27 November 2008

halo..... ini abang dozo spanking

hai adik-adik..... ni abang dozo tengah spanking ni. mula-mula sekali abang dozo ingin mengucapkan tima kasih kepada qarmadharma kerana memberi can kepada abang dozo untuk menulis. yee..... tak lupa juga kepada abang mat tora kerana memberikan info tentang blog ni. kepada abang mat tora,"do you want the number one fookie?".

apabila disebut 'jalan jenang', yee..... abang dozo memang familiar tentang jalan tu. abang dozo suatu ketika dahulu pernah menonton wayang di odeon yang sekarang tinggal bangunannya sahaja. tapi di sebelah bangunan odeon itu, bersebelahan dengan gerai surat kobar, terdapat satu lot gerai yang sangat familiar bagi mereka yang ingin breakfast; warung zam.

dulu... di situlah abang dozo dapat berkongsi dan mendapat cerita tentang apa-apa isu di kawasan-kawasan our beloved batu pahat, johor. member-member ramai bertandang di situ. tauke warung tersebut; zam di awal perkenalan, teringat abang dozo akan guitarist band sludge doom metal; crowbar. lebih kurang macam dia, beb.

sekarang... abang dozo dah duduk dan mencari rezeki luar dari batu pahat. jarang sekali abang dozo singgah melepak di warung zam. last abang dozo singgah kalo tak silap dalam lima bulan lepas. tapi nantilaa, ada rezeki abang dozo akan cuba singgah warung zam dalam masa terdekat nanti, insya-Allah.

dulu... pada waktu malam, di kawasan yang sama, wujudnya gerai burger hardcore rabak maut; gerai burger BPHC yang diterajui oleh neofishy dan assistantnya qarmadharma. malam-malam walaupun tak ramai yang singgah di situ tapi meriah beb. meriah bila time member-member order makan then lepak-lepak. pulak tu bila abang mat tora ada sekali. penuh dengan citer-citer yang syok didengar. tapi abang dozo hanya singgah lepak 2-3 kali kot.

sekarang... since qarmadharma dapat kejer gomen di sekolah area masai, gerai tu dengornya dah closed. untuk sementara waktu je ke? atau sebenarnya memang dah beroperasi semula? ntahlaa, hanya neofishy yang bole menjawab. dan abang dozo hanya mendengar cerita-cerita itu dari jauh.

depan gerai tersebut, terdapat sebuah hotel yang dipanggil hotel garden. abang dozo tak pernah bermalam di situ tapi pernah tumpang kencing & beri-beri sahaja. hotel tu tak lah bagus sangat untuk diceritakan tentang penginapannya. tapi suatu ketika dahulu pada tahun 1999, pernah di organizekan satu gig hardcore di tingkat atas hotel itu yang betul-betul happening punyer. dimainkan oleh band-band hardcore yang bagus-bagus termasuklah crestfallen bagi slot nombor satu (masa tu lineup tegar: asum, enol, arip, manap & neofishy). dan band punk rock yang paling familiar; carburetor dung yang pada masa itu dilineupkan oleh lee, joe kidd, irmanhilmi, effendee (sekarang director filem KAMI) & ollie. lepas gig tu, ada sesi fotografi carburetor dung dan rakan-rakan kat depan warung zam (abang dozo ada simpan lagi gambor tu).

tak lama selepas itu hotel garden pernah didiami oleh bandmates dari love me butch & lyme (butolaa band ni aku tak suka). organizer layan band-band ni macam star sangat siap bayorkan sewa hotel. pulak tu gig yang diorang perform kat car park tingkat atas bus-stand tak ramai orang datang sebab disabotaj dan dilabel sebagai gig sell out. so, pulangannya merugikan dan band-band tu tak dapat bayaran penuh dan diorang tak puas hati. dah explain yang crowd tak ramai & diorang bole tengok depan mata tapi masih tak accept lebih-lebih lagi pada guitarist lyme tu. abang dozo ingat lagi & rasa mcm nak tumbuk dia ajee. poyo abis mamat tu.

hmm..... semuanya sudah berlalu. kedai makan mcdota kat situ dah berzaman tutup. abang dozo ingat lagi... tunggu kat luar dapur mcdota dan pernah dapat makan free masa ben ngan mas fawzi kejer kejap kat situ. sekarang yang tinggal meriah hanyalah warung zam. itupun kejap bukak kejap tak bukak. why? what happened? secara psikologinya dan secara tidak sengaja telah membuatkan orang-orang yang biasa breakfast kat situ dah mula berpecah port breakfast di tempat lain. maka automatically komuniti breakfast kat situ boleh berkurangan. jangan beb. cuba elakkan daripada jadik macam tu.

itu je laa yang abang dozo bercerita tentang spot-spot di area jalan jenang, batu pahat, johor darul takzim pada suatu ketika dahulu dan sekarang. ada rezeki lagi, abang dozo akan menulis lagi untuk blog ni....... adioossss....


- abang dozo.....

3 comments:

Anonymous said...

wow... meriah meriah...
info psl jalanjenang sblm aku lepak situ dan abg mat tora masa tu punkrok sombong lagi...
aku nk dptkn citer pasal mat dadah2 plak dari zam selaku censelor universiti jalanjenang....

qarma 'masih budak2 lagi masa tu' dharma

si tolol said...

wah, tulis sejarah. nasib baik aku "ditiadakan". lol

Abang Dozo said...

part mana "ditiadakan"?. yang kena sabo ke? rasanya mcm kenal je mamat ni. hahaa......
citer lama, beb. kira halal je laa. hehee.....