Aku baru jek lepas baca blog yang dikendalikan oleh Tun Mahathir Mohamad, the so-called greatest Malaysia Prime Minister. Artikel yang menarik perhatian aku ialah 'POHON MAAF', yang antara lain menyebut mengenai kes statement perkauman yang dibuat oleh Ahmad Ismail, orang kuat UMNO Pulau Pinang dan juga memorandum yang dihantar oleh pasukan HINDRAF kepada Perdana Menteri UK. Banyak sungguh kupasannya yang akhirnya membuatkan ramai orang mengomen hasil tulisannya itu.
Apa yang boleh aku katakan ialah apa yang dikatakan oleh Ahmad Ismail is very dumb, in a sense of unity. Dan bodoh in a sense of orang berpelajaran dan mempunyai pengalaman luas dalam arena politik. Masakan dia tak boleh nak bezakan statement yang akan menimbulkan kemarahan rakyat zaman sekarang (yang dikatakan berfikiran terbuka) dengan statement biasa yang tak menimbulkan apa-apa feedback? Lepas tu bodoh sombong tak nak mengaku atas kesilapannya malah melancarkan kata-kata 'jangan cabar melayu'! What is that? Itu ke pemimpin yang semua rakyat mahu kan? Yang akan menjadi contoh kepada geneerasi muda dalam mentadbir negara pada masa akan datang? Pemimpin macam ni ke yang Pak Lah patut backing? Dan kenapa pulak Datuk Seri Najib yang patut meminta maaf? Ni bukan salah UMNO, ni salah AHMAD ISMAIL.
Bare in mind, setiap racist action/statement/article is very dumb. Dalam dunia ni takde sesiapa yang lebih superior dari yang lain, melainkan iman kepada Yang Maha Pencipta.
Tapi, patut ke Ahmad Ismail sorang saja yang disifatkan sebagai racist? Atau, adakah dia hanya menegakkan hak orang melayu untuk terus hidup di Tanah Melayu? (yet again, no superior races walaupun aku refering Malaysia as Tanah Melayu sebab sejak zaman dahulu kala lagi, tanah yang aku pijak sekarang di refer sebagai Tanah Melayu). Adakah kerana Ahmad Ismail daripada parti UMNO (parti orang melayu) maka dia dihentam dengan bermacam-macam 'seksaan' sehingga kan akhirnya, Pemuda Gerakan membuat polis repot atas kenyataannya? Dan para media (tak kiralah media asing, media perdana atau apa jenis media sekalipun) terus-terusan menge'bomb'nya dengan berita-berita sensasi yang dibuat untuk menunjukkan bahawa Ahmad Ismail secara khasnya (atau UMNO secara umumnya...perkaitannya dengan UMNO akan dikaitkan punya, walau apa pun alasannya) sahaja yang RACIST kat Malaysia ni? Bagaimana pula dengan DAP, HINDRAF dan Namewee yang nyanyi lagu negaraku macam orang bodoh?
Kes di Pulau Pinang juga, ketika pilihanraya umum, satu sepanduk berbahasa cina tertulis 'Undi MCA Bermakna Undi Melayu'. Adakah itu bukan satu statement yang racist? Isu ini tidak menjadi satu isu yang besar kepada negara.
HINDRAF yang antara lain memo menyebut (rujuk laman web http://test.chedet.com/che_det/2008/09/snippets-6.htmlmore ) 'kerajaan dikatakan dibantu oleh 'Islamic Extremist Violent Armed Terrorist' (merujuk pada orang melayu secara amnya)'. Adakah itu bukan satu statement yang racist? Isu ini JUGA tidak menjadi satu isu yang besar kepada negara, kerana kerajaan tidak menghebahkan isi kandungan secara menyeluruh.
Bagaimana dengan Namewee? Liriknya antara lain menyebut 'in the early morning 5 o'clock, there is morning call to wake up, sometime a few sing together, just like singing a love song, sometime the song get twisted like RnB style, although sometime they sing until out of key, or sometime they even sing until throatened, some their voice sounds like a cock but they early than a cock (dengan latar belakang bunyi ayam), only like this we get to go to school or work' --->ianya mungkin lebih merujuk kepada agama Islam, tapi majoriti penganut islam di Malaysia ialah melayu, maka secara tidak langsungnya, ianya adalah untuk melayu. (Rujuk http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4 untuk lihat lebih lanjut). Mungkin korang akan kata, ala tak semua orang melayu islam dan tak semua orang islam melayu. Yes, betul. Tapi, sama juga dengan tak semua orang cina buddha dan tak semua orang india hindu, tapi majoritinya? Adakah lagu ini bukan satu statement yang racist? Isu ini JUGA tidak menjadi satu isu yang besar kepada negara, kerana Namewee sudah minta maaf.
