17 August 2010

CARTA PENYESALAN SAYA: TEMPAT KE LAPAN

Kenapa bukan ramlah ram?? Mengapa mesti dia??

Ada satu tahun tu gua duduk di taman tan sri yaacob area skudai, rumah yg berkonsepkan flat 4tingkat gua duduk tingkat 3 rumah no 6 betul betul tepi tangga, ada 3bilik sebesar liang lahad. Gua menyewa rumah tersebut kerana menunggu rumah yg gua beli belum nak siap siap, gua dah tak sanggup lagi hidup merempat, ditambah pula dgn scene percintaan gua yg kebanyakkannya berakhir dengan bertepuk sebelah tangan dan tak kurang pula yang ‘hidung tak mancung, pipi tersorong sorong’. Gua mengambil keputusan dgn duit yg gua kumpul sikit sikit ingat nak buat bayar pelamin tapi sayangnya pelamin anganku musnah, gua buat down payment beli rumah dgn duit tu, gua dah niat kalau ditakdirkan gua tak berkahwin sampai ke tua ingat nak jadikkan rumah gua tu sebagai rumah orang tua tua.

Ada satu malam tu sedang gua lena di ulit intan, tiba tiba pintu rumah gua diketuk bertalu talu.

“apahal ni santa claus, nak antar hadiah tak payah la nak ketuk ketuk, sangkut dkt pintu gril pun ok apa, baru lah surprise” gua merepek dalam keadaan mamai dan terus bangun drp tilam vietnam menuju ke arah pintu.

Gua macam biasa je dgr bahasa yg dituturkan berulang ulang kali oleh si pengetuk pintu tersebut. Gua biasa dgr bila layan tv2 tiap hari sabtu pukul 2petang.

“kamala….kamala….kamala….kamala…..” perkataan yg disebut berulang ulang oleh seorang lelaki india yg bersandar dekat gril pintu masa gua bukak pintu.

“haloo brader lu ok tak?? Kalau tak ok gua panggil ambulan” kata gua dgn penuh semangat 1malaysia

“kamala….kamala….kamala….kamala…..” sama jugak jawapan yg diberikan, diselang seli dgn bau alkohol yg kuat, gua bajet dia mandi alkohol ni.

“brader awak salah rumah ni, apa alamat rumah awak saya tolong hantar awak balik” kata gua dgn semangat kejiranan

“kamala….kamala….kamala….kamala…..pung pang pung pang” kali ni dibalas dgn bahasa tamil

Gua dah start baran, habis semangat 1malaysia dgn semangat kejiranan gua entah kemana, kalau mcm ni gayanya gua melayan orang mabuk komfem esok pagi gua bangun lambat nak kerja.

“brader itu kamala sudah mati petang tadi, lu baik cepat pegi kubur sebelum diaorang bakar diapunya mayat, cepat tau, gua tau lu belum sempat mintak maaf lagi!!” kata gua dgn idea mantap pedajal orang mabuk

Bila brader mabok tu dgr je ayat ‘kamala dah mati’ dia trus menjerit menangis mcm tiada esok bagimu, nama kamala dilaungkan tak putus putus, brader mabuk bangun dan jalan terhoyong hayang menuju tangga.

Gua tutup pintu dan bantai ketawa cukup cukup. Tiba tiba “bedebap!!” bunyi macam benda jatuh tersungkur dekat tangga, disambung dgn suara orang menjerit kesakitan melolong lolong mintak tolong!!

