27 April 2009

April akan meninggalkan kita dalam beberapa waktu



Masak

Dalam hari-hari terakhir bulan april, aku merasa sangat sibuk dengan berbagai urusan duniawi. hampir setiap sabtu dan ahad aku tidak dapat lelap siang dek kerana kerja yang bertalu datang. dalam perancangan, mungkin hanya sabtu sahaja yang terjadual untuk aku turun ke medan perang dapur kayu 'MS Pondok Baryani'. namun, apa yang dirancang, telah ditentukan tuhan untuk dipanjangkan ke hari ahad pula. petang jumaat selepas pulang dari pejabat, aku dah mula bersiap-siap dengan kelengkapan masak. tungku, tong gas, periuk 70cm dan beberapa batang dayung nasi siap untuk dipunggah ke dalam van. dalam kepala hanya memikirkan masih adakah esok untuk aku melelapkan mata. pasti kau dapat bayangkan, atmosfera dapur yang penuh debu, ruang yang penuh asap, bahang api dari kayu dan arang. itu semua permainan orang 'rewang' kerja kahwin di kampung-kampung sewaktu aku masih anak-anak. dan sekarang aku pula merasa. untuk memastikan aku tak lena semasa menggodak nasi, aku dan sahabat dibekalkan dua kotak marlboro fresh mint dan dua botol red bull seorang sebagai dos penenang. tiada masa untuk berbual tentang 'barang' apa kau dapat minggu ni, kami memulakan tugas. minggu ini mungkin agak rehat sedikit kerna masak untuk 300 orang makan. tapi ketetapan masa itu menjadi kayu pengukur dalam rencana bisnes ini. semua makanan akan tepat dihantar jam 8.00 pagi waktu tempatan. lawan kami untuk minggu ini ialah 2 kawah kambing (baryani), 1 kawah lembu (baryani), 1 kawah ayam merah, 1 kawah ayam (baryani), satu kawah dalcha dan 3 kawah nasi. semua ini bakal disiapkan dalam masa lebih kurang 7 jam bermula pada jam 12.00 tgh malam. beta.
belum cukup beta kerana itu hanya proses memasak. belum dicampur dengan proses hidang, menunggu orang makan, kemas dan akhir sekali menyental periuk yang hitam legam macam hantu. aku tak suka melihat jam ketika bekerja. selepas penat bertarung, jam telah menunjukkan pukul 8.45 malam. barulah aku ada masa untuk bersenda gurau dengan bantal dan toto. aku tak memerlukan minit untuk lelap. sekitar 0.05 saat, mungkin.

Catatan terakhir berkisar tentang Kacip Pipiyapong yang sedang dalam pasaran dan masih dalam pelancaran. rasa teruja yang 'tak bleh blah' menunggu Kacip sampai di muka pintu rumah. aku mengharapkan buah tangan Pipi ini bakal menjadi rujukan aku buat menulis catatan pendek (bukan karya) dalam setiap pojok kosong fesbuk, myspace dan friendster kepunyaan aku. fenomena 'blook' ini aku fikir adalah satu kemudahan dan evolusi yang lebih 'handy' untuk kita menikmatinya bukan lagi dalam situasi virtual. alasan paling kukuh untuk aku memiliki Kacip adalah tidak lain dan tidak bukan, ianya dalam bahasa melayu. bukan inferioriti, tapi memang aku lemah dengan inggeris dan kamus dwibahasa. tengah hari tadi, rakan kerja menghantar surat ke meja aku dan yes!........ akhirnya, Kacip tiba. aku simpan dalam beg buat juadah bacaan malam ini. namun
ku sangka panas hingga ke petang. rupanya hujan di tengah hari. seorang rakan datang ke rumah dengan muka bengis dan marah-marah sambil berkata "mana Kacip, bagi aku baca dulu." aku kaget lalu menyerahkan.
malam ini aku sendiri lagi. dengan perut berkeroncong minta diisi. celaka punya akuempty. 'Perempuan Simpanan' tak dapat lagi.

