua tiga band yang bermain lain sikit konsepnya, sedikit teknikal, sedikit violent, sedikit screamo dan entah apa jenis genre lagi. Yang pasti, aku memang tak dapat dengar nyanyian yang jelas lirik dan nada suaranya. Kecuali sebuah band dari utara yang vokalisnya seorang perempuan yang agak cute dengan suara yang comel dan lunak. Aku tak jelas dengan nama band tapi aku pasti mereka ada bermain satu cover dari Paramore. Gitarisnya agak hebat dengan pedal efek yang tidak satu dan lagu-lagu yang melodik. Keseluruhannya, set mereka cemerlang dan menghiburkan.

Band terakhir untuk stage kedua adalah band yang ditunggu-tunggu, Infinite Delay dari Kuala Lumpur. Sebuah band teknikal grind yang amat hebat. Mereka tidak mempunyai bassist, cukup sekadar gitar utama, drum dan vokal. Namun persembahan mereka jelas mengagumkan. Gitarisnya memang hebat dengan jari-jemarinya berlari-lari pantas di setiap fret tanpa dapat dikesan cacat-celanya. Drum pula tak dapat nak diulas dengan kata-kata. Memang yang terbaik setelah Devillica. Ketukan padat pada piccolo (kau bayangkan bunyi ‘tang!’ diketuk laju-laju) dengan nisbah 100 : 10 seconds, dengan teknik yang berubah-rubah mengikut kiraan yang kelam kabut tapi berstruktur, segalanya seolah-olah magis hitam dari anak-anak muda rebellious ini. Stage kedua tamat dengan encore 2 kali. 2 KALI tau, brader.

Di stage pertama, Crestfallen mula beraksi lewat petang. Gugup bercampur baur dengan keterujaan untuk melompat-lompat di stage yang gah ni, kami tidak mengambil masa yang lama untuk soundcheck dan setting. Kurang 10 minit, tirai dibuka dan Crestfallen mula beraksi dengan lagu pertama yang agak slow, Never Die Ronin. Crowd agak hambar dan tidak kelihatan mereka ghairah untuk berdiri dan ke depan melainkan beberapa kerat kawan-kawan dari band Incarnation dan segelintir yang lain. Lagu kedua dan ketiga lebih heavy namun maseh gagal memancing crowd untuk memenuhkan depan pentas. Sambil bermain, aku dapat lihat sekelompok crowd yang mula keluar dewan menandakan betapa tidak rabaknya persembahan Crestfallen hari itu. Abang Rom pula mundar mandir dengan kamera dan baju putehnya sebelum sama-sama keluar dewan. Kami tidak peduli semua itu. Persembahan diteruskan dengan badan yang sudah mula panas dan kami mula menggila melompat dan melibas-libas angin menghambat setan-setan yang memang tak nampak. Crestfallen bermain 5 lagu tanpa ada slamdive atau mosh dari crowd, apatah lagi boxing dan step dancing. Namun kami tetap puas terkinja-kinja di atas pentas.

Band seterusnya tak dapat diulas kerana kepenatan dan merehatkan diri di luar venue.

Malam sedikit, Second Combat mula beraksi. Dah lama aku tak menonton persembahan mereka setelah yang terakhir di video Fluff Fest. Mereka memang gempak dengan kredibiliti vokalisnya yang cukup mahir berinteraksi dengan crowd. Stage gamat dengan slamdive dan moshpit yang penuh dengan crowd sehingga hampir penuh 3 suku dewan. Lagu-lagu yang dimainkan senang untuk singalong dan catchy. Ein juga petah menjelaskan setiap cerita dalam lagu-lagu yang disampaikan. Kriteria yang ada memang cukup sempurna untuk sebuah band positive hardcore seperti mereka. Yang hebatnya, sebelum lagu terakhir dimainkan, mereka sempat membuat sebuah piramid manusia dengan memanipulasikan crowd yang ramai. Memang luar jangkaan. Aku terpesona lantas terus berkata pada QarmaDharma, “Diorang memang Band of the Day lah!”.

Love Me Butch menakluk pentas selepas itu. Post-hardcore yang mantap, dengan vokal Syarul yang jelas dan sekali-sekali menjerit rabak. Lagu pertama dipetik dari album mereka yang mendapat ulasan menarik dan pengiktirafan dari pencinta musik indiependen tanahair. Riffing gitar Wing Meng yang tak konvensional dan progresif memaksa kepala kita terhangguk-hangguk walaupun tanpa pengaruh dadah. Persembahan yang menghiburkan dan berstandard tinggi.

