23 December 2008

IJN DISWASTAKAN?

IJN akan diswastakan? Oh please! Not again. Lepas macam-macam hak rakyat minoriti yang perpendapatan rendah dirampas, kali ni IJN pulak? Apa dalam fikiran para pejuang di dalam kerajaan sekarang? Keluhan dari mana? Dari dalam IJN sendiri? Bukan ke tu semua adalah tanggungjawab dari pihak kerajaan untuk merealisasikan keperluan mereka? Kenapa rakyat perlu dibebankan?

Yes, sapa yang boleh terima IJN diswastakan adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan perlu belajar lagi erti kemanusiaan. Ya betul, government put on hold IJN nak diswastakan, lepas mendapat tentangan, tapi percentage untuk government menerima penswastaan IJN masih ada, walaupun kecik tapi masih ada. Apa perlu diswatakan sedang kan sebelum ni tak perlu diswastakan, tapi IJN still lagi boleh berkhidmat dengan baik?

Perkara utama mengenai penswastaan ialah wang ringgit. Sime Darby adalah satu syarikat swasta, syarikat yang berpaksikan keuntungan untuk survival masa depan syarikat. Adalah sangat mustahil sebuah syarikat mengambil sesuatu equiti/institution/apa-apa je lah, tanpa memandang kepada wang ringgit dan keuntungan. Lojik ke bila syarikat, sebuah entiti yang ditubuhkan untuk keuntungan, memandang IJN, sebuah institusi kerajaan (a non-profit organisation) tanpa mengambil keuntungan? Aku terus terfikir, 'apa bongok sangat yang kos IJN akan tetap macam tu bila swasta ambil alih, tak akan berubah. Apa yang diaorang belajar mengenai ekonomi selama ni?'

Keep it simple. Sime Darby nak ambil alih sebab kesihatan sekarang adalah keuntungan/wang ringgit bertambah/and more profit. Kesihatan sekarang bukan lagi kebajikan, kesihatan sekarang adalah keuntungan bagi satu pihak, dan bebanan pada satu pihak yang lain. Kos perubatan meningkat dari sesama ke semasa dengan begitu rapid, macam tak boleh dikawal. Baru-baru ni aku gi ke Hospital Putra (formerly known as Southern Hospital) untuk cek mak aku yang batuk dah sebulan tak baik. Cek punya cek, si doktor buat prosedur tanpa bagitahu procedur tuh untuk apa, berapa kos nya, dan apa benefitnya. Hasilnya, masa nak bayar bil, aku terkejut bil RM940++, dengan harga charge procedure tu RM560++. Gila apa nih, nasib baik mak bawak duit tambah, itupun duit tu sebenarnya nak cover akaun kedai runcit mak aku. And the result? Batuk mak aku makin teruk sampai dada panas dan mak aku tak tahan, sampai mak aku takut! Dan itulah hospital swasta!

So, kalau Sime Darby ambil alih, perkara utama ialah profit, bukan lagi kebajikan. Memang Sime Darby hanya ambil 51% equity, tapi tu sudah cukup untuk buat Sime Darby berkuasa dalam menentukan polisi masa depan IJN. Bagi yang masih lagi blur, aku akan simplekan sikit. Sime Darby adalah satu syarikat yang tiada kaitan dengan kesihatan. Dan Sime Darby adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk mencari keuntungan, sama seperti syarikat-syarikat lain. Dan industri perubatan menghasilkan profit yang tinggi. Dan kat situlah Sime Darby nampak kepentingan nilai profit yang boleh diaorang dapat pada masa hadapan.

In the end, kalau Sime Darby bermasalah, setiap bisnes yang mereka ada akan dikerah untuk mencari profit bagi menyelesaikan masalah tersebut, dan tak mustahil IJN (kalau diswastakan dan diambil alih oleh Sime Darby) akan turut dikerah mencari profit. Dekat sini datangnya kepentingan rakyat miskin dan berpendapatan rendah akan terhakis, demi untuk menyelamatkan syarikat. Even kalau Sime Darby tak menghadapi masalah pun, sebagai sebuah syarikat perniagaan, lojik lah mereka mencari profit kerana bisnes is bisnes dan tujuan utama bisnes is minimize cost and maximise profit.

