22 August 2010

HOW TO REDUCE ACCIDENT DURING FESTIVE SEASONS, THE FUN WAY?

Setiap kali raya, tak kira lah raya apa pun Aidilfitri ke, Tahun Baru Cina ke terutamanya, kita selalu dengar hal-hal berkaitan kemalangan jalanraya yang kebanyakkannya mengerikan. Bagi pengguna jalanraya yang tegar macam aku, perubahan gaya pemanduan (rujuk : speeding) dah lama berubah sejak hampir 7 tahun lepas. Kalau mula-mula aku drive kereta dulu, 120km/j adalah the lowest aku bawak masa drive kat highway, tapi sekarang 120km/j adalah the highest aku bawak @ pecut, itu pun kalau ada hal yang betul-betul mustahak, kalau tak, memang 110km/j adalah paling tinggi dan 90km/j adalah gaya pemanduan biasa aku masa drive kat highway (note : sebelum bertukar gaya pemanduan, kereta Toyota KE20 aku pernah mencecah 168km/j, perjalanan dari Yong Peng ke Alor Gajah yang mengambil masa hanya 20 minit).

Tapi gaya pemanduan yang tak sihat tu akhirnya berubah bila terbaca, terpandang, terlihat, tertengok semua jenis kemalangan jalanraya di dada akhbar dan televisyen yang terus membuatkan aku trauma untuk memandu bak Kimi Raikonnen. Kemalangan yang kebanyakkannya bukan species patah-gigi-atau-luka-kena-hiris-pisau-nak-asah-pensel-punya jenis. Ni tahap sampai lebur satu badan pun ada. So disebabkan hal-hal macam ni, gaya pemanduan aku telah berubah secara 360 darjah. Ditambah pulak aku drive kereta yang tak setaraf dengan kereta F1, so sendiri mau ingat. "Kalau bawak slow pun dah kena teruk, lagi bawak laju, mcmana agaknya" aku berdialog dalam hati sambil garu kepala yang tak gatal.

Tapi walaupun bermacam kempen yang kerajaan atau NGO telah buat, the outcome tetap sama, tetap masih banyak kemalangan jalanraya yang berlaku. So, kenapa tak diadakan, satu kempen, yang boleh mengubah sesuatu tabiat buruk atau mengurangkan sesuatu kejadian buruk, the fun way?

Ok. Ini idea aku untuk bagaimana kita boleh mengurangkan kemalangan jalanraya di musim perayaan. Harap orang-orang kat parlimen bukak mata.

- SESIAPA YANG MEMANDU DI BAWAH 110KM/J DAN DI ATAS 90KM/J SECARA BERHEMAH, AKAN MENDAPAT VOUCHER PETROL RM100 PERCUMA DAN JUGA TOL PERCUMA BAGI SATU PERJALANAN. MANAKALA YANG MELEBIHI HAD LAJU, AKAN DIKENAKAN BAYARAN TOL BERGANDA SEBAIK NAK KELUAR DARI TOL. KALAU TAK BAYAR, TAK BOLEH KELUAR.

Tak logik? Nanti dulu. Mungkin korang terpikir macamana nak tau kereta yang bawak slow dan bawak laju. Kat sini datangnya kegunaan sebenarnya speed trap untuk merangka jumlah kereta yang dimaksudkan. Dan tahap pemberian voucher minyak dan tol percuma mungkin dihadkan untuk, let say, 100 prizes untuk setiap 1000 kereta.

Manakala denda bagi melebihi had laju dikenakan pada semua jenis kereta yang didapatai melebihi had laju. Pembayaran adalah secara cash!!!

Semua keputusan akan diberikan secara tunai @ beri terus kat plaza-plaza tol. Dengan cara ni, semangat pemanduan berhemah akan lebih tinggi lagi. Menarik kan?

Tu rasanya idea aku yang mungkin perlu banyak kajian. Tapi rasanya tak mustahil untuk dilaksanakan. Sebab penukar pemikiran orang ni susah dan memang kebanyakkan orang tak makan saman nak-nak kalau umur dah tua masuk 30an 40an (bukan 23 yek!). Tapi kalau benda tu fun, mungkin ramai yang akan terlibat. Dok gitu? Kalau korang pulak, apa idea korang?

Still blur? Tengok vid kat bawah. Selamat memandu dengan berhemah!

2 comments:

Qarmadharma said...

geleng kepala sambil wow!! brilliant- andrew zimmern

tapi kan

kalau semua bawak slow, semua dapat duit 100, itu pacik ajib rambut palsu dapat apa????

NEOFISHY said...

itu pakcik pandai2 la carik makan...kan byk lagi sumber dia bleh dpt...hahaha