13 December 2008

JALAN-JALAN MASA KECIK

Minyak turun lagi. Apa kata kita semua ambik sedikit masa ke tempat-tempat yang menarik. Seriously, aku sebenarnya belum jauh berjalan, terutama sekitar Malaysia. Dulu kecik-kecik selalu gak berjalan, tapi tunggu turn lah sebab bapak mesti bawak bini nombor dua dia dulu jalan-jalan, baru lah kitaorang berjalan.

Anyway, masa kecik, seingatnya perjalanan (atau makan angin) lebih tertumpu ke kawasan bandar, macam area KL dan ...errr...KL lah. Yelah, orang kampung turun KL kan, mana tak teruja, pastu setahun sekali gi lak tuh. Bila masa nak gi KL jek, perasaan teruja mesti muncul malam sebelum nak pegi. Aku selalu bayangkan apa aku nak buat bila dah sampai KL nanti. Walaupun tak tau nak ke mana, memang KL yang aku tau adalah heaven bagi semua penduduk Malaysia.

Biasanya perjalanan ke KL kami mesti pada petang lepas Asar atau sebelum Asar. Mak akan masak sikit makanan untuk perjalanan yang jauh (dulu mana ada highway, ada pun takat Seremban jek) dan barang-barang biasanya pada malam sebelum gerak ke KL dah siap dibungkus dan diselia rapi. Biasanya kalau dari Batu Pahat petang, paling cepat pukul 9 baru sampai KL. Sebab tu mak masak dan kitaorang akan singgah kat masjid ataupun tepi jalan bentang tikar untuk makan, beta kan?

Dan selalunya, bila dah sampai Sungai Besi, aku rasa macam beta gila babi jek dapat datang KL. KL pada aku ialah satu taman yang indah di kala malam mendatang dan satu tempat yang penuh warna warni bila siang hari. Biasanya aku akan kira/hitung lampu-lampu sepanjang Sungai Besi tu sampai lah ke tempat penginapan 'rasmi' kitaorang sekeluarga, Hotel City Villa (dulu Hotel South East Asia) kat area Chow Kitt, berdekatan dengan Jalan Raja Muda Aziz kalau tak silap.

Sampai kat hotel, seperti biasa, aktiviti melompat atas katil akan dilakukan terlebih dahulu sebab setahun sekali tido kat hotel kan, rasa sedikit teruja (lebih sebenarnya). Tido nyenyak sampai ke pagi sebab dapat tido dalam aircond...hmmmmm...nyaman!! Pagi esoknya, tempat yang biasa menjadi tumpuan sekeluarga ialah gerai nasi lemak sebelah hotel (sekarang dah tak ada, tak pasti kenapa) yang menghidangkan paling sikit 20 jenis lauk daripada paru masak sambal sampai ke sardin, daripada telur sambal sampai ke hati masak balado...perghhh...memang terangkat!

Aktiviti di KL biasanya akan dipenuhi dengan 'melawat' shopping complex seperti The Mall, Subang Parade (aku suka sebab ada Toys R Us) dan lain-lain. Percaya atau tidak, aku pernah sesat pusing kat Subang Parade tu tak jumpa mak bapak aku. Adalah sesekali ke muzium, itupun bila ada pameran pelik yang Dato' Shahrom Yob (masa tu pengarah kat Muzium Negara) adakan.

Photobucket

Antara pameran yang aku ingat is "Pameran Hantu". Memang dia tuh pencetus revolusi untuk Muzium Negara ah. Sejujurnya, aku respek dengan apa yang cuba dia buat untuk menarik perhatian orang ramai pada Muzium Negara.

Selain dari tu, paling aku tunggu tiap-tiap tahun setiap hujung tahun ialah Pesta Buku Antarabangsa (selalunya diadakan kat Stadium Negara) sebab nak jumpa kartunis-kartunis kat majalah humor nasional, Gila-Gila. Cukup seronok aku bila dapat jumpa diaorang macam korang kalau dapat jumpa Siti Nurhaliza atau Maya Karin. Sepanjang aku dapat pegang Gila-Gila (aku start baca --->sort of la--- Gila-Gila masa aku tadika). Semua kartunis Gila-Gila aku dah jabat tangan, hampir separuh dan semestinya Ujang pujaan aku. Percaya atau tak, kakak aku yang sulung pernah bercinta dengan dua orang kartunis kat Gila-Gila iaitu Boy P.J. (kartunis Malaysia Meriah) dengan Cik Li (kartunis Manjalong dan Kurma Daging Anita)? Mesti korang cakap aku gila glemer tapi tu lah hakikatnya. Berbalik pada Pesta Buku, selain melawat booth Gila-Gila (aku ada beli baju Professor Serba Tau), aku jugak melawat booth majalah kartun lain macam Gelihati dengan Batu Api. Tapi Gila-Gila tetap di hati, sampai lah sekarang.

Photobucket

NI MAJALAH LEGEND, SATIRA HUMOR NASIONAL, DIKENALI SEBAGAI GILA-GILA

Dah alang-alang kat area Chow Kitt duduk, mestilah kena ronda-ronda kawasan situ kan? Kiranya area situ takde lah meriah sangat macam sekarang. Banyak orang jual buah jek lebih ('buah' lain aku tak tau ah). Selalunya aku beli buah mangga, sebab nak beli buah lain macam tak sedap dan mahal. Ceh!

Pernah lah jugak daripada KL tu gi ke Genting Highland. Yang lawaknya, sebab bapak aku nih tak tau jalan, elok-elok nak gi Genting Highland, alih-alih terlajak sampai ke Cameron Highland. Punyalah beria bapak aku cakap dia tau jalan, last-last dah sampai puncak baru tau tu Cameron Higland. Takde apa pun kat situ, sampai pun dah malam. Kitaorang cuma makan sate pastu turun. Ceh! Esoknya barulah sampai Genting.

Apa-apa pun time tuh, KL jugak yang best. Pusing-pusing, walaupun benda yang sama, tetap heaven.

Tapi tu dulu, time aku kecik dan tak tau KL tu macamana. Sekarang ni, aku gi KL pun sebab ada kerja ataupun hal family. Tak ada apa yang menarik walaupun aku akui, aku selalu ke KL sebab nak lepas tension. Sebab kat KL bleh jumpa kawan-kawan rapat aku. Kat BP bukan takde, tapi semua 'hilang'..heheh. KL sekarang bukan macam dulu. Kalau dulu buruk, sekarang melantong hangit!

KL sekarang is duit,duit dan duit! Sampaikan ada tandas yang kena bayar RM5.00 kalau ko nak gi kencing. Dan sebagai seorang yang mempunyai kurang duit, masuk tandas dengan bayaran sebanyak RM5.00 is too much for me.

KL is very interesting and marvelous, tapi sebab .... ntahlah...tapi KL sekarang sangat berbeza dengan dulu, sama macam melayu dulu dan melayu sekarang :)

-Neo'urban'fishy

8 comments:

tora corgan said...

waw saya taktau plak ada toilet nak masuk bayo 5hengget. kasi rekomen sket la sbb saya kalau bab toilet ni saya masuk bayar 12hengget pun untung sbb saya berak lama ada batu dalm duduk 2jam.

Anonymous said...

itu toilet dlm ada tilam air bleh tido2....

Anonymous said...

aku baru teringat cerita kurma daging anita tu dlm gila-gila, bukan ujang or lanun...silap la

Abang Dozo said...

abang tora bole try toilet umah abang dozo.

ada support pillow.

Apa Kau Nak said...

semakin berusia semakin kita teringat-ingat momen di waktu muda...kitorang masa kecik2 jarang dibawa berjalan...so momen masa muda is momen-momen sentul bermain dengan kawan-kawan sewaktu denganku..indah jugak lah.. :)

Penulis Kami said...

kata urban apa nih fak xtau ada toilet rm5...fak lah....aku lupa katne tapi mmg kalu nk masuk kena byr rm5 sebab ada minyak wangi bleh blow2 kat muka rasa mcm orang kaya...fak fak....kaya pebenda masuk toilet buang taik pejadah sampai rm5....nasik sepinggan dah tentu dapt tu dol....mau buang pun mau kasik rm5 ka...fak fak fak....

-neo'so-called-anti-establishment'fishy

tora corgan said...

jebo sapa plak yg urban ni bukan kau ke 3hari skali gi kl fak u

Anonymous said...

oh,abang neo.kami tidak 'hilang' malah kami ada di mana2.mungkin juga kita yang berselisih di tandas tadi?
eh?eh?

-G-