Adalah satu kelakar atau lawak bodoh bila syarikat berkata 'kami tak mahu keuntungan, apa yang penting adalah kami dapat menyumbang kepada masyarakat dengan wang kami sendiri, tanpa bantuan dari mana-mana pihak'. Ni kira macam satu fairy tale yang selalu kita dengar masa kita kecik, macam Aladin dengan Lampu Ajaib, macam Ali Baba dan 40 penyamun. Sama datangnya dengan program Sehati Berdansa. Korang SMS banyak-banyak, yang dapat nama Astro sebab duit SMS korang tu yang digunakan untuk memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Sama dengan McDonalds, berkenaan dengan duit derma yang korang masukkan dalam tabung derma diaorang tuh, McDonalds yang dapat nama. Korang akan cakap 'Aik, nak beramal pun nak berkira ke?'. Aku akan jawab balik 'McDonalds dengan Astro tak berkira ke?'. Macam yang aku cakap, syarikat tak kan keluarkan duit untuk kebajikan. Kan baik korang pegi sendiri direct tanpa melibatkan orang tengah kat badan-badan kebajikan tu. Eh, aku dah tersasar jauh lak ....

Kerajaan mengatakan, punca penswastaan IJN dikatakan disebabkan oleh desakkan orang di dalam IJN sendiri. Kenapa perlu beban diletakkan pada rakyat? Kenapa perlu kerajaan mengambil langkah mudah tanpa berfikir panjang?

So penswastaan IJN mesti diberhentikan dan tidak akan diteruskan sampai bila-bila. Kita bercakap mengenai hak, bukan bercakap mengenai pembangunan sebuah institusi profit based. Jauh sekali kita bercakap mengenai keuntungan. IJN adalah hak kita, hak rakyat, bukan hak kerajaan ataupun syarikat swasta.

IJN adalah lambang kesamarataan, means equality! Kita tak mahu yang miskin senang-senang jek mati sebab tak dapat pembelaan. Kita mahu yang kaya, termasuk penjawat menteri mati sama macam yang miskin, itu baru equality!

Hidup rakyat!

Photobucket

-NEOFISHY 'bukan hero rakyat, tapi adalah rakyat'

6 comments:

fara[the]bugbuster said...

macamana kamu tau Astro tak keluarkan duit syarikat buat kebajikan? *herphhh* - *senyum*

Anonymous said...

dr aku lahir smp skng dah beratus org kmpg aku mati psl sakit jantung tp diorg tak penah g ijn. mungkin psl diorg malas atau mungkin tak tau pun ijn tu apa. org kmpg dan aku tak kesah ijn tu govt atau swasta sbb kami tak penah merasa..
nk kasi, kasi, tanak kasi sudah...

ijn tu apa???

hegira said...

ijn bukan untuk komuniti agaknya. mungkin juga sudah parah di dalam dan perlu reform. mungkin juga tenaga kerja sudah layu dan perlu dikejutkan.

mungkin juga.

Penulis Kami said...

hai fara...saya tak tau....tapi tak lojik ke apa yg saya cakap?lagi satu saya nak stress kan....syarikat lebih pentingkan survival syarikat daripada bagi wang kebajikan....dan aim sesebuah syarikat adalah minimize cost and maximum profit..adakah lojik kalau syarikat carik duit keuntungan untuk bagi derma tanpa memikirkan survival syarikat? lojik ke? saya mungkin tak tau, tapi saya tekankan kat sini, dengan cara tu lah syarikat kapitalis mostly buat....anda tak percaya? tak percaya tak apa...tiada paksaan....dan yang penting blog perbincangan adalah mengenai IJN...so anggap jek yang lain hanya penyedap mulut sahaja...hehhehehehehhe...kata orang tu ajinomoto....walaupun benda tu tak mustahil.... :)

IJN pada aku adalah lambang untuk para pesakit miskin, walaupun ada antara kita tak tau apa fungsi IJN tuh....mungkin orang kampung encik qarma akan tau mengenai IJN selepas ini bila encik Qarma sendri yang war war kan kerana ada harapan untuk hidup lagi ka? kenapa IJN lambang untuk pembelaan pesakit miskin? sebab dah pasti orang miskin tak kan ke hospital swasta....sebab bill melambung tinggi.....dengan adanya IJN, bill yang melambung tinggi tu dapat dikurangkan dan dapat dicaras, dan sekurang-kurangnya orang miskin mampu terus hidup, bukan orang kaya jek yang hidup terus!

-neo'ANTI BILL MAHAL'fishy

Anonymous said...

sape kat 'blakang' sime darby? Kroni makaroni? Mat dolah tido? Mat najib mongol? Mat karung guni? Geli mat?!

Anonymous said...

selepas ni tukar nama jadi
"Institut Jantung Orang-orang Kaya Shj"