28 December 2011

Kelas Muzik Bukan Rock #101

Aku mempunyai satu kelebihan dalam hidup ini yakni selalu tak habiskan benda yang aku start. Salah satu benda yang aku start tapi tak habis-habis lagi sampai sekarang:


Belajar main seruling.


Belajar main percussion.


Aku pernah mengikuti kelas muzik peringkat sijil di National Conservatory of Arts untuk mempelajari kedua-dua jenis alat muzik di atas. Dah TUA main sijil-sijil lagi! < bongok!


Oleh kerana minat yang tinggi, kita perlulah ada alat tersebut untuk belajar main takkanlah nak pinjam-pinjam banyak cantik kau punya nenek dah lah PTPTN pun tak bayar lagi nama pun dah sangkut kat Kastam puih! < bongok!


Jadi aku pun beli. Setakat ini, aku ada 3 bamboo flute, 1 chinese egg flute, 1 pair Castenet dan 1 Djembe.


Bansuri Bamboo Flute Key D

Bansuri Bamboo Flute Key A

Chinese Bamboo Flute Key A

Castenet

Chinese Egg Flute Key dia aku pun tak tau

Remo Djembe Skin 10"


Setelah aku grad dari program muzik tersebut dan memegang segulung sijil, sampai ke hari ni aku hanya tau main lagu Do Re Mi sama lagu Happy Birthday sahaja. < bongok!


....


Masalah aku adalah : waktu pembelajaran yang amat singkat, instrument yang sukar dan fokus terganggu oleh kerana Liyana Jasmay dan Juliana Evans lalu lalang depan muka aku (pusat muzik itu juga port lepak artis budget macam ni). < bongok!


Sijil dah ada tapi satu lagu Rohana Jalil pun tak reti main! PUIH! < bongok!


Apa kau ingat Ayati Tasrip tu nak featuring kau ke kalau setakat kumpul alat muzik kasik habuk dalam stor? < bongok!


Sekian. < okay



26 December 2011

Jalan Jenang REPREZENT!



"Jadi part of writer Jalan Jenang amacam? Beran?"


Itulah pertanyaan sebuah sahabat aku tempoh hari.


"Bahasa apa kau orang pakai? Bukan style aku menulis dalam bahasa Melayu ni paham tak?"


Itulah reply aku.


Mulai hari ini, aku berbesar hati mencemar duli untuk mengotorkan kaki aku untuk memijak Jalan Jenang, sebatang jalan penuh kontroversi, penuh sarkastik, penuh aksi lucah Sabul dan kelapa sawit. Penuh honesty.


Sebahagian besar hidup aku selalu menjadi 'featuring' dalam sesebuah pertubuhan atau entiti. Tapi kebanyakkannya tak habis sebab aku jadi semakin power dari orang lain menyebabkan aku ditendang.


Jadi kali ini, Jalan Jenang ini akan terus direpresent oleh pakar-pakar bahasa, muzik dan senggama. Dan kali ini, Ahmad Tongkeng pula featuringnya OUYEAH!


Salam kenal-kenal. Minta maaf awal-awal kalau tersalah kata. Di sini saya bujang. Oooops!


Ini gambar terbaru aku waktu perhimpunan AMNO tempoh hari



WHERE'S MY SUBTITLE???


klik untuk download(kalau internet lu laju lah kah kah kah)

Sambil sambil berlatih ukulele, gua download kartun Robotech ni kasik completekan 3season, celaka betul gua baru tau dia sampai 3season.

Gua pun baru tau yg versi jepun ada 3lagi cerita yg berbeza pasal Robotech/Macross ni.

Dulu kalau terlepas tengok 1episod Robotech ni memang esok dkt sekolah terbongok la diam dengo budak budak cerita. Selalu yg menyebabkan gua terlepas menonton ialah takde letrik, hubungan gua dgn LLN jaman tu mmg tak berapa nak ngam.

