02 December 2008

BEGINIKAH KERJA WARTAWAN HIBURAN?

Cuba baca....bijak ke bodoh wartawan nih?

Ini perbualan melalui email facebook yang aku hantar pada seorang wartawan hiburan yang sangat terkenal dan mempunyai kuasa yang sangat besar dan sangat ditakuti oleh kebanyakkan artis mainstream di Malaysia nih. Cuba baca, bijak ke tidak jawapan daripada seorang wartawan yang mempunyai pengalaman 20 tahun lebih dalam industri hiburan. Nama dan sesetengah perkara terpaksa diubah untuk kesejahteraan sesama manusia ...heheheh... (aku tak ada duit nak bayar saman).

NI EMAIL PERTAMA AKU

assalamualaikum wbt ensik nos kemad (telah diubah untuk kesejahteraan)
cuma ingin berpesan, dengan niat untuk merubah keadaan, tolong kembalikan hasil kerja kewartawanan yang intelektual daripada hasil-hasil yangkurang intelektual seperti konsep 'Terajang' (telah diubah untuk kesejahteraan--->selepas ini direfer sebagai TDUK). bukan semua rakyat malaysia boleh menerima dengan apa yang cuba encik sampaikan dan bukan semua rakyat malaysia rendah mentalitinya. saya percaya, anda boleh merubah keadaan kewartawanan malaysia yang semakin sempit pemikirannya. terima kasih.

NI EMAIL BALASAN DARI DIA

Salam Sdra Taufiq.

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Melobi (TDUK) telah bersiaran lebih 15 tahun. Dalam kajian kami, penonton skrg bukan lagi sekadar mahu menonton 'artis menjawab soalan', tapi mahu menonton segalanya disebalik itu. Dari detik wartawan keluar dari ofis utk mendapatkan artis itu, soalan yang kami ajukan, reaksi spontan artis itu (marah, suka, menangis, ketawa, dll) malah semuanya. Itulah konsep'TERAJANG' (TDUK). Tambahan di era 2000 terbukti penonton mahukan program berkonsep 'realiti'. 'Terajang'(TDUK) adalah 'realiti' cara saya / cara Melobi (TDUK).

Soalan hanyalah soalan, penelitian sebenar adalah kepada jawapan artis itu(sama ada jawapan bernas atau kosong). Samaada artis itu menjawab secara jujur atau bohong sekalipun kami tetap siarkan. Kenapa?. Sebabsalah satu keunikan Melobi (TDUK) ialah penonton bukan sekadar menonton tapi berfikir dan berbincang sesama famili/kenalan mengenai apa yg ditonton sebentar tadi. Saya membentuk penonton agar memikirkan apa yang tersirat di sebalik yang tersiar, bukan sekadar menonton lalu menerima apa sahaja bulat-bulat. Inilah konsep 'TERAJANG' (TDUK).

Semua ini adalah hasil penglibatan saya selama 20 tahun dalam bidang kewartawanan (10tahun berkhidmat di majalah dan 10 tahun di TV46)(TDUK).

Melobi (TDUK)tidak tumpu pada perkara/isu yang terlalu picisan dan tidak juga yang terlalu berat (intelektual). (Bagi kami picisan sesuai untukakhbar/majalah ringan/tabloid, dan intelektual pula sesuai untuk majalah seperti Dewan Budaya/Masyarakat/Sastera atau program TV lainyang seumpama itu). Menurut kajian kami juga, penonton Melobi (TDUK) mahukan paparan yang sederhana (tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat).Melobi adalah Melobi (TDUK) - kekal unggul seperti itu, dan kerana itulahrating / nisbah jumlah kadar penontonnya kekal meningkat.

Ada yang beranggapan Melobi (TDUK) 'melagakan artis' dlm isu tertentu. Di mana rasionalnya?. Perlu difikirkan bahawa sebenarnya sesuatu isu/kontroversi itu memang telah sedia berlaku dengan sendirinya dalam kehidupan seharian manusia biasa (apatah lagi artis). Melobi (TDUK) bukan pencetus isu itu. Bila sudah berlaku, Melobi (TDUK) terpaksa membuat tinjauan,dapatkan pihak-pihak terlibat, beri mereka peluang utk bersuara /luahkan apa sahaja komen mereka mengenai isu itu. Terserah kepadapenonton untuk menghakimi sebaliknya.

Melobi (TDUK) bukan hakim atau polis untuk menentukan siapa benar atau salah dalam sesuatu isu, Melobi (TDUK) cuma memaparkan isu (yg sememangnya sudah berlaku itu) untuk penonton menghakimi/menilainya. Jadi, adilkah bila kami dianggap 'melagakanartis'?. Adil jugakah bila kami dianggap punyai mentaliti rendah(kerana memaparkan isu yg sememangnya sudah/sedang berlaku) sepertiyang sdra katakan itu?. Siapa sebenarnya mentaliti rendah?, wartawan kami atau mereka yang terlibat dalam isu-isu itu?.