Band seterusnya adalah band yang mula mendapat tempat dalam industri musik tempatan, Incarnation dari Kedah. Mereka baru sahaja pulang dari tour di Indonesia dalam rangka promosi album baru mereka yang baru lahir rilisan Subhuman Production. Si gitaris, Najmie dengan fiil yang sedikit gila-gila dan slumber membuka kata dengan menggelarkan crowd Ipoh sebagai motherfuckers. Memang kelakar. Lawak yang agak thrash (baca : kurang ajar). Persembahan dimulakan sejurus kuda-kuda dipasang dan rambut panjang terhurai ke depan. Vokal Yad yang mantap cukup serasi dengan musik mereka yang agak thrash dan well-structured. Solo Najmie memang serupa seperti yang didengar di dalam CD mereka, tak kurang satu not pun. Memang tidak sia-sia menonton persembahan mereka berkali-kali. Di bahagian drum pula, tak perlu mencari kesilapan Azumbi kerana memang takkan jumpa. Beliau bagaikan drum machine yang diprogram. Tepat dan padat. 5 bintang untuk Incarnation. Kalau ada lebih bintang, tambahkan lagi untuk mereka kerana mereka memang layak mendapatnya.

Jam dah menunjukkan pukul 11 malam namun maseh ada sebuah band terakhir untuk beraksi, Restraint dari Kuala Lumpur. Kami dah tak larat untuk terus menunggu. Setelah mendapat bayaran dari penganjur, dalam lelah dan penat, masing-masing bersedia untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Rancangan untuk makan di bandar Ipoh terpadam setelah Andaq tersalah jalan dan terbabas hingga ke lebuhraya. Maka, kempunanlah aku untuk melahap Char Kueh Teow dan Mee Udang. Hasilnya, kami hanya berhenti makan di hentian rehat lebuhraya tanpa ada banyak pilihan. Hmm..nasi ayam pun nasi ayamlah kerana perut aku memang dah tak dapat nak cerewet sangat kerana kelaparan. Kami bertolak sejurus lepas makan dan tiba di Kuala Lumpur jam 3 pagi.
Aku tidur lena tanpa dengkuran (err..maksudnya, ‘kurang’ dengkuran) malam tu. Esok pagi-pagi nak kena bangkit. Ada satu lagi jelajah menarik. Nak tau lagi? Sila klik sini.

PECANG PUNGGUNG... EH, PANGGUNG

METROWELWELWEL WEL WEL WEL WEL.......
Mempersembahkan, sebuah melodrama arahan Prof. Sai Baba Mukhlisin



Mempertaruhkan bakat-bakat 'tua' seperti:
Pak Mat (BA), Pak Leh (MB), Pak Kader (STM), Zali Burung Hantu (STM), Amy Zam
dan Mat Sam (AGN)

05 May 2009

PERIGI BERACUN


Qarma >>KLIK<<

TAHAN LESEN



Wa dah lama nampak flyers ni, wa ada sikit muskil kenapa nak kena “tahan lesen”? kalau wa tgh drive kena tahan ada roadblock wa nk ckp apa dgn polis tu? “lesen kena tahan cik sbb nk jadi lelaki kuat” peh gila apa morning morning wa sure kena saman takde lesen tau. Ok, jika org tu mmg sejak azali mmg takde lesen camna plak? kita amik contoh la cik qarmadarma, tak merasa la dia nk jd “lelaki kuat” tau!

Psst, lesen terbang skrg ada lagi ke??

01 May 2009

KAU MAWAR KU




Ini jambu mawar. Sama spesis dgn jambu air cuma warna dan bentuk sahaja berbeza. Jambu air kalau masak berwarna merah dan mempunyai jus yg banyak. Jambu mawar pula kalau sudah masak berwarna hijau cair kekuningan, jus nya kurang sedikit tapi berbau wangi spt bunga mawar tatkala dimasukkan kedlm mulut utk dikunyah. Kali terakhir gua makan jambu mawar ni masa gua kecik kecik, rumah paklong gua dkt kampung ada sepohon jambu mawar daun nya rimbun, lebat buahnya serta bunganya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya….. tapi pokok jambu mawar tersebut telah lama tamat riwayatnya akibat sakit tua.

Namun tiba tiba!!! Setelah berbelas tahun tidak merasa kelazatan jambu mawar tersebut, gua sungguh tidak menyangka wa dpt merasa semula jambu mawar tersebut secara percuma yg ditanam oleh sedara gua yg tinggal di taman molek. Waw! Déjà vu! Dekat kampung sudah pupus pokok jambu mawar ni tapi ia boleh hidup subur ditengah bandar…kuasa tuhan….

Pengajaran: rajin rajin la menjenguk sedara mara, jgn kerek sgt. Sekian.




P/s adalagi satu jambu namanaya jambu bol, bentuk sama mcm jambu air tapi isi dia tebal dan padat mcm jambu batu, tapi tak sekeras isi jambu batu, ia lagi lembut. Kalau dibelah dlmnya ada biji jambu yg keras ditengahnya. Dkt kampung gua pun dah pupus pokok jambu bol ni. Nnt ada masa wa try survey kebun kebun jiran gua manatau ada lagi sepohon jambu bol daun nya rimbun, lebat buahnya serta bunganya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya….

