05 December 2008

Perubahan perlu dalam setiap perkara

Minggu lepas Najmi aka Neck Licker email lagu baru Crestfallen yang dah siap mix and master. Hasilnya amat menakjubkan. Lagu tu jadi best sebab touch dia, semua instrument dengar dgn agak jelas dan balance dan standard dengan lagu-lagu yang kita dengar kat radio kalau dibandingkan kualiti sound nya. Kudos untuk Najmi.

Dengar-punya dengar, aku rasa lagu tuh memang banyak kena reworks. Banyak sangat daripada melodi sampai lah arrangement muzik. Dan paling utama, lagu tuh tak mencerminkan muzik Crestfallen yang so-called hardcore/punk. Tak match dengan identiti muzik Crestfallen. Sebenarnya banyak feedback positif untuk lagu tu. Aku boleh cakap, almost 85% suka lagu tu. Cuma segelintir yang kurang setuju (bukan tak suka, kurang setuju jek) dengan arah tuju lagu tuh.

Oh ye, lupa nak bagitau tajuk lagu tu. Tajuknya "Tikus Melayu", lagu yang mencerita tentang para politikus melayu (atau mostly perangai dan kerenah diaorang). Lagu tu asalnya adalah sebuah lagu indiepopbrit yang berpaksi kan band Suede dan The Cure. Lagu yang asalnya lagu melayu, kemudian ditukar lirik jadi omputih dan kemudian ditukar lagi jadi melayu dan dicipta pada tahun 2002 atau awal 2003 (5 to 6 years ago). Dah lamakan? Jadinya, memang lagu tu lari jauh dari identiti Crestfallen lah kan.

Sebut pasal identiti, kekadang kita terlalu dihambat oleh identiti untuk mengongkong kita supaya tidak berubah. Sebab apa? Sebab kita terlalu mengambil berat mengenai identiti. Kita takut untuk berubah sebab identiti kita orang dah kenal dan kita takut nak berubah sebab kita tak berani nak mengambil risiko. Contoh sebab apa aku cakap identiti atau imej atau whatever boleh menjerat kita is bapak aku. Bapak aku memang terkenal dengan ego dia (sorry bapak, but it's the fact) dan kuat mempertahankan soal imej. Kami jual beberapa jenis produk kesihatan tradisional melayu dan sejak dulu lagi, packaging jarang sangat berubah. Kalau boleh, segala jenis aksesori dia nak letak dan kekadang aku pikir aksesori tuh tak mengundang keuntungan malah kerugian bertambah sebab terlalu banyak guna aksesori. Why not just ubah jek pak sebab benda tuh tak penting pun atau ubah sekali gus? (Contoh:untuk 1 produk, aku kena kontek sekurang-kurangnya 5 supplier untuk aksesori) Dia jawab, "IMEJ". So kat sini, aku kuatkan yang kita terkongkong sebab terlalu pentingkan imej sampai diri sendiri menderita. HMMMM.....pelik kan?

Sama datangnya dengan perubahan pada band. Kalau kita takut berubah, band akan stagnant macam tu. Tak ada perkembangan. The point is not the song, it's the band itself. Takut untuk explore new thing, band akan macam tu jek, sama macam band-band metalcore yang macam cendawan sekarang. Tak ada improvisation, semua sama jek, walaupun kord lain-lain. So, kenapa kita nak 'sama' dengan diaorang sedangkan kita 'against the norm'?

The point is band kena berani berubah. Korang yang mengikuti perkembangan band anarchist/punk dari UK iaitu CHUMBAWAMBA mesti terkejut dengan album baru diaorang (tajuk : "The Boy Bands Have Won") yang totally different from album diaorang yang hit, "Thubthumper". Metallica berubah dengan "Black Album", "Load" dan "Re-Load", In Flames pun berubah dengan memasukkan unsur new age (note:In Flames adalah pencetus irama Melodic Death Metal) dalam album "Come Clarity" and even the most intelligent band in the world, the mighty Radiohead changed their concept, especially on "Kid A" and "Amnesiac". See? Search pun tukar gak dengan album paling latest sampai peminat diaorang kata Search dah tak rock, padahal itu satu pembaharuan yang baik.

Jangan takut nak explore new things sebab mungkin new things tu ada baiknya untuk pembangunan band. Tapi lagu "Tikus Melayu" tu memang kena ubahlah,hahahahhaah...memang aku akui yang lagu tu banyak kelemahan...ahhahahahah....sebenarnya aku kurang suka dgn flow lagu tuh walaupun feedback positif yang diberikan. Lagu tu catchy tapi aku rasa ada part yang kena ubah dan ada melodi yang kena susun balik. Dan bandmates semua pun kata lagu tuh kena ubah dan restructure lagi, kena ada unsur-unsur hardcore/punk but yet sweet...hahahahhahahahaha

Perubahan perlu ada, tapi pastikan perubahan kena ke arah positif....dan "Tikus Melayu" bukan satu perubahan yang postif untuk band dan PASTINYA perlu touch up yang lebih dari semua ahli band :)

-M. Na(neofishy)sir

2 comments:

Anonymous said...

perubahan itu perlu tetapi biarlah berperingkat...
takut ada yang menjadi mangsa keadaan...]

tora corgan said...

senyap senyap je rekod lagu ingat gnr apa fakk