Melobi (TDUK) terbahagi kepada banyak segmen, antaranya (MALAS NAK TULIS).Tiap segmen punyai konsep paparan berbeza. Apa pun, menurut kajiankami, naluri penonton tetap lebih tertumpu pada paparan / segmen yangberbentuk konflik (MALAS NAK TULIS) berbandingsegmen berbentuk separa ilmiah.

Contohnya dalam satu episod,dalam segmen Vuletin (TDUK), kami paparkan berita kumpulan R****N berjayamengadakan persembahan di London. Dalam segmen TERAJANG (TDUK) pulak, kamipaparkan Pasha Sendal (TDUK) menjawab gosip cintanya dengan Datuk S. Antarakedua segmen itu penonton nampaknya lebih tertarik pada Segmen TERAJANG (TDUK)itu. Selepas menonton, mereka bercerita/berbincang sesama famili didepan TV mengenai paparan di segmen TERAJANG (TDUK) itu. Tak cukup itu, besoknya mereka bercerita/berbincang sesama kawan di pejabat/sekolah pula.Adakah ini salah kami?. Kami sendiri tertanya mengapakah penonton tidakbercerita / berbincang mengenai kejayaan R****N membuat konsert diLondon berbanding cerita gosip cinta Pasha (TDUK)?. Kami paparkan segalanyatapi terserah kepada penonton / masyarakat untuk meminati / menumpukan perhatian kepada yang mana satu.

Selanjutnya, saya inginmendapatkan penjelasan dari persepsi Sdra pula tentang apa yang sdra maksudkan sebagai 'intelektual / kurang intelektual', 'wartawan rendahmentaliti', 'wartawan sempit pemikiran' dan sebagainya. Sila kemukakanpenjelasan. Moga dapat diperbincangkan bersama.

Apa pun, jutaan terima kasih saya ucapkan kerana menonton Melobi (TDUK).

NI EMAIL BALASAN AKU PLAK

Saya dah agak saudara akan membalas panjang lebar......

Terimakasih kerana anda membalas email saya. Saya sangat berbesar hati. Sayasentiasam mengikuti kerja tulisan saudara ketika di **** dulu, sebabanda melahirkan satu cerita yang pada saya bermutu (dalam konteks pengetahuan mengenai muzik rock dan penggiat muzik rock).

Kitatinggalkan isu - isu yg anda cuba bangkitkan untuk memberi 'kemenangan' kepada pihak Melobi (TDUK). Dan saya tahu, anda bukan seorang penyerah kalah,kalau tidak, takkan anda sanggup bersikap kurang ajar (note:dalam konteks masyarakat malaysia, anda memang bersikap kurang ajar) ketika menyoal Horan BPR (TDUK) untuk satu Kompilasi album rock tempatan yang menyanyikan lagu inggeris. Saya tanya anda, sebagai seorang yang memegang etika kewartawanan, adakah dengan cara membaling CD kepada wakil syarikat adalah satu tindakan bijak, atau tidak kurang ajar dalam mendapatkan berita? Begitu kah cara cerita dicari? Begitukah cara wartawan mendapatkan cerita? Atau anda cuba mencari sensasi dengan melakukan perbuatan tersebut?

Saudara Nos Kemad, saya tidak menyangkal fakta-fakta kajian yang anda buat dan beritahu kepada saya. Memangsemua apa yang anda katakan itu betul. Tapi apa yang cuba saya sampaikan, BENARKAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA MAHU CERITA ATAU MENONTON MELOBI (TDUK)? 'Menurut kajian kami juga, penonton Melobi (TDUK) mahukan paparan yangsederhana (tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat). Melobi adalah Melobi (TDUK) - kekal unggul seperti itu, dan kerana itulah rating / nisbahjumlah kadar penontonnya kekal meningkat.'------->saya sangat setujudengan pendapat anda. Saya x menafikan, Melobi (TDUK) adalah satu cabang hiburan dan bukan rancangan tv pendidikan. Tapi anda mempunyai tanggungjawab untuk mendidik masyarakat yang menonton Melobi (TDUK) (ingat:masyarakat malaysia TIDAK semua menonton melobi (TDUK)) untuk menjadi sebuah masyarakat yang bukan hanya tahu untuk berhibur sahaja, tapi tahu untuk menjana pemikiran positif dan intelektual. Saya tidak kata Melobi (TDUK) tidak intelektual, tapi intelektual kah tindakan saudara membaling CD? Hanya kerana CD anda marah seperti kereta anda kena calaratau kena baling cat?--->Rasional ke? DAN Kenapa harus mengambil cerita R****n? Adakah sebab R****n lebih berpaksikan ke arah keislaman maka saudara mengambil R****n sebagai jalan mudah menutup perbincangan?