Kembalikan!!!!!

Sudah seminggu keadaan Baba begitu.Terperap di dalam bilik.Berita dari Doktor Hambali tempohari betul-betul menyentak hati muda Baba yang penuh dengan keriangan sebelum ini.

"awak hanya tinggal 3 minggu saja Encik Baba untuk bersuka ria bersama teman-teman yang awak sayangi" kata-kata Doktor Hambali bagai halilintar menyambar segenap tubuh gempal Baba.Baba bagaikan tidak percaya,batuk-batuk yang dialaminya sejak minggu lepas adalah kesan dari kanser paru-paru yang telah menular teruk ke seluruh paru-parunya.Berbagai-bagai persoalan timbul dalam kepala Baba,siapa yang akan menjaga kereta mewahnya lepas ini?siapa yang akan menjaga buah hatinya Rini kalau dia dah meninggalkan dunia ini nanti?Siapa itu,siapa ini,macamana itu,macamana ini?seribu satu soalan timbul secara mendadak dari pemikiran Baba.
"Ahh..aku mesti buat keputusan juga" rungut Baba, seiring tangannya mencapai telefon bimbit yang mempunyai 34 miskol dari Rini.

"Kita terpaksa putuskan hubungan suci ini,bukan i tak sayang kat you,tapi i rasa u berhak hidup lebih bahagia dengan insan yang lebih sempurna.Pergilah pada Hamsani,i pasti dia boleh buat hidup you lebih bahagia nanti,pergilah sayang,jangan cari i lagi" jari jemari Baba pantas menaip pesanan ringkas untuk buah hatinya itu,dan selepas itu telefon bimbitnya di padam.

Tiga minggu telah berlalu,tiada apa yang belaku pada diri Baba.Baba telah persiapkan dirinya awal-awal lagi.Hari berganti hari,minggu berganti minggu,namun tiada apa-apa perubahan berlaku pada diri Baba.Malah batuknya sudah semakin pulih."Pelik.."Baba merungut sendirian.
Kad jemputan kahwin diantara bekas buah hatinya, Rini bersama rakannya Hamsani telah di terima semalam,tiada riak-riak kecewa pada muka Baba.Malah Baba puas melepaskan rini ke tangan orang yang boleh dipercayainya,Hamsani.

Pagi-pagi lagi telefon bimbitnya telah berbunyi.
"selamat pagi Encik Baba" suara Doktor Hambali kedengaran jelas di corong telefon.
"selamat pagi" Baba membalas lemah.
"ada berita baik yang ingin saya sampaikan pada Encik Baba"Doktor Hambali bernada tenang.
"apa dia?" ngantuk Baba serta merta hilang,tidak sabar rasanya dia mahu menerima berita itu.
"pertama sekali saya ingin memohon maaf diatas kesilapan saya tempohari,sebenarnya yang menghidap sakit kanser paru-paru bukan awak,maklumat itu datang dari fail pesakit kami yang lain,Sairul Baba.Seorang lelaki keturunan orang asli Pahang.Dan lelaki itu telah meninggal dunia tiga minggu yang lepas"Doktor Hambali menerangkan panjang lebar.
"jadi saya tak sakit apa-apa lah?,saya tak mati la ye?" Baba seperti tidak percaya.
"Tidak,kamu hanya menghidap batuk-batuk biasa saja,maafkan diatas kesilapan saya Encik Baba,nama awak betul-betul hampir dengan nama pesakit saya yang dah meninggal tu,nama awak Khairul Baba,nama arwah tu Sairul Baba" Doktor Hambali menyatakan kekesalan dirinya.
"kalau macam tu terima kasih la tuan Doktor"Baba bernada gembira.
"sama-sama,kalau ada apa jangan malu-malu hubungi saya ye" Doktor Hambali kembali lega setelah penerangannya diterima baik oleh Baba.
"Assalamualaikum" Baba mengakhirkan perbualan
"Waalaikumsalam"

Klik..
Talian putus,Baba melompat kegembiraan.Seperti dilahirkan semula Baba tidak henti-henti mengucapkan syukur kepadaNYA. Namun....kegembiraan itu terhenti setelah dia terpandang kad jemputan kahwin Rini bersama Hamsani di tepi katil.Mereka telah selamat diijabkabulkan minggu lepas.Mata Baba berkaca,hidungnya kembang kuncup,dadanya berombak kencang, telinganya merah...

Dan selepas itu kedengaran jeritan kuat seperti halilintar di seluruh taman perumahan itu...

"Riniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!Hamsaniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!"
Baba meraung.Tapi segalanya telah terlambat untuk Baba.



-akueMpTy-