23 December 2008

Abang Dozo Pada 20-21 Disember 2008

cekecekecawwahwahwahhh.....

hai adik-adik.....

untuk pengetahuan adik-adik, abang dozo telah pulang ke batu pahat pada hari sabtu 20 disember 2008 atas urusan keluarga. kebetulan pula pada 2 hari sebelum itu, saudara zam telah menelefon abang dozo atas urusan tertentu. jadi, abang dozo telah membuat keputusan untuk pergi ke warung zam pada hari ahad..... setelah hampir 6 bulan abang dozo tidak menjejakkan kaki ke warung tersebut.

tiba di batu pahat jam 6 petang. tak tau nak makan apa malam tu, abang dozo, bini dan mak pergi ke pasor malam di pesta. abah lak masih kat surau. kitorang beli sate, apam balik dan yong tau fu. lazat, beb. bawak balik, makan ramai-ramai. kagum gak abang dozo pada adik bongsu sebab baru beli laptop. yang bestnya sekarang laptop dah ada built-in graphic card dan yang paling cun: ada hdmi lorrr. tengoklah nanti, ada rezeki lebih abang dozo akan beli laptop (ikut specs gua laa. heheheee).

pagi ahad lepas solat subuh, abang dozo, bini dan mak pergi ke tanah perkuburan Islam di jalan tanjung laboh nak ke sg. ayam bagi menziarahi pusara arwah pak cu yang disayangi keluarga. sementara abah pagi-pagi dah ke pasor. arwah pak cu baru meninggal pada november lepas. sedang kitorang mambaca surah Yassin, abang dozo perasan yang mak membaca Yassin sambil mengeluarkan air mata sekali-sekala. mungkin dia mengenangkan perhubungan diorang sebagai adik-beradik semenjak dari kecil sehingga sekarang, mungkin mengenangkan yang pak cu meninggal dunia secara mengejut, mungkin dia mengenangkan tentang diri dia..... ntahlah. biorlah mak bersama feelingnya. it's her privacy.

arwah pak cu ni sejarahnya selepas meninggalnya nenek belah mak (atuk belah mak dah lama meninggal), dia terus stay dengan kitorang (masa tu abang dozo memang kecik lagi sebelum tadika) sehinggalah dia kawin barulah dia duduk di rumah lain dan berkeluarga. secara tak langsung dengan arwah pak cu, abang dozo start kenal black sabbath zaman ozzy ngan dio, europe, led zeppelin, eagles, scorpions zaman uli jon roth ada lagi..... ntah apa lgi ek. kaset-kaset memang banyak. abang dozo dulu balik dari sekolah layan sorang-sorang guna player akai cucuk kat receiver sansui old school milik abah ngan mak.

itu dulu. pastu arwah pak cu lepas kawin terus 'cuci tangan'. kaset-kaset habis dibuang. sekarang.....

abang dozo tidak membuat appointment dengan saudara zam. abang dozo main redah je ke jalan jenang dengan harapan warung zam beroperasi pada pagi ahad. abang dozo telah tiba jam 9:30 pagi dan Al-Hamdulillah warung zam sedang beroperasi dan askar-askar zam sedang bertungkus-lumus melayan customer yang hendak breakfast.

abang dozo telah mengorder mee hoon + telur dadar + sotong sambal + sambal lebih dan air teh tarik hasil penangan pak mat. dan memang angin bisnes zam memang bagus time tu. jam 10 pagi habis semua makanan dijual.lepas tu barulah abang dozo dapat berjumpa dengan berborak di samping menyelesaikan urusan seperti yang telah diperbincangkan. masing-masing setuju dan masing-masing happy.

kira-kira jam 10:30 pagi abang dozo pun gerak kerana ada urusan dengan eril pulak dalam jam 11 pagi. jumpa eril, badan dia dah macam abang dozo sebelum kawin. badan abang dozo lak lepas kawin sekarang dah macam badan dia sebelum kurus. banyak gak citer keluar. flashback zaman kitorang ada studio jamming sendiri, meja ping pong dan project business ngan eril. dah selesai berurusan dengan eril, barulah abang dozo lepak umah.

siot, adik bongsu baru beli handphone sony ericson model apa ntah tapi barulaa. beli malam semalam. dapat bonus 2 bulan la katakan. dia tengah plan nak beli ps3 tapi abang dozo advice beli xbox360 sebab cd blu-ray ps3 masih mahal lagi. lagi specs xbox360 dah ada hdmi ngan hard disk 60gb. hardware pun dah upgrade baru. maknanya dah geng ngan abang dozo la. jadi dua xbox360. tapi itu hak dia laa nak beli yang mana satu. duit dia.

makan tengahari. betahgambarajah!. mak ngan bini masakkan lauk sotong kangkung ngan ketam masak lomak cili api. my mission; makan sampai kenyang. Al-Hamdulillah. dah selesai semua, solat Zuhur, packing barang dan barulah abang dozo dan bini gerak pulang ke rumah. mak ngan abah remind suh balik rabu petang 24 hb. sebab khamis malam jumaat 25 hb. ada tahlil arwah + aqiqah. on the way balik singgah kedai wellward beli mee segera kegemaran abang dozo; myojo mee goreng pedas dua paket besor. then, abang dozo drive pulang sampai laa ke rumah abang dozo dan bini.

sekian sahaja laporan abang dozo pada hari ini. kalo ada free masa abang dozo akan menulis lagi. Assalamualaikum dan adioossss.....

cekecekecawwahwahwahhh.....

4 comments:

Anonymous said...

gmba no 2 dari atas, yg tengah duduk makan nasi dgn telur dan teh tu nama dia ah lek.. apek paling otai kt jln jenang. kawan2 dia suma dah jalan. dia steady lg. tp jalan pun dah goyang2 dan mata dia dah tak nampak sgt...
"orang tua, teh satu" tu dialog dia bila sampai warung zam

fara[the]bugbuster said...

abang dozo nih mcm abang aku jek... hi banjoe hahahahha ai dah beli cameraaaaaaa!!!!

fara[the]bugbuster said...

ohhhh mat belia tuh dah beli laptop ke??? chet! mesti eksen dia tuh

tora corgan said...

wei dozol, zamtong tabur kau beras kuning apa meraikan kepulangan hero samurai wahahahahaaaa