26 March 2010

JALENAN KASEH



Kicap merupakan salah satu benda penting dalam hidup gua selepas petrol. Kawan?? kawan takpenting, kawan gua letak no 30 selepas biskut tiger.

Kalau makan nasik lauk telor goreng kuning goyang tak letak kicap diapunya feel makan memang out, dah mcm makan pasir, tu yang naik baran, kucing gua tendang, pintu jamban gua terajang.

Jenama kicap cap Jalen merupakan kicap pilihan utama gua, gua sentiasa memastikan stok kicap tidak putus dirumah gua, karang tak pasal pasal gua menyasar mcm budak putus ‘dam’.

Seingat gua dulu penutup botol kicap diorang pakai ceper, tak mcm sekarang, diorang dah sediakan penutup plastik siap dengan lubang kecik agar senang nak tuang kicap. Kalau tak dulu kasi tebuk lobang kecik atas ceper utk tuang kicap, kalau nak lagi true tuang kicap ibu jari tutup lubang botol pastu masa tuang kicap tarik pelan pelan ibu jari kasik kicap keluar, tapi kalau silap tune itu ibu jari boleh banjir kicap lu punya nasik.

Owhh gua hampir terlupa, hujung hujung bulan mcm ni adalah antara time yg paling nikmat makan nasik dengan kicap. *kenyit mata* SEKIAN

1 comment:

absence said...

kicap 3 ayam terbaik!