19 December 2008

HARI DIMANA AKU HILANG RASA HORMAT PADA SEMUA ORANG

Puas aku selongkar seluruh rumah cari geran motor nak hidupkan roadtax insuran(rugi dol kalau tak claim rebate 150hengget tu) rupanaya terselit di celah celah buku buku sekolah lama yg aku sumbat dlm almari baju. Hoyeah dah jumpa!! Sewaktu aku menarik keluar geran motor itu aku terjumpa sebuah buku rujukan yang bertajuk “EKONOMI MICRO & MAKRO UNTUK STPM”. Mmm ada lagi rupanya buku ni ingatkan dah hanyut ditelan banjir besar tak lama dulu tu.


* flashback *


NOTA: aku memang cepat lupa, terutama sekali dgn perkara yg aku tak minat dan yg aku anggap tak penting. Untuk cerita ini aku cuba refresh kembali memori, kalau boleh ingat la.


Undur waktu 14tahun sebelumnya. Tahun 1994, dunia sedang sedih akan kematian kurt cobain. Serius aku memang tak kenal mamat ni sbb masa tu aku tengah kemaruk gila melayan lagu lagu band crossfire.

Takde memori manis pun masa zaman persekolahan aku. Semua nya buat aku meluat dan muntah. Aku suka pergi sekolah sebab dpt naik basikal konvoi ramai ramai dari taman nira sampai tmn pesta, kecoh dol jalan bakau condong bila kitaorg lalu. Kadang kadang kitaorg taksampai pun sekolah, melencong cabut lepak tasik merdeka hisap rokok.
Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 aku sekolah dkt SMDOJ, sekolah paling biol dan paling gangster masa tu. Kekadang aku rasa mcm sekolah dkt south central los angeles yg dipenuhi nigger nigger kurang adab sopan, bergaduh sesama sendiri dan kes juvana yg tinggi. Cuma kitaorang takde pistol, takde lowrider dan tak layan gangster rap je.
Form 6 aku sekolah dkt SDBL.

Mak aku yg suruh sambung form 6 sebenarnya, kalau nak diikutkan aku mmg dah malas nak sekolah lagi, aku nak jadi mcm Johnny Cash pikul gitar nyanyi luahkan perasaan hati, kerja diatas kapal carigali minyak boleh travel ke north sea, teluk aiden, afrika selatan dan benua eropah, boleh jalan jalan tgk negara org.

SDBL sekolah yg sedikit baik drp SMDOJ, budak budaknya ada sedikit adab sopan dan berakal. Biasalah form 6 ni kelas abang abang dan akak akak, budak budak yg kononnya matang, tapi aku tak matang pun, aku ikut sedap hati aku je. Serius aku memang dah tak ingat la nama rakan sekelas aku kalau jumpa sekarang ni. Dan aku takperlu lah nak ingat akan diorg buat aku meluat je.
2tahun aku kat form 6, takada yg menarik pun. Dpt ngorat awek jauhla sekali sbb aku 1.tak hensem 2.takde 3.bukan vokalis band hatko!!
Cuma aku sedikit gumbira sebab dlm surat berhenti sekolah dlm ruangan aktiviti sukan aku tercalon wakil rumah sukan acara lontar peluru, baling lembing dan lompat jauh hahahaa kaki bangku kayu mcm aku pun boleh wakil rumah sukan, tak menang pingat pun, cuma buat syarat je bertanding sbb form 6 kurang budak lelaki.

Subjek ekonomi, subjek yg aku paling benci sekali. Aku mmg lost highway dgn subjek tu. Sepatah haram aku tak paham. Kalau aku ditangkap terorist, diacukan pistol dikepala dan terorist tu bertanyakan soalan “apakah makna ekonomi makro” gila mmg berterabur otak aku kena peluru tu dol, yg aku boleh jawab pada terorist tu “maknanya mangan tempe!”

Tapi yg paling aku benci akan subjek ekonomi ni ialah cekgu yg mengajar subjek ekonomi ini. Sbb aku benci sgt dgn dia aku terus padam nama dia dlm memori otak aku. So aku gelarkan dia cekgu solehah sbb dia ni pakai tudung labuh gemok pendek.
Sebab yang menyebabkan aku benci sgt dgn dia ni sbb dia ckp aku bodoh dihadapan 30org kelasmate aku! BODOH direct je dia sound aku hanya kerana aku silap menjawab soalan popkuiz ekonomi cibai tu. Aku tak sangka dia boleh sound aku camtu didpn kelasmate, ye memang aku bodoh tp takperlu lah menjatuhkan airmuka aku mcm tu.