Tapi, apa yang menjadi masalah ialah, kenapa kah TPM Najib (orang kedua tertinggi dalam pemerintahan negara) yang meminta maaf (sebagai wakil kaum melayu) sedangkan pemimpin tertinggi kaum-kaum lain tidak pernah meminta maaf atas kesalahan yang dibuat oleh personel kaum mereka? Pernah ke Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Samy Vellu, Koh Tsu Koon, etc meminta maaf?
Di dalam blog Tun Mahathir atas balasan komen kepada artikel yang aku sebut sebentar tadi, seorang pengomen bernama Jimi_is_my_real_name telah membalas 'No matter where Malaysian Chinese go in the world, we will still be second class citizens, it is fated for us to work hard just to survive! Can you inconsiderate bastards understand the PAIN?' --->di sini dia merujuk kepada melayu yang bangsat. Apa yang boleh aku simpulkan, kejadian ini adalah disebabkan keistimewaan orang melayu yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini. Dan Si Jimi ni tak berpuas hati kerana dia menganggap bahawa kerajaan (that mean UMNO) treat him and his races seperti kelas kedua. Aku tak rasa pun mereka ni kelas kedua. In fact, mereka boleh dikatakan adalah masyarakat paling ulung di Malaysia. Semuanya kerana ekonomi dan kerja kuat mereka yang semua telah nampak.
Kenapa aku bincangkan benda-benda nih? Sebab aku nak cakap, dari segi pengalaman dan keadaan seharian, yang apa aku alami, kaum cina lebih racist dari bangsa aku. Aku bukan bertindak racist, sebab aku percaya tak ada bangsa yang lebih bagus dari semua bangsa kecuali mereka yang beriman, dan aku belajar dari hardcore punk bahawa racist is an action/statement that deny orang lain punya hak untuk hidup bebas seperti orang lain. Tapi, berdasarkan pengalaman, aku tak percaya kaum aku racist. Bukti dan contoh :
1. Kampung aku majoriti adalah melayu. Seracist-racist penduduk melayu kampung aku, ke kedai cina juga diaorang berbelanja. Buktinya, beberapa kedai melayu tutup (kedai Ahmad Juraimi antaranya) dan kedai Ah Boon dah tukar ke kedai lebih baru dan cantik, Keong dah bukak kedai lebih besar jadi dua kedai dengan kedai baru dia bina baru, Ah Seng makin bertambah isi kandungan dan masih ramai orang datang, Ah Yang pun sama, Ah Long lagi lah ramai sebab dia pemborong, siap boleh bukak gudang lagi....kedai runcit mak aku makin lama makin sedikit pelanggannya, kalu dulu sehari boleh dapat 400-500 tapi sekarang nak dapat 100 pun susah sangat. Orang kata kedai mak aku jual mahal. Abis, dah pembekal jual mahal, mak aku tak kan nak jual murah (95% pembekal kat kedai mak aku adalah kaum cina).
2. Aku pernah berurusan dengan pembekal aku berbangsa cina tapi beragama islam iaitu Kar *** W** Plastic. Harga yang ditawarkan sangat-sangat berbeza dengan pembekal lain. Kalau pembekal lain tawarkan aku dengan harga lebih kurang RM0.016 dan RM0.0107 untuk plastik salut yang aku gunakan, dia boleh bagi aku RM0.01 paling mahal untuk satu plastik yang aku gunakan. Cuba korang kira perbezaannya kalau keperluan aku ialah sekurang-kurangnya 200000 keping? Dia cakap apa yang dia tawarkan adalah harga untuk cina tapi since dia orang islam dan dia nak tolong orang islam, dia bagi harga tu kat aku.
3. Aku fotostate dokumen warna sekeping pada harga RM2.00 kat kedai di Batu Pahat, kedainya berdekatan dengan Wisma Lian Hoe. Kat kedai ni diaorang ada bekalkan sekali perkhidmatan membuat name card. Aku tanya sorang miss nih 'name card berapa kalu buat?'. Dia balas 'RM 25'. Kemudian dia masuk dalam untuk fotostet dokumen yang aku hantar tu. Tak lama lepas tu, datang sorang lelaki cina, masuk. Kemudian, sorang lagi miss nih datang hulurkan satu kotak name card pada lelaki cina nih dan lelaki cina tuh hulurkan note RM10 dua keping.
