19 October 2009

WABAK


Aku menulis untuk rilis tension, bukan untuk mencipta tension.

Baru-baru nih aku ada survey lain-lain blog yang sangat informatif malahan ada yang 'berhaluan kiri'. Satu perkataan yang aku rumuskan ialah SERIUS! Dari awal blog sampai akhir blog manjang semua nak serius. Serius yang mempunyai tujuan atau maksud atau target. Serius yang mungkin untuk dipandang sebagai 'satu posting yang intelektual, dari orang intelektual'. Dan secara serius nya, aku cuma memandang saja, sebab serius adalah 'makanan ruji' untuk aku santap setiap hari. So, keseriusan blog-blog itu mungkin tak boleh menandingi keseriusan kehidupan aku sehari-hari. Aku cakap 'mungkin', bukan 'pasti', take note!

Tak perlu untuk aku cerita tahap keseriusan aku sehari-hari. Nanti sesiapa yang membaca (kalau ada, sebab aku tak 'desperately' mengharap orang baca) akan bosan. Atau "'go to hell' dengan keseriusan kau sehari-hari, sapa nak baca masalah kau?". And to be clever, or pretend to be clever, i skip that one.

Disebabkan itu, aku enjoy menulis sesuatu yang merepek, membaca sesuatu yang merepek (mostly blogger Jalan Jenang adalah penulis merepek, kalau tak semua) sebab itu semua seumpama terapi pada jiwa aku. Jiwa aku perlukan hiburan kerana tahap keseriusan (merangkumi semua hal daripada bisnes hingga ke famili) adalah sangat tinggi. Aku perlukan kelakar, umpama lawak Din Beramboi di radio Era atau lawak Jim Carrey dalam Dumb and Dumber sebab dos serius dah berlebihan dalam hidup aku. Sebab itu posting dari Abg Mat Tora adalah sesuatu yang aku nantikan sebab tahap lawaknya mungkin lawak bangsat (postingnya juga mungkin sesuatu yang tak best untuk sesetengah pihak). Aku bukan seorang yang mampu untuk bercuti ke pulau-pulau atau keluar negeri untukmelepaskan tension, bukan juga punya kawan-kawan yang boleh melepak sehari-hari bercerita mengenai keseronokkan, juga tak mampu memuaskan keinginan untuk mempunyai sebuah Honda Jazz untuk di tayang di kelab-kelab malam, atau pun sebuah band yang aktif mencanak setiap minggu jam atau setiap bulan ada jek gig, ataupun duduk kat kafe melayari internet menggunakan komputer riba atau main PSP..... aku tak mampu untuk itu semua. So bahan hiburan yang aku ada cuma radio, tv dan internet, itupun di pejabat, dan sesuatu yang kelakar jek lah yang mampu menghiburkan aku. Dan bahan-bahan itu hanya aku perolehi melalui internet, tv dan radio.

Mungkin sesetengah orang melabelkan Jalan Jenang sebagai satu blog yang tak informatif, blog yang tak intelektual, blog yang tak ada tujuan, blog yang membuang masa, bla bla bla... tapi biarlah kami macam ni. Pernah juga pergaduhan tercetus, atau lebih tepat perselisihan faham, tapi kami mengambil jalan tengah untuk tidak lagi mempedulikan provokasi, yang masih ada sampai hari ini. Pergaduhan menyebabkan sesuatu yang serius telah berlaku dan aku personally, menolak serius! Tak kisah lah orang lain nak buat apa pun terhadap blog ni, nak boikot ke, nak caci maki ke, nak buat cerita baik atau buruk ke, yang penting, aku tau blog ini akan terus 'memandang sebelah mata' dengan semua provokasi atau 'keseriusan'. Kami atau aku secara peribadinya, cuma ingin bergembira. Bak kata Joker, "Why so serious?"

Cukuplah orang lain jek yang nak tulis serius. Aku perlukan kegembiraan yang memang lawak gila babi, untuk membunuh virus serius.

15 comments:

municipal_waste said...

weh...korang byk silent reader la beb,yg hanya membaca tp x mengomen..
aku salah sorang tp bila kuar pos cmni terpanggil nk menulis...
aku sokong blog ni,korang merapu la apa saja,haha..

Anonymous said...

"kita tak akan cuba untuk mencuba selagi kita tidak cuba untuk percaya"

johnny sniper

kosmikurious said...

saya juga tak suka berapa serius.bosanla serius2 sangat kan en.neo..

tora corgan said...

K

NEOFISHY said...

bodo ni mat tora, K jek? lu ingat ni SMS nak g jamming ke?

ni wa balas.....LMNOPQRSTUVWXYZ...

amacam? cara?

Jimbo said...

Tora ko lahir bulan januari kan?

tora corgan said...

bulan november la, nak kasi hadiah besday apa? nanti gua kasi alamat

Anonymous said...

k tu takkan la tak paham makna apa

haha bodo punya tora

-johnny sniper-

tora corgan said...

K? K Ok la, pebenda yg tak paham, bongok!

Abang Dozo said...

ceh! mentang2 ada korg electribe terus guna nama johnny sniper.

enter shikari is a rajnicunt.