Selain Robotech, kartun Transformer, GI Joe, MASKED, Ultraman, Space Cop Gaban, dgn Aksi Mat Yo Yo kalau terlepas tengok mmg celaka diapunya feel.

Bila menonton balik gua baru paham jalan cerita dan mana datang nya teknologi Robotech tu. Sbb zaman tu wa tgk sbb kapal terbang boleh jadi robot dan perang perang, wa pun tak pernah fikir jalan cerita ke watak dia ke itu semua letak tepi yg penting ada robot. Owhhh wa hampir terlupa jaman tu belum ada subtitle lagi kah kah kah

NOTAPAKAKI:

Wow awak sungguh 80'an

SESUATU YANG TERTUNDA

Tekak gua tiba tiba terasa nak makan lauk daging masak kicap, disebabkan tak ada kedai yg menyediakan lauk daging kicap yg power gua mengambil keputusan utk masak secara diy.

Ok kenapa pulak gua yg masak?? mengapa bukan bini gua?? Ok gua pendekkan cerita, bini gua tgh mengamuk sbb gua beli tv LED 40inci buatan jepun tanpa persetujuan dia(sbb dia nak ajak gua pegi Habib jewel beli emas). Owhhh hellyeahhh duit bonus gua apa!! suka apa lahh benda apa gua nak beli!! kalau gua belanja makwe nnt lu marah plak!! watdehell!!!

Berbalik kepada cerita lauk daging masak kicap, gua malam tadi pergi paso borong smart beli bahan bahan utk di masak. Ok kenapa gua pergi paso borong smart, mengapa tak paso borong pandan(dekat dgn rumah gua)?? dari segi harga gua rasa lebih kurang sama merepek je dua dua paso tersebut, apataknya harga ikan duri yg cokia tu(ikan sungai paling cekai) diorang tekan sampai 17hengget sekilo!! dan alasan nya 'musim tengkujuh laut bergelora', heii watdefttzzgghe!!! ikan duri tangkap dkt sungai je bkn laut(kalau salah info gua mintak maaf, selamat hari natal)!!!

paso borong smart pada gua lahh dia bersih berbanding paso borong pandan. Keadaan yg berlecak menyebabkan gua fail dgn paso borong pandan. Dan lg satu paso borong smart byk makwe makwe yg pegi paso ala pegi clubbing dia punya dressing i tell you kah kah kah

Berbalik kepada cerita lauk daging masak kicap, gua pun riki kedai jual daging ni, gua tanya brader tu ada daging yg lembut senang nak masak, tak payah masak lama dah empuk, kalau boleh daging batang pinang pun power jugak. Brader kedai daging kasik gua beberapa potong daging yg dia kata 'komfom empuk der', disebabkan gua bukan kerja dlm scene daging jadik apa yg penjual daging bagi gua terima dengan hati terbuka.


Hari ini,

tepat pukul 12.30 tengahari selepas melayan upin dan ipin gua start masak. Berbekalkan ilmu yg gua tuntut drp channel 703 AFC gua memulakan upacara memotong bawang beso dan kecik, bawang putih, lada kering yg telah direndam supaya lembut, kesemuanya gua kisar sampai lumat. Daging gua potong kecik kecik dan nipis nipis agar sedap mulut mengunyah inikan pula mata memandang nya. Dua bijik kentang gua potong wedges dan sebijik tomato utk dicampurkan sekali dalam kuah kicap tersebut utk mendptkan rasa yg mantap.

Gua panaskan minyak masak dlm periuk, masukan potongan kentang wedges dan goreng separuh empuk, masukkan sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sebagai penambah aroma, tuangkan bahan yg sudah dikisar dan tumiskan sehingga naik bau.

Bila tumisan tersebut sudah agak agak mantap masukkan potongan daging dan gaulkan sekata. Masuk kan kicap manis mengikut kesesuaian rasa agar tidak terlalu pekat mahu pun cair, bak kata iwan 'yg sedang sedang saja' ewahhhhh

Masukkan garam dan gula sbg perasa agar kuah kicap lagi power rasanya. Masak sehingga empuk daging tersebut. Sesudah itu hidangkan dengan nasik putih dan air sirap.


