02 November 2009

SUNGGUH URBAN

Minggu lepas aku gi KL. Ada urusan keluarga yang perlu diuruskan. Wife aku dapat kerja kat Putrajaya, keja dengan gomen....so lepas nih aku kalau nak kutuk gomen kena cover-cover sikit, kang merajuk lak wife aku. Lama jugak aku tak ke KL. Suasana KL tetap macam tu jugak. Tak berubah. Still lagi taxi driver sama jugak perangai, kurang ajar seperti biasa.

Satu malam tu, aku tergerak nak jumpa kawan lama aku, Taja yang sekarang dah menjadi warga urban kat KL. Aku tak pasti la tempat lain selain KL tu urban gak ke tak. Yang aku tau, kat KL memang banyak disko. Satu pun aku tak penah jejak. Paling kuat pun kat Life Centre (sekarang Ruums), tu pun setakat tengok gig. Aku tak pernah jejak disko tu bukan sebab aku ni baik sangat, tapi memandangkan nak masuk setakat minum-minum coke, bayar sampai sekali masuk 70-80 ringgit, pastu duk tercongok, baik tak yah. Baik aku tengok konsert Search yang terbarai masa kat Bukit Kiara hari tuh.

Aku punya susah nak jumpa si Taja nih sampaikan banyak malam jugak terlepas nak jumpa dia samada aku tertido atau pun dia ada hal. Dia memang bisnesman yang berjaya, so time dia very limited. Plan punya plan, malam teakhir aku kat KL, si Taja ni ada masa nak jumpa aku. Dia suruh fetched dia sebab keta dia masuk workshop. So aku tak banyak cerita, lepas tido kan Akid, dengan sepantas kilat bawak Toyota KE 30 aku menuju ke area KLCC.

Sampai kat area yang dimaksudkan, dia suruh aku tunggu. Dalam hati aku takut gak kot-kot gaurd marah aku parking depan apartment yang nampak macam mahal dengan nama yang sungguh omputih iaitu Marc Residence. Tunggu lebih kurang 15 minit, Taja turun. Tetap macam dulu, tetap hensem mamat nih.

Salam lebih kurang, dia suggest laluan ke area belakang KLCC. Kitaorang lepak minum kat kedai mamak Lotus yang terkenal tuh. Aku dah rasa macam urban gila aku hari tuh. Yelah, lepak belakang KLCC beb, bukan calang-calang urban tuh. Nasib baik si Taja nih simple orangnya. Dalam pada kitaorang duduk tuh, sekali satu kumpulan yang macam artis keluar dari Lotus tuh. Yang aku nampak memang semua artis, macam Yanie dan paling hot giler ialah Watie Elite....perghhh....wa rasa malam tuh memang wa betul-betul urban...urban nak mampus sebab terjumpa artis. Hot plaknya tuh. Pastu lepak kat Lotus, dekat dengan KLCC, lagi lah perasaan urban aku tuh mencanak-canak.

Tengah sibuk kitaorang cuci mata tengok artis, pelayan kat kedai mamak Lotus tu start amik order.

"Teh O Halia besar satu," Taja order.

"Boss?", tanya mamak tuh.

Aku tengah pikir minuman yang agak urban, bersesuaian dengan tempat lepak dan jugak suasana kat sana ketika tu.

"Errrr.....sirap satu!"

Macam nak luluh Taja dengar aku order.




APA? SIRAP TAK STANDARD KE?

6 comments:

Chan said...

hahaha. sirap tu urban per?? sebaliknya teh o halia lagi la nampak kampung. =p

tora corgan said...

Aik sirap?? kedai nama kereta sport pun order sirap? jadah lain kali order sirap bandung soda nampak sket dia punya fusion! haahahahahaaa fusion siak!!!

Dottie with Dots said...

Sirap kat Boston kira urban gila Bey.

NEOFISHY said...

chan : pergh lu chan...teh tu lu survey tgk kat channel AFC, apa dia cerita pasal teh? minuman org kaya tau...perghhhh

tora : ala lu jeles wa dapat lepak lotus pastu ada watie elite yang hot giler...lu jeles...lu jeles...lu jeles....

mil : errr....kat boston ada sirap ek? beta lah!

Eskapisminda said...

Wah. Marc Residence..bukan main tuh. Kayaz sungguh kawan urban awak :)

Dah lama tak makan kat Lotus. Kalau datang lagi ajak2 laaaaa.... !

p.s: kalau kat situ manjang order nasik goreng kampung. (dulu opis sebelah)...apa? nasik goreng kampung tak urban??? ish, sapa cakap? ---opps monolog pulak aku kat blog orang..hahaha

kosmikurious said...

skang yg urban bukan 'disko' tp 'club'.
kalo ckp club mesti terbayang gadis bersepatu(?) gladiator n knee heels boots wif micro mini.syiok.

sirap fofuler ape.di majlis kenduri kendara n hari raya.atau dorang dah tukar air oren?