22 August 2010

SEGMEN:



1. David Caruso aka Horatio Caine pernah beraksi dilayar perak bersama Sylvester Stallone dalam filem Rambo First blood. masa tu dia memegang watak polis sengal yang di karate oleh John rambo. dan tahukan anda, Rambo batu pahat ialah Abang Dozo.

2. Andrew Zimmern makan kebanyakan benda yang kotor tetapi paling tidak menyukai durian. dia kata bau durian seperti bau bawang busuk. bingai kan.

3. Guinea pig bukan tergolong dalam spesis babi dan bukan juga berasal dari Papua New Guinea. guinea pig adalah tergolong dalam kumpulan haiwan perosak atau rodent seperti tikus. memang rupanya juga seperti tikus dan bukan babi.

4. Ronny James Dio yang memulakan isyarat jari heavy metal yang menjadi ikutan sehingga hari ini. dan ketika mati akibat kanser, dia sempat berkata "you win this time" sambil menunjukkan isyarat jari berkenaan. tahukah anda siapakah yang dimaksudkan dengan "you" oleh Dio? entah.

5. Azwan Ali melancarkan buku mengenai hidupnya bertajuk "selamat Jalan Dunia Pondan" dan lagu popular ramlah ram pula bertajuk 'selamat jalan romeo'. persamaan antara Azwan Ali dan Ramlah Ram ialah mereka suka warna pink.

6. John Dillinger tidak pernah mengucapkan "bye bye black bird" ketika akhir hayatnya. ia hanyalah tambahan oleh director Michael Mann sebagai dramatic effect filem Public Enemy. penipu punya Michael Mann.

7. Harga lantai bagi murtabak daging dan ayam yang dijual dibazar ramadhan sekitar Johor bahru dan Pasir gudang ialah RM2.50. tak ada lagi murtabak berharga RM2.00 kebawah. dan isinya lebih bawang dari daging.

8. Eternal Sunshine of the Spotless Mind ialah filem suspense thriller kedua Jim Carrey selepas Batman Forever di mana Jim memegang watak mamat yang obsessed dan sicko. diikuti dengan filem The number 23 pada tahun 2007.

9. Drama Nur Kasih ditayangkan semula di tv3 pada setiap pukul 5.00 pagi bulan ramadhan diatas permintaan ramai. dan heroinnya ialah Tiz Zaqyah dan bukan Fauziah Ghouz.

1 comment:

tora corgan said...

abg dozo combat laa hahahahaha