13 October 2009

PLAGUE OF HAPPINESS

Tadi pagi Abg Tora ada sms aku pasal band Plague Of Happiness. Sesuatu yang kitaorang berdua setuju ialah diaorang adalah satu band yang bagus, gempak dan professional.

Pertama kali aku berbual dengan Naz (vokal/gitar) untuk temubual dan muka depan majalah Dragon, dah menunjukkan betapa 'down to earth' nya diaorang nih. Perbualan nya sangat santai dan sangat merendah diri orangnya. Disebabkan tu lah, aku rekemen kat bos Dragon untuk jadikan diaorang muka depan dan cerita utama. Aku tak pernah bertentang mata berbual dengan Naz, tapi aku tau orangnya mesti baik. Masa tu demo 'Nanban' yang antara lain memuatkan lagu "Kawan" baru jek keluar dan diaorang baru jek nak naik. Lepas majalah Dragon keluar, Naz bagitau yang Azmal (saxophonist) malu-malu nak beli majalah Dragon sebab muka dia beso-beso tengah tiup saxofon.

Sampai satu ketika, nama diaorang dah semakin naik dan producer rancangan Latte@8 nak kan diaorang perform dekat rancangan tuh. Salah seorang crew diaorang, Edwin Raj (ex-Infireal/They Will Kill Us All) tanyakan kat Enol nombo telefon diaorang. Carik-punya carik, Enol dapat nombo talipon Naz dan tak lama lepas tuh, Plague Of Happiness main kat rancangan Latte@8, yang membuatkan Edwin dan David (ex-Polythene, They Will Kill Us All) impress dengan diaorang sebab bawak barang sendiri daripada amp sampailah ke drum.

Hari ni, diaorang dah mencapai tahap yang orang luar patut panggil rockstar. Ke'respek'kan aku pada diaorang ni sampailah ke CD diaorang yang pada aku merupakan album yang paling terbaik dari segi sound yang pernah dikeluarkan oleh para penggiat indie sejak dari dulu sampai sekarang. Pada aku, album diaorang sangat terbaik hasil sound yang keluar.

Sampaikan ke hari ni, aku respek kat Plague Of Happiness sebab professional dan sifat down to earth diaorang tuh.

Untuk Azmal, ko memang sentiasa seorang yang cool! Cool sangat-sangat. SALUTE!

*nota kaki : ni baru betul main band brader!

2 comments:

Jimbo said...

Saya setuju.
Sekian.

* Naz, kalau ada budak2 tiram jamming pakai 'simbel' lu, gua tak cakap banyak.. gua tikam sampai mati.

Kedai Hitam Putih said...

salam. berkunjunglah ke blog saya kalau ada kelapangan.terima kasih. http://thekedaihitamputih.blogspot.com