27 July 2009

PANDANGAN LISTRIK KAMI

Ada orang bertanya, keadaan blog nih semakin lama semakin macam hilang arah tuju lah. Macam dah semuanya merepek meraban.

Tentang merepek meraban tuh memang aku akui dan setuju sesangat sebab sebenarnya permulaan blog ini cuma sekadar untuk suka-suka jek. Aku tulis ko baca, dan ko tulis aku baca. Tak lebih dari itu, jauh sekali untuk mendapatkan perhatian lebih dan jauh sekali untuk dapatkan duit dari iklan (walaupun baru-baru ini ada intention untuk memasukkan iklan, tapi ntah, tak masuk jugak).

Lebih dari itu, blog ini juga bukan mewakili sesuatu golongan di Batu Pahat. Semua kata-kata dalam blog ini lebih kepada pendapat sendiri penulis-penulis nya yang rata-rata cuma manusia yang dari pagi sampai malam hidupnya kerja kerja kerja untuk menampung keperluan keluarga. Bagi yang bujang, tiada kamus seronok dalam hidup kami. Cuma yang ada hanyalah kepuasan untuk menulis. Bukan kami tidak mahu berseronok, atau pun dalam erti kata lain pergi merempit atau mendrift atau berjoget di disko atau mengambil syabu, cuma kami 'menolak' semua itu atas 'pilihan' kami.

Ada juga yang mempersoalkan kami dari segi politikal view kami yang rata-rata (boleh dikatakan hampir semua walaupun tidak semua, kena faham ayat tuh) tidak meyokong mana-mana pihak samada Parti Pemerintah ataupun Pakatan Rakyat. Bukan! Bukan kami menolak mentah-mentah akan idea para pemimpin kedua-dua 'side' tersebut, cuma kami belum bersedia untuk 'menerima' kata-kata manis mereka, yang pada asalnya memang menjurus kepada yang baik dan juga perubahan.

Mungkin kami masih mentah dalam hal-hal berkaitan politik, tapi kami juga mempunyai pandangan kami sendiri. Kami mungkin tidak bersetuju dengan para ahli politik BN atau PAS atau DAP atau PKR atau even PBS, tapi kami mungkin boleh menerima pendapat sesetengah wakil rakyat dari semua pihak, even dari Najib, Anwar, Tok Guru dan Kit Siang sekaligus!!! Dan sebagai ahli politik, kita seharusnya bersikap professional dan sedaya upaya memenangi hati rakyat (kami juga rakyat) dan bukannya bersikap dangkal dengan meng'diss' kami selepas usaha anda tidak berjaya. Itu bukan ahli politik namanya :)!

Kami akui kami hanyalah penulis yang masih cetek dalam penulisan dan bukannya sebuah komuniti yang sangat baik penulisannya. Apa yang kami tau, kami hanyalah kanak-kanak Batu Pahat yang juga mahu enjoy dengan cara kami sendiri, seperti juga anda diluar sana enjoy dengan cara anda sendiri.

Ceh....macam serius sangat plak pos aku nih!

4 comments:

tora corgan said...

ala nak tulis ye tulis, taknak tulis ye wess!!

NEOFISHY said...

lu paham tak apa yg wa tulis nih?

tora corgan said...

gua takpaham sebenarnya hahahahhaaa

saya su said...

tarappa..gua paham :)