4. Sorang jiran aku nih merupakan bekas pelajar sekolah cina, jadi dia paham apa yang orang cina cakap. Kat satu kedai motor, kebetulan dia ada kat situ, sorang melayu nak beli motor. So dia tanyalah kat anak tokey kedai nih yang berketurunan cina. Si anak cakap kat bapaknya dengan bahasa cina dan si bapak balas balik dengan bahasa cina. Jiran aku ni tanya,'ko tau apa dia cakap?'. 'Tak tau'. .Jiran aku ni cakap,'budak tu tanya bapak dia, ada orang nak beli moto ni berapa harganya?Bapaknya jawab, melayu ke cina? kalau cina harganya sekian (aku tak ingat tapi lagi murah dari harga melayu) dan kalau melayu harganya sekian sekian'. At least kami melayu tak membezakan harga untuk jual barang.
Bukan nak menunjukkan aku ni racist, tapi setiap kali melayu bersuara, semua racist, sikit punya statement pun racist. Kadang-kadang aku tak paham, kenapa asyik melayu jek kena hentam. Aku tak suka bersikap racist, tapi apa yang kita boleh buat kalau orang lain yang bersikap racist dengan kita? Nak berdiam diri jek? Dayus namanya tuh. Lagipun, bangsa nih tak penting, yang penting adalah pembangunan masyarakat tu sendiri, tak kira apa bangsa pun.
Ada banyak lagi sebenarnya, cuma aku tak nak tulis banyak sebab aku penat dan malas sebab takut korang malas nak baca nanti. Soalnya aku kat sini, bukan ke keempat-empat situasi di atas adalah satu action/perbuatan/statement racist yang aku terima? Aku bukan seorang racist (walaupun kadang-kadang tergerak juga nak bertindak racist) tapi wajarkah aku tidak bertindak racist jika orang bertindak racist terhadap aku? Dan kalau aku pertahankan sikap aku yang tak kan beri sokongan kepada pengamal racist, syarikat aku nak dapat barang dari mana sebab semua pembekal aku adalah kaum cina?
Aku terangkan benda nih bukan nak kata aku racist. Aku cuma nak buktikan pada kaum lain bahawa bukan kaum melayu saja yang racist (yang semua rakyat berbilang kaum di Malaysia seolah-olah nampak). Aku nak buktikan bahawa kaum lain juga lebih racist daripada kaum melayu.
Aku ramai kawan-kawan dari bangsa lain dan aku hormati diaorang sangat-sangat. Kawan baik aku masa kat kelas sekolah menengah dua tahun berturut-turut ialah seorang chinese (Neoh Wee Lee). Kami selalu bersama masa kat kelas dan selalu kutuk Ibrahim dan Saifultra (mewakili kaum melayu) dan Yip Kam Wai dan sorang mamat skema chinese ni yang aku lupa namanya. Vishnu Varthan pun kami kutuk jugak walaupun kalau sesapa buli Vishnu, kami akan backing sebab kami cintakan kedamaian dan kami peminat Greenday! Persahabatan aku dengan Neoh kekal sampai sekarang sampaikan kami boleh berbincang pasal isu perkauman tanpa menyalahkan kaum masing-masing dan Neoh sentiasa memulakan percakapan dengan aku dengan ucapan 'Assalamualaikum' dan aku balas 'ko ni bila nak masuk islam'. Dalam scene aku ada ramai kawan dari kaum india macam Jana (Intrude Records) yang very hardworking, Elem (Edwin Raj) dari They Will Kill Us All yang selalu aku akan amazed bila dia bercerita, kaum cina macam David Leong (They Will Kill Us All) yang sangat supportive dan outspoken, Edwin Tan (bandmates aku dalam S.I.N.E yang sekarang dah RIP ---->band post rock pertama sebelum kemunculan Damn Dirty Apes,heheheh yooh jek). Ni antara kawan-kawan aku yang aku yakin akan tetap berkawan dengan aku. Tu belum masuk kawan sekolah yang lain macam Yap Chien Syien, Tee Gee Chuan, Jee Yih Tye, Raymond, Hooi Siang, Phng Choon Song, Singh Hoki, bla bla bla.
Ahmad Ismail mungkin refer pada pihak DAP sebab sekarang DAP menguasai Pulau Pinang. Dan DAP majoritinya adalah kaum cina. Dan oleh kerana mungkin dia telah menganggap MCA dan Gerakan adalah sebahagian dari UMNO (secara teorinya aku berfikiran Ahmad Ismail anggap MCA, Gerakan dan UMNO adalah satu bangsa yang mempertahankan hak bangsa mereka), maka dia tidak segan silu mengkritik kaum cina hasil 'kebenciannya' pada DAP. Itu cuma tanggapan aku. Aku tak cakap aku sokong Ahmad Ismail tapi itu cuma tanggapan aku jek.