1.30 petang,

dah 1jam ni gua masak daging ni, takde menunjukkan dia nak empuk apatah lagi sedap untuk di kunyah. Membara hati gua ni dgn brader kedai daging tu!! takpe takpe gua dah standby semangkuk daging kicap ni kasik dia rasa, owhhh kau ckp empuk ehhh mana kau punya empuk haaa!!! SEKIAN

HERE COME THE HOT STEPPER, TURN AROUND, I'M A MIRACLE GANGSTER, TURN AROUND

Blog ni akan ada penulis baru. Seorang yang bleh tahan celaka gak cara penulisannya macam kitaorang. Diharap dengan kemasukkan beliau, akan menambah seri kat blog ni...untuk rujukan, dia seorang yang telah bernikah..mekasih...rujuk gambo di bawah untuk keterangan buah layut...eh, lanjut...


BRADER AHMAD TONGKENG
(tengok dari baju macam budak-budak metalcore zaman sekarang, tapi apa-apa pun kita tau dia seorang yang berjiwa dangdut reggae)

LIGHT MY FIRE

minggu lepas gua ke singapore shopping dgn brader dozo, ronda ronda cuci mata sambil melayan MRT yg takde letrik kah kah kah apa punya cokia 1st world country ni!!!

spt biasa gua membeli barang barang yg bersangkut paut dgn gitar iaitu 2bijik pickup cap seymour duncan untuk gua mod kan gitar tele dan jaguar gua dan juga benda ni--->>

sebijik Ukulele.

gua dah lama simpan cita cita nak belajar main ukulele ni tapi masa tak mengizinkan sbb gua tengah serius tahap astronaut dgn band doom gua, buat lagu, jamming, prektis hujung minggu mengalahkan saari amri kah kah kah

maka dengan itu dgn berbekal kan duit gua sambar sebijik ukulele ni yg harganya dibawah paras kemiskinan 27dollar, ukulele paling murah dan cekai, tapi dgn tekad dan jati diri yg tinggi utk belajar harga barang tak penting, yg penting usaha tangga jaya!!!
ok sebenarnya gua punya duit tinggal last kopek 30dollar, belen 3dollar tu buat tambang MRT balik kah kah kah

spt yg gua katakan tadi berbekal kan semangat dan jati diri yg tinggi gua yakin gua akan boleh main ukulele mcm budak ni. Gua punya yakin tahap panglima tau kah kah kah

SEMALAM I CALL U, U NO ANSWER

gua punya busy skrg dh sama level mcm astronout, byk benda gua kena buat ni, potong rumput, pergi paso, masak nasik, bawak anak pegi laut, download movie 1080p, berlatih tubi ukulele, edit lagu, pasang pikap gitar, belajo baca not taugeh, mod gitar pedal, basuh kereta, jogging(ok yg ni gua temberang), ahhh kalau gua taip sampai lusa pun tak habis!! ok gua nak layan Channel 5 HD dulu. SEKIAN



NOTAPAKAKI:

celaka betul gua yg duduk jb boleh tak tau skrg tv spore Channel 5 dh ada HD, free pulak tu!!

21 December 2011

SUASANA HARU BIRU

Dalam kepala hotak wa sekarang cuma memikirkan masa depan family wa dan juga masa depan syarikat bapak wa. Terus terang wa cakap, wa blum nampak akan keserasian antara berjaya dan sedap2 dalam firasat hidup wa.


