25 August 2010

Diari Ramadhan Osman Bakar

Dari 1 Ramadhan aku akan gegas balik awal. Balik awal setengah jam. Macam makcik-makcik ada laki, anak 7 orang dekat rumah. Tu kata bos aku. Aku ada misi penting bulan ni. Tahun ni. Aku dah plan. Tak boleh miss satu hari pun.

Dan tahun ni juga aku mula berjimat. Boleh dikira berapa kali aku pergi bazar ramadhan dari awal puasa hari tu. Lagipun Dekat area rumah baru ni dia punya bazar ramadhan tak kelas macam rumah lama dulu. Bazar ramadhan rumah lama boleh jumpa lagi ubi rebus cecah ikan masin. Sini, murtabak 4 gerai, nasi ayam penyet 3 gerai, nasi campur 2 gerai. Yang lain jual benda bukan-bukan. Ada ke tengah-tengah bazar ramadhan, budak rambut oren jual dvd pirate. Rasa nak 'plengkit' je kepala dia.

Aku mesti sampai rumah pukul 5.15 ptg. Ada masa lebih kurang satu jam lima belas minit untuk aku solat dan siapkan juadah berbuka. Kalau lewat, aku terpaksa menjeling-jeling 'dia' dari dapur.

Setiap hari, dibulan puasa ni. Aku akan tercatuk depan tv tepat pukul 6.30 ptg. Semata-mata nak tengok 'dia' ni.







Ini Obsesi baru aku, dalam mengisi ruang-ruang kosong yang selama ni aku tutup dengan.. Keeping all the memories, good and bad, is not the best way to moving on. Mais c'est la vie que nous avons un certain temps. Bon app├ętit

1 comment:

tora corgan said...

jadah romeo konon danggg