30 December 2009

FAHAM ATAU TIDAK MAHU FAHAM?

"Orang yang sesat, biarkan dia terus sesat, setelah kita cuba untuk mengubah dia", pesan seseorang pada aku. Kerap aku ajukan soalan bila aku sendiri kurang paham.

Satu ketika, hampir 10 tahun yang lepas, selepas post-straight edge dan pre-anarcho punk era, ramai yang berubah menjadi ke arah 'tidak positif'. Kalau dulu, menjadi straight edge adalah kebanggaan dek kerana positifnya cara hidup (kalau boleh dirujuk sebagai begitu), no sex, no smoking, no drinking, no drugs, tiba-tiba, hanya kerana ingin menjadi crusty anarcho-punk, semua orang 'menghalalkan' apa yang sebelum ini merupakan so-called ethic untuk straight edger. Dan bermulalah era 'don't-include-religion-in
-any-conversation-coz-it-will-ends-there-attitude'. Bermulalah era 'aku-semayang-5-kali-sehari-dengan-5-tahun-sekali-takde-bezanya-pun', era 'questioning God existence' dan era 'i-live-and-breath-because-i-control-my-own-destiny-and-faith'. Sesiapa yang menjadi begitu, dianggap cool (sungguh, tak tipu) dan boleh dikatakan 'menguasai dunia kebebasan' pada masa tu.

Ketika inilah segala bentuk religion restriction akan dipersoalkan sehingga ke akar umbi. Bagi yang mempunyai sedikit kekuatan agama, beralah adalah lebih baik daripada terus-terusan menentang dek kerana orang yang ditentang hanya mahu teori yang dibaca (baru dibaca, belum dipraktikkan) itu lah yang sebenar-benarnya. Mulalah segala bentuk perkara dibangkitkan dari kewujudan tuhan yang di claim sebagai 'tak nampak' sehingga lah ke ketupat hari raya aidilfitri.

Apa yang menyedihkan, dari pendapat aku sendiri yang juga lemah dalam mempraktikkan ketulinan sebagai seorang islam, kebanyakkan pendapat yang dikeluarkan adalah berdasarkan pendapat orang-orang atheist, yang sememangnya tidak percaya kepada agama. Sedangkan kita-kita yang mengaku islam ini, begitu teruja dan 'seronok' mengenengahkan 'ajaran' ataupun pendapat para atheist tersebut, yang mungkin tidak semuanya buruk.

Namun, sebagai seorang islam, kenapa perlu kita mengagungkan pendapat atheist sedangkan islam sudah cukup sempurna? Apa yang tak betulnya dengan islam sehingga kan sebagai seorang islam, kita sanggup mempersoalkan kebenaran islam demi untuk menunjukkan karya atheist lebih bagus daripada falsafah islam sendiri?

Sebagai mengambil contoh. Para anarcho-punk menge'fuck' patriotism. Di zaman Nabi Muhammad SAW, baginda lebih mementingkan perpaduan ummah daripada pembentukan sebuah negara. Ummah yang dibentuk dengan kuat, secara tidak langsung lebih membuatkan perpaduan antara kaum dan manusia lebih kuat. Jadi, kenapa perlu mengikut idea atheist?

Pendapat mereka lebih menjurus kepada keadaan logik akal. Sedangkan kemampuan fikiran kita tidak sangat terbatas. Masakan manusia boleh hidup dan terjadi dengan sendirinya tanpa ciptaan dari Yang Maha Esa? Sebagai contoh basikal yang belum dipasang. Adakah basikal boleh memasang dirinya dengan sendirinya. Dia masih memerlukan manusia untuk memasang dan melengkapkan dia sebagai sebuah basikal. Dan terjadinya basikal adalah atas tangan manusia yang membentuk basikal dan spare partnya menjadi sebagai sebuah basikal yang sempurna. So, dimana logik akal? Yes, anda boleh mempersoalkan yang basikal tidak bernyawa, bagaimana pula dengan nasi goreng kampung? Adakah tanpa dikopek bilis atau bawang maka nasi goreng kampung boleh terjadi dengan sendirinya? Ataupun Pokok rambutan yang belum tumbuh buah, adakah dia boleh keluarkan buah dengan sendirinya tanpa izin-NYA?

Jikalau pemikiran manusia sangat hebat dan berdasarkan logik akal, kenapa keadaan di Marikh sampai sekarang belum dapat dipastikan samada ada benda hidup atau tidak? Secara logiknya, manusia sudah ke bulan dan tak mustahil boleh ke Marikh ataupun Pluto sekalipun, tapi kenapa sampai sekarang, manusia belum dapat apa yang mereka cuba capai di Marikh, atau Pluto?

Pemikiran manusia hanyalah umpama setitik air di lautan luas. Ada benda yang boleh dicapai dengan akal fikiran dan ada benda yang 'left alone can't be touched'. Ada hikmah mengapa manusia tidak mampu untuk berfikir secara lebih dari kemapuan kerana sememangnya itu bukan taraf manusia untuk memikirkannya. Kenapa perlu mempersoalkan kewujudan Allah kalau kita sendiri tidak mempraktikkan apa yang disuruh dan tidak mahu mengakui akan kewujudannya?



Masalah utamanya ialah, kalau kita mengaku kita islam, kenapa perlu kita uphold pendapat segala bentuk 'ism' yang datangnya daripada orang yang sememangnya tidak islam? Dan kalau mengaku islam, kenapa tidak 'percaya' dengan islam ?

2 comments:

tora corgan said...

mengapa mesti nasik goreng kampung dijadikan contoh?? Itu makanan kegemaran saya tau!!

Qarmadharma said...

faham. faham dan percaya dua benda yang berbeza.

PS: err.. kalau tak sentuh anarcho tak boleh eh. terasa tau