Sejujurnya, wa rindu dengan zaman mandi parit dengan curik buah rambutan jiran seberang lat beberapa rumah dari umah wa. Zaman tu, yg wa tau, wa bagaikan hero naik motor bila wa sarung helmet buatan dari kertas yg wa reka. Zaman tu kawada dengan mainan askar kecik jadi peneman wa. Zaman tu wa dengan kawan2 kampung main hoki pakai batang kayu getah yg bengkok sikit. Zaman tu wa terpaksa layan Kakak wa miming lagu Pojiah Latip walaupun wa tau yang Pojiah Latip tak hot time tu, berbeza dgn zaman sekarang. Zaman tu, kitaorg main perang2 guna lastik dengan buah biji getah, kena kat dahi mmg berbekas macam orang kuat semayang. Zaman tu naik beskal bmx time gi sekolah agama kena senseng seluar sampai lutut, kalau tak mmg berminyak la seluar sekolah yang putih tu. Zaman tu wa cilok makan ERT yg budak2 tak abis makan. Zaman tu wa kena sebat dengan cikgu diseplin sebab curik durian kat umah orang yg duduk berjiran dengan sekolah rendah wa, sambil hukuman tambahan tulis penuh satu buku kosong "saya tak mau curik durian lagi" sebab dah la curik durian, makan pulak sepah2 buang kat kawasan umah jiran tu. Zaman tu bila banjir main rakit batang pisang, sampaikan wa penah kena sengat dengan lipan air. Bla bla bla.


Seronok kan zaman tu....taunya main jek....paling syok tgk MacGyver...


Published with Blogger-droid v2.0.2

12 December 2011

MARI KITA KELAUT WOII!!!



Kelu lidah gua copot telinga gua dengo amy nyanyi, ni konsert dkt penang, serius ini lah yg paling fail dlm sejarah konsert search, kecewa kecewa gua, ye gua mmg tak pergi tgk yg dkt stadium larkin aritu, sbb gua malas kah kah kah kah

NOTAPAKAKI:

Kid punya solo pun out, off kelaut je memanjang. Cerita banyak tak guna laa gua pun tak bole goreng mcm Kid tu, kentang goreng boleh laa kah kah kah kah

06 December 2011

ZOMBA THE WALKING DEAD update

episod 7

celaka betul gua tunggu diapunya update episod 8 tak keluar keluar, bila gua bukak website AMC rupanya episod 8 akan ditayang kan bulan 2 tahun depan!!watdehell!! patutlaa ending episod 7 ni sedap semacam je!!

DUGRO : JALAN JENANG SELL OUT


WATDEHEL!! Jalan Jenang dah sell out, siap ada iklan Dugro....jadah!!! Ni kalau ada sesapa parents yang baca mesti dia ingat Jalan Jenang ni blog untuk kanak-kanak tadika, paling hampeh diaorang ingat ni blog untuk Sekolah Sinar Harapan sebab dengan adanya iklan susu Dugro, kaitannya makin kuat....watdehel la Jalan Jenang sell out!

Yes, wa yang include kan iklan ni, tapi tu tak bermakna wa pelanggan setia Dugro!!! Jadahnya wa nak minum Dugro, wa bukan bayi siak! Abg Mat Tora minum susu Anlene yg 50++ tu....wa minum susu kambing sebab nanti bleh mengembek kalau jumpa kambing...!

01 December 2011

OPEN MINDED KONON!



Ini semua komen-komen beriya dan bangang daripada orang yang bangang! Kenapa korang ni taksub sangat dengan satu parti politik, tak kira la korang dari politik mana pun, tapi kalau dah taksub sangat sampai orang dalam parti politik tu buat salah pun korang jilat bontot diaorang sampai bontot diaorang lebam....

Cakap pandai tapi otak? Sama lah macam bebudak sekrang yang gaduh pasal bola...team baru nak naik tapi memasing ngaku terer...memasing kata memasing bagus! jadah!

Lu orang clueless? baca link ni

KLIK SINI KALAU ANDA RASA ANDA HENSEM/LAWA

Semua cakap macam nak jadi hero! Tapi bahagian kutuk je pandai, cakap berdegar-degar, tapi bab nak menggerakkan memang tak pandai! WA SALUTE LU WAHAI Anas Zubedy SEBAB LU BERANI! Sekarang ni ramai sangat keyboard warrior!