26 October 2009

ULANG ULANG ALIK




Ruangan R.B.J @ Remaja Bersama Jono


Hai abang jono,

Saya ada sedikit luahan yang ingin saya luah kan kepada RBJ. Saya ada teman lelaki, kami dah berkawan secara serius selama 5tahun, akibat daripada keseriusan berkawan tersebut kami telah terlanjur beberapa kali(tak ingat berapa kali), kalah orang yang sudah berkahwin diapunya telanjur, mula mula saya menolak tapi lama lama saya menarik pulak, kerana sayang saya turutkan, saya takut kehilangan dia, saya cinta banget sama dia.
Teman lelaki saya ni panas baran macam john cena, habis semua barang dia nak pecahkan nak ditendang, kuat cemburu tak tentu hala, asal gaduh je saya yang jadi mangsa, patah riuk saya kena belasah, kalau takdapat belasah saya kucing saya yang bernama tomok tu yang menjadi mangsa. Saya jadi takut tapi saya tak berani nak mengadu kepada kawan kawan apatah lagi pihak polis sebab saya ada waran tangkap takbayar saman trafik yang menjangkau ribuan ringgit semua gara gara pemanduan ala drift teman lelaki saya.
Saya dah berhabis banyak duit dekat teman lelaki saya, kereta, condo, topap handpon semua saya taja, last last saya yang pokai, kereta pun dah nak kena tarik, rumah pun nak kena lelong, handpon dah lama takde kredit susah lah saya nak sms sehati berdansa saya harap enot jadi juara tahun ni.
Tiap kali saya ajak dia menikah dia mesti merajuk taknak nikah dengan saya, saya tak boleh la tengok orang merajuk mesti saya nak pujuk. Saya kadang kala pun tak paham la, adakah saya salah pilih pasangan hidup atau saya patut kawen dengan matbangla.
Tolong ye RBJ selesaikan masalah saya ni. Oops saya hampir terlupa, kaki saya berbau busuk macam pusat kumbahan indah water, semua orang benci duduk dekat dgn saya, tolong berikan petua untuk masalah saya ini ye.

Rokiah Drift, Gadis Runsing Saleng Senai…



------------------------------------------------------------------------------------



Gua dah lama perhatikan soalan soalan tahap bingai ni bila membaca ruangan surat pembaca majalah mangga, urtv, remaja, metro, kereta. Diapunya setting cerita mesti sama je kena tipu, telanjur, cinta abadi, masalah kesihatan dan lain lain.
Rasanya ruangan surat pembaca ni dah lama wujud sebelum gua lahir lagi, tapi diapunya masalah tetap sama je berulang ulang Kalau gua terbaca mesti nak berdekah, simpati memang jauh sekali la.
Kadang kadang gua terfikir yang surat pembaca ni macam sengaja di “ada ada kan” oleh pihak majalah untuk melariskan jualan, takkan la diorang taknampak benda yang sama ditanya kan kan.
Apa apa pun jawapan sebenarnya ada pada diri kita sendiri, antara kita hendak atau tidak mencari jawapan tersebut. SEKIAN

No comments: