hai adik-adik..... abang dozo di sini ingin melaporkan laporan rasta rockets ke pulau langkawi pada 6hb. disember - 7hb. disember 2008. penat bole tahan jugak la sebab perjalanan dengan menggunakan kenderaan bermotor sepanjang beratus-ratus kilometer jauhnya. tapi enjoy abis. kitorang tunggang 1 keter, 1 mpv dan 1 van.
dalam perjalanan kitorang singgah keLayby: Simpang Pulai (NB) untuk solat Subuh, breakfast dan isi minyak di RSA: Sungai Perak (NB).
view entrance Layby: Simpang Pulai (NB). kagum gak dengan design-design yang pada abang dozo berkonsepkan contemporary vernacular dengan percampuran elemen-elemen tradisonal. siap ada escalator. congrats pada PLUS expressways berhad dengan apa yang telah diusahakan.
sampai ke kuala perlis dalam jam 11.30a.m. dapat feri tiket jam 12.30p.m.
sayup-sayup meninggalkan tanah semenanjung. abang dozo sampai pulau langkawi ni.
D-Day: kitorang sampai dalam jam 1.30 petang. dapat sewa avanza sebijik dengan van nissan vanette pastu rasta rocket ke penginapan namanya beststar resort kat area pantai cenang. bilik cun gak. pastu petangnya kitorang lanyak pantai. best woo dah lama tak mandi laut. rasa macam jadik budak kecik balik.
balik dari mandi laut.....
Subhanallah..... betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T.
sehingga hampir terbenamnya matahari.
D-Day D+1: esoknya pagi-pagi kitorang dah gerak ke satu pantai ntah abang dozo tak ingat namanya untuk gi island hopping. kitorang rasta rocket guna bot pulak.
kitorang terus bergerak ke pulau dayang bunting.
imej seakan-akan dayang bunting tengah baring. tu yang letak nama pulau dayang bunting.
ada macam gua kat situ. tertanya-tanya gak apa yang ada kat dalam tu.....
kitorang dah sampai ke pulau dayang bunting. bergambor, hiking dan mandi-mandi jap. pastu gerak lagi.
kitorang singgah kat tepi pulau singa besar cuma kitorang tak boleh masuk pulau tu sebab dah ditutup untuk restore habitat-habitat kat situ. kitorang tengok orang bagi burung helang makan. diorang campak kulit ayam kat laut. tak lama pastu burung-burung pun datang kaut kulit ayam. hehe... teringat orang jual kulit ayam kat pasor malam.
gambor ni kitorang baru balik dari pulau beras basah. abang dozo time tu terjun dari bot pastu berangan yang abang dozo ni macam dalam citer saving private ryan.
habis je touring island hopping, kitorang balik ke resort jap; mandi, tukor baju then semayang jamak. then kitorang pun terus gerak keluar. kitorang ke kawasan beras terbakar. lepas tu kitorang beli barang sikit-sikit then apa lagi! makan laa!!
pastu kitorang ke oriental village, ada shopping centre dalam 30 buah bangunan berasingan dengan design nya yang menunjukkan identiti malaysia dan oriental architecture. then kitorang nak naik ke gunung mat chinchang dengan menaiki cable car. puncak sana tu laa yang sibuk orang citer ada jambatan gantung antara dua gunung. cable car kat oriental village ni ada tiga station; base station, middle station dengan top station. so, kitorang mula gerak start dari base station.
dari cable car dah boleh nampak view telaga tujuh. punyalah tinggi area tu.
kitorang singgah jap ke middle station nak check view dari situ dari ketinggian 652.5m above sea level.
worait..... kita ke top station kat puncak gunung mat chinchang. ada jambatan gantung maa.....
dah sampai ke top station dari dengan ketinggian 710m above sea level. tapi kena turun tangga nak ke jambatan gantung.
dah puas, dah lewat petang, kitorang pun turun balik. yang jauh kat depan tu adalah middle station.
last view masa nak turun. yang kat atas tu adalah top station.
dah lepas middle station. yg hujung sekali bumbung warna merah tu laa base station. kita blahhh.....
D-Day D+2: check-out, terus gerak ke makam mahsuri, perigi mahsuri dan rumah tradisional di mana ada presentation kisah mahsuri. makam mahsuri, perigi mahsuri dengan rumah tradisional dah biasa kita tengok so abang dozo tak upload tapi ada gambor-gambor sedara-mara mahsuri dari 6 keturunan sehinggalah ke 7 keturunan untuk di check it out:
tak sangka lak kat tempat tu ada gig. so, abang dozo pun amik gambor band ni.
pastu ke pekan kuah gempur kedai hj. ismail & kedai-kedai lain. shopping dan makan, beb. last sekali amik gambar kat area replika lang then terus ke jeti balik ke semenanjung jam 4.30p.m. time tu hujan dah mula turun.
bila sampai je ke semenanjung, kitorang amik kenderaan then terus gerak. singgah masjid solat jamak di simpang empat, perlis.
then gerak lagi. dalam perjalanan, tertarik abang dozo dengan satu team bolasepak dengan tiang gol alaf baru. check it out:
dihadangnya belakang tiang gol dengan crate kayu supaya bola senang nak ambik bila dah kena gol.
tetapi invention ini masih dikatakan gagal kerana bola still masuk dalam longkang.
kitorang singgah di pendang untuk ke rumah member pak mertua semasa zaman retro dahulu. then lepas Isyak kitorang terus gerak ke kl untuk bermalam di umah relative di bandor sri damansara. malam tak malam akhirnya kitorang tiba kira-kira jam 2.00a.m. esoknya kitorang beramai-ramai berhari raya Aidil Adha di situ. lewat petang kitorang gerak lagi dan pulang ke rumah masing-masing. tiba dalam jam 12.00a.m jugak laa. ponek den.
itu sahaja ye adik-adik tentang percutian abang dozo ke pulau langkawi. diharap adik-adik sentiasa ceria dan berhibur. sekian, Assalamualaikum dan adiosssss.....
6 comments:
Anonymous
said...
curious.. asl keturunan mahsuri tak cam model2 plak
abang dozo tak ada camera dslr. abang dozo cuma guna digicam nikon coolpix S550 je. cuma abang dozo poyo kononnya macam guna dslr.
abang dozo adjust white balance, iso sensitivity dengan exposure compensation. sebab digital, snap banyak kali pun takpe. tak cantik delete aje. tak rugi.
6 comments:
curious.. asl keturunan mahsuri tak cam model2 plak
suma gmba tmpt2, gmba abg bozo mana???
mana bole tunjuk muka abang dozo. prestij mesti mau jaga.
eleh!
abg dozol pakai kamera cap apa eh lawo la gambo masa matahari terbenam tu, tlg kasi teknik sket mcmana nak snap
abang dozo tak ada camera dslr. abang dozo cuma guna digicam nikon coolpix S550 je. cuma abang dozo poyo kononnya macam guna dslr.
abang dozo adjust white balance, iso sensitivity dengan exposure compensation. sebab digital, snap banyak kali pun takpe. tak cantik delete aje. tak rugi.
suka abg dozo ni tak lokek ilmu.
Post a Comment