05 December 2008

ANTARA KAPITALIS DAN DUNIA AKU

Blog ni ditulis pada 10 November 2008

Penat aku mengadap para kapitalis yang terus-terusan mengejar kemewahan. Tadi kawan aku yang radikal merangkap bakal seorang peguam, Haijan Omar (abang sulong Uda aka Romantic Dreamer) tanya dekat facebook aku nape headline aku macam 'marah sangat'? Tak marah cuma mengeluh jek. Keluhan yang harap-harap korang semua dengar. Keluhan dari seorang melayu yang tak mendapat hak bumiputera yang di war-warkan oleh kerajaan dan bangsa lain yang bukan melayu. Aku tulis kat headline tuh, 'Mohd is sick and tired with all these capitalist games'.Tak marah rasanya. Marah ke? 'Takpelah bey, nak buat camne, dah bisnes, kalu ada apa-apa nak tanya, ko bagitau aku ah', tu balasan Along aka Haijan Omar, the radical soon-to-be-lawyer aka bekas (atau masih?) anarcho-punk yang aktif. Aku akan pastikan aku rujuk dia lepas nih. Yes, Along pernah rasa apa yang aku rasa, jadi dia (dengan basic sebagai minority melayu yang tersisih) aku rasa akan membantu aku dalam hal-hal berkaitan perundangan.

Penat juga menahan segala panggilan telefon dari bank-bank yang meminta bayaran penjelasan hutang atau pun tunggakan yang aku kira ada yang dah mencecah 5 bulan lamanya (rasanya kalu bank nak saman aku dah bleh dah). Aku bukan suka-suka tak nak bayar, tapi sebab banyak benda yang aku kena setle, terutama sekali masa Akid masuk hospital, habis lari aku punya budget bulanan. Ditambah lagi aku dah tak berniaga burger sekarang (ramai kawan-kawan cakap, "apa kerja pengurus tapi jual burger nih"...yes aku pengurus, tapi gaji aku bukan tahap pengurus, gaji aku lebih sikit dari gaji cikgu sekolah rendah, entah-entah sama rasanya, tak lebih 2000), makin lah terhimpit sikit poket (bukan sikit, banyak sebenarnya). Bulan 5 lepas, Akid masuk hospital sebab demam panas yang mencecah 39.8 darjah celsius. Oleh sebab aku ada masuk insurans, aku pegi lah hospital swasta Pantai kat Batu Pahat. Selama 5 hari Akid kena admit. Masa nak keluar, pembayaran dibuat. Alih-alih dia kata insurfans Akid tak bleh pakai. 'Aik, nape bleh jadi camtu plak?'. Aku bagitau kat wife supaya cakap kat kawan dia yang insurans Akid ada masalah. Last-last, RM2,200 kena bayar (dengan RM 1,000 aku pinjam daripada kawan wife aku tuh, sampai sekarang tak bayar lagi).

Tau apa masalahnya? Insurans company tuh baru nak bagitau yang bayaran kena bayar tunai sebab kad kredit tak leh guna. Dalam masa sebulan, baru hari tu dia nak bagitau yang insurans tu ada tunggakan. Sebulan masa yang cukup lama untuk beritahu kredit kad wife aku tak leh pakai dan bayaran insurans kena pakai cash. Tapi time kita nak claim tu lah dia baru bagitau. Ok fine, pakai duit tu dulu. Later bleh claim. Buat borang claim, dekat 2 bulan tunggu, last-last kena jugak telefon, diorang bagitau claim not approved sebab insurans Akid belum sampai setahun lagi, kena cukup setahun baru boleh claim. WAT THE FAK!!!!!!!!!!! Apa guna kami bayar selama nih kalau tak boleh guna dan claim? So, baik tak yah bayar, masuk dulu insurans setahun, pastu baru bayar, betul tak? So, start dari hari tu lah aku asyik lari budget jek tiap-tiap bulan sebab dah buat pendahuluan untuk bayar hospital. Aku tak kisah sebenarnya janji Akid sihat, tapi yang memeningkan kepala aku bila duit lari dan claim tak bleh nak laksanakan. Apa tuh? Itu lah kapitalis sistem.

Yang lagi buat aku pelik, aku bayar cash kat hospital swasta nih, tak dapat diskaun, tapi kalau bayar guna insurans, ada diskaun RM300. Tak ke pelik tuh? Bayar cash tapi tak dapat diskaun? Pelik betul kapitalis nih. Maka, aku dapat simpulkan, yang miskin akan terus miskin dan yang kaya akan terus kaya hasil daripada pembayaran aku tadi. Yelah, orang miskin mesti bayar guna cash lah kan untuk semua urusan, sedangkan si kaya sentiasa gunakan insurans atau kredit kad dan kelebihannya, diaorang dapat pengurangan, manakala miskin tak dapat apa-apa. Sama macam apa yang dipratikkan oleh Air Asia dengan penggunanaaan kad kredit Citibank. Hmmmm.....entahlah....

That's why aku cakap, aku dah penat dengan sandiwara dunia kapitalis nih. Tapi sapa aku untuk jatuhkan mereka? Even the government itself slowly becoming capitalist? Tak caya? Percayalah. Rujuk balik blog-blog aku mengenai saman dan hal-hal lain yang berkaitan goverment. Tu tak cukup? Tengok at the fuel price pun dah cukup, dan banyak lagi lah yang menunjukkan government is turning into capitalist machine, bukan lagi organisasi yang bertanggungjawab untuk menjalankan hak rakyat.

