22 August 2009

Latihan Gitar

Aku tengah tidur masa 8 pagi ni, entah kenapa tetibe ada pulak bunyi keronchong gitar nylon kat bilik. Ingatkan aku tengah mimpi yang Zee Avi tengah buat live performance kat bilik aku. Aku bangun dan tengok apa yang kat depan katil aku. Laaa, rupanya kawan aku tengah berlatih gitar. Cuma timing dan keadaan agak kurang bijak kerana aku sedang terlentang kat katil dan cuba nak tidur dari jam 5 pagi lepas teman kawan-kawan pergi sahur.

'trink trink trink'

Aku cuba lah bagi chance dengan menunjukkan yang aku tengah tidur. Aku tarik selimut ke paras kepala dan cuba nak nampak macam mayat dibalut kapan. Mamat ni pulak bukak lagu sebab nak merujuk. Adoi.

Ada orang nak kena sauk ni.

Kalau diikutkan aku, mahu je ditambah sekali dengan uppercut yang aku baru belajar dari game Boxing yang aku main semalam. Aku rasa mamat ni kena belajar body language la. Tak faham ke orang dah tengah pissed off gila ni? Bunyi dia memang merdu dan sedap. Cuma timing dan keadaan je salah.

Lepas setengah jam cuba bergelut dengan bunyi keronchong gitar, aku bangun dan berniat nak marah mamat ni. Mamat tu nampak aku bangun pastu bertanya, "weyh, sedap tak lagu aku?"

Aku menjawab, "WOI! KAU TAK FAHAM KE YANG AKU TENGAH TIDUR NI?!?!?!"

Lantas aku bangun sambil mengambil rokok Camel aku dan keluar bilik.



P.S: Selamat berpuasa! Hayati lah bulan yang mulia ini. =)

2 comments:

abang mat tora said...

ye selamat berpuasa, lu bukak puasa pukul berapa hari ni brader???

Chan said...

hahahaha. soalan apa ni???