17 July 2009

MONOPOLY

Merujuk kepada post Abg Mat Tora di bawah (berkenaan perbezaan 'harga' untuk sim kad zaman dulu dan zaman sekarang), agak-agaknya apa yang boleh disimpulkan?

Pada aku, dari segi ekonomikal, tak patut ada monopoly. Sebab apa? Sebab monopoly cuma membebankan pengguna jek.

Salah satu syarikat yang memonoply ialah TNB. Aku sokong sangat-sangat kalau ada syarikat lain yang nak menubuhkan syarikat pembekalan tenaga elektrik. Kenapa perlu keperluan pengguna di monopoly oleh satu syarikat jek? Yang nyatanya mereka boleh menaikkan tarif sesuka hati. Sibuk jugak diaorang mewar-warkan TNB mengalami kerugian yang ironinya, setengah tahun pertama tahun nih, TNB untung besar. Ini bukan pos politikal atau apa. Ini pos berkenaan monopoly yang harus ditegah.

Lagipun pengurus TNB Batu Pahat berlagak macam sial. Try ah keja jadi orang biasa tengok susah ke tak ko keja.

Aku pun tak paham nape aku pos benda nih tapi yang pasti monopoly harus ditegah. Tak paham? Cuba main Monopoly walaupun ini bukan iklan. Kudos untuk Digi sebab memecahkan barrier harga telekomunikasi yang dulunya cuma orang kaya jek bleh pakai Maxis.

12 comments:

Dottie With Dots said...

kena tukar number digi lah lepas nih...

Chan said...

wah. nampaknya Komunite Lusuh sudah jadi tempat review sim kad. jokin2. =p

Abang Dozo said...

korang semua boleh bincang apa-apa bila tiba ke jalan jenang, batu pahat. lebih-lebih lagi bila dah start lepak ngan order makan kat tempat zam. macam-macam cerita keluar :)

Anonymous said...

sbb tu ananda nk beli brazil. er... kelab dia nk beli tu apa??? brazil kan...

wa mmg minat brazil apa

NEOFISHY said...

bukan brazil la, ivory coast kelab tuh...mcm tu pun tak tau ke?

NEOFISHY said...

berita terbaru : tarif elektrik akan naik lagi...mueheheheheh

kaya sungguh TNB!

tora corgan said...

gila bro takrif tak naik ceo tnb nak makan apa brader!!hahahhahaaa

Pyanhabib said...

tnb kasi potong api kang, ha!

NEOFISHY said...

Tora : betul gak ek, kalau tak naik CEO diaorang nak makan apa ek? Beta lah!

Bro Pyan : kalau kena potong, kena tukar nama bini plak lah bukak akaun baru..hahahah

tora corgan said...

gua ada dgr cerita tnb nak buat main suis meter rumah letak kat pencawang dia, so kalau lu org tak bayar diorang suka suka terus cabut karan lu tanpa pegi kerumah sama mcm line telefon la. Tapi tak tau la bila diorg nak buat, katanya modal besar, tnab kan asek "rugi" je apa!!

NEOFISHY said...

aaahhhhh...TNB mana pernah untung...sama lah macam Plus, Maybank, bla bla bla.....

tak penahnya untung apakebenda.....ceh!

Anonymous said...

lepas ni jersi brazil warna merah ar kan...

(ada kena mengena dgn post tak???)