“kamala….kamala….kamala….kamala…..pung pang pung pang”

“kamala….kamala….kamala….kamala…..pung pang pung pang”

Jadah!! Gua rasa tak sedap hati, gua riki dari tepi tingkap dapur, tak nampak apa apa, cuma mendengar suara brader mabuk mintak tolong sama kamala, gua was was nak keluar rumah bagi pertolongan, gua rasa bersalah pedajal brader mabok tadi. Selang beberapa saat terdengar suara orang keluar rumah selang 2 pintu drp rumah gua. Keadaan menjadi sedikit huru hara dan kecoh. Gua dengar secara teliti apa yg diorang cakap, walaupun dalam bahasa tamil gua boleh paham jugak apa yg diorang cakap, maklum la gua dah lama training layan tv2 tiap sabtu. Jadi gua kasi alihbahasa ala siri ultramen next astro ceria sedas:

Kamala: abang! Apa yang sudah terjadi??

Suami kamala: owh saya tergelincir sewaktu menuruni anak tangga tadi, tak guna!!

Kamala: sudah berulang kali saya nasihatkan abang agar berhati hati menuruni tangga, abang tak mahu dengar, sekarang siapa yang susah, mereka dan keluarga mereka!!

Suami kamala: owh kamala bukan kah awak sudah mati??

Kamala: abang!! Abang sedar tak apa yang abang katakan ini, ini semua gara gara arak tersebut, tak guna!!!

Suami kamala: tadi semasa abang mengetuk pintu rumah memanggil kamala, ada seorang lelaki memberitahu abang bahawa awak sudah mati, siapakah orang tersebut?? Tak guna!!!

Kamala: mana ada saya mati abang, saya sihat sejahtera, saya tak dengar pun abang mengetuk pintu rumah kita tadi, takkan lah saya sudah pekak akibat selalu mendengar walkman?? Tak guna!!!

Suami kamala: owh kamala saya berjanji selepas ini saya akan menjadi lelaki yang baik seperti awie. Cepat kamala telefon ambulan sekarang, abang cedera teruk ni

Kamala: owhh tidak! hendfon saya kehabisan bateri sebab mendengar lagu awie!!

Suami kamala: Tak Guna!!!!!

15belas minit selepas tu ambulan pun sampai, gempar jugak lah seluruh kejiranan flat malam tu dengan peristiwa tersebut.

Gua sambung balik tidor………………………………………………..


9pagi


Seperti kebiasaannya gua akan lambat pergi kerja. Pukul 9 masuk kerja, gua pukul sembilan baru nak mandi apacerita?? Gua pernah jugak jumpa bomoh nak selesaikan masalah lambat pergi kerja ni, manalah tau ada hantu ke polong ke duduk dalam badan gua ke apa, sudahnya bomoh pun tak boleh nak selesaikan masalah gua ni.
Gua turun ke kolong flat menuju tempat parking motor, ada 2brader jiran seflat pun tengah kasik panas enjin motor. Sambil gua pulas trotel minyak sempat jugak gua riki apa yg 2brader tu perbualkan:

Rosli: apa yg kecoh kecoh malam tadi??

Jamil: ala si subra rumah nombor 9 tingkat 3 tu jatuh tangga

Rosli: aisehmen….teruk ke???

Jamil: aisehmen tak teruk, si subra je patah tangan dan retak tulang rusuk

Rosli: macam mana boleh jatuh?

Jamil: dah nak jatuh nak buat mcmana, tapi sebelum dia jatuh dia terdengar suara cakap bini dia dah mati, seram jugak dengar

Rosli: ye ke?? Berhantu jugak flat ni, eeee seram….


Sepanjang perjalanan ketempat kerja fikiran gua merewang rawang memikir mikir:

-hhmmm gua kena join scene jiran berjiran ni

-agak agak kalau gua berselisih dgn brader subra dia cam gua tak? Gua kena prektis suara ala jamal abdilah lepas ni

-arak?? Nasib baik gua straight edge

-kalau betul flat gua tu berhantu seram jugak ye


Gua terus pulas trotel kasi pecut terus menuju klinik, MC Hammer sudah menanti gua……..SEKIAN

1 comment:

Baby Tiger said...

mujur jatuh tangga. dibuatnya dia frust, terjun bangunan, apacerita? :P