04 November 2008

Maiden Voyage, Norman Hakim dan Raja Petra Kamaruddin



2 days, journey to Taiping with Crestfallen. Amazing... a bit tiring...
Aku sorang je wakil dr JB/BP yg ikut CF ke Taiping utk show kali ni. Jauh beb. Dari JB ke KL memakan masa lebih kurang 4 jam. Dari KL ke Taiping lebih kurang 4 jam juga. Ni first time CF beraksi di Taiping. Ni 2nd time aku ke Perak. Tapi aku memang tak igt jalan dan tiada lesen memandu. So, aku la tuan Magistrate yg ddk diblakg dan dua orang pemandu dihadapan iaitu saudara Enol (Driver) dan Saudara Andaq (co-driver). "Driver, Pergi nightclub yaa". "Baik tuan Magistrate". Utk pengetahuan semua, saudara Enol baru beli kereta. Myvi hitam. Ni kira Maiden voyage utk kereta Enol la. Satu lagi kereta, hak milik Par (Drummer) yang ada kesan remuk di pintu penumpang depan. Wira Biru. Guity party are Par (DevilDriver), Obey aka Norman Hakim (Naughty America Driver) and Uda (Pervert Driver). Mereka melengkapkan diri mereka sebagai 'THe Perverted Bangbros' nakal sikit aje. Perjalanan sepatutnya dijadualkan seawal pukul 10.00 pagi. Tapi semua ahli CF termasuk aku bangun pukul 9.30 pagi.
Dari rumah Enol (Damansara) ke rumah Par (Shah Alam, Sect 7) makan masa tidak smpai 1 jam. Dalam masa menunggu Obey NH dan Andaq, Kami makan tgh hari di medan selera apekebendantah di sect 7. Itu lah heaven bagi kami yang kebulur tak serapan. Kami ceduk lauk tanpa melihat orang sekeliling memandang kami pelik. Tak lupa Uda dengan habit memandang awek-awek uitm seperti menelanjangkan pakaian mereka satu-persatu. Makan ayam, sayur, tempe, paru dengan harga hanya RM5. Heaven!!!!! Kalau aku ddk sini dah lama aku gemuk mcm Enol. Ketibaan Obey NH dan Andaq dismbt dingin. Kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang pukul 12.00 tgh. Aku tak dapat melaporkan secara terperinci jalan cerita perjalanan kami dari KL ke Taiping kerana aku tertidur atau lebih tepat sekali... tidur. Alasannya, "nanti aku penat, takleh amek gmba korang". Aku dikejutkan ketika melalui kawasan bergunung-ganang di kiri dan kanan jalan. Memang cantik kejadian Tuhan. Aku sempat shoot 5,6 keping gmba gunung-gunung batu kapur tapi dari view seorang lomographer cabuk. Camera Sekolah yang aku guna ni tak berapa bagus. Aku nk propose kt Guru Besar beli camera yang baik sikit utk gig yang akan datang. Insyaallah...
Lebih kurang pukul 4 kami sampai di Kamunting berdasarkan panduan Saudara Andaq the roadie guider. Tak ada aktiviti mengurat awek Kamunting dilakukan kerana kami adalah lelaki yang bermaruah tinggi. Tak seperti kereta yang satu lagi. Kami berhasrat mencari Pusat Tahanan ISA dan nak ambil gambar Raja Petra Kamaruddin buat kenangan. Tapi tak kesampaian sebab kami rasa dah lewat sangat. Kami sampai di Rainhouse Studio lebih kurang pukul 3.30 ptg. Rupanya majlis belum mula lagi. Band yang opening pun belum lagi sampai. Syabas buat CF... hoyeh hoyeh.... Kami sempat makan (sekali lagi) di KFC Kamunting. Disini sekali lagi aksi urat-mengurat dilakukan oleh Abangbros CF terhadap gadis2 Taiping. Uda sempat shoot satu pic budak KFC menggunakan camera awek dia. Selepas makan, majlis telah pn bermula. Ketika kami masuk, Infinite Delay sedang beraksi. Agak tight juga diorang ni walaupun tiada bass. Ruang yang agak luas untuk sebuah studio. Pencahayaan malap. Pengudaraan yang ok. Saya bagi 3 bintang. Aku terpaksa keluar seketika. Waktu itu telah hampir pukul 6.15 ptg.
Hujan seketika. Aku masuk semula lebih kurang pukul 7.00 mlm. Ketika itu Deadscore sedang beraksi. Wow!! Crowd mereka very supportive. Aku sempat shoot semasa diorang 'cabut keledek' secara rawak. Muka2 yang familiar dari MYHC. Selepas itu band Bugstar mengambil tempat. Band dari Batu Gajah. Aku turun lagi kerana tak tahan panas. Ketika itu CF dok tengah cek tali gitar sebelum beraksi. Aku kira masa tu hampir pukul lapan. Selepas Terlarang, CF mengambil tempat. Aku selaku cameraman, mengambil tempat di sisi sebelah kanan. Takut geng 'cabut keledek' kembali bekerja. Setlist CF dimulakan dgn lagu2 slow iaitu Imagination dan diikuti lagu baru iaitu 'Tikus Melayu'. Diikuti dengan lagu rancak-joget-joget iaitu Big Box Prescott dan cover berhantu mereka iaitu Rather Be Dead dari Refused. Kerana kesuntukan masa CF hanya dapat main 4 lagu dan satu lagu dimainkan secara haram atas arahan Par(drummer). Aku sukar mendapatkan shoot menarik semasa CF beraksi kerana camera cap ayam sekolah ini saving file lambat. Aksi lompat-lompat tidak dapat dirakamkan pada gig kali ini. Apa pun CF merasa puas hati pada show kali ini. Majlis tamat lebih kurang pukul 9.00 mlm. Selepas jumpa organizer dan sesi bergambar bersama rakan-rakan, Kami diajak makan oleh Jon (Bleeding Mascara) ke tempat makan best di Taiping. Kami makan di Padang Sarkas. Mungkin dulu tu tapak orang buat Sarkas kot. Disitu kami menjamu perut dengan lahapnya. Aku dan Enol berkongsi sepinggan Yong Tau Foo. Mesti ada yang musykil Enol makan sepinggan dan dikongsi bersama orang lain. Anda silap. Pinggan yang kami gunakan tu adalah pinggan hidang nasi baryani ketika kerja kawin. Dan dipenuhi macam-macam benda. Ada fishball,fishcake,isi ketam, tauhu,kangkung, etc etc.... Andaq makan sorang-sorang. Rupanya dia lebih kuat makan dari Enol. Tak ku sangka. Selepas makan, Par memberi kuliah musik kepada rakan-rakan. Dari sejarah muzik sampai makanan apa yang perlu dimakan sebelum perform gig, semua dia tahu. Selepas 'timing-timing-timing' (tu term untuk cukupkan masa aku dan obey) kita gerak pulang. Kami dipandu arah oleh Jon sampai ke highway. Aku seperti biasa, memasang seat-belt belakang untuk keselesaan tidurku. Sedikit terganggu dengan suara garau Enol dan Andaq aku terjaga. Kami berhenti di RnR manatah untuk supper. Disitu kami jumpa kawan-kawan dari Deadscore. Rupanya diorang akan beraksi di JB keesokan hari. Selepas berbual kosong dan penat ketawa, kami menyambung perjalanan. Andaq sebagai driver dan Enol sebagai co-driver tidur. Aku pula tak boleh tidur bahana Nescafe aku minum tadi. Sampai di rumah Par (Shah Alam) kira-kira pukul 3.30 pagi. Sekali lagi sesi bergambar terakhir buat gig kali ini. Aku dan Uda bermalam dirumah Enol sementara menunggu esok.
Kami tiba dirumah Enol pada pukul 4.00 pagi. Tidur lebih kurang 5,6 jam sebelum Enol menghantar kami ke Puduraya. Aku balik ke JB dan Uda ke Batu Pahat. Satu lagi pengalaman manis bersama CF yang tidak dapat dilupakan. CF dapat offer untuk main lagi di Ipoh awal tahun depan. Insyaallah tuan Magistrate ikut. Aku sampai Pasir Gudang lebih kurang pukul 10.00 mlm. Sedikit penat tapi menyeronokkan. Syabas buat CF untuk show kali ini dan terima kasih kerana ajak aku ikut. Gracias. xie xie

qarmadharma

No comments: