11 March 2009

Dari Jepun ke Mesir


garang misai seluar kau....

aku 'basa-basi' untuk menulis dalam hujung minggu ini. malas dan terkejar-kejar untuk beberapa urusan sulit yang 'maha' sulit buat ketahuan orang. dalam minggu ini sahaja aku telah kehilangan wang kira-kira RM400 di kedai-kedai lusuh. aku adalah pemboros tegar yang menghabiskan wang dengan alatan elektronik lusuh yang 'boleh pakai lagi dua tiga bulan' buat masa ini. duit boleh cari dan barang itu juga boleh cari. saja gatal nak beli. untuk melengkapkan koleksi ini, aku telah berurusan dengan beberapa 'tauke' barang lusuh di batu pahat untuk tarikh 'barang baru masuk'. ini bagi memudahkan kerja pencarian walaupun memerlukan sedikit modal pendahuluan. sudah penat untuk menunggu 'nasib baik' atau terma yang selalu diguna-pakai kaki lusuh iaitu 'menyelam'. jika nak dibezakan harga waktu 'as'saterull awwa'lin' dulu memang berganda murah dari harga sekarang. tapi orang malaysia sekarang -lebih-lebih lagi bagi golongan kelas pertengahan- cenderung untuk cari barangan terpakai atau lusuh kerana jenama dan harga yang sedikit murah jika dibandingkan dengan harga tunai atau sewa beli di pasaraya gajah itu. akibat permintaan yang memberangsangkan, peraih barangan terpakai dari singapura yang rata-rata datang dari Rengit dan Pontian, telah mengambil keuntungan secara berlebihan. bagi yang biasa membeli barangan lusuh di kawasan rengit sekitar tahun 1990an, anda boleh merasakan kenaikan harga mendadak akibat dari faktor permintaan yang semakin meningkat dan peningkatan pengetahuan peraih mengenai nilai barangan yang dijual. jangan terkejut jika barang yang anda minat, harga yang diberikan lebih mahal dari harga beli baru dikedai-kedai. inilah yang aku maksudkan dengan pengetahuan peraih mengenai nilai barangan yang dijual. oh, kalau anda bernasib baik, anda akan dapat lihat beberapa katalog IKEA disebelah kaki mereka sebagai rujukan harga. kenyataan mereka tahu tentang kualiti dan jenama boleh dibidas kerana kondisi barangan adalah 'terpakai' dan tiada jaminan pemulangan wang.
bagi pengumpul barangan nadir genre anak muda tipikal masa kini, anda berpeluang mendapat barangan seperti model figura aksi 'Akira', Ghost in The Shell, X-Men, SPAWN dan lain-lain. malah figura ikon muzik seperti Sid Vicious atau KISS boleh dibeli dengan harga RM20 setiap satu . hebat bukan? seperti yang telah aku nyatakan diatas, ini bergantung pada 'nasib baik' si pembeli. setakat ini, aku belum pernah menjadi seorang pembeli bernasib baik kerana setiap kali menyelam, tak ada barang nadir yang murah. pernah juga terserempak dengan cd original Suede dan Radiohead dalam keadaan A + (terma untuk condition sangat baik) tapi dah berada dalam tangan orang. suwey!. bagi pengumpul baju-baju t genre muzik, anda terpaksa berasak-asak atau terpaksa bergasak untuk sehelai baju rock kain 50 cotton/50 polyster. tak percaya? tanya abang mat tora.



kata-kata seorang manusia mampu mengubah sesuatu keadaan dari buruk menjadi baik atau sebaliknya.
seorang perempuan dengan sinis berkata "apa la beli kain buruk sampai lima puluh ringgit". akibat dari perkataannya itu, wang gaji seorang peminat barang lusuh telah dicatu dengan hebatnya. terfikir sejenak, apakah yang membuatkan sesuatu itu amat berharga buat segelintir orang yang meminatinya. apa relevannya sehelai kain lusuh dibeli dengan anggaran harga dari RM250 ke RM300 sehelai. apa ada pada sehelai baju lusuh dicetak sekitar tahun 1978? nilai sentimental seorang yang hidup gemilang pada zaman itu pun telah berkubur dengan jasadnya. tapi itulah yang sukar kita fahami bagi kita-kita yang 'tak main barang macam ni'. seorang kawan yang 'kaki' dalam mengumpul barangan lusuh menerangkan secara terperinci apa yang menyebabkan barangan ini begitu berharga sekali. alasan yang sama seorang kaya yang membeli sebuah kereta morris minor 1000 tahun 1971. dia minat dan mampu. 'kaki bundle' seorang ini pula minat dan sekadar mampu mengumpul baju sahaja. kalau dia berduit, mungkin dia juga nak kumpul kereta antik seperti orang kaya tadi.

malaysia telah menjadi lubuk emas bagi pencari dan pengumpul barangan vintage telah sekian lama. tiada fakta tepat bila ia bermula. mungkin sekitar tahun 1992/93 hingga sekarang. ada beberapa fakta menarik yang aku ingin kongsi bersama. menurut seorang kawan, seorang jepun yang bekerja di singapura telah meminta untuk mencari barang vintage di singapura/malaysia. katanya malaysia, indonesia, thailand dan singapura adalah hub untuk jepun dan amerika membuang barang-barang yang 'backdated' dan terpakai. barangan vintage yang mencecah harga ribuan yen dan dollar itu termasuk dalam bungkusan-bungkusan sampah yang dibuang disini. untuk menemukan balik barangan tersebut orang jepun ini sanggup membayar sejumlah wang kepada seorang malaysia dengan setiap barang yang dia inginkan. dan pada ketika itu, hanya segelintir sahaja yang tahu tentang ini dan berupaya mengaut keuntungan dari barang yang dianggap tiada nilai oleh peniaga barang terpakai. sewaktu orang sibuk mencari baju yang masih ber-kondisi baik dan berjenama terkenal, mereka ini telah mula mencari baju yang hampir koyak, zaman telah berakhir, dan jenama yang pelik-pelik. ketika orang sibuk mencari jeans dan denim 'made in usa', mereka ini telah mula mencari denim buatan jepun yang dua, tiga kali ganda lebih tebal 'garment-nya' dari buatan amerika. dan yang pasti mereka dapat dengan harga yang sangat-sangat murah. pada ketika itu, mungkin, mereka hanya membayar sekitar RM50 hingga RM60 untuk sehelai denim jepun. dan sekarang anda cuba bayangkan harga sehelai denime (denim jenama jepun gred pertama) boleh mencecah sehingga RM1500 bergantung kepada kondisi dan 'lot'-nya. sehelai denim sugarcane boleh mencecah RM3000 hingga RM4000 bergantung kepada kondisi dan 'pai'-nya. begitu juga keadaannya dengan sehelai denim evisu yang sekali pandang macam jeans levi's celup. ia mampu menghabiskan wang gaji aku dua bulan hanya semata-mata untuk merasa pakai denim vintage.



kerana 'sampah-sampah' ini telah diketahui nilainya, maka ia telah dimanipulasi oleh sesetengah orang bagi tujuan mendapatkan keuntungan. barang lusuh dan klasik ini telah menjadi perniagaan besar di malaysia. percaya atau tidak, di bandar penggaram, batu pahat sahaja ada lebih dari sepuluh entiti menjual pakaian terpakai yang mampu untuk survive walaupun masing-masing menjual barang yang sama. ia seperti satu fenomena. boleh dikatakan semua kaum tak kira melayu, cina, india membeli pakaian terpakai. kalau kelas pertengahan seperti kita membeli pakaian untuk menahan sejuk dan panas, orang berduit pula membeli barangan berjenama untuk kepuasan dan kedudukan. aku teringat pepatah berbunyi, hanya mutu yang mengenal manikam. sesetengah orang yang menjaga kelasnya tak pakai barang macam ni. mereka lebih sanggup berhabis wang asalkan barangan itu baru 'bau kedai'. katanya barang 2nd-hand ni kalau pakai boleh kena gatal kulit atau ruam lampin. dimaklumkan, segelintir saja. lain padang lain belalangnya kan? aku teringat akan sebuah kisah seorang sufi bernama dzun nun yang hidup di mesir. seorang pemuda mendatanginya lalu bertanya mengapakah dzun nun berpakaian sangat sederhana. dzun nun tidak banyak berkata lalu memberi cincin dan disuruh pemuda itu menjualnya dibazar dengan harga sekeping dinar emas. pemuda itu tidak yakin cincin kotor itu mampu dijual dengan satu dinar emas. beberapa waktu, pemuda itu kembali dan memberitahu dzun nun bahawa orang-orang dibazar hanya mahu membayar sekadar satu keping perak untuk cincin itu. lalu dzun nun menyuruh pemuda itu membawa cincin itu ke sebuah kedai emas dibelakang jalan itu. katanya "Coba perlihatkan kepada tukang emas disitu. Jangan buka harga. Dengarkan saja, bagaimana ia memberikan penilaian." tak berapa lama pemuda itu kembali lagi dengan wajah girang sambil berkata "tuan, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sesungguhnya dari cincin ini. pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar oleh para pedagang di pasar." begitulah bagaimana dzun nun memberi teladan bahawa sesuatu itu tidak dapat dinilai dari keadaan zahirnya. mungkin juga nilai itu hanya tinggi pada orang yang berkehendak padanya. betul juga frasa inggeris yang berbunyi "beauty is in the eyes of the beholder". justeru, peringatan kepada awek-awek dibutik levi's jusco tebrau yang melihat seluar 'karat' dan bermisai ni dengan sebelah mata, ketahuilah bahawa ini adalah sepasang Denime made in japan tau. kalau jual boleh bayar gaji awak sebulan.

walau bagaimanapun, ini semua hanya trend sementara yang akan dimamah perubahan. beberapa waktu dulu orang sibuk cari jeans yang cawat labuh. tapi sekarang tak lagi. sekarang, kalau boleh nak cari seluar yang boleh tunjuk lurah punggung. sekarang nak cari baju yang paling kecil walau saiz badan kecil sikit dari abang mat tora. kesimpulannya, dalam dunia ni tak ada apa yang kekal. yang cantik akan hilang serinya. yang kuat akan jadi lemah akhirnya. yang gah akan hilang belangnya. bila sampai masanya. beruntung bagi yang tetap kekal dengan identitinya. yang tetap teguh dengan pendiriannya. bukan bunga lalang yang terbang setiap kali angin berhembus.


"sesiapa yang jumpa baju britney spears RM5 boleh beli dan simpan. lagi 30 tahun harga baju ni boleh mencecah RM300 siapa tahu" kata buang bin kutip.

8 comments:

-akueMpTy- said...

askum bang..
agak2 baju nuar berahim ada value x untuk 15 tahun akan datang???

Anonymous said...

jgn kata DSAI, baju gmba ko pun ada harga la. tp tggu ko mati, cam kurt kobian

Si Jambi Darat said...

wah..lepas ni susah la aku nak menyelam kat bt pahat..hehehe

Anonymous said...

wahahaha...
kalau dah nama rezki, kt mana2 ada
rajin tak rajin nyelam je beb

Gin Jimuda said...

yah, cukup deskriptif.batu pahat memang begitu, sorga untuk sampah-sampah puak anglo-saxon dan si mata sepet.

dulu pun, seingat aku, ada abang aku membebel tentang temannya yang lama tak jumpa dan turun ke batu pahat tapi semata-mata untuk menggali dan membongkar sampah-sampah ini. keghairahan berbicara pun dimatikan dengan berahi memuncak untuk mendapatkan baju-baju yang agak nadir.

namun, maseh juga nasib menjadi faktor penting yang akan menggulung senyum kambing puak kemaruk-barang-lusuh semua ni.

nasib..nasib..

err,gua ada Bad Religon long sleeve Stranger Than Fiction tour Japan 1994.en kosong ada berani ka? ;p

tora corgan said...

kurang ajar! apasal mesti nama wa yg perlu dijadikkan contoh? nak kena tampo apa!!

p/s saya ada baju ledzeppelin swan song yg masih ketat dan padat saya beli rm5 hengget je! Saya takmau jual!Saya mmg beruntung!!

Anonymous said...

ya empty mmg kemaruk. korang boleh bukak harga berapa je. dia mmg sanggup byr

dia lupa simpan duit utk kawin tak lama lagi

hegira said...

wah. vintage. aku suka.

erm.

rasa macam nak jalan jalan je batu pahat. itu hari hanya sempat berada sembentar di johor bharu.

sebab selatan sangat asing bagi aku.