Gin Jimuda said...

yeah, kamu benar bila keseriusan menyesakkan.
namun keentengan dalam memandang keseriusan bila berkarya nampaknya tak membuat aku memandang pandangan kamu sebagai sesuatu yang membantu dalam menggalakkan semaraknya benih-benih estetik yang kamu semua semai dulu waktu mula-mula melahirkan blog ini sebagai medium.
percanggahan pendapat nampaknya telah mula ditakuti (misalnya) sebagai satu faktor hancurnya setiakawan. aku seorang yang percayakan setiakawan. jadi, sesungguhnya aku percaya aku tidak perlu takut hilangnya kawan kerana keseriusan aku dalam pegangan aku.lagipun, sehingga masa ini hubungan aku dan sesetengah rakan yang bercanggah pendapat maseh baik.jadi, ia betol-betol bukanlah satu masalah untuk bersikap serius.
aku menghormati setiap penulis di KLJJ dan memuja separuh daripadanya yang menulis dengan tulus dan menarik.teruskanlah berkarya.lawak dan sinikal tak patut dijadikan sebab untuk tidak bersikap serius.
maaf dan terima kaseh.

*blog ini terlahir sebagai medium yang mewakili komuniti Batu Pahat.ironinya,sentimen maseh wujud sebagai dinding yang memisah.marilah kita sama-sama hapuskan.

tora corgan said...

K

NEOFISHY said...

da, masih merujuk "cerita lama" ke? aku rasa (dari apa yg aku baca), penulis kat JJ dah takde pun cerita tentang hal perbalahan sebelum ini...semua dah tutup buku and proceed dgn apa yang sepatutnya dihadapi dalam hidup seharian....secara seriusnya, penulis JJ dah tak peduli dengan hal-hal tu semua, walaupun masih ada provokasi, tp itu hanya 'anak ikan'...hal yg lebih 'besar' harus diutamakan....tapi kalau aku salah faham, mintak maaf banyak2.... :)

aku bleh terima kritikan yg dilemparkan....aku rasa ramai yang tak paham dengan post aku nih, mungkin sebab aku sendiri bukan seorang yang pandai untuk berhujah atau cakap apa pun....apa yang cuba aku cakapkan ialah aku cuba untuk tidak terlalu serius dalam beberapa perkara (kita fikir di luar kotak sikit), antaranya menulis blog....aku bleh damn serius tapi aku refused untuk jadi damn serius....aku dah hadapi semua keseriusan hidup dan akan terus hadapi, so secara basicnya, aku mencari sesuatu yg kelakar untuk membunuh virus serius yang terlampau....

percanggahan pendapat yang sebelum ni terjadi tu aku tak anggap satu percanggahan pendapat sebab at the end, benda tu masih lagi meleret dan ada lagi timbul provokasi, walaupun sebenarnya cuma sesetengah pihak yang rasa 'bijak' sahaja sebenarnya yg 'menyerang' JJ. dan sebanarnya (mcm lagu yuna), i've got nothing to complaint since everybody have grown up and wise enough to think for themselves.

sebenarnya susah untuk menerangkan sesuatu dengan hanya menulis jek, lebih baik face to face bercerita benda yang kita rasa patut sampaikan, secara personal...itu lebih baik dan lebih muzakarah.... :)

Gin Jimuda said...

oh,ya.thanx for nice reply.
taklah, bukan bukak cerita lama.cuma respon pada tulisan yang terbaru.aku cuma seorang pembaca tegar sedari dulu dan aku rasa bertanggungjawab untuk respon(jika kritik tak layak buat aku).namun, jika ianya cuma mendatangkan rasa tak senang atau syak wasangka, aku akan cuba berhenti darin mengunjungi atau membaca tulisan kalian.
rilekslah brader, kita kan selalu jumpa di luar.takde halnya kalau nak bercerita-cerita cuma kalau ianya akan cuma buat kita sama-sama masam muka, aku pilih untuk tidak melakukan itu.kehilangan kawan yang lama seperti kamu semua hanya suatu perkara yang menyakitkan.
teruskan menulis.kamu punya peminat-peminat yang lebih patut dihargai selain aku.aku akan cuba mencari apa yang aku nak di tempat lain.
*jangan salah anggap.tiada apa-apa serangan atau sakit hati pada lu bey.cuma terasa nak bercakap sesuatu je.

Gin Jimuda said...

oh,ya.thanx for nice reply.
taklah, bukan bukak cerita lama.cuma respon pada tulisan yang terbaru.aku cuma seorang pembaca tegar sedari dulu dan aku rasa bertanggungjawab untuk respon(jika kritik tak layak buat aku).namun, jika ianya cuma mendatangkan rasa tak senang atau syak wasangka, aku akan cuba berhenti darin mengunjungi atau membaca tulisan kalian.
rilekslah brader, kita kan selalu jumpa di luar.takde halnya kalau nak bercerita-cerita cuma kalau ianya akan cuma buat kita sama-sama masam muka, aku pilih untuk tidak melakukan itu.kehilangan kawan yang lama seperti kamu semua hanya suatu perkara yang menyakitkan.
teruskan menulis.kamu punya peminat-peminat yang lebih patut dihargai selain aku.aku akan cuba mencari apa yang aku nak di tempat lain.
*jangan salah anggap.tiada apa-apa serangan atau sakit hati pada lu bey.cuma terasa nak bercakap sesuatu je.