yessss...... cuti abang dozo approved! yee, adik-adik. lupakan soal kejer. lupakan soal ketidakpuasan. lupakan soal politik. abang dozo akan bercuti ke pulau langkawi pada hujung minggu ni. abang dozo akan mula bercuti pada hari jumaat. pergi dengan saper? dengan semua keluarga belah bini. diulangi..... abang dozo akan bercuti ke pulau langkawi.
ia taklah sehebat semasa abang dozo pernah bercuti pastu layan ragnarok festival, wacken metal festival, metal for the brain, dynamo open air, kaguluhan music festival, robot mosh fest, progpower usa, the sounds of the underground dengan goth stock (best giler baboon pakcik cakap lu!). tapi yang nyatanya, dengan percutian ke pulau langkawi nanti, abang dozo akan dapat merehatkan minda dan bersama-sama dengan keluarga sekali sekelepuk semua selain daripada membeli pinggan mangkuk. bak seperti kata abang 'do you want the number one fookie?' mat tora, " yam bo yammm".
tapi apa-apa hal pun abang dozo kena double check checklist sebelum bergerak nanti:
no. 1: penginapan. abang ipor no. 3 dah siap telepon sana dan booking bagi penginapan. tak kisahlaa kecik besor bilik tu. yang penting dapat boom dan zzzzzz...... dilaporkan dah book penginapan di kawasan pekan kuah dekat dengan stesen bas. okla tu. bole tahan bas pergi mana-mana. hahaa.....
no.2: siapa yang akan pergi: ok.....
- pak mertua, mak mertua dan adik ipor (lelaki) no. 3 dari staten island,
- abang ipor no.1 (related), akak ipor no.1 dan 2 small soldiers dari manhattan,
- abang ipor no.2 (related), akak ipor no.2 dan 5 small soldiers dari brooklyn,
- abang ipor no.3, akak ipor no. 3 (related) dan 1 small soldier dari queens,
- abang ipor no.4, akak ipor no. 4 (related) dan 1 small soldier dari harlems,
- adik ipor (lelaki) no.1 dari long island,
- adik ipor (perempuan) no. 2 dari westchester,
- dan abang dozo dan bini dari bronx.
dan kitorang nyaris-nyaris join new york hardcore (n.y.h.c) yoooooo.....
no. 3: pakaian. ooooo..... yang ni penting, beb. kena check betul-betul. pernah sekali abang dozo jalan-jalan dengan bini. dah lebih separuh perjalanan baru abang dozo perasan; baju, seluar semua bawak..... spender abang dozo abis semua tertinggal. dah kena cari supermarket beli spender baru.
no. 4: kenderaan. abang dozo kira jap eh..... mmmm..... 1 keter, 1 mpv ngan 1 van. dalam tiga-tiga kenderaan tu, abang dozo kena bawak van dan bergilir dengan bini dan abang ipor. van apa? van mazda bongo. tapi abang dozo tak drive dari rumah. plan nya camni, pak mertua akan drive van tu dulu dan bawak mak mertua dengan adik ipor no.3 ke manhattan untuk ambik abang ipor no.1 (related), akak ipor no.1 dan 2 small soldiers. kemudian diorang akan bergerak ke umah abang ipor no.3, akak ipor no. 3 (related) dan 1 small soldier dari queens. adik ipor (perempuan) no. 2 dari westchester pun tunggu kat situ. mereka semua akan naik van. dan diorang bergerak lagi. group yang ni abang dozo akan panggil; batalion 1.
meanwhile, abang ipor no.2 (related), akak ipor no.2 dan 5 small soldiers dari brooklyn dan abang ipor no.4, akak ipor no.4 (related) dan 1 small soldier dari harlems akan singgah jumpa abang dozo dulu. bini abang dozo pun gerak dari harlems gak sebab manage team netball sukan sekolah pastu lawan kat sana. adik ipor no.1 juga akan sampai dari long island. abang dozo dan bini akan tumpang kereta diorang. group yang ni abang dozo akan panggil; batalion 2. so, abang dozo akan tunggu diorang sampai sini di samping menyaksikan jenayah-jenayah jalanan di bronx sambil mendengor lagu dari biohazard:
Blood is spilled on black and white,
Different colors, why do we fight,
Face the facts, stone cold sober,
Black and white and red all over.
bila cukup aje korum, batalion 2 akan terus gerak pada malam tu jugak dan akan berjumpa dengan batalion 1 somewhere in perak, switch kenderaan di mana:
- abang dozo dan bini, abang ipor no.1 dan family dari manhattan dan abang ipor no.3 dan family dari queens akan naik van,
- ketiga-tiga adik ipor akan tumpang kereta abang ipor no.4 dan family dari harlems,
- pak mertua dan mak mertua akan tumpang mpv abang ipor no.2 dan family dari brooklyn
dan kitorang akan teruskan perjalanan ke kuala perlis untuk amik feri ke pulau langkawi.
amacam? poning tak korang? hahahaa.....
dijangka kitorang akan penat dan terus boom di penginapan bila sampai nanti. kasik kumpul tenaga then baru boleh kita bercuti kaw-kaw di pulau langkawi.
akhir sekali, doakan kitorang agar selamat di dalam perjalanan dan percutian, insya-Allah.
semoga kita ketemu lagi ye adik-adik bersama abang dozo. adiiiooosss dan Assalamualaikum......
2 comments:
kasi tangkap gambo lawa lawa la eh gambo lu bogel wa tak mau la eh dan lagi satu kalau ada toto beli lebeh sket kasi tapau satu nnt wa bayo cara!!
-tora ramone
ok, abang tora. bab toto abang dozo boleh usahakan. kalo ada, harga cun, nanti abang dozo roger-roger sama abang tora.
kalo tak dapat, jawapannya abang tora terpaksa donlod mp3 band toto pastu layan lagu africa. hahaha.....
Post a Comment