Aku tak kesah kena tampar, kena sebat dgn pembaris kayu besar panjang 1meter kaler kuning sampai patah 3 dekat bontot, aku tak kesah kena tulis 1000 patah perkataan jawapan betul soalan popkuiz tu. Aku memang kecewa masa tu, hati aku remuk hancur. Bila aku fikir balik, pompuan biol tu sebenarnya tgh kusut sbb tahun sebelumnya kelas ekonomi dia telah memberikan keputusan baik 100% lulus A1 dan telah masuk carta 10sekolah terbaik lulus 100% A1 subjek ekonomi seluruh johor. Dia ingat dapat lah mengulangi sekali lagi sejarah tu tapi hahaahaa takdapek dol sbb form 6 batch aku smua hampas kelapa sawit ekonomi fail out of tune.

Sebulan lps peristiwa tu perperiksaan stpm pun mula. Spt yg telah dijangkakan kertas ekonomi satu haram soalan pun aku takdpt jawab. Dkt kertas jawapan tu aku cuma tulis nama dan nombor giliran sahaja. Lepas 10minit dlm dewan perperiksaan aku serahkan kertas jawapan dkt guru pengawas. Dia tanya aku “apasal awak tak jawab soalan ni, takkan la hantar kertas kosong je?” so aku jawab balik “sbb saya gangster!” muka kerek trus kluar dewan.

Lepas 3bln result stpm pun diumumkan. Spt yg telah dijangkakan aku fail hancus subjek ekonomi. Aku cuma dpt gred credit utk 3subjek iaitu pengajian am, bahasa melayu dan geographi, subjek lain hampas. Aku fail stpm bkn sebab aku benci cekgu solehah, tp aku malas belajar. Dia bukan tuhan yg aku perlu sembah utk lulus periksa.
Apa aku nak jawab dgn mak aku ni? Walau aku dah hilang rasa hormat pada semua orang aku masih lagi ada mak bapak aku yg aku akan tetap hormat sampai bila bila, sbb 2org ni yg lahirkan aku, kasi aku makan dan doakan aku agar selamat sejahtera. Aku janji dgn diri aku nak berubah taknak la melawan cakap mak aku lagi, tinggi suara, degil tak dgr nasihat. So org lain kalau aku senang hari raya nnt aku mintak maaf eh.
Spt yg telah dijangkakan mak aku mengamuk bila tgk result stpm aku, teruk aku kena sembur ceramah mengalahkan noh gadut. Mcm biasa aku lepak one corner buat bodo sudah, tahan aja la telinga takpun start motor gerak ronda ronda.
Tapi banyak banyak ayat yg mak aku ckp bila dia marah yg paling menyampah bila aku dengar, bila dia membanding bandingkan aku dgn anak org lain. Tu yg aku paling terbakar sekali! Tapi aku tahan je lepak one corner:

“kau tgk anak si jonet tu, rajin belajar masuk unibesiti ni skrg dah nak pegi jepun hari hari boleh makan sushi, kau apa ada? Keluyuran sana sini buang masa, pikul gitar kapok cap ayam busuk grunng greeng main lagu ntah apa apa aku pun tak paham!!”

Selang beberapa bulan lepas tu aku mengambil keputusan keluar drp kampung, dpt kerja kilang batu bata dkt jb. Taktahan la hari hari kena ceramah noh gadut, yg penting aku dpt keluar jugak drp kampung walaupun bukan ke jepun(fakk sushi!!). Lagi satu aku taknak diri aku rosak bercampur dgn budak budak dadah. Ramai yg dah sesat jalan, aku taknak jadik mcm diorg.

3tahun tahun lps aku kerja simpan duit dapat beli gitar karan jenama caparison tau. Gitar kapok aku dah bakar buat kayu api masak ketupat time hari raya. Kepada sesiapa yg masih pakai gitar kapok ini nasihat aku: “apa barang dol pakai gitar kapok busuk tu! Org skrg pakai gitar caparison la wei!!”
Aku siap tunjuk kat mak aku gitar karan aku tu: “haa ni mak gitar caparison, kat jepun je tau ada jual gitar ni rare tau. Mak tau tak gitaris band apa yg pakai gitar ni?? Band killswitch enggage tau band gay kegemaran tora!”
Buat cekgu solehah, FUCK YOU!!!!


-Tora emo klasik

3 comments:

Anonymous said...

gila gangster siak fakkn cekgu...
aku jahat jugak tp takla smp fakkn cekgu.. takda cekgu yg nk tgk ank muridnya bodo..dia kata ko bodo psl...aaa psl... psl...
psl ko bodo kot...
tp aku tak tak fakkn dan tak smp benci cekgu ...
cuma aku tak sayang cekgu ..tu jer

Abang Dozo said...

kalo dengan cikgu bedah spek besor abang tora mesti suka.

Penulis Kami said...

gila lah abg mat tora bleh masuk lompat tinggi.....RESPEK!! RESPEK GILA BABI!!

-neofishy yg masih lagi teruja