10 August 2010

MEMANAS RUMAH

Bawak bini ke majlis pindah kerumah baru atau house warming diapunya feel mcm celaka lebih kurang sama mcm pergi kedai emas, cuma bezanya kalau pergi ke kedai emas kebarangkalian untuk bergaduh suami isteri amat tinggi bila tiba tiba si suami sakit perut memulas mulas nak berry apabila si isteri mintak perhiasan emas dari hujung rambut sampai hujung kaki dan juga si suami tiba tiba kena sawan babi bila si isteri mahukan berlian de beers yang berkarat karat harganya.


****


Sabtu lepas sedara gua pindah kerumah baru di taman laguna area taman perling, gua telah dijemput datang ada buat doa selamat dan makan makan.

Gua ingatkan rumah yg sedara gua beli ni cekai cekai je rupanya nak masuk ke kawasan jalan rumah dia ni siap ada gurkha jaga mintak ic nak masuk dgn kamera yg boleh merakam muka dan sebijik kereta yg lu pandu.

Demmit!!Rm350K!! patut la gua tak nampak kereta kancil dlm car porch diorang ni, semua kereta jepun dan matsaleh.

Yg gua sakit hati tu masa gua masuk dalam rumah tu gua nampak mak gua tengah rilek rilek makan buah anggur tepi air terjun mini yg mana kolam nya dipenuhi ikan koi dan ikan emas. Yea!! Mak gua yg dekat kampung di batu pahat tu turun JB takde nak kontek gua apatahlagi singgah rumah gua!!

Anak gua terus berlari meniarap depan kolam nak tangkap ikan.

Gua salam mak gua tanya bila sampai? Naik apa? Mak gua jawab sedara gua amek mak gua pagi tadi naik van kaler putih, mak gua tuding jari keluar rumah tunjuk van kaler putih yg dia naik, gua pandang sekali imbas terus tunduk kebumi, toyota alphard plat JMA…..

Bini gua mana?? Gua toleh kanan kiri carik bini gua. Gua masuk kedapur, pehhh berkilat ting ting dari kabinet sampai lah ke peti ais.
Gua jeling sikit je diapunya ruang tamu, tv melekat dkt dinding saiz king, diapunya lampu berkerawang kerawang kristal gua bajet harga 2bulan gaji gua pun belum tentu boleh beli.
Gua naik ke tingkat atas, bini gua tengah test katil ala jepun dkt bilik utama, gua pekena duduk diapunya tilam pehh tak macam tilam bilik gua yang rasa besi spring je bila baring.
Gua malas nak cerita dia punya gerobok baju, dah mcm bilik persalinan diapunya besar.

Sambil sambil menjamah makanan bini gua tak berhenti berbual dgn tuan rumah, dari bab harga pintu gate sampai ke harga aircon jenama mitsubishi.

Dalam kereta perjalanan balik bini gua sempat sound gua yg taman tersebut nak bukak fasa baru, gua terus pulas volume radio lagu fauziah latip teratai layu di tasik madu. SEKIAN

4 comments:

faiez said...

menarik.. menarik...

Baby Tiger said...

suka suka suka!!

Chan said...
This comment has been removed by the author.
Chan said...

lu buat gua fikir 2 kali ttg perkahwinan laa. hahaha