21 August 2010

Si elle regarde bien, il mange



"Gini la Din, jangan kau katakan kayu, kau letak batu sekali pun aku cekik"

Andrew Zimmern adalah antara beberapa manusia 'majlis' yang aku kenal selain mat tora. bezanya andrew banyak duit dan boleh terbang ke mana negara yang dia suka untuk mencuba makanan baru. dan melihat dia makan dalam Bizarre Food adalah hobi aku yang terbaru. latest season, andrew melawat baja, mexico. katanya kalau kita nak mengenal satu budaya, salah satu cara ialah mengenali makanannya. idea dia bagus, tapi makan benda yang menjijikkan adalah satu yang ironi. satu kelebihan andrew ialah dia boleh telan apa sahaja. busuk, lembik, hanyir, masih berbulu, berdarah, mentah. itu semua adalah mainan andrew. aku memang pasti, un jour, il pourrait mourir par intoxication alimentaire.

di negara amerika latin itu, daging adalah sumber protein yang paling mudah didapati. termasuklah daging yang paling diminati andrew, daging babi. sehinggakan tiada satu bahagian akan ditinggalkan membazir. kalau dekat malaysia ni, macam pokok kelapa la. multi purpose. dari hidung, sampai ke kaki, semua ada dalam menu makanan mexican. menu pertama andrew ialah kulit babi yang dikeringkan, solance muris membawa andrew ke beberapa tempat termasuk sebuah gerai taco. taco daging babi. mula-mula taco otak babi, kemudian darah dan akhir sekali, lidah. chop, chop, chop.

bill esparza, seorang food blogger membawa andrew ke sebuah restoran tuna fin soup, sebuah RV yang menjadi restoran bergerak hampir 15 tahun. menyediakan makanan laut. dan hampir kesemuanya mentah. satu yang aku nampak dimasak ialah clamp + sotong + cheese. nampak sedap. terakhir ialah sebuah restoran yang menyediakan hanya dua jenis makanan dalam menu. kulit babi dan kaki babi. kulit + kobis + + biskut dan sos pedas. begitu juga kaki yang "chewy". kata andrew, ianya nampak seperti getah, "but it does melt in your mouth". dia mengingatkan aku pada Abang Sweet and Tender dua tahun lalu, BPHC Jalan Jenang 2008.

di Lacosta Dora Fish Market, Paola Hernandez Cardenas membawa andrew masuk ke dalam dan melihat Geoduck sejenis clamp yang kelihatan seperti.... er....gorilla dương vật. apabila dipicit ia mengeluarkan air seperti gorilla dương vật. dan apabila kita membuang lapisan tipis Geoduck, ia seperti membuang 'kondom yang besar'. apabila ia siap dimasak bersama telur ikan marlin panggang, Chef Benito Molina, Pemilik Manzanilla menjamu andrew. super nice!

dan yang terakhir carlos Vardez, pemilik sebuah restoran barbaque daging kerbau, menyediakan masakan dari kepala kerbau. otak, lidah, pipi, mata. memang menarik. yang ini aku memang terasa nak makan sangat. tender and juicy. kalau di kelantan kita boleh jumpa ketupat sotong, di mexico kita jumpa sotong stuffed with buffalo 'ball'. "it taste like an animal crotch". ermmmm..... not an approdixiac.

satu yang aku perasan, andrew akan geleng kepala dan 'wow' kalau dia suka makanan tu. kalau dia memang tak boleh makan, dia akan 'sorry' dan ludah di situ juga. tak macam anthony bordain yang 'ermm', angguk dan 'brilliant'. mungkin sebab anthony bukan 'majlis' macam andrew. jarang sangat aku tengok andrew tak boleh makan apa yang dia nampak depan mata. last episode, dia makan itik belum menetas yand direbus still dalam telur. berbulu, berdarah, dah ada paruh. dia telan juga walaupun dia kata 'disgusting'.



le point est, tak semua benda kita boleh telan, lebih-lebih lagi yang dilarang. kita adalah apa yang kita makan. ustaz zahazan mohamed kata, antara sebab masalah sosial tak ada penyelesaiannya ialah anak isteri diberi makan dengan makan yang haram. dari rezki yang haram. jalan selamat, kita masak la sendiri. tak sedap tak apa, janji 'halal jan halal'. kalau bini masak tu jangan banyak bunyik. telan je la walaupun rasa cempelang. dan setiap tempat kita nak makan kena pilih. jangan main sauk je. kalau nak beli burger, murtabak atau roti canai, pastikan telur ayam tu dibasuh. kalau still dalam kotak telur tu memang sah la tak basuh. jalil hamid kata "jangan makan tahi ayam".

jimat, bersih, halal. kurangkan berbelanja dibazar ramadhan kerana tahun ini tak dapat bonus raya. pesanan ringkas ini ditaja oleh minyak masak cap deathwish. sempena bulan ramadhan ni aku nak ucap selamat berpuasa pada hari ke-sepuluh dan maaf zahir batin. calo bete

4 comments:

NEOFISHY said...

"the meat is tender and juicy" ... wow, sungguh lama nak tunggu tulisan dari abg qarma (kalu wa x silap la)....bab halal haram pemakanan mmg aku agak amik kisah sekrg....check out hal-hal mengenai mcdonalds sekrg....

pada aku, apa yg masuk dlm badan kita, halal atau haram, akan diluahkan melalui apa jua tindakan, tingkah laku, pemikiran, pemahaman, penerimaan, amalan, action baik atau jahat yang kita buat....makanan yang haram membutakan hati kita untuk menerima sesuatu perubahan baik.... atau pun kata orang-orang berpikiran 'tinggi' sebagai moral, yang aku sendiri tak penah pikir apa itu moral atau being moralist, sbb aku belajar agama islam, bkn belajar pendidikan moral...

jaga pemakanan dan jaga hati, tapi kalu tak jaga pemakanan, hati mmg akan jadi tepu dan 'hitam'.....

welkam bek abg qarma!

tora corgan said...

kalau bab makan mesti nak babitkan gua cehhh

Penulis Kami said...

neo - betul kata encik ikan. tapi kalau sekali kena mekdonel pun cara jugak ni

tora - manada

abang dozo said...

halal jannn... halalll....