Menang jadi arang, kalah jadi abu adalah peribahasa yang sangat mirip dengan apa yang berlaku sekarang.
Jalan yang umurnya baru setahun jagung ini, diduga seperti penulis kami telah bertapak lebih lama dari 'Neraka'. usaha demi usaha dibuat tapi hasilnya masih sama. malah, sekarang ini, yang menjadi mangsa adalah tetamu/pengunjung Jalan Jenang yang tidak ada kena mengena dengan penulisan penulis kami. aku merasa amat kesal kerana komen-komen yang diberi bersifat tak jujur dan berselindung dengan identiti palsu.
kecaman bertali arus ini sedikit sebanyak merencatkan semangat beberapa orang penulis kami untuk terus menulis. mungkin juga kesibukan kerja menyebabkan mereka banyak berdiam diri dari muncul dikhalayak ramai di 'jalan' ini. tapi umumnya mereka belum lagi mati.
Alhamdulillah, walaupun Komunite Lusuh Jalan Jenang diberi ujian yang hebat, namun pengunjung tetap datang untuk memberi sokongan dan komen membina kepada penulis. terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang ada dan membaca coretan penulis kami di sini. kata-kata yang ditinggalkan menjadi ilthizam kami untuk terus menulis dan merapu selagi hayat dikandung badan. dalam situasi tegang yang melanda Jalan Jenang sekarang, aku mengambil pendekatan tunggu dan lihat. aku tunggu untuk Jalan Jenang reda. aku juga menunggu untuk suasana kembali tenang. diam bukan bererti aku lemah. tapi diam aku nak melihat sejauh mana mereka boleh menyembunyikan diri disebalik nama samaran itu. aku masih tetap komited untuk menulis dan tetap berdiri di'jalan' ini. hari demi hari, topeng-topeng itu mula terhakis dan menampakkan diri kamu-kamu yang sebenar. kini biar orang luar menyaksikan dan menilai sendiri kejujuran kamu dan kami di sini.

Sebagai penutup tirai


Aku menikmati kelazatan menulis apabila aku ingin menulis. aku rasa sebal bila aku terpaksa menulis. lebih-lebih lagi menulis sesuatu yang aku rasa sebak dan mual. sebak kerana aku terpaksa mencerca (kalau ini dikatakan mencerca). dan mual bila aku menulis benda yang sama berulang kali. seorang sahabat baru (tahu siapa anda) mengingatkan aku dengan satu quote yang cantik. ia berbunyi begini:

The difficulty of literature is not to write, but to write what you mean.

Oh tidak, tidak, tidak. bukan aku tekankan tulisan aku satu yang berseni. tapi aku nak menyampaikan maksud dalam setiap tulisan. apa aku fikir, apa aku rasa dan cara mana harus aku bertindak. itu lebih penting dari tari bahasa yang cantik, tapi kosong dengan nilai.
selamat malam.

Assalamualaikum.

10 comments:

-akueMpTy- said...

assalamualaikum,

yeah!!! en qarma kita sudah kembali menulis,nampaknya apa yang aku jerit-jeritkan dengan muka yang bengis pada beliau petang tadi telah membuahkan hasil,Alhamdulillah...
aku juga menyeru kepada warga-warga lusuh yang lama menyepi,agar kembali mencoretkan sesuatu di jalan jenang ini..
"jangan biarkan jalan jenang ini mati,aku mahu 'kita' semua terus berdiri"

p/s: qarma,kasut engkau akan aku rabak-rabakkan,sama seperti kasut aku yang telah rabak itu...kahkahkah...kacip kau aku pulang la esok...:)

assalamualaikumsalamsejahtera said...

ya, semua orang dah tau kamu lah malaikat tanpa topeng tu. terutamanya yg di atas ni.

Jendul-Jendul said...

kita semua berpengalaman dengan manusia bertopengkan anjing, tapi ini first time gue berpengalaman dengan anjing bertopengkan manusia. sedarlah dude2 sekalian. cerminlah diri dahulu sebelum cerminkan orang lain.

Millie said...

semoga en qarmadharma dapat menikmati kacipnya hari ini... Amin.

akueayampenyetempty said...

jgn2 kena rip off kacip lu. baik mintak cepat. amin

jalang-jalang said...

pergh, kaki burn upenyer?

Apa Kau Nak said...

QD.
Ya, tudia. Ini tulisan QD yang dirindui.

Kesian Kacip awak kena kacip!

Apapun saya tunggu buku awak, mungkin tajuknya...SUDIP?

p/s: gila lapar terbayang baryani kambing.

Anonymous said...

q.

wah. semakin bagus tulisan kau. aku terus akan baca. :)

perempuan simpanan tak sampai lagi ye?

Anonymous said...

eskapisminda - terima kasih kak intan. maaf dengan kucar-kacir disini. kacip hal kecik je. tp kalau tak pulang boleh bawak begaduh jugak la hahaha. sudip dan baryani ada kaitan. boleh buat modal tulis baru ni..errmmmmm

alina - terima kasih cik alina sbb meredah peluru dan periuk api datang jalan ni. memang berani menanggung risiko. akta blog darurat masih berjalan. tak tahu bila tamat. mungkin perempuan simpanan boleh dihantar menjadi ubat.

mejar qarmadharma regimen ke-6

tora corgan said...

woi empty lu dah paw buku tu dulu eh!!! peh baran la wa camni!!