04 August 2009

MENTEGA






Ini namanya buah mentega. Kulitnya bila sudah masak berwarna merah dan sikit berbulu halus. Gua kurang pasti macam mana buah ini diberi nama buah mentega. Tapi mengikut pemerhatian gua isinya yg berwarna putih kekuningan seperti warna mentega lah menyebabkan ia diberi nama buah mentega. Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak, baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Depan rumah gua kat kampung ada sepohon buah mentega daunnya rimbun buahnya lebat tak kira musim.

Dulu masa gua budak budak rumah wak gendu sahaja dekat kampung gua yg ada pokok buah mentega ni. Pokoknya tinggi setinggi rumah flet 5tingkat. Gua bajet usia pokok ni mencecah 30tahun. Selalunya lepas pulang dari sekolah agama petang gua dan beberapa budak sekampung lain akan singgah depan rumah wak gendu untuk mengambil buah mentega ini. Wak gendu orangnya pemurah, dia tak kesah siapa siapa yang nak ambik buah mentega tu, yg penting jangan buat sepah halaman rumah dia dan mintak izin. Tapi kebiasaannya kitaorang kurang mintak izin malah buat buat lupa mintak izin.

Gua parking basikal mini hendal sejuk gua yg tanpa stand gua kasi sandar atas rumput. Budak budak semua menderu ke pokok buah mentega. Diaorang dengan lincah memanjat pokok buah mentega ala babun. Gua yang kurang pandai memanjat ni hanya tunggu dibawah pokok menunggu belas ikhsan budak budak lain menjatuh kan sebijik dua buah mentega. Disebabkan gua kurang sabar gua menggunakan alternatif lain utk mendapatkan buah mentega tu dgn cara membaling. Apa saja barang sempat gua capai gua baling kearah dahan yg bergantung buah mentega yg masak ranum itu.

Dahan kayu gua aim….. gua baling….tasss!!! tak kena!!

Batu bata gua aim…..gua baling….tasss!!! tak kena!!

Selipar tat sing kaler putih jali buntut punya gua aim….gua baling….tass!!! tak kena!!!

Gua sudah jadi kacau bilau bila budak budak lain dah dpt lima enam biji buah mentega, gua satu pun belum nak dapat lagi.

Talian terakhir, kasut badmintun master tapak hijau gua akan gua lontar sebaik mungkin.

Gua aim…..gua bidik….gua baling mcm baling frisbie…..tasss!!! kena tepat!!! Sebiji buah mentega jatuh ketanah, tapi apasal kasut gua tak jatuh jatuh ni?? Apakah teori graviti yg gua belajar kat sekolah itu tidak benar??? Aaahhh kusut ni, kasut gua sudah sangkut dicelah celah dahan pokok. Gua tak cepat gelabah, tuhan kurniakan kita akal kita gunakanlah sebaik mungkin.

Gua amik sebelah lagi kasut, Gua aim betul betul dekat kasut yang tersangkut tu…..gua bidik….gua baling mcm boomerang…..tasss!!! kena tepat!!! Sebiji lagi buah mentega jatuh ketanah, tapi kasut gua tak jatuh jugak. Dua dua belah sudah tersangkut dicelah celah dahan pokok.

Buah mentega dua biji gua letak elok elok dalam bakul basikal. Gua balik rumah naik basikal sambil berkaki ayam.

Petang tu bapak gua bawak galah sabit ke rumah wak gendu, bukan nak menyabit kelapa, tapi menyabit dahan pokok buah mentega turunkan kasut gua yang tersangkut.

Tak lama lepas insiden tu, birat betis kena libas dgn tali pinggang pun dah baik, bapak gua menanam pokok buah mentega, dia ckp bila pokok tu besar ada buah gua boleh makan puas puas.

Punya lah besar kawasan tanah sekeliling rumah gua, entah apa punya seni pertanian bapak gua guna dia pegi tanam pokok buah mentega betul betul tepi parit besar. Memanglah pokok yg ditanam disitu cepat membesar tapi lepas 3tahun pokok buah mentega tu berbuah kebanyakan buahnya tertumpu dibahagian dahan yang menghala ketengah parit besar. Tiap kali gua jolok buah dengan kayu, buah mentega jatuh kedalam parit. Satu kerja lagi gua nak kena cari sauk ikan naikkan buah mentega tersebut, kalau nasib tak baik rumput lumpur yg gua sauk.

Sekarang bila dah tak berapa muda ni, gua dah jarang jarang amik buah mentega tu. Buah mentega lebih banyak dimakan oleh tupai, burung dan monyet. Gua dah tak berapa IN dengan scene buah mentega ni lagi.

Kalau lah dulu kasut gua baling tersangkut dekat pokok durian, agaknya sekarang ada jugak pokok buah yg sedap sedap dekat kawasan rumah gua ni. Sekian.

1 comment:

Lambaian Moscow (Angkatan GPSSP-81) said...

ahahah (compliment)...damn straight funny!