14 October 2009

ULU TIRAM DAN JIMBO


Bila Jimbo komen post aku pasal Plague Of Happiness, tetiba aku teringat cerita lama.

Jimbo adalah seorang penggiat peacepunk pada awal kemunculan Parkinson. First time aku tengok Parkinson masa tu kat Alor Star. Tah gile apa tah aku sanggup travel dari Batu Pahat sampai Alor Star semata-mata nak tengok gig. Mungkin sebab Jepun (from the-now-defunct xSelf Defensex, The Hidden and currently in Kumpulan 7) yang ajak kot. Yelah, 1 umah, tak gi kang masam muka tak bayar duit umah susah gak aku yang di lantik sebagai penghulu rumah time tu.

Time Parkinson perform aku jadi takjub (macam Abg Mat Tora gak), gila laju band nih main. Dasyat. Kira time tu sapa yang tak kenal Parkinson memang bukan budak hardcore punk lah. 2nd show aku tengok Parkinson masa kat Pub atas McDonald kat area Permas Jaya. Pun sama gak. Laju macam Pelesit Kota. Haru dibuatnya time tu sebab semua berpogo time diaorang main.

Aku dengan Jimbo beberapa kali gak pernah jumpa, selalunya time gig, berbual pun ye, cuma dia tak kenal aku sebab aku bukan orang terkenal macam dia...hehehehe. Ala berbual kote macam tu jek. Takde lah berbual macam teman tapi mesra. Kira macam berbual mesra yang belum berteman. Ceh!

Cuma yang aku tak leh lupa bila aku jumpa gitaris dia time kat Larkin Perdana, salam dengan Prop tak silap aku nama gitaris dia nih. Time salam tu muka Prop macam artis yang peminat salam jumpa dia. Kira rasa popular jap kot dia. Tak paham aku!

Jimbo jugak pernah buat zine Chronically Donut yang lawak nak mampus tiap kali aku baca. Time tu orang labelkan zine sebagai 'zine punk lawak'. Surprisingly, semua suka zine tuh walaupun time tu anarcho dgn peace punk tengah naik. Semua sibuk nak jadi true, serius dan politically correct. Itu a bit surprise kalau nak dibandingkan dengan keadaan scene yang sentiasa serius. Setidak-tidaknya kehadiran Donut menceriakan suasana.

Dan pada hari ni, blog Ulu Tiram Straight Edge adalah blog yang kitaorang dan aku personally suka baca. So pada korang kat luar sana yang nak enjoy baca blog, gi kat blog http://www.ulutiram.blogspot.com . Kekadang berdekah, kekadang tak berdekah. Apa-apa pun, aku jamin korang mesti happy bila baca blog dia.

*nota : Bo, entri ni bukan nak bodek lu, just nak bagitau yang kitaorang suka dengan blog lu. Sambil-sambil tu kalau lu nak bayar charge pengiklanan yang dah kitaorang buat nih, lu bleh bayar cash terus masuk akaun wa. Cek leceh la Bo, wa tak pandai tulis slip bank!

7 comments:

Jimbo said...

bila free.. datang tiram.
Lu order je apa lu nak makan, gua belanja.

abang dozo said...

tetiba aku teringat tapi ingat-ingat lupa laa...

aku pernah attend satu gig kat fire discotheque (dah takde), kl dalam sekitar tahun 90-an. ada satu band perform, main memang laju, repetitious, pendek tapi keras. sehinggalah... selepas diorang perform lagu, "neo nazi menyangkak", tetiba vokalis tu kena pukul dengan seorang abang mohawk yang agak glam jugak.

aku tak pasti samada band tu adalah band parkinson atau tak. kalo abang jimbo terbaca komen aku, sila sahkan samada ianya adalah band parkinson atau tak. cuba refresh balik. sori ye. cuma bertanya saja.

Qarmadharma said...

charkuew tiaw tiram sedap tak???

tora corgan said...

ketam la baru power, ye tak cik jimbo kan kan

Jimbo said...

gila! nak order ketam. gua tak bajet pulak lu orang nak makan restoran seafood. standard2 gua ni mamak je. itu yang gua brani 'open'!!! hahahah

* abg dozo
kalau tak silap aku band tu dari penang. Nama SHOCKED. ex band mat yus apatarus kot. parkinson jarang main KL. Time tu budak2 johor 'line panas' kat KL. :)

NEOFISHY said...

kah kah kah....wa tau sebab apa band2 johor line panas kat KL...hahahhahahaha....banyak segi...hahhahahahah

band yang abg dozo ckp tuh ialah band Shocked, asal Penang. Yang kena tumbuk tuh Ari, vocalist diaorang lagi 1. aku penah satu kolej dgn vocalist diaorg lagi 1, nama dia Jan....dia cerita macam2 gak pasal hal Ari kena tumbuk tuh....yang menumbuk tu plak Papa dari band The Expired...dia memang terlalu nazi time tuh...hahhaha....sekarang dah tak nazi sebab dengar citer kena 'sekolah' kan dengan budak2 UK time dia jadi chef kat UK....betul ke tak aku x tau ah....biasa lah, benda2 gossip nih...hahahhaha

untuk Jimbo, ketam tu minimum offer....sebenarnya selera kitaorang maksimum lobster....mekasih!

abang dozo said...

ooo... ok. tima kasih dgn info tersebut.