30 March 2010

Sungguh lama tidak berciter...

Ok..ok.. aku dah lama tak menaip kat sini. Ampun.

Bila aku online, aku lebih leka membaca, mendengar dan menonton daripada menaip. Di ofis, disebabkan terlalu banyak kerja yang melibatkan penaipan dan penulisan, bila sampai di rumah... aku akan bosan bila menaip lagi. Mindset aku adalah, "to bring along your routine from workplace to your home... is one of a language from satan". Jadi, apa yang aku dah buat dengan P.C aku bila online atau tidak? Jadi, aku terpaksa menggagahkan diri untuk menaip panjang bagi menceritakannya.....

Facebook... Kawan-kawan memang ramai kat situ. Kebanyakannya mereka suka menulis komen tentang diri sendiri supaya orang lain boleh komen pasal dirinya seramai mungkin. Aku baca setiap komen-komen dari mereka. Aku lebih suka upload gambor foto dan menulis sedikit tentang gambor-gambor tersebut. Kali terakhir aku menulis komen tentang diri aku adalah penggunaan string D'Addario dan apa kaitannya dengan .056.

Youtube... Pencapaian mendapatkan ilmu dari segi pandang dengar dan sedikit pembacaan. Ilmu terkini adalah hubungan rambang antara mxr micro amp dengan kepala Orange tiny terror. Sungguh goram den dibueknyo! Oh ya... Clip band-band sludge metal adalah penghibur irama dan lagu sebelum tidur.

Harakahdaily dan Malaysiakini... Di manakah kebenarannya dari segi perbandingan dengan akhbar-akhbar mainstream yang lebih ramai orang membaca majoritinya... dan majoritinya adalah buta IT. Aku baca kedua-duanya... dan pertimbangan minda akan menentukannya.

Footytube... Rumah aku takde Astro untuk menonton liputan EPL dan Champions League. Apabila aku hidupkan T.V... samada yang ikut bernyawa sekali adalah DVD player atau Xbox360. Siaran T.V jarang sekali aku menontonnya.

Wikipedia... Kamus IT yang paling seronok aku baca. Taip aje apa-apa. Tekan enter dan semuanya keluar. Disebabkan cita-cita asal aku adalah ingin menjadi sebagai seorang tentera masih ada, aku akan baca tentang apa-apa info tentang ketenteraan. Info terbaru adalah kisah Mohammad Amin Al-Husayni bertemu dengan Adolf Hitler semasa di kancah perang dunia ke-2.

Ahhh... Aku dah malas nak menaip... nanti senang-senang aku akan sambung kelak.....

3 comments:

absence said...

abg dozo dah berjaya turunkan brp kilo abg dozo?

tora corgan said...

porntube mana porntube?? lu jgn nak kencing gua lu tak melayari itu tempat!!

abang dozo said...

antivirus dah block laa site tu...