Last yang aku tau, aku tak leh nak claim apa yang dah aku bayar. Pastu kena bayar lagi RM 185.00. WATTAFAK LA KIWAK!

So kat sini semua adalah luahan hati aku yang tak tau nak mencarik duit untuk keperluan kami sekeluarga. Siapalah kami untuk menentang semua kehendak Yang Maha Esa. InsyaAllah, rezeki masih ada di depan nanti. Amin.

(note: ini cuma luahan rasa hati, bukan terpengaruh dengan anarchy atau pun apa-apa jenis ism yang lain)

Photobucket Kasi Fak la sama ini insurans, faker!

-neo 'GAJI CIPUT' fishy

4 comments:

tora corgan said...

aisehjeng tak settle lagi apa? biasa la jeng penjual insuran ni bila nak beli smua boleh ckp je pebenda kelebihan smua dia ckp boleh tapi bila nak claim smua tak boleh, senang je dia jawap---->tak boleh!
so wa nasihat sesiapa nk beli insuran baca bebetul term & condition jgn main bedal je sain, kalau salesman tu marah lu apsal takmau beli lu sauk je kepala dia.
masa motor 500cc wa trbakar dulu peh tak mcm cibai plak nak claim, bukti besi rentung dah ada kan tu pun dia nak mcm mcm.
lu rilek rilek je kalau gangster takyah bayo senang crita!

Penulis Kami said...

terima kasih nasihat abg mat tora....saya tau, walaupun abg mat tora bekerja dkt tempat yang lebih kurang sama dengan pemberi insurans nih, tapi abg mat tora adalah seorang penentang yang radikal...tahniah abg mat tora, anda memang tak layak untuk bonus syarikat nih....fak lah hone leong!

-neo 'soon-to-be-insurance-agent' fishy

si tolol said...

ke hadapan enche neo fishy yg gajinya ciput,

saya turut bersimpati ke atas bala yg terjadi kepada enche. apa mau buat sudah nasib badan.

pertama-tamanya saya ingin membuat beberapa ralat yg faktanya kurang tepat. saya bukan mau mengaku hebat atau mengheboh besar tapi, anak nora nasi lemak (sudah berkubur nasi lemaknya cuma bole order katering saja. sila maklum)ini sudah ditabalkan menjadi loyar sah pada hujung bulan 6 lalu. maka saya berkeupayaan utk memberi nasihat undang2 yg bole diakui, walau ianya per pro bono.

untuk mengendalikan sebuah syarikat sememangnya bukan seperti mengendalikan sebuah basikal yang bila rantainya putus bole diantar ke kedai Ah Tong. kerana kau n basikal bila umur 5 tahun adalah satu entiti i.e. paizal pabir (terus kita ingat dia budak momok ada basikal, n tak mungkin dia tak berbasikal. kalau x dia tak dikenali jadinya). tapi walaupun enche neo dikenali sbg peneraju syarikat majun warisan, hakikat sebenarnya secara perundangan ialah kedua2 enche neo n majun adalah dua entiti yg berbeza. yg disaman ialah syarikat majun bukan enche neo fishy secara perseorangan.

saya bole bayangkan default menimbun selama 5 bulan terikat kepada pemodal2. buat masa ni, sebab perincian yg terhad, cuma ini yg saya dapat nasihatkan:

prosiding mahkamah tidak akan bermula selagi pemodal2 tersebut tidak mengeluarkan (1) surat tuntutan guaman; dan (2) saman. jadi sblm tahap ni enche neo fishy masih boleh mohon belas budibicara pemodal2 tersebut utk melangsaikan pembayaran.

kena gundah sikit bila diorang dah keluar saman sebab ini adalah kes biasa hutang x berbayar.jika dokumen2 cukup mereka boleh terus mendapatkan penghakiman terus dimana tidak perlu lagi untuk buang masa untuk bicara panggil saksi blabla. bagaimanapun, biasanya peguam korok mata duitan akan suruh enche neo jawab afidavit n cuba lengahkan utk dapat bicara. saya nasihatkan enche neo jgn termakan n minta peguam cari cara penyeleseaian luar mahkamah kerana itu yg terbaik kecuali sekiranya enche neo memang betul2 punya pembelaan yg bermerit.

sebabnya ialah sekiranya penghakiman terus didapatkan terhadap syrt majun, pemodal2 tersebut seterusnya bole melangsungkan prosiding perlaksanaan utk dpt duit mereka kembali dgn apa cara sekalipun. antara lain caranya ialah dgn menggulungkan sykt majun. pada tahap ni, tiada apa lg yg tinggal.

enche neo,

secara ringkasnya inilah prosedurnya. mungkin ada yg tertinggal. kita boleh borak lebih kalau ada nes o n rokok depan mata.


p/s: ni juga terpakai pada semua. sebab tu aku umum. dan ya, ini adalah "Without Prejudice" komen :D

Penulis Kami said...

betul apa yang encik tolol (eh, mcm lain jek pgl encik tolol, sebab encik tolol rasanya bukan seorang yang tolol)....saya tau yang saya dan syarikat memang satu entiti yang lain...dalam erti perundangan (untuk saya yang kurang tau nih), ianya separate legal entity, dua entity yg berbeza...tapi yang selalu mengadap adalah saya, bukan ahli lembaga pengarah lain atau pekerja2 saya...tu yg saya geram tuh....cuba diaorg yang mengadap,sedaplah sikit kan...


yang lain-lain tu say kurang paham....nanti kita pekena nes (saya suka teh o), kita akan berbincang bersama-sama...demi memartabatkan kaum minority kita....saya tau saya merepek...hahah