30 December 2008

Balik Lagi Ke Batu Pahat.....

cekecekecawwahwahwahhh.....

seperti yang telah diperbincangkan, abang dozo balik lagi ke batu pahat sebab ada aqiqah dengan tahlil arwah. lepas Isyak malam rabu barulah abang dozo dan bini gerak balik ke batu pahat.

esoknya abang dozo pagi-pagi dah follow abah pergi ke parit raja untuk mengambil daging kambing australia 2 ekor (dah siap sembelih petang semalamnya). kitorang sampai, tunggu tokey, double check, bayor, ambik daging dan terus gerak ke destinasi seterusnya.

macho-macho badan kambing-kambing tu. banyak isi. abang dozo tergerak di hati nak siasat apa yang manusia-manusia kat situ bagi kat binatang-binatang tersebut.

baru abang dozo tau apa yang diorang bagi makan untuk maintain kemachoan pada kambing-kambing. dan kepada kambing-kambing tersebut," binatang, kauuu!!!".

ke mana destinasi kitorang seterusnya? kitorang ke restoran nasi baryani power, taman soga. hantor daging-daging ke sana dan upah diorang masakkan nasi baryani dan lauk-lauknya. kitorang drive sampai sana, parking kat belakang restoran dan serahkan daging-daging tu untuk diuruskan.
selepas tu, kitorang balik umah. kemas-kemas apa yang patut. kenduri dijadualkan bagi orang perempuan selepas Zuhur jam 2:00 petang. manakala bagi pihak lelaki adalah pada malam jumaat selepas Isyak. abang dozo tak dapat mengambil gambor bagi aturcara tersebut sebab memang sibuk sangat tolong itu tolong ini. satu hari suntuk tu, dari siang hingga ke malam, abang dozo makan nasi baryani berlaukkan dengan daging kambing, hati kambing, babat kambing..... kepala kambing dengan tulang dipotong separuh pastu..... memang abang dozo young and dangerous masa tu. lewat malam tu jugak abang dozo dan bini balik ke rumah kitorang sebab esoknya abang dozo keje. dan esoknya lepas rehat tengahari (makan kambing lagi kat rumah, panaskan balik lauk semalam), masa keje kepala abang dozo dah start pening-pening sampailaa ke malam..... penangan kambing, beb!

setakat ini sahaja ye, adik-adik. semoga kita berjumpa lagi bagi penulisan yang seterusnya. Assalamualaikum dan adioossss.....

cekecekecawwahwahwahhh.....

6 comments:

Apa Kau Nak said...

bestnya, saya sangat suka makan dagin kambennnnn....

tora corgan said...

seekor kambeng skrg brp harganya?

Abang Dozo said...

abang dozo dapat beli sekor kambing biri-biri australia rm 550. beli dua ekor so totalnya rm 1100. bergantung pada saiz body dan jenis kambing. ada rm 600, rm 700.

Anonymous said...

nk tnya kmbg tnya la tukang masak baryani ni dol... sia sia je aku bermain darah kambing setiap minggu

ps: venom 'black metal'

Abang Dozo said...

wahahaa..... ye tak ye gak.

tora corgan said...

ala takyah nak ye ye la terer masak beryani lu kan pangkat potong bawang je