04 October 2009

Aku, Berat Badan dan Sazali Samad

Selepas aku kawin pada Ogos 2007, aku mula buat analisis tentang berat badan aku. Semuanya bermula apabila dalam tempoh 4 bulan selepas kawin, pinggang aku dari saiz 32 terus maju peningkatannya kepada saiz 34. Aku rasa seperti telah disabotaj. Jadi, aku mula mengambil berat akan berat badan aku dengan membuat catatan berat badan dalam bentuk kilogram setiap kali aku ternampak mesin berat badan di mana-mana pusat membeli-belah yang telah dimasuki.

Berikut adalah catatan berat badan aku yang hampir menyaingi badan John Rambo dalam cerita First Blood arahan Ted Kotcheff berdasarkan pada novel karyaan David Morrell:

10 Januari 2008 - 73.6 kg
16 Jun 2008 - 76.6 kg
24 November 2008 - 81.8 kg
09 Februari 2009 - 81.4 kg
03 Mei 2009 - 82.6 kg
22 Mei 2009 - 83.2 kg

Dan akhir sekali selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan berat badan dapat diturunkan kepada: 80.6 kg. Tapi pinggang dah kembang jadi saiz 35.

Sekarang ni aku tunggu sebulan selepas raya pada bulan Syawal. Kemudian aku akan catat lagi berat badan terkini. Kita tengok apa cerita nanti.

Kata salah seorang pakar ye ye kelapa je cakap bahawa nak maintain berat adalah kena kurangkan makan malam atau lewat malam. Aku ikut cakap pakar ye ye kelapa tu. Tapi aku siang makannya memang boleh reserve untuk stok perut lepas makan malam. Apa cerita, beb?

Macam ginilah, aku akan ikut tips makan brader bina badan negara kita; Encik Sazali Samad. Tadi aku baru baca Kosmo! Online. Kata dia lah eh:

"Raya tahun ni saya terpaksa menumpukan perhatian pada kejohanan itu untuk kategori 70 kilogram."
- Beb! Badan gua dah 80 kg ke atas. Maknanya bolehlah aku masuk pertandingan bina badan dan boleh beat dia anytime je! Atau aku salah info pasal kategori 70 kilogram?

"Jadi aspek pemakanan mesti dikawal. Tak merasa la nak makan rendang dan kuih raya tahun ini. Saya perlu ambil diet yang tiada minyak dan gula."
- Fook u laa kalo lu tak makan tu semua. Jangan kencing pedeh aaa! Aku kalo tak makan tu semua, nanti muscle-muscle aku akan mengendur. Okla... okla. Kurangkan makanan berminyak dan bergula. Tapi makan mesti mau banyak.

"Untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik, saya kena perbanyakkan makan ayam dan daging. Masa bulan puasa lalu, cuma ayam percik yang saya boleh makan. Yang lain tak boleh sentuh langsung."
- Beb, gua malam malam baru makan (sekali sekala je) mushroom steak dengan biras gua. Lagi makan yang lepas-lepas macam lamb dengan chicken spaghetti. Apa lagi... Tom yam daging kira boleh masuklah.

"Saya juga akan makan sekurang-kurangnya 18 biji telur ayam sehari."
- Ko ni makan telur banyak-banyak tak mencret ke? Aku ni kalo telur lebih sikit je mesti kelua angin busuk yang senyap dan mengerikan. Sori, Bro Sazali... Yang tu aku tak ikut.

"Dari segi pengambilan makanan tambahan pula, saya kena dapatkan yang terbaik kerana ia turut memainkan peranan penting."
- Bro Neofishy, ada jamu supplementary kaa?

Ya! Dengan itu, aku akan tekadkan semangat untuk jaga badan dengan beretika sekali. Kena buat betul-betul. Nir Karsa Nir Jaya!

Salam Aidilfitri pada korang semua.....
UUuUUuUUuuu.....

5 comments:

tora corgan said...

ala bedal je makan, kerja carik rejeki susah susah kalau duitnya tak dibelanjakan utk makan nak jadik apa?? tarzan??

Qarmadharma said...

wa pernah pegi berdiri sebelah mamat sazali ni beb masa marhaban raya 3 ke 4 tahun lepas.
tinggi wa je dia ni. tapi dia punya bidang dada ada 3 kali dada wa la rasa....

auwww, mak sukaaaa.....

NEOFISHY said...

wahahahahahhahah...bodo siak posting...hahahahahhaha

NEOFISHY said...

pergh....lu punya berat kasi tambah lagi 1.5 kila dah bleh sama dgn wa punya berat lah...hhahahahah

pssttt bg dozo, cuba makan sup campbel jek selama 6 bulan, mesti berat lu turun mengalahkan buntits!

Ahmad Haziq Azlan said...

selamat hari raya