'Sebab salah satu keunikan Melobi (TDUK) ialah penonton bukan sekadar menonton tapi berfikir dan berbincang sesama famili/kenalan mengenai apa yg ditonton sebentar tadi.'------>perlukah cerita (contoh: Darlong Ngosri (TDUK)bergaduh dengan bekas tunang) dibincangkan dengan famili, kemudian dengan kawan-kawan? Anda bercakap dalam konteks berbincang. Berbincang adalah melibatkan satu perkara yang serius. Berbincang benda yang tak berfaedah, apa perlunya kepada pertumbuhan institusi keluarga danmasyarakat? Adakah inya menjadi satu masalah keluarga atau negara?Bolehkah jika kita berbincang mengenai Darlong (TDUK) dan tunangnya (sebagaicontoh), masalah mereka akan selesai? Bolehkah berbincang cerita mereka, meningkatkan tahap ekonomi sesebuah keluarga dan masyarkat? Itubukan berbincang, itu cerita kosong sahaja, apa perlu dibincangkan oleh sesama famili dan rakan-rakan. Cerita kosong kalau dikongsi, itu memangdah karektor cerita kosong. Tak perlu lah dibincang macam itu satu threat untuk keluarga dan negara. Betul? Rasional kah berbincang?

Saya tidak sentuh cerita pasal melagakan artis, so kita skip saja benda tak berfaedah tu.

'Selanjutnya,saya ingin mendapatkan penjelasan dari persepsi Sdra pula tentang apa yang sdra maksudkan sebagai 'intelektual / kurang intelektual','wartawan rendah mentaliti', 'wartawan sempit pemikiran' dan sebagainya. Sila kemukakan penjelasan. Moga dapat diperbincangkan bersama.'----->cukup jika saya berkata, intelektual kah membaling CD?

Saya sebenarnya sangat kecewa dengan tahap kewartawanan anda. Saya secara berterus terang, merupakan pengagum anda ketika anda masih di ****,tetapi sekarang , kekaguman saya kepada anda semakin tipis dek keranacerita-cerita murahan yang anda paparkan dalam Melobi (TDUK). Soalan yang berbentuk provokasi malahan anda seolah-olah lupa akan etika kewartawanan ketika meng'hunus'kan soalan-soalan provokasi tersebut.Saya tidak mahu bercakap mengenai Micholle (TDUK) yang lebih teruk dari anda,saya hanya bercakap mengenai anda yang sudah 20 tahun (seperti yg anda katakan) pengalaman sebagai seorang wartawan. Dan saya, sebagai seoarang penggemar tulisan anda ketika di ****, tidak mahu anda terus hanyut hanya kerana ingin memenuhi kantung poket dan kantung tabung syarikat capitalist yang lebih mementing kan wang ringgit sahaja.

Buktikan pada saya Nos Kemad (TDUK) boleh berubah kepada yang dulu, yang mementingkan isi dari cerita merapek meraban!

---->lepas tu dia tak ada balas lagi. Soalannya, 20 tahun sebagai wartawan (anda harus ingat, wartawan mempunyai etika), ini jawapan yang diberi? Aku tak pandai dalam hal wartawan nih. Tapi cerita bodoh, tak payah suruh wartawan yang ada pengalaman buat, gajikan budak tingkatan 3 pun bleh buat cerita macam tuh....

Aku tak kata aku bijak, tapi ..... argh...korang pikir ah sendrik kalau jawapan macam ni yang diberi oleh wartawan Malaysia. Patutlah Harian Meteor (TDUK) pun sama gak isi kandungan....maksudnya Diploma atau Degree Kewartawanan kat universiti Malaysia nih rendah lah ek?

Photobucket

- NEO 'Nas Kemad' FISHY

3 comments:

Abang Dozo said...

ye laa..... dulu masa mamat ni wat review pasal rock kangkang suar spandex, info-info yg dia bagi mmg berisi, syok dibaca. tak kisah laa kalo dia amik dr article version bahasa inggeris, tp mmg berisi.

sekarang, mamat ni accidentally dah jadik posser. dah jadik mangsa profitable dari company tv tu.

kesian mamat ni. sedarlah, beb.....

Anonymous said...

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina...

Astute said...

Mamat ni Nas Ahmad, subordinate dia Michelle Wee...