Atau aku memang racist dengan statement aku nih? Pikir secara mendalam dan terbuka. Sekali lagi, pikir secara MENDALAM sebelum korang melabelkan aku racist. PIKIR SECARA MENDALAM (3 kali aku ingatkan). Siapa yang racist sebenarnya?
-Neofishy 'the so-called Racist Guy'
7 comments:
wei korang ni tak tau nk letak coding link apa?? aku ni malas nak copy paste kat address bar tu!!fakk!!
lu org trus letak hypelink kan senang!!
-tora ramone
malaysia dah 50thn lebih aman...
sekali skala nk gak perang-perang cam somalia, palestin, india-pakistan kn... mass murder, kebuluran, penyakit.. kn itu yg org malaysia ni nak.. kn.. kn ..
not pointing at you bey...u r one of the victim.. i saw
qarma
Masalah racist ini adalah kesan jangka panjang isu status bumiputera. Thanks to British dengan idea pemecahan kaumnya. The damage is done. Orang miskin yang berbangsa Melayu harus bersyukur kerana jika ia miskin dan berbangsa lain, haram takde apa untuk mereka atau anak mereka yang pandai.Nak masuk universiti kerajaaan dapat 10A? Tengok kulit sikit.Cina? Sori aaa apek, lu cari sekolah lain..bayar luit punya.
You get what you give. Nak reverse hatred Chinese yang dah berakar umbi kepada Malay macam mission impossible. And Malay, apa yang unik pasal Melayu? Oh ya..."amuk" itu penyakit yang hanya spesifik wujud pada orang melayu.
abang dozo kesiankan kita sebab isu ni fooking leader-leader kita dah kecoh-kecoh samada untuk kepentingan rakyat atau kepentingan politik diorang tu sendiri. secara tak langsung kita kena brainwashed dey.....
soalan 1:
yang mana satu kamu pilih dahulu?
-si A seorang Melayu dan beragama
Islam,
-si B seorang Cina dan beragama
Islam,
-si C seorang India dan beragama
Islam,
-kaum-kaum lain bukan Melayu dan
beragama Islam.
atau bolehkah kamu pilih semua?
atau bolehkah kamu skip aje soalan ni?
mesti satu jawapan aje ye.....
soalan 2:
yang mana satu serabut?
-si A seorang Melayu dan beragama
Islam tapi barai amalannya,
-si B seorang Cina dan beragama
Islam tapi bagus amalannya,
-si C seorang India dan beragama
Islam tapi bagus amalannya,
-kaum-kaum lain bukan Melayu dan
beragama Islam tapi bagus
amalannya.
atau bolehkah kamu pilih semua?
atau bolehkah kamu skip aje soalan ni?
mesti satu jawapan aje ye.....
soalan3:
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN
sejujur-jujurnya, betul ke korang ikut semua tu?
atau skip aje laaa soalan ni.....
mesti satu jawapan aje ye.....
Dozo Bro...Kalau semua ikut KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN takde la masalah cam ni. No 1 dah senget yang lain habis aaa....
Yang jadik mangsa, buah-buah catur.
tulisan nih blog ni bukan nak backing melayu atau nak bash cina....bukan jugak nak menunjukkan cina or hindu or malay adalah sebuah etnik yang superior....tulisan ni hanya nak menunjukkan bahawa kaum lain, dan even kita sendiri, mempunyai sifat racist, dan sifat racist tu perlu dikawal....dan tekankan disini, BUKAN KAUM MELAYU sahaja yang racist....kaum lain pun sama jek...
mmg beruntung melayu yang miskin anak pandai sebab boleh masuk uitm (in fact universiti kerajaan yang betul2 besar cuma uitm jek)...dan kesian org cina anak pandai x dapat masuk universiti kerajaan (itupun kalau diaorang tak nak masuk UM, atau UUM, atau UTM, atau USM, atau UKM, atau UPM, atau bla bla bla....)
bare in mind...blog nih untuk KITA PIKIR BUKAN KAUM MELAYU JEK YANG RACIST...tu jek tujuan blog nih...bukannya ada apa pun....benda2 lain, tolak tepi ah....
-neofishy
Nope, you are not a racist.
kamu hanya menceritakan keadaan yang sedia ada. semua manusia adalah sama, ada otak, ada fikiran, ada nafsu. x mungkin kalo kite cakap org melayu je yg racist. saya sebagai org cina selalu dgr org ckp bende yg kurang sedap ttg kaum lain (bkn melayu je)
saya sering menyamakan racism sebagai satu hukum karma. org cina mula 'menyerang' kaum melayu kerana mereka berasa ditindas, and vice versa. jika tiada pihak yg sanggup memaafkan pihak yg lain, perkara ni akan berlanjut dalam pusingan hingga kiamat.
Post a Comment