26 December 2008

PERCUMA?? MUNGKIN TIDAK

Abg mat tora nak tambah sikit tulisan neoflizzy pasal IJN diswastakan. Bukan nak crita pasal swasta menswastakan tapi pasal pengurusan kesihatan.

Beberapa bulan lepas abg mat tora ada menonton dvd SICKO dokumentari arahan michael moore mengenai sistem pengurusan kesihatan di amerika. Apa yg boleh dirumuskan dlm dlm dokumentari tersebut ialah “anda ada duit, kami akan layan”.
Di amerika setiap rakyatnya perlu ada insuran kesihatan utk mendapat rawatan dihospital. Kalau tiada medicard tu jgn harap la dilayan oleh pihak hospital. Yg menjadi persoalannya disini tidak semua org mampu membeli insuran tersebut. Walaupun amerika 1st world country tapi rayat miskin tetap ada, terutama sekali yg berkerja kolar biru. Dan disinilah datang nya ketidak seimbangan antara yg kaya dan yg miskin.

Mcm mana perkara ni boleh berlaku??

Sbb wujudnya kroni kroni, syarikat syarikat besar dlm bidang perubatan dan insuran dan juga mereka mereka yg berlindung disebalik topeng ahli politik yg memonopoli sistem perubatan kesihatan disana utk mendapat keuntungan berlipat ganda.
Anda juga boleh menonton filem John Q utk rujukan dan gambarannya.

Kisah seorg pekerja kulit hitam kolar biru yg tidak dapt menyediakan duit utk pembedahan anaknya yg kritikal jantung berlubang akibat sistem insuran kesihatan yg lebih mementingkan keuntungan dari aspek kemanusiaan.

Selepas menonton dokumentari tersebut abg mat tora dpt membayangkan dimana satu hari nanti di malaysia tidak akan ada lagi perubatan percuma utk semua org dan hospital kerajaan akan bertukar menjadi syarikat yg mementingkan keuntungan, bukan kemanusiaan. Bukan dlm masa terdekat, tapi kita sudah dpt lihat tanda tanda yg ia akan berlaku secara perlahan lahan sedikit demi sedikit.

Abg mat tora pernah juga berfikir ingin bertukar kerja. Tapi kebanyakan kerja kosong tersebut tidak memberikan insentif perubatan. Harga ubat ubatan sekarang semakin mahal. Untuk sakit biasa spt demam, cirit birit, migrane, senggugut, selsema di sekitar johor bahru ini bil rawatan kliniknya sudah menjangkau rm35. Itu baru utk seorg. Jika sudah berkeluarga lain pula harganya. Apatahlagi dgn bil utk penyakit penyakit kritikal(mintak dijauhkan lah).

Kenapa mesti ingin ke klinik swasta??

Kalau ingin ke hospital kerajaan adakah anda bersedia menunggu MENUNGGU selama 3jam utk mendapatkan rawatan pesakit luar? Abg mat tora tak sanggup, ada komitmen kerja lain yg penting perlu diselesaikan juga. Seperti biasa hospital kerajaan mengamalkan konsep “tunggu dan lihat”. Menunggu dalam jangkamasa yg tak masuk akal utk mendapatkan rawatan. Jikalau anda sakit biasa boleh lagi bertolak ansur, tapi jika memerlukan rawatan segera utk penyakit kitikal yg membabitkan nyawa bagaimana? Takperlu berdebat berdiskusi, kena tunggu tetap kena tunggu.

Tanpa pembiayaan perubatan drp syarikat abg mat tora berkerja maka bertambah lah lagi bil bil yg perlu di langsaikan setiap hujung bulan. Jadi sementara menunggu pencen umur 55tahun kena lah menyimpan sedikit utk tabungan kesihatan selepas pencen. Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.

Sekiranya hospital kerajaan bertukar menjadi syarikat cekik darah maka sudah pasti lah yg kaya terjamin kesihatannya manakala yg miskin akan beramai ramai MARCHING MENUJU MAUT.


P/s sudara neoflizzy saya rasa insuran yg anda beli utk anak anda itu hanya cover penyakit penyakit kritikal sahaja. Untuk demam panas teruk anda perlu membeli medicard yg khusus utk hospitalisation >>KLIK<< for info. Sila baca semula terma dan syarat insuran tersebut.

P/s 1st time tulis benda yg serius, chait!!


-abang mat “belum pernah ditipu sykt.insuran, tapi pernah dikencing sykt.telekomunikasi. Maxis broadband = babi” tora

9 comments:

Anonymous said...

wah wah wah abg mat toron pandai menulis bnda2 politik nih... baguussss....
yg aku tau dia ni pndai buat lawak kotor jer...
bagus la mat toron dah taubat...

Penulis Kami said...

kalau abg mat torek nak tau, lepas baca pasal penswastaan IJN, straight away terus saya teringatkan John Q....memang tak mustahil lah kan satu hari nanti hospital kerajaan kita jadik mcmana yg kat dlm filem john Q....aku rasa apa yang john Q buat untuk anak dia tu mmg berbaloi sangat,kena tangkap pun tak apa...kalu aku pun kena tangkap pun xpe....

-neofishy

Abang Dozo said...

dalam citer hindustan ada gak. citer 'tathastu'. hahaaa.....

Anonymous said...

citer p.ramlee ada la cm jon q
nama dia hujan panas

tora corgan said...

jebo la korang ni bila aku serius korang kutuk kutuk!fak u la!!

Penulis Kami said...

perghhh....sekali abg mat torek cerita pasal etiqa la plak....abg mat torek x tau ke saya pun dah ban maybank....maybank lagi faker....fak fak fak

-neofishy 'guna akaun maybank walaupun fak maybank'...ops!

Apa Kau Nak said...

memang betul..semua kena ada insuran sekarang. itu sahaja tarikan untuk saya kembali ke alam bekerja dengan orang (insuran untuk keluarga) tapi so far...masih boleh dielakkan...tapi dek gawat ni...entahlah pulak

tora corgan said...

Cik Eskap kalau duit byk riban riban mmg takyah la bli insuran ni, kalau yang tak berduit itu pilihan anda la nak beli atau tak.
Cik neofugus dah kero apa kan saya tulis FOR INFO byk lg apa pilihan insuran ni

-tora"sumpah saya bkn keje kat etika, saya keje buruh kasar kilang batu bata" ramones

Anonymous said...

etiqa bagus apa... aku da byr 80 hengget ni tau...
ni kalau eksiden tanak bayar mmg aku bom maybank masai cam kt india tu